Part 14-Kota D'xandria

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aduh.. Andrina penat Daze terbang ni.. Jomlah rehat dulu.." rengek Daze.

"Nak rehat apa? Tak nampak dekat bawah itu haiwan-haiwan itu masih kejar? Jangan putus asa dulu Daze," pujuk Andrina. Mereka sudah terbang hampir dua puluh minit tetapi haiwan-haiwan liar itu masih tidak berhenti mengejar mereka.

Zender terfikir yang ini semua bukan kebetulan. Masakan haiwan-haiwan ini mengejar mereka? Ini bukan sifat mereka yang normal. Namun, perbualan Andrina dan Daze menarik perhatiannya.

"Kau jangan Daze, kalau rasa nak hidup baik kau terus saja mengepak sampai ke Kota D'xandria itu. Nanti sampai mana-mana bangunan kau rehatlah," celah Zender.

"Hurmm.. cakap senanglah bukannya Zender yang kena mengepak! Daze yang kena tahu?" balas Daze dengan muka masamnya. Andrina tergelak. Bayangkan, serigala buat muka masam? Cannot brain.

"Sudahlah korang berdua berat. Kalau Andrina tak apa lagi, kecil molek saja orangnya. Zender itu hah, yang berat semacam, makan batu ke apa?" Daze masih dalam mood nya yang kuat merungut. Apa nak buat? Diam sahajalah yang mampu.

Andrina terus-terusan menenangkan Daze. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan. Buang tenaga sahaja namanya. Sudahlah dengan dikejar sekumpulan khinzir hutan, kalau Daze habis tenaga? Bukankah naya saja..

Sedikit sebanyak tenang sikit hati Daze dengan pujukan Andrina yang tidak putus-putus. Kini, dia terbang lebih laju untuk sampai ke Kota D'xandria.

Tapi, aip! Jangan ingat Daze ini baik sangat okey! Siaplah Zender Daze kerjakan nanti! Ki ki ki.

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏

Dari kejauhan, sudah terlihat bangunan-bangunan yang megah dan terpasak teguh pada tanah besar Kota D'Xandria. Haiwan-haiwan liar yang mengejar mereka sudah lama menghilang entah ke mana, penat barangkali.

Katakan sahaja kakinya terlalu pendek untuk berlari sejauh ini.

Daze semakin laju mengibas sayapnya. Tidak sabar hendak berehat. "Oh, tanah ku meow meow! Rindu sangat dengan kau! Come to papa!" Sempat lagi Si Daze ni melalut.

Dia mendarat betul-betul di hadapan pintu gerbang yang gah milik Kota D'xandria. 'Kota yang hebat,' getus hati Andrina. Dari pintu terbang putih suci itu sudah dapat dilihat istana D'xandria yang berdiri bangga dengan keindahan dan kemegahan yang dimiliki.

Pokok sakura menghiasi perjalanan mereka. Andrina sudah berangan seperti berada di Jepun. Tenang sekali rasanya. Perlahan-lahan mulutnya bersuara.

"Mengapa nama tempat ini D'xandria? Sebab ianya nama pelukisnya, ke?" soal Andrina diutarakan kepada Daze.

"Bukan, tapi sebab namanya memang diberi begitu oleh pelukisnya." jawab Daze. Mukanya ceria sahaja.

"Kota ini juga dikenali sebagai Kota Comulonimbus sebab tenang dan indah saja pemandangannya. Bagaikan awan yang berarak tenang. Malah, penduduk di sini juga ramah semuanya." sambung Daze.

"Andrina, inilah Istana D'ferista kalau Andrina nak tahu," ujar Daze sambil bergerak ke pagar merah di tepi jalan.

"Lawanya!" Andrina terjerit kecil. 'Hebat betul imaginasi pelukis ini!' desis Andrina dalam hati. Dia juga sudah berada di tepi penghadang merah itu.

Awanan yang berarak menjadikan pemandangan yang terbentang bertambah indah. Lautan luas yang jernih membiru, angin yang menenangkan dan sentuhan magis si sakura, setiap simfoni alam ini berjaya mengukir potret indah.

Bunga sakura merah jambu di sepanjang jalan terbang apabila disapa angin. Dia teringatkan Makcik Airanya. Gadis itu ralit menikmatinya sehingga terlupa tujuan asalnya.

'Kasihan makcik, pasti makcik risaukan aku,' getus Andrina dalam hati.

"Andrina, kita kena gerak" tegur Zender menyentak lamunan Andrina.

"Ah, ya.. ya.." kata Andrina yang baru tersedar dari lamunannya.

"Mari Daze tunjukkan tempat menarik dekat sini," cadang Daze pula. Macam biasa, Daze pasti hendak berjalan-jalan dahulu.

"Emm, bolehlah" balas Andrina. Dia pun sudah jatuh hati pada tempat ini. Teringin sekali dia berjalan-jalan dan meneroka kota ini. Zender seperti biasa ikut sahaja. Tak banyak mulut, walau dalam hati sudah berbakul keluhan.

Mereka terus menuju ke pusat bandar untuk ke destinasi seterusnya. Berpandukan Daze, mereka tiba di sebuah bangunan yang betul-betul di hadapan laluan ke pusat bandar. Dindingnya putih dan kelihatan agak moden. Sebahagian daripada binaannya ialah kaca sehingga memperlihatkan bahagian dalam bangunan. Berbeza sekali penampilannya dengan istana tadi yang lebih tradisional.

Mujur semasa dalam perjalanan diudara tadi, Daze sudah menerangkan bahawa sesiapa yang ingin memasuki kota ini harus memakai kasut khas. Kasut itu merupakan kasut yang membenarkan penggunanya terbang tanpa sayap. Namun, kasut itu seakan magis. Sebaik kaki itu menyarungkan kasut tersebut, kasut itu akan hilang dari pandangan. Ianya seperti posyen ajaib, ia akan terus sebati dengan kasut yang kita pakai. Yang tinggal hanyalah corak sayap di sisi kasut yang sedia ada.

Lain ceritanya dengan makhluk yang sudah sedia bersayap, mereka tidak perli menggunakan fly posyen itu. Semua penduduk di sini juga memakai kasut terapung itu, kasut tersebut diberi secara percuma namun harus dimaklum nama pemakai di situ kerana apabila tiba di hujung kota dan ingin keluar dari tanah jajahan ini, ianya harus dipulangkan semula kepada pengawal yang bertugas. Pengawal itu akan membacakan jampi untuk menghilangkan kuasa fly posyen itu supaya ianya tidak disalahgunakan.

Sememangnya Kota D'Xandria dikenali dengan penghuninya yang mengamalkan magis. Walaupun cuma magis yang tingan dan tahap rendah, namun ianya menjadikan kota ini unio kerana magik juga digunakan dalam sistem kerajaan.

Selesai menguruskan semua itu Daze keluar dari bangunan tersebut.

"Semua sudah pakai fly shoe?" tanya Daze, Andrina mengangguk .Begitu juga Zender.

Mereka pun tidak membuang masa, terus memulakan perjalanan ke pusat bandar dengan terujanya.

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏

Selesai berjalan-jalan mereka berhenti untuk minum dan makan petang. Kebanyakan tempat-tempat tumpuan di kota itu sudah mereka kunjungi.

Mereka pergi ke Taman Water Show, iaitu taman air yang unik sekali. Semua air di situ mempunyai bentuk dan terapung-apung diudara.
Mereka juga pergi ke Animal Kingdom. Iaitu tempat dimana semua haiwan-haiwan imaginasi ditempatkan. Sangkar-sangkarnya ada diudara, di bawah dan dimana-mana sahaja. Seronok Andrina dibuatnya. Mereka juga ada melihat persembahan tarian orang lidi di tepi jalan. Melihatnya sahaja sudah terhibur, tidak pernah seumur hidupnya merasai pengalaman yang begitu.

Sesampainya minuman dan makanan yang mereka pesan, mereka bertiga menikmatinya dengan gembira. Langsung tidak dihiraukan perasaan gayat apabila meja yang mereka duduki ditempatkan tinggi diudara. Nasib baik masing-masing tidak gayat.

Dari kejauhan, sepasang mata hitam tidak lekang memerhatikan mereka.
Dia mendengus kasar, rancangannya untuk menghalang Andrina menggunakan khinzir hutan tidak berjaya. Sebenarnya, dialah yang bertanggungjawab memukau haiwan-haiwan liar itu untuk mengejar Andrina dan rakan-rakannyanya agar perjalanan mereka tidak dapat diteruskan.

Macam manalah dia boleh lupa tentang Daze si serigala berkepak itu.
Dalam otaknya sudah merancang pelan lain untuk menganggu mereka bertiga dari meneruskan perjalanan. Dia tersenyum sinis.

"Malam itu aku kalah, tapi itu hanya sementara. Kau tunggu," katanya berbaur amaran.

Pengawal yang sedang meronda di situ terlihat lelaki itu yang tidak memakai fly shoe kerana dia tidak merasakan auranya.

"Woi, kamu di sana!" jerit pengawal itu. Lelaki itu yang menyedarinya cepat-cepat menyorok di belakang bangunan dan menggunakan kuasanya untuk menghilangkan diri.

"Berhenti, woi!" jerit pengawal itu lagi. Sambil mengejar lelaki pelik itu.

Pengawal itu yang baru tiba di belakang bangunan, pelik ke mana hilangnya lelaki misteri itu. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Laju betul dia lari," gumannya sendiri yang kebingungan.

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏

"Apa benda yang terjerit-jerit kat bawah tu?" soal Andrina hairan sambil melihat ke bawah. Serasanya, ada yang menjerit tadi.

"Haah, Daze pun ada dengar juga." kata Daze mengiakan kata-kata Andrina.

"Entahlah.. makan sajalah cepat nanti dah boleh gerak awal." balas Zender malas hendak ambil tahu.

Andrina dan Daze kembali menjamu selera. Mereka tidak tahu apa yang bakal mereka tempuhi nanti.

Hai semua,redribbon di sini. Maaf lah makin hari makin ketandusan idea,hanya dengan vote dan comment aja dapat menaikkan semangat menulis.
Hehehehe😜😜😜
Oleh itu,ringan ringan kan lah jari jemari anda untuk vote dan comment ya..
Mungkin mulai hari ini,akan jarang update cite ni.
Tapi kli ni tengok waktu lapang.
Sebab nk kena hafal teks dan homework yang makin lama makin bertimbun.
Harap ok ye dgn cara ni😘😘

#supportme
#votecomment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro