04 | πŠπ‡πˆπ‹π€π… π‘π”π’π€πˆππˆπ„ | "𝐁𝐔𝐀𝐋"

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

*ο·½*

"Start with Bismillah. End with Alhamdulillah. Patience with SubhanAllah. Promise with InShaAllah. Your life will be blessed by Allah. "

β€οΈβ˜•οΈ


.
.
.
.
.

"Pernah juga kau pinta perpisahan..."

"Aku sangkakan, itu hanyalah gurauan.. ah ha haa..."

"Ternyata kau serius dalam senyuman..."

"Bukan sekejap denganmu.. bukan mainan hasrat ku.. engkau pun tahu niatku. Tulus dan suci...~"

LAGU (gerimis mengundang- Slam) termati setelah ada panggilan telefon masuk. Aku yang sibuk mengikut nyanyi merdu daripada penyanyi Slam itu terhenti jua. Bibirku sempat berdecit kecil. Adu... orang nak layan lagu ada je yang kacau. Sibuk pulak ringtone phone nak melalak. Tanpa membuang masa lagi terus panggilan itu aku jawab. Handphone ditekupkan ketelinga

"Ya habibie yang Maulana! Assalamualaikum!" sapa seorang dari talian. Aku yang blur tidak dapat mengecam suara itu

"Siapa ni?"

"Bapak bongok, tak kenal kawan sendiri bhai..." sambung dia nada rajuk.

"Tak, serius. Siapa ni?"

"Takkan kau tak save nombor aku gila?" marah dia. Aku langsung tak terkesan. Dah fon aku yang jammed haritu. Terdelete semua nombor nak buat macam mana..

"Aku lah gila, Imran!" tali wayar otak ku bersambung. Lah mamat ni rupanya

"Ouh... Kau, ha apahal?" terus aku bertanya biasa

"Harini jemaah masjid nak jumpa kau. Kau mai ah. Ada makan makan sekali nanti," pelawa dia senada

"Tak sure aku free tak. Sebab aku ada penjanjian dengan member aku harini," tolak aku. Dah janji dengan Firman nak pergi main hoki petang ni. Bukan sebab apa, dah lama sangat tak main natang tu

"Isy! Kau ni. Mana lebih penting ni? Ah, takde, takde. Semua sekarang dah rindu kau punya serban putih kau, jubah kau apa semua. Semua rindu dok nak dengar kau ceramah kat masjid. Aku sekali rindu," hujah beliau aku berfikir lama

"Tengok lah dulu macam mana. Nanti aku fikir balik..."

"Cantik! Ni, nanti datang masjid. Jangan lupa bawak adik cun kau tu sekali," ujar dia bergatal. Tiba aku ada rasa bagai seribu kerengga yang mengigit seluruh badan ku. Gatal lain macam!

Aku mencebik seraya dengan sengihan dibibir terlekat. "K. Aku cau lu bro. Apa apa satgi kau call aku. Jangan pakai wasap, aku takde data ni," gumamku

"Kau memang. Apa yang payah sangat entah nak beli data!" marah dia aku tertawa

"Haha! Malas," ujar ku tenang

SESUAI bersembang dan memberi salam dan menjawab salam, aku mematikan talian kami yang bersambung tadi. Sebenarnya bukan lah 100% aku mahu pergi main hoki dengan si Firman itu. Tapi ada lagi sesuatu mende yang mahu aku buat tapi sampai sekarang otak aku blur. Mybe aku lupa. Aku angkat bahu sekilas. Lagu (Gerimis mengundang - Slam) tadi aku buka semula. Lagu 90-an yang rockers rockers dahulu dengan aku berpisah tiada. Rock rock begini jangan tanya dengan aku. Semua aku tahu.

Cis!

********************************


NASI ayam rendang dan sayur lemak bayam itu aku bungkus dalam pastik oren. Umi aku buka kedai, jadi kalau nak sarapan ke apa ke. Tak lain tak bukan, sini ajelah yang aku sarapan nya. Berniaga kecil macam umi aku ni memang tak terkenal satu Malaysia. Tapi boleh lah dalam kampung ni semua kenal umi aku. Semua puji masakan dia sedap. Alhamdulillah. Memang sedap pun. Umi aku ni kalau masak aku pun tak tahu. Aura dia lain macam! Orang Kelantan cakap. 'Sedap doOh!'. Aku tolong juga kekadang. Tapi bila cuti ajelah. Ada masa free tu aku tolong apa yang patut. Disebabkan aku berkerja juga, jadi takde setiap hari aku tolong umi aku. Yang tolong pun budak kecik ni. Adik aku je.

Disebabkan abi aku sudah tiada. Ini ajelah kerja umi aku. Untuk mengisi masa lapang dan sambil tu bersedekah. Ada juga seorang lelaki itu cakap nasi umi aku terlalu murah. Tapi, apa salahnya. Kita bersedekah. Tak rugi sikit pun. Menjual sambil bersedekah. Tak gitu?..

"Ari! Ari!" laung umi aku kuat seraya berlari anak kearah ku. Aku toleh melihat dia

"Ye umi, Ari ada je ni. Kenapa lah nak jerit jerit..." aku mengeluh. Tak kelam kabut tu bukan umi aku lah jawabnya. Dia berhenti dengan nafas tercungap-cungap sedikit.

"Umi taknak Ari pergi dulu... Ari dah bungkus ke nasi tadi?"

"Dah. Ari dah bungkus kan dah." jawab aku, plastik ditangan diperlihatkan kearahnya

"Huh... Ingat Ari tak bungkus lagi tadi. Lupa umi nak bungkusan." dia mengusap dada perlahan membuat aku tergelak kecil

"Ok lah umi, Ari dah lambat ni. Ari pergi dulu. Mintak restu umi, Ari keluar ni." aku mengucup tangan wanita itu. Dia tersenyum manis mendengar ayat terakhir aku itu. Ayat itu setiap kali aku mahu keluar, pasti akan dilontarkan aku. Kita kalau nak pergi mana mana, mesti kene ada restu ibu bapa. Takut tak berkat.

"Yelah. Eh, tapi.." ayat dia terhenti sekejap. Aku memandang riak wajahnya menanti akan ayat seterusnya

"Ari nak bagi siapa ea bekal nasi ni? Dekat masjid kan dah ada makanan?" soal umi aku hairan. Aku tersenyum tipis

"Adalah. Secret!"

Aku mengenyit mata. Wanita itu melopong

"Nak berahsia rahsia pulak budak ni... Hm ok lah pergi cepat, kang lambat kan." kereta City dihidupkan aku. Hon dilepaskan aku sebelum kereta itu meluncur perlahan keluar dari perkarangan rumah itu

.
.

Kereta aku parking betul-betul depan kedai Firman. Aku nampak lelaki itu sibuk menyiapkan kerja di atas meja. Kerja apa entah. Kerja dia, bukan kerja aku. So, takde masa aku nak ambil tahu. Aku keluar kereta, tak lupa juga nasi yang aku bawa dari rumah tadi aku ambil. Aku bergerak menuju ke kedai tersebut

"Der, pagi!" ucap ku tersengih. Dia tidak mendongak malah hanya memberi respon ringkas. "Hmm." itu sahaja yang dibalasnya. Aku berdecit kecil. Dia ni kalau sibuk berkerja, datang lah gorila sebiji pun dia tidak kesah

Mataku meliar mencari sesuatu. Ye, kelibat seseorang

"Fir, mana R?" tanya ku dia diam. Tangan ralit menulis akan sesuatu di kertas yang berselerak di meja itu

"Woi badak!" sergah ku geram terus dia memandang aku. Ha, tahu pun pandang. Kene sebut bende yang tidak sedap dulu kut baru nak dengar mamat ni. Nasib tak sebut gorila je tadi

"Pe?" balasannya ringkas. Wajahnya serabut.

"R mana?"

"Ada tu kat belakang, tengah buat kerja. Kau dah kenapa tiba-tiba pagi-pagi macam ni cari dia? Buang tabiat ke apa?"

Aku mengangguk sekilas lantas pergi meninggalkan persoalan lelaki itu. Dia menggeleng sahaja.

Langkah aku berhenti setelah aku melihat sosok tubuh lelaki itu. Aku tersenyum tipis lantas berdiri dihadapannya. Dia sedang sibuk mengikat tali kasut itu menjeling sedikit tanpa mendongak memandang aku. Aku dengar dia berdengus kecil. Mungkin tahu akan aku? Wuish, dasyat betul dia tahu aku tanpa tengok muka aku. Mungki seluar jeans lusuh aku buatkan dia sudah tahu yang itu aku

"R... Ni, mak aku masak. Ambil lah." aku bersuara biasa

Dia mendiam tidak menjawab malah sambung membuat kerjanya

"Kau ni, janganlah sombong. Aku cuma nak berkawan dengan kau aje kut."

"Siapa nak berkawan dengan kau?"

Dia membuka kata. Dingin. Aku tergamam sekejap. Katanya ku biar bagai angin. Dia ni lelaki ke perempuan ni. Dah macam perempuan aje asyik-asyik nak marah. Aku duduk disebelahnya.

"Takpelah kalau kau dah cakap macam tu. Kau tak nak berkawan dengan aku, aku tak kisah. Tapi, aku nak kau terima nasi ni. Sedap tau mak aku masak, rugi kalau kau tolak. Nanti jadi rezeki kucing tu." kucing liar dihadapan kami aku tunjuk menggunakan bibir. Dia mengetap gigi geram. Gerun pulak aku nampak dia yang sedang menggempal penumbuk itu

"Siapa kau ni hah! Apahal kau tiba-tiba semak dalam hidup aku? Eh, blah lah! Rimas tahu tak!" dia bangun pergi dari situ. Kasut ditangan dia hempas kuat. Aku terdiam lantas berdengus kecil. Aku cuma kesian kan kau aje R...

Bekas yang aku pegang tadi aku letak diatas meja. Aku harap dia ambil and makan nasi tu. Aku tahu, setiap pagi dia tidak sarapan. Haritu sempat aku ternampak dia. Pepagi kekadang minum air paip tepi jalan aje. Jadi aku kasihan. Tak boleh tengok dia macam tu. Aku kena tolong dia!

TERSENYUM lebar Azhari memandang semua budak-budak yang mengejar motorsikal nya dari kawasan kampung itu. Dia menghulurkan tangan untuk menyentuh semua tangan-tangan kecil mereka itu. Amboi kau ni, dah berlagak macam artis dah ek? Mana taknya dia ramai peminat budak-budak. Dah dia jenis peramah mesra dengan budak-budak.

"Abang Ari!"

"Abang! Abang, Sara rindu!"

"Abang, jom main tepuk amai-amai!"

Laung kuat suara kecil kanak-kanak riang itu. Azhari hanya menayangkan barisan gigi putih.

"Iye, iye. Insyaallah. Abang ada kerja ni. Nanti abang main ye..." omel Azhari girang. Dia memberhentikan motosikal

"Ok, janji eak?" ucap budak lelaki yang berumur lima tahun itu

"Janji! Daa~ abang gerak dulu!" sekali lagi motorsikal nya di kejari budak-budak. Tuk imam di dalam masjid menggeleng perlahan dengan bibir tidak lengkang tersenyum nipis. Azhari... Semua menyukai dan menghormati beliau.. Orang baik, memang orang baik lekat..
.
.

R's POV:

Aku mengesat peluh yang mengalir dibawah dagu. Penat berkerja. Tapi hasil tidak mengecewakan usaha aku. Aku dapat gaji lebih harini. Tapi tu pun gaji ni cukup-cukup makan. Almaklumlah barang sekarang sudah naik harga. Takpelah, janji aku dapat makan. Usai membasuh kaki di paip air luar rumah aku, aku masuk ke dalam rumah. Dah nak senja dah ni. Aku toleh sikit memandang langit yang keorengan itu sebelum masuk ke dalam

Tiba-tiba langkah aku terhenti apabila aku tergamam sekejap memandang dua plastik yang berisi penuh barangan makanan. Ada maggi, ada beras, ada milo, ada gula dan macam-macam lagi lah barangan dapur. Aku terkilan. Siapa yang bagi ni?

Leherku mengeliar melihat sekeliling. Kalau-kalau ada orang disini. Tapi.. mana ada orang lain selain aku di dalam hutan begini. Ke, ada orang sekodeng aku? Aku sudah berada tidak sedap hati. Tapi, entah kenapa aku tiba-tiba teringat akan lelaki pagi tadi. Yang bagi nasi dekat aku tu. Entah-entah mamat tu. Dia kan tak habis-habis nak berkawan dengan aku. Aku melepaskan dengusan kecil. Semak! Apa yang dia nak dari aku ni.

Aku membelek-belek plastik makanan itu. Nak ambil ke tak ni... Entahlah, kalau buang membazir pulak. Kalau ambik.. buatnya mamat tu letak racun ke dalam ni. Haih... Ambil ajelah! Dah orang bagi...

Seminggu kemudian...

Disaat aku membuka kedua mataku, terlihat disekeliling putih yang luas jelas lagi nyata. Terasa diri bagai di atas awang-awangan. Tiba-tiba datang angin yang bertiup sepoi- sepoi bahasa diselangi dengan satu suara yang lemak merdu. Kelihatan muncul seorang wanita yang berwajah seri dan nur, melihat aku. Aku cuba mengecilkan mata cuba untuk meneka siapakah tuan badan yang berwajah seri itu. Semakin lama aku memerhatikan nya, semakin samar-samar bayangan nya dan hilang... Aku mencari dimanakah dia berada. Tiba-tiba ada satu suara yang menyapaku dari belakang.

"Awak cari saya ke?" tegur wanita itu lemah lembut. Mendengar suaranya badanku automatik berpaling kearahnya. Terkesima aku memandang raut jelas lagikan nyata wajahnya. Aku tergamam terdiam seribu kata lidahku kelu dengan suara lama aku memandangnya.

"Siapa kau?" aku mulakan kata dengan bertanya.

"Kenapa muka sama macam aku?" sambung aku lagi. Memang benar wajahnya, tubuhnya seiras dengan diriku. Dan ini kali pertama aku melihat diriku sendiri dihadapan mataku. Dia tersenyum manis lantas menjawab "Kau adalah kau yang sekarang, dan aku adalah kau masa depan kau..."

Diam. Itu reaksi ku. Aku blur tidak faham apa yang mahu dia sampaikan. Wanita itu bersuara lagi.

"Sampai masa nya nanti, akan hadir seorang wali Allah yang akan merubah hidup kau menjadi aku..." tuturnya penuh membawa maksud yang mendalam.

"Siapakah wali Allah itu? Dan bila masakah dia akan tiba?" tanya aku ingin tahu. Dia tersenyum tidak menjawab pertanyaanku. Tanpa mengedahkan pertanyaan ku, dia berlalu pergi. Aku terdiam pelik 'mahu kemana wanita itu?"

Jejaknya tiba-tiba terhenti. "Selepas awak tersedar dari khayalan ini..." sayup-sayup suara pertanyaanku.

Secara tiba-tiba aku tersedar dari tidurku, terlihat ada seorang lelaki berkopiah dan berhoodie. Sambil memandang kearahku, sambil ia tersenyum manis. "Assalamualaikum..." sapanya

Melopong aku memandang wajah si jejaka yang sememangnya aku kenali. Siapa lagi kalau bukan mamat penyebok ni lagi. Aku nampak dia tergelak kecil dengan reaksi wajah ku yang teramat blur itu. Mataku tidak berkelip. Ya, memang aku dilema dengan mimpi tadi dan dunia sebenar aku. Mengapa aku mimpi begitu dan kenapa jejaka ini yang aku lihat dihadapan mataku sekarang?

"Kau sihat? Dah makan pagi ke?" dia bertanya seraya duduk disebelah ku. Topi hoodie diatas kepala dijatuhkan. Tinggallah sehelai kopiah di atas kepalanya sahaja. Belum sempat aku menjawab pertanyaannya, dia menghulurkan satu plastik yang berisi makanan. Haruman bau lauk itu seperti kambing golek. Ye, makanan kesukaanku sejak kecil lagi. Perutku mula berbunyi merona kelaparan.

"Siapa kau untuk kesah pasal aku?" ego aku bersuara

"Kau tak cam lagi ke nama aku? Haih, kan aku dah habaq mai haritu. Azhari. Nak ringkas lagi, Ari. Nak ringkas lagi, Ri. Siapa aku? Aku hamba Allah yang datang, nak berkawan dengan kau..." langsung si dia tidak getar melihat wajah bengisku terhadap jawapan dari mulutnya tadi. Malah tenang lagikan biasa. Berasap jiwa ini.

"Tak payah, kau nak acah-acah soleh dekat sini. Orang ni kekadang luar je bukan main berkopiah bagai. Tapi dalaman munafik. Syirik! Cakap ajelah kau ada niat buruk dekat aku..." hamburku, pedas. Memang itu naluriku apabila berapa dengan mamat ini

Azhari mendiam setelah itu dia tersenyum kecil. "Nauzubillahiminzalik..."

"Aku harap sangat dosa tu, Allah jauhkan daripada aku. Aku datang bukan nak acah soleh, acah baik ke apa. Aku just..."

"Dah ah! Kau tak faham bahasa ke apa! Aku ni tak ingin lah nak berkawan hatta nak bercakap dengan kau pun aku meluat ah! Sekali lagi aku nampak kau depan muka aku, nahas ah kau!" kaki laju mengatur pergi lagi situ. Si dia hanya mendiam seribu kata melihat jejakku.

.
.
.
.
.
.

Bersambung...

Nak lagi ke?

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro