EPISODE 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sambungan....

Di rumah baru Fattah, Aulia baru perasan ketiadaan ayahnya di rumah.

"Eh mana abah ni? Tadi dia ada kat pintu depan. Baru je masuk kejap dah hilang dah." Aulia pelik dimana pulak lah ayahnya itu pergi.

"Along! Along nampak tak abah pergi mana?" Tanya Aulia kepada Ammar yang sedang duduk di atas sofa.

"Entah tak nampak pulak. Alah Lia jangan risau lah abah tu takkan sesat lah." Ujar Ammar cuba yakinkan Aulia.

"Tak ada lah bukan risau cuma pelik tadi ada kat depan pintu. Masuk kejap dah hilang."

"Alah nanti balik lah dia. Ni along dengan angah nak balik dulu. Nanti malam kitaorang datang balik." Ammar bangkit diikuti dengan Azrel yang baru keluar dari bilik.

"Hmm ye lah long. Kerja-kerja lain tu biar Lia settlekan. Korang dua baliklah. Nampak penat sangat tu."

"Hmm ye lah." Ammar pergi ke kereta dan menghidupkan enjin keretanya.

"Angah pun balik dulu ye." Azrel juga turut masuk ke dalam kereta dia.

Mereka berdua pun bertolak pulang ke rumah mereka yang tak berada jauh pun dari rumah Fattah.

Selesai sahaja menyelesaikan kerja-kerja rumah di situ, terus Aulia membaringkan diri di katil bilik yang dipilihnya.

"Huh bosannya....tak ada benda nak buat ni."

Aulia cuba pusing ke kiri, pusing ke kanan tapi tak jugak tak tau nak buat apa.

Tiba-tiba pulak minda dia teringatkan sesuatu.

"Awak, saya nak pergi dah ni. Awak jaga diri baik-baik tau. Nanti saya datang balik, saya cuba tackle awak tau!"

Sekali lagi muka Aulia berubah menjadi merah. Bukan marah tapi....malu.

"Kenapa aku macamni eh? Kenapa aku rasa lain....rasa macam.....suka."

"Adakah ini yang dinamakan.....cinta?"

"Makin aku cuba lupakan dia, makin aku rasa sayang....tambah lagi sejak Daniel putus dengan aku..."

Ring! Ring! Ring!

Baru saja Aulia nak melanjutkan berangan, telefon dia tiba-tiba berdering..

"Haish suka betullah berdering masa orang tengah berangan! Ni mesti si Aishah, tadi aku terlupa nak call dia bila sampai KL." Aulia langsung mengangkat panggilan itu.

"Hello Shah! Kau ni boleh tak lain kali call time aku tengah tak berangan! Kau ni kacau-"

"Shah apa benda Lia! Ni abah lah. Ni lagi sorang jenis tak tengok nombor sebelum angkat call!" Suara Fattah mengisi pendengaran Aulia.

Terus berubah nada suara Aulia.

"Eh eh sorry abah....Lia ingatkan kawan Lia tadi. Hehehe sorry." Aulia tersengih-sengih malu.

"Hmph ye lah. Ni abah nak bagitau, abah ada dekat hospital sekarang ni abah-"

"Hah abah kenapa! Abah sakit ke?! Sakit apa?! Serius ke?!" Fattah diserang dengan pertanyaan bertubi-tubi dari Aulia.

"Astaghfirullahal'azim Aulia!! Sabar boleh tak! Bagi lah abah habis cakap dulu. Asyik nak potong ke cakap abah! Macam arwah mama kamu jugak." Nah giliran Aulia pulak diserang oleh Fattah.

"Hehehehe sorry sekali lagi hehehe." Sekali lagi Aulia tersengih malu. Dua kali dah dia malukan diri sendiri.

"Huh....abah tak sakit cuma abah tengah temankan Alif. Dia pengsan dekat rumah dia lepastu kawan-kawan dia bawak ke hospital. Itu yang abah keluar tergesa-gesa tadi." Jelas Fattah panjang lebar. Ada sedikit kebohongan di situ. Tetapi tidak dikesan oleh Aulia.

"Ok lah kejap Lia datang sana." Aulia terus menutup telefon dan bersiap.

Sebelum dia pergi sempat lagi hati dia berbolak-balik.

'Patut ke aku pergi? Aku pun baru je kenal dia. Tapi kalau aku tak pergi, aku rasa berdosa. Ah pergi je lah!'

Selesai Aulia menutup pintu dan menguncinya, Aulia pergi ke arah keretanya.

Sebelum dia masuk, dia didatangi seseorang.

"Lia! Tunggu dulu!" Jerit seseorang itu.

"D-daniel?! Apa kau buat kat sini! Lepaskan aku!" Aulia berusaha melepaskan tangannya dari genggaman Daniel.

"Sayang, dengar lah penjelasan I." Daniel masih tidak melepaskan genggaman tangannya.

"Ish apa lagi yang kau nak jelaskan?! Sekarang ni kau puas? Puas dapat hancurkan harapan aku dekat kau, kau dah jatuhkan maruah keluarga aku depan orang ramai!"

"Sayang! Bukan I yang cakap semua tu. Mama dan papa I yang cakap. I mangsa keadaan!" Daniel cuba meyakinkan Aulia.

"Sudah! Aku takkan percaya lagi cakap kau! Kalau betullah kau sayangkan aku, kenapa dekat majlis tu kau tak halang mama kau dari bercakap buruk pasal keluarga aku!"

"Mama kau hina aku, aku boleh terima....tapi bila dia hina arwah mama, aku takkan pernah maafkan seluruh ahli keluarga kau! Sampai hati kau kan, dah mungkir janji! Semua janji-janji kau langsung tak boleh pakai!" Sudah lama Aulia pendam perkara ni. Akhirnya dapat jugak dilepaskan.

"Tapi sayang, I ikhlas mencintai You! Takkan lah You masih tak faham! I cintakan You!"

"Cukup Daniel! Kau ingat aku tak tau, berapa banyak perempuan dah sebelum ni kau bersama!"

"Kau tipu aku hidup-hidup Daniel! Ni, cincin yang kau bagi. Ambik balik!! Aku tak ingin nak pakai cincin ni lagi! Aku jijik!" Cincin yang ada di jari Aulia di tanggalkan dan dibuang di campakkan ke Daniel.

"Mulai hari ini, kau jangan sesekali cari aku lagi! Aku tak nak tengok muka kau! Dasar jijik!" Aulia masuk ke dalam kereta meninggalkan Daniel yang masih terkaku di tempatnya.

Pin! Pin!

"Tepi lah woi! Aku nak alih kereta ni!! Ke kau nak aku langgar kau biar mati terus!" Jerit Lia.

Daniel segera beranjak ke tepi dan memberi ruang untuk Aulia mengundurkan kereta dan menghilang dari kawasan rumah tu.

"Hiks...kenapa You tinggalkan I. Sampai hati You Lia!" Daniel berlutut dan menangis di situ.














































































Hospital Tanjung Delima....

Terdengar bunyi tapak kasut Aulia berjalan di kawasan hospital yang boleh dikatakan agak sunyi. Sebab kebanyakan wad yang ada dekat situ semuanya wad persendirian.

Apa? Korang ingat Alif tak mampu ke nak duduk hospital bilik VIP? Dia mampu tau!

Fattah yang kebetulan baru keluar dari bilik wad Alif ternampak kelibat Aulia berjalan laju ke arahnya.

"Abah, macammana dengan Alif?" Tanya Aulia.

"Hmm dia ok tengah rehat sekarang. Kamu pergilah masuk jenguk dia. Abah nak balik dah ni."

"Eh! Apa ni abah tak nak lah Lia!"

"Ish masuk je lah! Lagipun kitaorang dah nak balik. Kan Jo, Zul?" Tanya Fattah sambil menoleh ke arah dua sekawan tu.

"Err wei Zul kita ada cakap macam tu ke?" Tanya Johan dengan suara yang diperlahankan.

"Tak ada pulak Uncle cakap macamtu. Lagipun-"

"Ehem!!" Fattah merenung tajam ke arah mereka berdua.

Pandangan mata tu seolah-olah nak cakap 'Jawab je lah ye!'

"Err ha! Ye ye! Memang kitaorang dah nak balik pun." Terus Johan mengiakan kata-kata Fattah diikuti dengan Zul.

"Dah dah! Pergi masuk cepat." Fattah menolak Aulia masuk ke dalam dan meninggalkan mereka berdua.

Sementara itu di dalam, Alif sedang berehat ternampak Aulia masuk ke dalam.

"Eh Lia! Awak datang jenguk saya?" Alif tersenyum bila melihat buah hati dia datang.

"Hmm ye. Abah ada bagitau aku yang kau pengsan. Tu yang aku datang sini nak tengok kau." Kata Aulia dengan nada dingin.

"Awak....tak rindukan saya ke?" Sengaja Alif bertanya macamtu.

"Erk! Erm...m-mana ada lah! Aku tak rindukan kau pun!" Aulia bersuara dengan tergagap-gagap.

"Eleh poyo je awak ni.... depan saya cakap lain, belakang cakap lain." Kata Alif dengan senyum nakal.

"T-tak ada lah! Ish kau ni macam-macam lah! Boleh tak duduk diam. Kau tu sakit, nanti makin bertambah sakit macammana?"

"Elele awak risaukan saya eh? Tak sangka pulak kan." Alif cuba menyakat Aulia.

Aulia diam. Dia menundukkan kepalanya dengan muka yang merah akibat malu.

'Aulia...Aulia. Aku dah cakap dah hati yang keras boleh dilenturkan kalau berusaha. Hahaha tunggu satu saat nanti aku akan masuk meminang kau.' Monolog Alif sambil tersenyum melihat tingkah laku Aulia.

Sementara itu di luar wad, Fattah dan dua sekawan masih belum pulang. Mereka mengintai melalui cermin yang ada di pintu wad.

"Huish memang sweet lah diorang berdua tu. Matching!" Kata Johan. Dia mana pernah nampak benda sweet macamni sebelum ni.

"Ye lah....memang nampak Aulia macam suka je dekat Alif. Tak lama nanti makan nasi minyak lah kita Jo!" Suara Faizul dengan nada teruja. Dia pun turut tumpang gembira.

"Biasalah anak saudara siapa tu kan." Kata Fattah tersenyum melihat tingkah laku Alif dan Aulia.

'Haih sama betul macam aku muda-muda dulu dengan arwah Fia. Kalau lah dia masih ada, mesti dia gembira sebab anak perempuan dia dah jumpa jodoh yang terbaik.' luah Fattah di dalam hati.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro