EPISODE 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sambungan....

"Alif, kau macammana sekarang ni? Dah ok ke?" Tanya Ammar. Dia datang ke bilik Alif untuk menegurnya.

"Hehe...baik sikit dah." Jawab Alif pendek.

"Eleh....baik sebab Lia jaga lah tu kan?" Tanya Ammar sinis.

"Hahaha apa lah kau ni! Mana ada....semua orang baik dengan aku. Cuma Lia....lebih sikit lah dia jaga aku." Kata Alif tersenyum malu.

"Amboi hahaha! Ok Alif kau nak tahu tak....adik aku tu memang dari kecil lagi perangai dia macamtu. Keras hati sangat. Kalau aku dengan Az buat dia merajuk, habislah tiga minggu pujuk baru lah dia okay. Jadi kalau nak kahwin dengan dia, pastikan jangan buat dia merajuk." Nasihat Ammar.

"Jangan risau Am, aku pasti akan jaga adik kau baik-baik punya! Tapi....kenalah sah jadi suami isteri baru boleh hehehe..." Alif tersengih-sengih.

"Hmph mengada-ngada. Dah aku tak nak tau tu semua. Pasal hal pujuk suruh kahwin semua tu, pandai-pandai lah settle sendiri. Aku dengan Az tak campoq. Kalau buntu sangat, minta tolong dengan abah." Ammar segera berlalu dari situ. Amboi nak mengelak lah tu.

"Haih nasib lah aku dapat dua abang ipar macamni. Tak boleh ke nak kasi satu dua tips ke. Adoi nampaknya kenalah aku tanya Uncle lagi!" Alif menepuk dahinya.






















































































Di Sebuah Rumah....

"Kita nak pergi mana ni mama?" Tanya Tasya pelik dengan kelakuan mamanya. Tiba-tiba je suruh bersiap lawa semua.

"Harini mama nak bawa kamu jumpa dengan Alif lah! Mama nak tanya pasal persetujuan dia tentang perkahwinan kamu dan dia." Kata Datin Maria.

"Papa tak ikut sekali ke mama?"

"Hmph papa kamu tu tak habis-habis dengan outstation dia tu! Nanti dua minggu baliklah dia." Jelas Datin Maria.

"Brosis sekalian! Nak pi mana tu?" Tanya seseorang yang baru saja sampai di hadapan rumah banglo besar tu.

"F-fattah?!" Datin Maria terkejut sangat dengan kehadiran Fattah.

"Heh....ye lah siapa lagi!" Fattah berjalan perlahan-lahan mendekati Datin Maria dan Tasya yang sudah cuak itu.

"M-macammana kau-"

"Boleh tahu rumah kau ni? Hahaha bodohlah kau ni. Siapa je tak kenal suami kau tu, Dato' Rashidi! Orang kaya terhormat dekat Kuala Lumpur ni." Fattah dengan penuh sinisnya berkata.

"Heh....kenapa Maria? Terkejut tengok aku, musuh abadi kau tercongok dekat depan mata kau?" Fattah mendekati Datin Maria sehingga perempuan tu terpaksa berundur ke belakang dek kerana jaraknya yang semakin dekat.

Tapi untuk seketika, Datin Maria pula mengorak senyuman sinis.

"Heh...bagus juga kau datang sini Fattah. Dah lama aku nak cari kau. Lepas aku lost contact dengan kau. Oh lupa pulak, dengar cerita haritu perkahwinan anak kau dengan Daniel tak jadi. Betul ke?" Giliran Datin Maria pula bertanyakan soalan 'panas'.

"Oh...jadi perkahwinan anak aku yang tak jadi tu disebabkan kau lah ye? Patut lah tiba-tiba je keluarga Daniel sebelum ni elok baik je dengan aku terus bertukar jadi musuh....rupanya batu api...." Terdengar sinis tapi percayalah, di dalam hati Fattah terasa nak meletup sangat selepas mendengar semua itu.

"Eh apa pula batu api? Aku cuma menyampaikan benda yang betul je." Jawab Datin Maria selamba.

"Kau Maria....jangan nak cabar aku!"

"Hahaha! Aku cabar kau? Bukan kau ke yang tengah cabar aku sekarang ni? Hei sudah lah aku malas lah nak bercakap dengan orang yang busuk dan hina macam kau ni." Datin Maria membuat isyarat ke Tasya menyuruhnya masuk ke dalam kereta.

"Maria! Kau jangan melebih-lebih dengan aku!"

"Aku tak melebih tapi kau yang cari pasal." Balas Datin Maria.

"Kau jangan macam-macam Maria....kau ni betul dah lupa diri Maria. Kau lupa ke, aku...." Fattah berjalan ke arah Datin Maria dan berbisik sesuatu ke telinga dia.

"Tahu segala rahsia kau...."

Wajah Datin Maria berubah menjadi cuak sekali lagi.

"Ha tau pun cuak! Kau nampaknya dah sombong dengan aku ye. Baiklah! Kau nak main api sangat kan? Ok tak apa kau tunggu lah nanti!" Fattah dengan geramnya berkata.

"Ingat aku takut ke hah?! Apa yang kau nak jumpa aku ni?" Datin Maria malas melayan kan Fattah. Padahal dalam hati tengah bergelora dah tu.

"Senang je....kau lepaskan Alif, dan semua ni akan selesai." Kata Fattah datar.

"Lepaskan Alif? Oh tak mungkin! Selagi dia tak mati!! Aku takkan lepaskan dia walaupun sedikit!"

"Hmm...aku datang sini sebab nak bagi kau tawaran berpatutan. Tapi sebab kau dah cakap macamtu tak apa....nanti aku akan datang balik ke sini. Jangan sesekali lari dari aku!"

"Sebab walau sejauh mana pun kau lari, aku akan cari kau sampai lubang cacing!!" Jerkah Fattah. Pergh mujur negara ni ada undang-undang je. Kalau tak dah lama kena cincang lumat.

"Lagi satu, bagitau Rashidi, aku ada perhitungan dengan dia! Jangan sesekali kacau....keluarga aku." Fattah melangkah keluar dari kawasan rumah Fattah dan perlahan-lahan menjauh dari kawasan banglo itu.

"AHH!!! TAK GUNA KAU FATTAH!!!" Datin Maria menjerit seperti orang gila hilang kawalan.

"Tak apa....harini hari kau, esok hari aku pula...dan aku akan pastikan hari itu, akan jadi hari kematian kau....dan juga Alif hahahaha!"


























































































































Ibu Pejabat I.S.S....

"Huh! Puasnya hati aku!! Dapat jugak jumpa perempuan gila tu!" Ujar Fattah.

"Ye ke puas ni Uncle? Nampak macam lagi marah je ni." Teka Tuan Aziz. Ketara kot tengok muka Fattah yang sudah merah menyala tu.

"Ye lah puas hati sangat sebab dapat jumpa orang tu! Dah lama aku diamkan perasaan geram aku ni! Tak guna betul berani dia cuba nak apa-apakan Alif!!" Jerkah Fattah.

Semakin tak senang Tuan Aziz dibuatnya. Kalau Fattah angkat Tuan Aziz dihayun keluar dari pejabat naya je! Sebelum jadi macamtu baik disabarkan.

"Uncle sabar sabar! Jangan melenting macamni Uncle sabar. Ok tak apa....kitaorang akan cuba cari bahan bukti untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya." Tuan Aziz memberi jaminan kepada Fattah.

"Hmph tak payah! Nak tunggu korang lambat! Macamni, aku sendiri yang turun padang cari bukti! Kau dengan pihak atasan lain just standby je." Putus Fattah tanpa ada sebarang bantahan.

"Baiklah kalau dah Uncle cakap macamtu." Tuan Aziz mengiakan kata-kata Fattah. Lagi senanglah nak buat kerja kalau bekas agent rahsia terhebat turun padang sekali!

"Bagus! Sekarang kau send kat aku semua butiran-butiran yang berkaitan dengan kes ni. Aku nak balik rumah." Fattah bangkit dari kerusi yang didudukinya dan berjalan keluar dari bilik pejabat.

Johan yang sedang membuat kerja di mejanya sendiri melihat Fattah keluar.

Sebagai manusia yang beradab dia kenalah ambil tahu hal sekeliling. Dia pun tegur lah.

"Uncle, macammana? Ada perkembangan tak lepas Uncle jumpa Maria tadi?" Tanya Johan.

"Hmm tak ada lah kembang apa pun. Cuma dapatlah juga Uncle lepas geram kat perempuan durjana tu." Jawab Fattah dingin. Nampaknya dia memang tak ada mood nak bercakap dengan orang.

"Tak apa Uncle! Semua yang Uncle buat, saya support je dari belakang! Don't worry!" Johan memberikan semangat kepada Fattah.

"Thanks lah Jo. Kamu memang kawan yang baik. Bertuah Alif dapat sahabat macam kamu dan juga Zul. Tak apa lah, Uncle balik dulu Assalamualaikum." Fattah segera beranjak dari meja Johan dan keluar dari situ.

"Waalaikumsalam...." Johan menyambung pekerjaannya semula. Iaitu melihat Facebook. Kerja dah siap!






































































































Di Pejabat Dato' Rashidi.....

"Abang! Abang!" Datin Maria masuk ke bilik pejabat suaminya dengan muka yang cemas.

Sebab tadi nampak Fattah, terus tak jadi nak pergi rumah Alif tu. Memang dah tau Alif ada dengan Fattah sekarang ni.

"Lah kenapa ni Mar! Cemas semacam je ni." Dato' Rashidi menenangkan isterinya yang tengah kepenatan itu.

"Abang! You need to hear this! Sekarang ni kita ada ancaman baru bang!"

"Ancaman baru? Ancaman apa pulak Mar?" Tanya Dato' Rashidi.

"Fattah....bekas agent rahsia. Bapak sedara belah papa Alif!"

"F-fattah?!" Tanya Dato' Rashidi terkejut.

"Ye bang! Dia tadi datang rumah kita bagi amaran jangan kacau Alif lagi!" Datin Maria menerangkan tentang kejadian tadi.

"Hehehe....hahahaha! Sayang ni kan! Nak takut apa dengan dia? Dia tu cuma BEKAS agent. Bukannya agent lagi! Apa je dia boleh buat? Hahaha!" Dato' Rashidi ketawa dengan apa yang dicakapkan oleh isterinya itu.

"Abang ni kan! Buat tak endah je dengan apa yang Mar cakap ni!" Kata Datin Maria marah.

"Hahaha! Sudah lah tu Mar. Zaman sekarang ni, semua benda perlukan bukti. Dia sorang je apa yang dia boleh buat? Hahaha! Sekarang pun abang boleh hantar orang untuk bunuh dia lah!" Dato' Rashidi meninggi diri.

"Huh ye lah bang. Saya lupa pula abang kan orang paling kaya dekat sini! Hahaha! Tak apa bang, tak perlu nak hantar orang. Sebab sekarang ni saya sendiri ada plan untuk hancurkan keluarga diorang." Kata Datin Maria sinis.

"Hahaha! Macamtulah isteri abang! Sama-sama otak bijak hahaha!" Dato' Rashidi ketawa jahat bersama dengan isterinya.









































































































Di Rumah Fattah....

"Alif!" Panggil Aulia.

"Ha! Ye kenapa ni Lia?" Tanya Alif. Terkejut dengan kehadiran Aulia di kawasan balkoni tingkat dua itu.

"Amboi terkejut nampak? Aku tadi panggil dua tiga kali tak juga menyahut kau ni. Tu yang aku sergah."

"Oh macamtu ke..." Alif membalas dengan pendek dan kemudian sambung pandang ke arah pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam.

"Kenapa kau ni Alif? Selalunya ada je idea kau tu nak menyakat aku. Hari ni tak ada ke?" Tanya Aulia. Selalunya pantang diorang berdua berjumpa, mesti ada je idea si Alif nak kenakan Aulia.

"Hmm tak ada apa Lia. Cuma terfikirkan nasib sendiri je...." Balas Alif lirih.

"Hmm? Kenapa? Kau ada masalah ke?"

"Tak ada lah masalah apa. Cuma sedih je...kenapa hidup saya banyak sangat dugaan. Satu-satu benda terjadi dekat dalam hidup saya...." Alif meluahkan isi hatinya yang dah lama terpendam itu.

"Saya dari dulu hidup tak pernah tenteram Lia...awak pun tahu kan kisah hidup saya macammana. Kena dera dengan Maksu, dekat sekolah selalu sangat kena buli, fizikal badan yang lemah...... kadang-kadang saya selalu tanya dekat diri sendiri, kenapa Allah bagi aku dugaan yang besar macamni?"

"Saya sebenarnya....dah tak boleh tahan lagi Lia...hisk...saya dah tak larat lagi dah." Air mata yang cuba ditahan mengalir juga.

"Alif! Apa kau cakap macamni! Kau sebagai seorang lelaki tak boleh terlalu mudah menyerah kalah! Perjalanan kita masih panjang lagi Alif. Kenapa kau nak kena menyerah kalah!" Kata Aulia dengan nada tegas dan hampir separuh marah. Bukan marah maki hamun tu tapi untuk memberikan semangat.

"Kau jangan fikir kau sorang je Alif! Kau jangan sesekali ingat yang kau berseorangan Alif! Kau ada abah, ada along, angah, kawan-kawan kau! Semua orang ada untuk kau Alif! Kenapa kau mesti menyerah kalah!"

Aulia beralih ke arah Alif dan memegang bahu Alif. Tinggi mereka hampir sama je cuma Alif sedikit tinggi.

"Kau dengar sini Alif! Walaupun kau lemah, tapi kau dikelilingi oleh orang-orang yang kau sayang! Terutamanya abah....aku tengok dia adalah orang yang paling banyak menjaga kau. Dia lah orang yang paling risau dari yang lain."

"Berjanji dengan aku Alif...janji dengan aku yang kau takkan pernah menyerah kalah! Janji dengan aku!" Aulia menghulurkan jari kelingkingnya.

Alif mengesat air matanya dan tersenyum manis. "Baiklah saya janji...untuk awak, Uncle dan semua orang!" Alif pun turut membalas dengan jari kelingkingnya.

Kemudian mereka berdua meleraikan jari itu.

"Baiklah! Ha macamni baru lah Alif yang aku kenal! Dah jangan nangis. Apa lah lelaki menangis. Mengada!" Aulia bergurau.

Alif pun turut sama tergelak kecil.

"Dah! Jom kita makan. Aku dah masak banyak lauk kat bawah tu. Kau kena makan sampai habis! Biar badan kau berisi sikit!"

"Hehehe baiklah Tuanku Puteri! Patik menjunjung perintah." Alif membuat gaya seolah pahlawan istana sedang menghadap Puteri raja.

"Tapi! Patik akan makan banyak kalau tuanku puteri sendiri yang suapkan patik makan!"

Muka Aulia berubah masam. Amboi mengada pulak!

Lengan Alif dicubit kuat.

"Adoi! Sakit lah Lia." Alif memeriksa lengannya yang sudah merah.

"Ha! Cubalah gurau macamtu lagi. Kang kejap lagi tempat lain pulak lebam kena cubit! Nak?"

"Eh tak nak! Hehehe jom turun!" Alif dengan muka berpeluh terus turun ke bawah. Takut lah tu dengan Aulia.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro