one

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1
CONFESSION

🌸🌸🌸

"Eh thanks! " Seorang lelaki yang memakai topi itu sempat mengukir senyuman manis tatkala seorang gadis tiba-tiba menghulurkannya sepapan coklat.

" Nak kata valentine day, tak pun. Tak fahamlah aku kenapa perempuan dekat sekolah ni suka sangat bagi coklat dengan surat cinta tiap-tiap hari? Bosan. " Kotak yang berat diisi dengan surat-surat cinta dan pelbagai jenis coklat itu dipegang penuh di tangan Byun Baekhyunㅡ lelaki paling popular di sekolah.

Kedua-dua kakinya berjalan santai menuju ke kelas tempatnya belajar. Sesekali dia berhenti berjalan ketika mana-mana pelajar perempuan memanggil namanya untuk memberikan hadiah.

Walaupun baru je pindah, lelaki itu menjadi tatapan utama oleh semua pelajar di sekolah. Susah jugak jadi terlampau handsome ni. Byun Baekhyun atau nama panggilannya, Baekhyun sempat bermonolog di dalam hati. Dia terkekeh ketawa apabila melihat gelagat gadis-gadis yang sangat tergila-gilakan lelaki kacak, lelaki tak berapa nak kacak nak buang kat mana?

Ada jugak spesies perempuan yang pemalu, kadang-kadang bila tengok dalam meja, penuh surat cinta dan hadiah berselerak sana sini. Hah yang ni lagi menyusahkan, kita pulak yang kena kemas.

" Hai Choi Aera! Lama tak jumpa! " Tegur Baekhyun secara drastik apabila melihat seorang gadis yang cukup dikenali berselisih dengannya. Gadis yang berambut ponytail itu sempat mengerling ke arah Baekhyun yang tak berapa nak tinggi itu.

Ya tuhan. Baru je semalam jumpa, dia kata lama tak jumpa pulak dah. Omel Choi Aera dalam hati. Seperti biasa, gadis itu pasti tidak akan menjawab. Baekhyun memandang gadis itu dengan mata yang terkebil-kebil.

" Kau nak apa tengok aku macam tu ? Cepatlah, kau ada apa-apa nak cakap ke ? " Choi Aera bercekak pinggang sambil menunggu jawapan daripada Baekhyun.

" Hm sakit tak bila awak jatuh dari syurga ? "

Is that pickupline? Oh gosh that's lame, fikir Aera sambil memutarkan bebola matanya.

" Shut up Byun Baekhyun ! "

" Awak pernah jatuh dari syurga kan? Sakit? "

Sekali lagi Aera menghela nafas panjang.

" Ya kenapa? Aku ni cantik sangat macam bidadari kan? aku tahu tu, thanks. "

" Nope. Because so did Satan. "

" Tak guna ! " Aera pada waktu itu betul-betul berharap yang dia dapat mengawal kemarahannya, jadi tak adalah buku yang dipegangnya melayang atas muka Baekhyun, tetapi gagal.

" Ouch! " Baekhyun mengelus pipinya perlahan-lahan. Sakit ! Belum sempat dia mencapai tangan Aera, gadis kecil itu sudah berlari-lari anak meninggalkannya.

" Yah Choi Aera ! "

Setibanya di kelas, Baekhyun mempercepatkan langkah menuju ke tempat duduk apabila mendapati guru bagi mata pelajaran matematik sedang tercongok berdiri di hadapan kelas. Dia lantas menghempaskan kotak besar yang dibawanya ke atas meja. Kedua-dua tangannya dikibas-kibas untuk mengurangkan rasa panas.

Kejadian yang berlaku sebentar tadi diimbasnya kembali. Kim Aera merupakan kawan baiknya sejak di bangku sekolah rendah lagi, tapi mereka berpisah kerana Byun Baekhyun terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih jauh.

Betul lah pepatah orang-orang tua, kalau dah jodoh tak kemana? Siapa sangka mereka berdua boleh berjumpa semula di highschool yang sama.

Baekhyun sempat tergelak kecil apabila mengimbas kembali kejadian yang berlaku tadi. Dia tak tahu perasaan ini lebih tepat disebut sebagai apa. Boleh dikatakan yang Baekhyun minat seseorang atau memang hari ini Baekhyun sedang dilamun cinta.

Dilamun cinta dengan gadis yang bernama Choi Aera.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro