EPISODE 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sambungan.....

Selepas seminggu, Fattah tidak mendapat khabar apa pun dari Riana. Tak apa lah dia pun malas nak masuk campur hal rumah tangga orang kan. Jadi dia takdelah bertanya apa-apa.

Maka dia pun mula memfokuskan masalah Alif yang masih lagi belum selesai.

Malam harinya, Fattah sedang duduk di meja kopi di luar rumahnya sambil menikmati udara segar di malam hari.

Sambil dia menikmati udara segar, dia berfikir kan tentang strategi nak mengalahkan orang jahat ni.

"Aku tak habis fikir betullah. Kenapa Maria tu nak sangat bunuh Alif. Haish tapi yang paling aku tak sangka, sebab harta dia sanggup jadi macamtu. Dah macam orang hilang akhlak dah aku tengok."

"Tapi yang penting sekarang ni aku nak kena cari kelemahan diorang dulu....aku tak boleh nak serang macamtu je. Sekali aku dah termasuk perangkap diorang, jangan kata aku....semua ahli keluarga aku kena akibatnya nanti...."

"Tapi mengikut dari data dalam fail ni, Rashidi ada syarikat pembinaan, tapi kenapa yang aku dapat dari fail intipan rahsia aku dulu ada penyeludupan dadah sekali ni?" Soal Fattah kepada diri sendiri sambil membelek fail yang ada di atas meja itu.

"Hmm tak tak. Mesti banyak lagi perniagaan haram yang diorang ni buat. Aku tak percaya cuma pembinaan je bisnes diorang ni....nanti aku nak pi buat intipan dekat syarikat diorang tu." Fattah menyimpan semula fail-fail itu dan ingin masuk ke dalam rumah.

Tapi tiba-tiba Fattah terdengar bunyi sesuatu yang datang dari semak berhampiran rumahnya.

"Huh? Siapa tu?" Spontan Fattah tertanya soalan tu.

"Heh....aku ni. Bekas kekasih kau...." Kata seseorang yang datang dari dalam semak itu.

Dia kemudian keluar dari situ dan menunjukkan rupanya yang sebenar.

"Luna?! Apa yang kau buat kat sini!" Fattah bertanya kan sekali lagi soalan tu. Tapi kalini ditujukan kepada Luna....

Kepada korang yang bertanya siapa Luna, dia adalah orang yang Fattah pernah tangkap akibat kesalahannya membunuh anak seorang ahli politik 20 tahun yang lepas.

Lepas tangkap, dia dimasukkan ke hospital mental dan berjaya lari. Dia kemudian berjaya ditangkap sekali lagi atas kesalahannya cuba membunuh Alif dahulu (siri kedua agent 006)

"Kau tanya apa yang aku nak? Tak ada apa-apa....cuma aku nak selesaikan misi aku je." Luna perlahan-lahan mendekati Fattah.

"Misi apa pulak! Siapa pula yang hantar kau kalini hah?!" Tanya Fattah geram. Dia dah tak ada masa nak tenang lagi dah bila berdepan dengan Luna.

"Hehehe....kau ni kan...kelakar lah. Kau kan bekas agent...takkan lah tak boleh nak cari sendiri kot hehehe...." Kata Luna sambil tergelak sinis.

"Maria yang hantar kau kan? Sepupu tersayang kau tu?"

"Ha pandai pun! Ingatkan dah jadi bekas agent ni, otak pun dah berkarat. Rupanya masih boleh pakai lagi rupanya hahaha!"

"Apa yang kau nak Luna....." Tanya Fattah serius.

"Hehehe ye lah aku cakap. Aku sebentar nak.....bunuh Alif? Hahaha!" Tiba-tiba saja Luna gelak macam orang hilang akal.

"Heh....kau ingat aku nak bagi ke? Jangan harap lah kau dapat sentuh Alif!"

"Hahaha! Fattah, Fattah....kau terlalu merendahkan kemampuan aku lah. Kau lupa ke, aku ni bekas pembunuh bersiri....kalau orang lain aku boleh bunuh dengan kejam. Kenapa Alif aku tak boleh? Hahaha!"

Fattah diam saja memerhati Luna yang sedang gelak itu.

"Oh ye anggap lah ni sebagai amaran pertama.....ataupun aku ada satu cara yang kalau kau ikut, Alif akan selamat...." Luna perlahan-lahan mendekati Fattah dan berbisik kepadanya.

"Kahwin dengan aku....sebab aku dah lama cintakan kau...." Luna cuba nak memeluk Fattah tapi berjaya ditepis.

"Gila! Walaupun aku mati hidup balik, aku takkan kahwin dengan kau! Rasa sayang aku dekat arwah Fia tak pernah padam! Baik kau pergi mampus je lah!" Kemarahan Fattah sudah sampai hadnya.

"Dan kau dengar sini Luna! Aku takkan biarkan kau sentuh Alif. Dan kau jangan mimpi lah nak apa-apakan dia...." Kini giliran Fattah pula memberikan amaran kepada Luna.

"Kalau aku dapat tahu yang kau cuba-cuba nak sentuh Alif, jangan salahkan aku kalau polis jumpa mayat kau dalam keadaan tak ada kepala......"

"Baiklah! Kita tengok siapa yang akan menang dalam permainan ni." Kata Luna tenang.

"Pergi berambus dari sini! Aku tak nak tengok muka kau!" Fattah menolak bahu Luna sampai dia terjatuh ke tanah.

"Jangan sampai aku nampak kau lagi! Kalau aku nampak, aku cincang sampai lumat!!" Jerit Fattah kepada Luna.

Luna tersenyum sinis. "Ok aku tak kacau kau....untuk masa sekarang je lah. HAHAHAH!" Luna perlahan-lahan menghilang di sebalik hutan yang ada di hadapan rumah Fattah.

"Astaghfirullahal'azim....macammana dia boleh terlepas dari penjara! Ya Allah nampaknya aku kena pergi sana nak pastikan kenapa dia larikan diri."

"Maria ni memang betul-betul nak perang dengan aku....tak apa kita tengok siapa yang menang nanti." Fattah mengemas semua barang dan masuk ke dalam rumah.






























Pagi Harinya....

"Good Morning abah!" Aulia mengucapkan selamat pagi kepada Fattah yang sedang memasak.

"Morning...mai duduk makan. Ni along, angah dengan Alif mana?"

"Ada lah tu abah. Tengah tidur lah tu kot."

"Haish tidur apa pukul tujuh pagi ni! Lia pi kejut diorang bertiga tu. Kalau kita tak kejut alamatnya tengah hari lah baru bangun tu!"

"Ha ye lah Lia pergi kejut diorang dulu." Aulia dengan pasrah terpaksalah pergi mengejutkan mereka semua.

Lagi bagus dari terpaksa hadap bebelan Fattah yang penuh berbisa tu.

Ammar dan Azrel sudah selesai Aulia kejut. Tinggal Alif je lagi.

Aulia membuka pintu bilik Alif. Dia melihat Alif yang masih lagi meringkuk di dalam selimut.

'Amboi sedapnya tidur!' tanpa membuang masa Aulia pun mengejutkan Alif.

"Alif, Alif. Bangun Uncle ajak makan sarapan!"

"Baa!!" Sempat pula Alif terkejutkan Aulia.

"AHH! Apa ni Alif!" Aulia terjerit akibat kejutan Alif tu.

"Hahaha! Sorry saya saja je nak gurau dengan awak hehehe..." Alif tersengih-sengih melihat Aulia yang nampaknya dah marah.

"Kau ni kan! Ha ambik!" Cubitan Aulia singgah di lengan Alif.

"Aduh...awak ni kan tak boleh nak bawa gurau lah." Alif mengaduh sakit sambil melihat lengannya yang dah merah.

"Hmph banyak lah kau! Dah bangun sarapan! Ni dah solat ke belum ni!"

"Heheh saya dah lama bangun dah. Tadi tu saja je nak kenakan awak." Kata Alif.

"Hish dah pergi makan sana." Arah Aulia.

Tak nak buang masa lagi, Alif pun bangkit dan terus ke meja makan.

Mereka pun bersarapan bersama.

Belum sempat mereka nak menyuap makanan ke dalam mulut masing-masing, Fattah bersuara.

"Ni cheq oi! Nak makan tu baca lah doa dulu. Amboi hampa ingat ni cerita orang putih ka?" Sindir Fattah. Pergh memang terasa sampai ke dalam hati ni.

Aulia tak payah cakaplah, memang awal-awal dah tergelak. Pasal dia dah baca doa, abang-abang dia dan Alif tu gelojoh sangat sampai tak sempat baca.

"Ha Alif baca!" Arah Fattah.

"Hah?? Saya ke?" Kata Alif sambil menunjukkan ke arah diri sendiri.

"Habis tu, siapa lagi yang nama dia Alif dalam rumah ni? Hantu ka?" Nah sekali lagi kena sindir. Kan tak pasal je Alif disamakan dengan hantu.

'Ada ke patut muka handsome macam ni disamakan dengan hantu?! Amboi!' suara hati Alif. Marah lah tu kononnya.

"Hehehe ok Uncle sorry." Alif dengan tersengih malu pun pasrah dan membacakan doa makan.

Dan mereka pun mula makan. Selepas mereka selesai, masing-masing pun membasuh pinggan sendiri.

Amboi banyak cantik nak suruh orang basuhkan pula!

"Lia, abah nak keluar kejap ni. Nak pergi jumpa kawan lama." Kata Fattah sambil siap-siap memakai baju hitam dan jacket kulit kegemarannya itu.

"Abah nak pergi jumpa siapa? Selalu bila Lia tanya abah asyik jawab kawan lama je. Siapa kawan lama abah tu? Lelaki ke perempuan?"

"Hish budak ni! Sah lah lelaki."

"Hahaha tak ada lah Lia saja je nak tanya. Ye lah mana tau perempuan, nanti tiba-tiba pula Lia dapat mama baru! Ha!" Aulia pula menyakat Fattah. Anak beranak sama je perangai.

"Tak ada makna lah Lia! Abah kalau dah cakap abah sayangkan arwah mama, abah sayangkan dia sampai abah mati. Takkan pernah ada seseorang pun yang dapat gantikan tempat dia. Muktamad titik!" Ujar Fattah tegas. Yes memang betul apa yang dia cakap tu.

"Ye lah abah Lia gurau je. Lia memang tahu abah sayang sangat arwah mama. Abah tu pergi elok-elok! Sekarang ni bahaya tambah pula dengan datin gila tu lagi." Aulia berpesan kepada ayahnya. Ye lah walaupun bekas agent tetap juga kena hati-hati.

"Hahaha kamu risaukan abah ye? Kalau ada orang cuba nak apa-apakan abah, abah cakar je terus muka dia tu. Dah abah pergi dulu Assalamualaikum!" Fattah pun keluar dari rumah dan menaiki kereta pickup trucknya itu.

"Waalaikumsalam....haih aku lah jugak nak kena masak untuk tiga orang tu kejap lagi ni. Abah ni saja nak susahkan aku ke apa ni?" Aulia mengeluh. Dia sebenarnya malas nak masak tapi terpaksalah kalau tidak Alif dan abang-abang dia pakat tak makanlah!

Di dalam kereta....

"Hello Assalamualaikum...ha ye aku nak jumpa kau ni. Kat kedai makan biasa. Ha kat situ. Ok Assalamualaikum!" Fattah sedang berbicara dengan seseorang di dalam telefon.

"Huh benda ni aku tak boleh nak selesaikan sorang diri. Aku nak kena minta tolong diorang juga ni." Gumam Fattah.

Dan kereta Fattah pun meluncur laju di atas jalan raya di tengah bandar Kuala Lumpur.




















































































































Di Kedai Makan....

"Assalamualaikum! Ya Allah sihat ke kau dah lama sangat aku tak jumpa kau!" Sapa Fattah sebaik saja dia melihat orang yang sangat dikenalinya itu di meja kedai makan.

"Waalaikumsalam! Tuan! Ya Rabbi lamanya tak jumpa! Saya rindu sangat dengan tuan! Tuan apa khabar sihat ke!" Suara orang itu dengan nada yang sangat teruja.

"Alhamdulillah aku sihat je. Kau macammana sekarang ni Syam?" Gurau Fattah dengan bekas pembantunya semasa dia jadi detektif polis dulu, Inspektor Hisyam.

"Alhamdulillah macam ni je lah tuan. Saya sekarang dah naik pangkat dari detektif jadi inspektor dah!" Ujar Inspektor Hisyam dengan bangganya.

"Wah hebat tu! Walaupun inspektor tapi tetap juga pangkat besar tu." Fattah tersenyum melihat kejayaan pembantunya dulu. Atau lebih tepat lagi anak didiknya.

Hisyam dulu masuk polis pada usia muda. Masa dia mula-mula masuk tu umur dia baru je 20 tahun. Pada masa tu Fattah lah orang yang ajar dia cara menjadi polis yang bagus dan berdedikasi.

"Tapi kenapa tuan berhenti awal sangat dari jadi polis dulu? Masa tuan tak ada saya sorang-sorang terpaksa survive." Tanya Inspektor Hisyam.

"Hahaha! Aku tinggalkan polis sebab aku nak cuba benda lain pula. Dari polis aku beralih lah jadi agent pula. Tapi sekarang ni aku dah kurangkan sikit kerja-kerja berat. Ingat nak duduk rehat je kat rumah.....tapi tak ada lah sampai tak larat nak berlawan lagi! Masih kuat tau!" Jelas Fattah.

"Wah hebat tu tuan! Ok sekarang kita dah lepas rindu masing-masing, so boleh kita ke bahagian perbincangan?" Tiba-tiba Inspektor Hisyam menjadi serius begitu juga Fattah.

"Baiklah....aku sebenarnya nak minta tolong kau. Kau mesti pernah dengar kan tentang kes mafia yang dah lama kecoh dekat kawasan Kuala Lumpur ni sejak beberapa bulan lepas?"

"Ye tuan saya pun sebenarnya tengah siasat tentang kes tu juga. Tapi sampai sekarang saya masih belum dapat bukti yang kukuh untuk dakwa mereka semua tu." Kata Inspektor Hisyam.

"Hmm bagus. Memang aku tak salah pilih orang. Ok aku ada beberapa fail dekat sini, kau telitilah dulu isi dalamnya." Fattah menghulurkan beberapa keping fail dan juga gambar-gambar kepada Inspektor Hisyam.

Inspektor Hisyam pun terus meneliti fail dan gambar itu. Setelah beberapa minit meneliti, dia pun memandang Fattah dengan pandangan kagum.

"Wah tuan! Tak sangka lah tuan berjaya kumpul bukti-bukti sebanyak ni! Huish hebat lah!" Kata Inspektor Hisyam kagum.

"Syam, ni semua dah lama aku usahakan tau! Dari beberapa bulan lepas lagi aku buat misi intipan dekat markas-markas diorang semua ni. Dan akhirnya dapatlah bukti-bukti semua."

"Sekarang apa perancangan tuan?"

"Ok Syam, benda ni kau kena rahsiakan. Jangan sesekali bocorkan dekat sesiapa. Sebab mengikut dalam fail tu, ada juga konco-konco mereka yang menyamar jadi polis dekat tempat kau. So sebab tu lah aku tak bagi kau bagitau dekat polis lain. Kau sorang je aku percaya sekarang ni!" Jelas Fattah panjang lebar.

"Baiklah tuan! Tuan boleh percayakan saya!" Inspektor Hisyam berkata dengan yakin.

"Good! Inilah masanya untuk kau naik pangkat lagi hahaha!" Gurau Fattah.

"Baik tuan! Serahkan dekat saya. Bila-bila masa yang tuan nak, saya akan kerahkan anggota-anggota saya."

"Bagus ok aku pergi dulu jumpa lagi nanti! Assalamualaikum."

Mereka berdua berjabat tangan sebelum mereka pun bersurai dari situ.

Pagi hari kemudian, di rumah Fattah...

Pada pagi itu, Fattah keluar dan duduk di halaman rumah untuk menghirup udara segar.

Sedang dia asyik melihat kecantikan alam ciptaan Allah SWT itu, dia ternampak Ammar, Azrel, Alif dan Aulia sedang berbuat sesuatu.

'Hmm apa pula lah yang diorang tengah buat ni. Cuba intai sikit.' Fattah bergerak perlahan-lahan mendekati mereka dan melihat apa yang diorang berempat lakukan.

'Lah latihan seni bela diri rupanya hahaha! Tapi dah kenapa nampak macam Alif kena buli je tu?' Fattah melihat dengan lebih dekat lagi.

"Oi! Ni langkah tu betulkan lah sikit! Apa lah nama je lelaki tapi lembap lah!" Aulia sengaja je acah macam tengah marah. Padahal niat nak buli je tu.

"Alif, cuba kau lawan dengan abang-abang aku." Arah Aulia tegas.

'Alamak! Habislah aku! Patah pinggang aku nanti kang....alamak.' Sesal Alif di dalam hati. Kenapalah dia setuju dengan ajakan Aulia malam semalam.

Kalau dia jadi macamni, dah tentunya dia takkan join dan sekarang ni tengah duduk rileks kat dalam bilik je.

"Ha meh masuk Alif!" Kelihatan Ammar dan Azrel dan get ready nak membelasah orang ni.

Gulp!

Alif menelan air liur. Dah lah dia tak tau nak buat apa! Langkah-langkah yang diajar tadi automatik terlupa! Ah sudah.....

"Erk...k-kalau lawan e-esok tak boleh je?" Tanya Alif tergagap-gagap.

"Ah tak ada! Sekarang juga. Kau nak aku mula dulu ke ataupun kau dulu?" Tanya Azrel tak sabar.

"Aduhai....ye lah korang mulalah dulu." Kata Alif pasrah. Dia bersiap sedia untuk menerima serangan dari dua beradik itu.

"Ok mula!" Aulia membuat isyarat tanda sudah mula.

Ammar memulakan serangan dulu. Dia membuka langkahnya dan berlari laju je arah Alif.

Alif yang sudah pun ketakutan memejam kan matanya mengharapkan agar keajaiban berlaku dan menyebabkan dia tak dipukul.

Pak!

Terdengar suara seseorang menahan langkah serangan Ammar itu.

Muka Ammar dan lain-lain bertukar pucat kecuali Alif.

"Uncle!!" Jerit Alif teruja.

Fattah dengan tenangnya menahan tendangan dari Ammar.

"Amboi! Bukan main korang ye! Ni mengajar ke membuli? Along, angah Lia! Korang masuk sekarang bertarung dengan abah pula." Kini giliran Fattah pula membalas serangan.

Dengan sepantas kilat dia berlari menghampiri mereka bertiga.

Fattah pun melepaskan tendangan ke arah Ammar dan Azrel tetapi perlahan. Kalau dia tendang kuat mau patah tulang belakang diorang.

Kedua-dua mereka langsung terjatuh ke tanah. Yang tinggal hanya Aulia saja.

Tanpa disedari Aulia, Fattah sudah pun berada di belakang Aulia.

Tangan Aulia dikilas oleh Fattah dan kemudian tubuh Aulia dijatuhkan ke tanah.

Fattah mengangkat tangannya dan hampir melayangkan penumbuk ke Aulia tetapi hanya tak kena muka. Cuma terkena permukaan tanah di sebelah Aulia.

Memang boleh nampak bekas tumbukan Fattah. Terdapat lubang kecil di situ menyerupai genggaman tangan.

Fattah berdiri dan memandang Alif.

"Alif, pi masuk dalam. Sarapan dah ada kat atas meja. Kau pergilah makan. Abah nak cakap sikit dengan tiga beranak ni..." Arah Fattah.

"Ok Uncle!" Alif dengan wajah yang ceria meninggalkan empat beranak itu di laman dan masuk ke dalam.

Fattah tersenyum sinis. Kemudian dia pun memberikan tatapan tajam ke arah tiga beradik tu.

"Baru korang kena buku dengan ruas....lain kali bila nak ajar orang pastikan biar betul. Kena ajar tu dengan teliti. Ini baru beberapa langkah je ajar dah suruh Alif tu bertarung." Nasihat Fattah tegas.

Tiga beradik tu hanya menundukkan kepala tanpa memandang ke arah Fattah. Takut kena marah lah tu.

"Kalau korang tersalah pukul lepastu patah riuk kat mana-mana, kan dah satu kerja pula aku nak jadi jururawat!"

"Tak payah nak buat muka sedih minta simpati sangat.....pergi masuk. Abah bukan nak marah tapi cuma nasihatkan je. Nak bergurau tu tak salah tapi jangan sampai memudaratkan orang lain. Faham?".

"Faham abah...." Tiga beradik tu membalas dengan anggukan.

"Masuk dalam...."

Tanpa membuang masa lagi mereka bertiga dengan cepat masuk ke dalam.

"Pfft-HAHAHAH....buli lagi si Alif tu. Kan dah kena dengan aku. Aduhai lah diorang ni...masing-masing tak matang hahaha!" Fattah tergelak besar.

Kemudian dia pun turut sama masuk ke dalam rumah.

"Adoi menyesal betul aku pakat dengan Lia nak ajar kau Alif! Tiba-tiba pula abah datang aduh..." Kata Ammar dengan nada kesal kepada Alif.

Mereka sekarang ni sedang duduk melegakan penat masing-masing. Aulia dan Azrel berada di dalam bilik. Nak mandi katanya.

"Hahaha itulah nak buli saya lagi! Eh tapi kan saya nak tanya, Uncle tu memang tegas macamtu ke dari dulu?"

"Huh kau tak tau Alif! Abah tu memang dah tegas sejak kitaorang kecil lagi. Pernah sekali tu, kitaorang tiga beradik keluar main dekat luar. Sampai ke maghrib baru kitaorang balik....."

🌟🌟🌟🌟🌟

"Seronok kan main tadi?" Tanya Ammar kepada Aulia yang ketika itu berusia tujuh tahun.

"Seronok sangat!! Werk! Padan muka angah kalah tadi werk!" Aulia mengejek Azrel sambil menjelirkan lidahnya.

"Ish! Angah kalah tadi tu nasib je. Nantilah angah kalahkan adik! Masa tu baru adik tau angah ni hebat!" Kata Azrel dengan bangganya.

Masing-masing masih lagi budak. Aulia berusia tujuh tahun, Azrel lapan tahun dan Ammar sepuluh tahun.

Baru saja mereka melangkah masuk ke kawasan rumah. Mereka terkejut.

"A-abah!" Ammar terkejut dengan kelibat ayahnya sedang menanti mereka di hadapan rumah.

"Baru balik....tau tak dah pukul berapa ni?" Tanya Fattah serius tanpa ada senyuman langsung.

"Err d-dah maghrib...." Jawab Ammar takut-takut.

"Tau pun dah maghrib! Kenapa tak reti-reti nak balik ni hah?!" Jerkah Fattah. Dia memang tengah marah sekarang ni.

Fattah kemudian mengeluarkan sesuatu yang disorok dari belakangnya tadi.....rotan.

"Along! Datang depan!" Panggil Fattah kuat.

Ammar yang sudah ketakutan pun terpaksa melangkah ke hadapan. Risau kalau dia memberontak nanti akan kena lebih teruk lagi.

Piap!

"Adoi abah sakit!"

Piap!

"Aku dah pesan banyak kali balik sebelum maghrib! Kenapa degil ni!!"

Piap!

"Abah...hisk...sakit!!" Ammar menjerit kesakitan akibat dirotan oleh Fattah.

Piap!

"Kenapa kau degil! Kalau kau tak degil, aku tak buat macamnilah!" Fattah kembali merotan Ammar.

"Abah! Dah jangan pukul along! Dia tak salah! Angah yang salah sebab ajak along dengan adik pergi main dekat luar....bila maghrib, angah paksa along dengan Lia suruh main lagi. Kalau tak angah merajuk...." Azrel membuat pengakuan dengan takut-takut.

Fattah hanya memandang mereka dingin.

"Masuk dalam.....masuk!" Arah Fattah tegas.

"Abah jahat!! Abah pukul along! Lia benci abah!!" Aulia berteriak kepada Fattah dengan marah.

Mereka tiga beradik pun segera berlari masuk ke dalam rumah.

Malam kemudian....

Di dalam bilik, Ammar sedang membelek tempat-tempat yang berbirat akibat dirotan tadi sambil ditemani oleh Aulia dan Azrel.

"Hisk...abah jahat! Kenapa dia pukul along! Hisk...sampai hati abah!" Kata Aulia sambil menangis dan diikuti juga Azrel.

"Lia....jangan cakap macamtu. Lagipun ni sikit je ni! Along kuat lah! Along- aduh...s-sakit.." Ammar mengaduh sakit apabila Azrel menyentuh tempat luka tersebut.

"Kuat lah tu! Baru sentuh sikit dah sakit! Apa lah along ni." Kata Azrel dingin melihat Ammar.

Ammar hanya tersengih-sengih.

Tok! Tok! Tok!

Mereka tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu. Apabila pintu dibuka, ternampaklah wajah Fattah di muka pintu.

"Korang dua pergi tidur bilik masing-masing...." Arah Fattah.

"Tapi abah-"

"Sekarang!" Kata Fattah dengan nada yang ditegaskan lagi.

Dengan keterpaksaan mereka meninggalkan Fattah dan Ammar yang sedang memandang wajah ayahnya dengan perasaan takut.

Fattah kemudian duduk di tepi katil. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Minyak gamat.

"Sini tangan tu."

Ammar menghulurkan tangannya yang terkena rotan tadi.

Fattah pun menyapu minyak gamat itu pada tempat yang luka.

Ammar sedikit mendesis sakit akibat pedih di tempat luka.

"Abah....minta maaf." Ucap Fattah perlahan.

Ammar memandang wajah senduh ayahnya itu.

"Abah tahu abah jahat dengan kamu....tapi percayalah, abah buat semua ni sebab abah sayangkan along."

"Abah didik dengan cara macamni supaya korang bertiga belajar berdikari...."

"Along kena ingat, along anak sulung tau! Along kena jaga adik-adik....jangan biarkan diorang jadi budak yang jahat." Pesan Fattah.

"Along harapan keluarga....bila abah dah tak ada nanti...along boleh jaga adik-adik. Ingat pesan abah! Jangan jadi orang yang tak jujur dalam kehidupan...biar kita miskin tak apa, asalkan hidup kita bahagia." Tambah Fattah lagi.

"Ha! Dah siap! Anak abah kan kuat! Meh sini abah peluk sikit!"

Ammar yang sudah menangis itu segera memeluk Fattah. Kehangatan pelukan seorang ayah dapat dirasakan Ammar pada ketika itu.

"Hisk...along janji abah...hisk...along akan jadi manusia yang berguna! Along akan jaga adik-adik dan juga abah!" Kata Ammar sambil menangis.

Fattah tersenyum. "Alhamdulillah..."

🌟🌟🌟🌟🌟

"Sebab tu lah bila abah marah, kitaorang tak pernah melawan. Sebab kitaorang tau abah marah sebab dia nak anak dia jadi manusia yang berguna." Ujar Ammar sambil tersenyum bila teringatkan peristiwa itu.

"Hmm dia memang bapa yang baik..." Balas Alif setelah dia puas mendengar cerita dari Ammar tu.

"Tersangat baik Alif...aku syukur sangat sebab dia jadi abah kitaorang....takkan ada orang lain boleh ganti tempat dia dan arwah mama dalam dunia ni..." Balas Ammar lagi.

'Beruntungnya korang dapat ayah macam Uncle....aku, heh dah tak ada sesiapa. Yang ada hanyalah sejarah hitam pada masa lalu...'






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro