10 | KHILAF RUSAINIE | "ABANG, REDHA..."

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"CUBA Rayna bukak juzuk 30. Surah Ash-Sharh..."

Helaian kertas Al-Quran di belek Rayna setelah di suruh. Rayna terhenti saat surah yang di minta Azhari tadi, sudah ia buka. Lelaki itu mengalunkan bacaan surah pendek tersebut. Mula dari bacaan ta'awwuz dan terus bersambung dengan ayat pertama surah tersebut

"أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ..." (1)

"وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ..." (2)

"ٱلَّذِیۤ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ..." (3)

"وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ.."(4)

"فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا..." (5)

Namun setelah ayat lima di bacakan. Suara Azhari kian terhenti sebentar. Lalu ia membacakan terjemahan dari ayat tersebut

"Maksud dari ayat ni, Allah bagitau..."

"...Oleh itu, maka (tetap kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..."

Rania diam. Manis senyum Azhari lepaskan tika ini. "Lepastu, Allah ulang lagi..."

Azhari menyambung ayat ke enam dari surah itu.

"إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرࣰا...." (6)

"Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..."

Setelah itu ia habiskan lagi ayat yang seterusnya. Rania terkebil-kebil. "Allah dah lama janji dekat kita Rayna. Kita je yang lalai... Allah bagitau banyak dekat kita dalam Al-Quran. Walaupun pendek dan ringkas. Tapi tu cukup buat kita tenang bila membaca terjemahan dia. Masa abang rasa putus asa. Tak semangat, dua ayat ni selalu terlekat dekat kepala abang. Jadi bila abang nak buat sesuatu perkara. Dua ayat ni abang selalu ingat. Tak berbelit dan mudah nak ingat, bukan?"

Rania perlahan-lahan membalas senyuman Azhari. Dia mengangguk sekilas. Faham.

"Ada lagi ayat yang buat kita jatuh cinta dengan Allah?" Rania bertanya. Seolah-olah dia sudah terlalu asyik dengan semua ini. Seronoknya bila kenal Allah terlalu dalam. Betapa Mulia dan KasihNya DIA kepada hambaNya.

"Ada je. Abang ingatlah... Ada satu ayat ni dalam surah al-Baqarah, ayat 186." ucap lelaki itu sebelum mengeluarkan satu ayat daripada surah al-Baqarah.

"وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِی عَنِّی فَإِنِّی قَرِیبٌۖ...."

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat..."

"Dalam ayat ini.. Allah jelaskan kepada kita bahwa kita tidak perlu segan untuk bertanya, memohon pertolongan, atau pun sekadar berkongsi sesuatu pada Allah. Kita kena selalu beringat, yang Allah sentiasa dekat dengan kita..."

Rania mendiam sebelum satu soalan diacukan pada jejaka itu

"Rayna nak minta tolong dekat abang sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Boleh tak, mulai hari ni. Abang jadi pakcik Google Rayna? Hm.. kalau ada apa-apa yang Rayna tak tahu, Rayna boleh rujuk abang." seloroh si dia selamba. Tersengih-sengih raut wajah Azhari. Kepala berlapikkan telekung digosok-gosok setelah itu pipi si dia dicubit manja

"Yelah... Jom tidur, nanti terlepas tahajjud pula..."

"Ok.. eh, abang!" lengan Azhari di tahan. Tidak jadi lelaki itu mahu bangun. Reaksi muka Azhari tayangkan

"Esok nak ikut abang pergi madrasah abang boleh? Rania nak cuba niqob baru tu sekali.. ehe..." ujarnya

"Boleh je..." senyum Azhari melihat gelagat isterinya.

*******

MATA mencelik melihat jarum jam di sebelah lampu meja bilik. Rania lekas bangun apabila jarum jam menunjukkan pukul 4 pagi tepat. Azhari yang sedang lena direnung. Tidak sedar herotan nipis bibirnya kian terpamer tika ini. Serabai betul rambut mat rock lelaki ini. Haha! Tengah tidur pun cool aje... Terus ia mengangkat punggung untuk ke bilik air membersihkan diri. Usai bersihkan diri, Rania memanggil jejaka yang masih lena itu.

"Abang, bangun. Tahajjud..." panggil dia seraya menggerak-gerakkan bantal yang berdekatan dengan Azhari tidur. Dia sudah ada air wuduk. Bimbang kalau-kalau kulit dia dan Azhari bersentuhan tika ini

"Hm? Hmm..." mamai Azhari. Mata beliau masih tertutup

"Abang cepatlah tahajjud sama-sama.. kut lah, ni tahajjud Rayna yang terakhir dengan abang..." sengaja dia melontarkan kata-kata negetif seperti itu. Terus bulat biji mata Azhari memandang wajah Rania yang sudah bertelekung putih itu.

"Aih, jangan cakap macam tu... Ok, abang bangun..."

Rania pusing seolah-olah mahu pergi. Namun tangan si dia yang terselindung dengan kain telekung tersebut dipegang Azhari. Tersekat Rania dengan pegangan jejaka itu.

"Tunggu abang..."

Pinta Azhari. Rania akur menunggu jejaka itu bersiap. Sebelum itu, dia membaca kitab suci Al-Quran dahulu sementara menunggu si dia

KOPIAH hitam Azhari sarungkan di kepala.
Rania bangun bersiap menjadi makmum Azhari. Dengan bacaan ta'awwuz, Azhari mengangkat takbir. "... الله اكبر"

Rakaat kedua Azhari sudah habiskan. Sebelum beri salam, sujud yang terakhir. Azhari melamakan ia. Beribu doa yang Azhari alunkan tika dalam sujud ini. Rania turut ikut berdoa sambil menangis. Mereka kusyuk berdoa dalam sujud itu tidak sedar bahawa sudah sepuluh minit sudah mereka dalam sujud. Azhari menyedari bahawa ia sudah lama. Terus bangun.

"الله اكبر..."

Namun tidak Rania, dia masih dalam sujudnya. Mungkin kerana terlampau kusyuk berdoa tidak sedari imam sudah bangun

"Assalamu'alaikum, warahmatullah..."

"Assalamu'alaikum, warahmatullah..."

Salam sudah diberikan. Azhari menyapu muka dengan telapak tangan. Beberapa zikir-zikir Azhari ucapkan. Kemudian ia menadah tangan berdoa... Lima minit berdoa, Azhari mengaminkan doanya sendiri. Namun saat ia menghulurkan tangan dari belakang. Diam

Tiada sambutan.

Hairan. Badan di pusing Azhari. Berkedut dahi jejaka itu memandang Rania yang masih dalam sujud lagi. Aik? Lamanya Rania sujud?

Azhari beri masa untuk Rania lepaskan segalanya dalam sujudnya tika ini. Terkilan jejaka itu. Lima minit dia menunggu, namun tiada sapaan. Dup!

Azhari memegang bahu si isteri perlahan

"Rayna? Hei?"

Lembut suara itu memegang bahunya. Diam. Tubuh itu seakan mengeras. Jantung Azhari tiba-tiba tidak sedap

Kali ini ia agak kuat sedikit menolak tubuh si isteri. "Rayna? Rayna..."

Buk!

"Allah!"

Tubuh Rania rebah atas ribanya. Azhari terkejut memandang wajah itu. Pucat lesi. Bibirnya jua turut pucat. Badan keras. Mata kian terbuka sedikit. Di pipi si isteri terlekat basah kesan air mata. Bibir Azhari terkelu. Air mata beliau bersinar-sinar. Kenapa Rayna ni...

"Rayna? Hei? Rayna? Bangun..." pipi beliau di tampar-tampar lembut. Namun hampa...

Masih tidak ada sapaan.

Hidung si dia dirasakan. Tiada nafas.

Azhari memandang depan. Dia mengangguk perlahan. Cecair yang ada di bebola mata jatuh jua saat hati sedang berombak menahan sakit dan perit. Jiwa Azhari rapuh. Pedihnya takdir, ya Allah...

"Abang, abang redha..." tutur Azhari seraya mengalirkan airmata di pipinya. Bibirnya tersenyum tawar. Dalam masa yang sama dia gembira. Kerana isteri sudah kembali dengan sang pencipta dalam keadaan yang baik. Di pagi Isnin. Pukul 4:45 pagi. Walaupun ianya berat dan sukar untuk di terima. Azhari pasrah kan ia berlaku.

Mungkin ini sudah menjadi takdir dia sejak sebelum ia berkahwin dengan Rania lagi. Mata yang terbuka Azhari tutup akan ia menggunakan lima jarinya. Sebelum ia berpisah buat selamanya. Azhari memeluk erat jasad yang tiada balasan pelukan itu. Tersedu-sedan suara tangisannya penuhi ruang bilik gelap Azhari

***********

JANJI ALLAH itu memang sudah sememangnya pasti. Yang hidup, pasti dan pasti ia akan merasakan mati. Semua yang dibanggakan dalam muka bumi ini, semua akan hilang sekelip mata. Azhari dan sekeluarga redha. Walhal berat dan pedih untuk menerima kematian arwah. Namun itu sudah takdir, mahu tidak mahu. Kita semua kena kuat. Azhari mengucup dahi arwah isterinya, lama.

Sejuk dapat ia rasakan.

Kuat air mata Azhari menahan sebak tika ini. Tidak mahu jatuh dekat arwah.

"Ya Allah.. redhai lah dia, maafkan lah ia, tempatkan ia dalam kalangan hamba-hambamu yang dicintai. Aku sayang dia, dunia akhirat... Limpahkanlah rahmat kepada roh isteriku ini... Terima segala taubatnya.. kasihanilah ia..."

Doa Azhari dalam hati. Pada saat ini. Mata beliau tertutup. Dapat ia sedari pelahan air mata itu menitis. Cepat-cepat Azhari angkat wajah pergi dari situ. Matanya di tutup menggunakan satu telapak tangan. Umi dan Malayqa serta beberapa lagi orang awam di situ melihat jejaka itu berlalu. Mereka ikut turut sebak dengan kematian mengejut isteri kepada Azhari itu. Baru saja beliau bernikah 2 minggu. Allah sudah menjemputnya pulang.

Mungkin Allah terlalu rindu...

Suram sahaja suasana rumah. Sunyi. Ibarat semua sudah tidak bernyawa. Menahan sebak dengan pemergian arwah. Peritnya tidak terucap

AZHARI seorang lelaki yang tidak pernah munkir janji, ia berjanji akan jaga Rania sampai mati. Dan sekarang dia sudah tunaikan janjinya. Daripada mandikan jenazah, solat serta usung keranda bersama-sama para lelaki di situ. Semasa mengangkat meletakkan kayu keranda jenazah dibahunya. Azhari bergenang airmata. Surah Al-Fatihah tidak henti-henti dari bibirnya. Entah apa yang dia fikirkan sewaktu ini. Kosong sahaja fikiran dia sekarang. Tidak mampu berfikir apa-apa

Sakitnya, lepaskan dia yang pernah buat kita tersenyum... Walhal ia cuma seketika.

........

Petang itu...

Bilik dimasuki Azhari dengan langkah longlai. Dia duduk di birai katil dengan wajah yang tiada membawa apa-apa makna. Seakan mimpi pun ada. Pagi tadi, baru sahaja dia pergi memulangkan Rania pada sang pencipta. Azhari tiba-tiba terpandang satu helaian kain hitam di atas katilnya. Perlahan kain itu di ambil.

Rancang dia dan Rania semalam, mahu pergi madrasah dia bersama-sama. Dan kali ini Rania mahu pakai sekali niqob yang dia janjikan semalam. Hidung Azhari mulai merah. Laju berdesup airmata mengalir sewaktu ini. Merah habis wajah jejaka itu dek kerana menangis. Tolong katakan, yang ini hanya rekaan mimpi semata-mata

"Ray..na... Sayang... Abang rindu... Hiks.."

Puas Azhari menangis mengenangkan semua kenangan ia bersama. Semua itu tidak bisa dilupakan walau sedetik. Dia sudah sayang dan cintakan wanita itu. Rania seorang wanita yang mampu membuka pintu hati Azhari yang agak sukar mahu terbuka itu. Kain hitam itu diletakkan di bibir. Dia mengucup perlahan kain itu. Bau Rania.

Rania...

Semoga tenang di sana...

.......

MALAM yang hening itu. Azhari melepaskan semua kepedihan jiwa kepadaNya. Sakit rindu pada orang yang sudah tiada di dalam muka bumi ini bagai seribu duri menikam raganya. Semua kenang-kenangan masih terngiang-ngiang di fikiran. Azhari bangun daripada sujudnya setelah 20 minit sudah dia meluah semua rasa pada sang pencipta. Wajahnya terlihat kesan tangis. Usai bagi salam, tangan perlahan mengangkat menadah berdoa. Bibir terkumat-kamit berdoa. Terlalu kusyuk hingga kehadiran sang Umi yang dari tadi melihat ia daripada sisi pintu biliknya tidak disedari. Pandangan si ibu pada anaknya sungguh sayu. Kasihan melihat Azhari. Sudah beberapa hari diam tidak bercakap dengan orang. Muram sahaja diri Azhari tidak bermaya.

Tiga hari arwah pergi. Azhari masih berkeadaan begitu. Memek isyarat muka Umi berikan kepada Malayqa yang duduk berdiri tercegat di sebelah sang Umi. Si gadis seolah-olah tahu apa yang di maksudkan oleh Uminya. Perlahan kaki itu melangkah masuk ke dalam bilik abangnya. Setelah itu, ia duduk di belakang abangnya senyap. Azhari menyapu tangan di muka usai habis berdoa.

Betapa terkejutnya si jejaka saat ia memusingkan kepalanya memandang wajah insan yang amat dia rindukan sekarang. Perempuan itu tersenyum manis. Berseri-seri wajah si dia memandang Azhari yang tercengang. Kelu lidah Azhari. Badan sekaligus mengeras. Sungguh ia rasakan ini hanyalah khayalan ia semata-mata.

"Abang... Rayna nak ucapkan terima kasih dekat abang. Sebab abang, Rayna kenal erti kehidupan. Sebab abang, Rayna kembali kepadaNya. Kasih Rayna pada abang, takkan pernah hilang... Abang, jaga solat ye.. nanti ada rezeki, kita jumpa lagi. Abang jangan sedih-sedih. Rayna ada aje dengan abang..."

Sebak si jejaka mendengar suara lembut lagikan ayu wajah isterinya itu. Khayalan Azhari mati. Malayqa adik perempuannya mula bersuara. Mata yang tidak berkelip itu, di kelipkan beberapa kali. Memang benar, dia berkhayal. Malayqa tahu yang abangnya sedang memikirkan sesuatu yang luar dari jangkaannya

"Pasaipa bang? Abang, ok?" berhati-hati soalan itu terpacul keluar. Malayqa juga turut ikut sedih melihat keadaan abangnya sekarang

Diam.

"Abang?"

"Ab... Abang rindukan Rayna..." rintih si dia dalam tangisan. Air mata sekali lagi jatuh dari kelopak mata. Jiwa dia tidak kuat. Tika ini, yang ia mahukan hanya isterinya sahaja. Tangan yang bergetar diletakkan di mata. Ia menangis semahunya. Orang bilang, jika tangisan itu boleh melegakan. Maka menangislah. Lepaskan semuanya. Menangis bukan tanda kita tidak kuat, cuma menangis itu tanda kita meluahkan segalanya.

Malayqa mendiam menahan air mata. Sebak mengundang tatkala abangnya menangis. Jiwa tidak kuat sungguh apabila melihat lelaki mengalirkan airmata ini. Belakang abangnya diusap-usap. Mahu tenangkan beliau

Bagaimana sedih tidak mengundang. Baru sahaja mereka mendirikan rumah tangga selama dua minggu. Miski singkat tempoh perkahwinan mereka. Tetapi bagi Azhari, kenangan ia bersama sang isteri bagai bertahun lamanya.

.
.
.

"Rayna..."

"Rayna..."

"Rayna!"

"Ari... Heh, bangun. Petang-petang ni tidoq apadia ni..." kejut Umi memegang pipi si anak. Azhari terbeliak mata mamai. Luas. Terus ia bangun tanpa suara. Mata melilau mencari kelibat seseorang

Umi memandang pelik

"Umi, Rayna mana mi?" soalnya polos

Umi dan Malayqa saling memandang. Malayqa menunduk menahan sebak. Airmata beliau di tahan. Sedihnya lihat keadaan sang abang begini. Seminggu kehilangan si isteri. Tetapi bayangnya masih terngiang-ngiang di mata

"Rayna mana pulak ni , Ri... Rayna dah takde kan..." lembut sahaja suara Uminya memberitahu kenyataan. Azhari terkilan. Deng!

Ouh iye... Rayna sudah tiada. Baru dia ingat. Bersinar anak matanya. Berubah muram wajah Azhari. Tubuh jejaka itu di tarik dalam dakapan. Erat. Umi sebak

........

DAUN-DAUN yang bersepah di tepi batu nisan. Di atas tanah kubur isterinya di kemas-kemas kan. Yasin di masukkan dalam poket baju melayu. Air di dalam botol mineral di tuangkan habis ke tanah merah. Wajah Azhari sayu memandang insan yang sudah pulang dari sang pencipta itu. Tiga minggu dia hidup sendiri. Akhirnya hati Azhari sudah rela dengan pemergian si arwah. Hidup itu bukan tentang menyesali apa yang telah pergi, tetapi tentang menghargai apa yang engkau miliki dan sabar menanti apa yang akan menghampiri...

Kadang-kala hari-hari kau yang panjang, mungkin tak selalu seperti yang engkau harapkan. Memang ada waktu di mana ranting patah, tapi kemudiannya bisa tumbuh kembali, bukan? Aku percaya dengan takdir. Walaupun sukar nak terima. Ketentuan Allah tu yang paling terbaik buat kita.

Hidup memang jauh lebih singkat dari yang kita bayangkan. Aku sangat takut kehilangan kau, tapi sekarang... Kau dah pergi... Dan aku ditinggalkan dengan semua yang tidak aku fikir aku akan miliki. Tidak ada yang akan sama lagi. Engkau akan selamanya dirindukan dan tidak pernah dilupakan...

"Rehatlah sayang, abang tahu. Rayna penat sangat..."

Batu nisan milik isterinya diusap-usap lembut. Rindunya nak gosok kepala isterinya... Hati Azhari tersenyum tawar. Namun riak wajah masih terpamer biasa. Mungkin dengan 'tidur' sahaja dapat menghilangkan rasa 'penat' dalam diri Rania yang bertahun lamanya ia menyimpan. Jika ini bukti bahawa Rania perlu rehat, Azhari redha...

Dari jauh Firman merenung Azhari di kubur isterinya. Tubuh jejaka itu bersandar pada kereta saganya. Tubir di kelopak matanya berair. Langsung tidak memiliki penyesalan dalam hidup. Fikir, segala sesuatu terjadi pada kau kerana satu alasan. Masa-masa yang berat kau lalui membangunkan karakter, membuat kau menjadi orang yang jauh lebih kuat. Terkadang, kau tidak menyedari kekuatan kau sendiri sampai kau berhadapan dengan kelemahan terbesar kau sendiri.

"Aku bangga memiliki sahabat seperti kau, R.... Selamat tinggal sahabat... Moga tenang di sana..."

Ingat, kekuatan tidak datang dari kemenangan. Perjuangan kau mengembangkan kekuatan kau. Ketika kau melalui kesulitan dan memutuskan untuk tidak menyerah, itulah 'kekuatan...'

......

AZHARI POV'S:

HARI berganti hari. Bulan berganti bulan. Malam berganti siang. Akhirnya lima bulan sekaligus menjelang. Aku telah buat keputusan, untuk berhijrah ke tempat yang lebih baik. Jauh dari segala kenang-kenangan aku bersama dia. Untuk mengelakkan kerinduan aku terhadap dia. Aku berhijrah ke Madrasah Al-Taqwa As-Solehah untuk mengajar di sana. Katanya di sana mencari ustaz yang mengajar kitab-kitab. Rumah pun aku pindah jauh. Tidaklah jauh mana, cuma dalam dua jam lebih. Aku sampai dari rumah Umi aku ke rumah aku. Sekali-sekala, mahu ambil pengalaman duduk jauh-jauh.

Fail-fail pelajar-pelajar muslimat di situ aku belek-belek. Satu persatu aku lihat. Ada yang kelas satu, ada yang kelas lima dan ada juga yang masih i'dadi (kelas rendah)

Di sini, pelajar semua perempuan. Senang cerita, malam aku mengajar budak lelaki. Siang aku mengajar budak perempuan. Budak lelaki sebelah cawangan madrasah ini aje. Tidaklah jauh.

"Baik hari ni Ustaz... Ustaz apa ye?" tanya salah seorang kerani di situ. Aku angkat wajah sekali

"Ustaz Mukhriz."

Ringkasku. Bukan tidak mahu nama yang hadapan. Cumanya mahu aura baharu. Sekolah baru, nama baru!

"Ok Ustaz Mukhriz. Petang ni, Ustaz Aslam nak jumpa. Nak bincang pasal pelajar..."

Angguk. Itu sahaja reaksi muka aku tayangkan. Semua fail-fail pelajar-pelajar muslimat di madrasah itu aku ambil. Dek kerana terlampau banyak. Satu fail pelajar perempuan di situ terjatuh melekat di lantai simen pejabat.

Lantas aku mengambilnya tanpa basa-basi. Dap! Jantung seakan terhentak! Aku terkesima meneliti nama dan segala senarai salah seorang pelajar ini

"Ini, pelajar yang mana eh? Dia kelas mana?" tanyaku ingin kepastian. Kerani perempuan itu tersenyum nipis melihat borang yang aku hulurkan. Lalu kemudian ia mengeluarkan kata

"Ini pelajar lama. Rayna Rania Rusainie, namanya. Dia ni dah takde dah..."

Ungkapan beliau lagi menyentap akan wajahku. Betul-betul terkejut aku mendengarnya. Gambar seorang gadis berfurdah di borang pelajar itu aku lihat. Pelajar lama? Ini, madrasah lama Rayna?

https://www.youtube.com/watch?v=A0pfcDPQwK8

.
.
.
.
.
.

Wanita... ✨
Terciptanya ia hanyalah untuk menghiasi penduduk alam. Mewarnai duniawi. Tanpa ia, alam tidak akan berseri. Wanita tercipta bukan untuk dipijak, dihina, diherdik malah jua dianiaya... Tetapi wanita diciptakan untuk disayangi, dan dikasihi. Bukan jua untuk dialasi dan disanjung. Tetapi ia perlu dibentuk menjadi peribadi yang dibentuk... Ia tercipta dekat pada dua benda. Bahu dan jua hati. Bahu untuk dilindung, manakala hati untuk dikasihi.

Hasil karya ini hanyalah untuk memberi nasihat serta beberapa mesej, pada mereka. Yang sentiasa lalai menggunakan teman wanita. Wanita penyeri hidup sang jejaka... Juga syurga buat jejaka. Hargai dan sayangi lah mereka...

.
.
.
.

Selesai.....

"Dengan lafaz bismillah, aku mula dan dengan lafaz alhamdulillah. Aku tamatkan karya yang tidak seberapa ini... Maaf andai terdapat salah dan juga silap dalam mengkarya. Doa-doakan ye, moga karya saya ini dapat di jadikan 'real' novel!🐨❤️ Ameen!"

(Kisah ini, 70% kisah benar... Kejadian dan siapa orangnya di rahsiakan. Harap maklum...)

Sebelum saya akhiri KR, beberapa soalan saya nak tanya. Jawab k?

* PENGAJARAN APA YANG KORANG DAPAT DALAM KR?

* KALAU KR JADI BUKU, KORANG SUDI KE NAK BELI?

* WATAK FEVERET SIAPA?

ok, tu je. Ehe. Dada! Thanks you sekali lagi sudi baca cerita kamek! Kamek hargai sangat 🙈💐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro