Part 17-Pertembungan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Andrina, Zender dan Daze bersarapan dengan Miss Ldya buat kali yang terakhir. Hakikatnya, kerana selepas ini mereka akan meneruskan perjalanan mereka untuk ke kota terakhir sebelum melalui hutan tebal dan tiba di Hutan Red Slingger. Yang pastinya, tidak tentu bila berjumpa. Ya, Hutan Slingger bukan semudah itu untuk dijejaki. Lagipula, siapa saja yang berhajat menjejakan kaki ke sana? Gila.

Mereka masing-masing mengunci mulut dan menikmati makanan yang dijamu. Suasana pagi itu hening dengan kicauan burung yang berterbangan riang. Di meja makan, hanya kedengaran sudu dan pinggan berlaga.

Sesekali, Andrina mahupun mereka yang lain mengangkat kepala memandang hadapan. Kearah pokok sakura merah jambh yang sedang lebat berbunga.

Zas!

Miss Ldya tersentak, bahagian tengkuknya terasa bagai direnjat elektrik bervoltan rendah. Tangan kanannya automatik memegang belakang tengkuknya. Mukanya kekal riak biasa dan tenang.

Sebenarnya itu ialah tanda bahawa perkara buruk bakal terjadi. Perasaannya kuat mengatakan Andrina akan ditimpa bahaya besar. Dia tahu dan yakin sangat.

Andrina yang tidak menyedari apa-apa masih kusyuk mengunyah makanan. Samalah dengan Zender dan Daze. Masing-masing tidak menyedari riak muka Miss Ldya yang berubah risau.

"Maaf ya semua, saya sudah kenyang." katanya ringkas sebelum wanita itu bingkas bangun daripada duduk bersimpuh di atas lantai. Dia mengangkat pinggannya yang masih bersisa makanan dan beransur ke dapur.

'Aku perlu segera selesaikan perkara ini.' bisik Miss Ldya dalam hati.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

Setelah kelibat Miss Ldya menjauh, Andrina memandang muka Zender yang fokus dengan makanannya. Lapar nampak.

"Pssst, Zender." pangil Andrina separa berbisik. "Urmm?" Zender menoleh. Mulutnya lantas dilap dengan kain lap disisi.

"Miss Ldya ini macam berahsia dengan kitalah.. Aku rasa dia sembunyikan sesuatu.. dia tu misteri!" ujar Andrina bersungguh-sungguh.

"Memang pun dia pelik, tak banyak cakap dan banyak simpan rahsia. Aku pun tak dapat baca gerak geri dia itu." balas Zender mengiakan kata-kata Andrina.

"Pasal adik dia, Ilya. Aku masih tak dapat tangkap maksud yang dia cuba sampaikan." balas Andrina lagi. Dia tiba-tiba teringat cerita Miss Ldya tentang adik kembarnya.

"Kau ni banyak berfikir sangat.. pasal Ilya tu, pandai-pandailah aku fikirkan." balas Zender pura-pura tenang. Dia tidak mahu Andrina banyak berfikir.

Andrina memuncungkan mulutnya macam itik. Tapi pada masa yang sama, gadis itu menyambung sesi makannya yang tergendala. Zender dalam diam mengintai Miss Ldya di dapur dengan ekor matanya.

'Wanita tu, aku rasa... macam kenal.' getus Zender dalam hatinya. Sebenarnya, sejak awal pertemuannya dengan wanita misteri itu, dia sudah syak sesuatu yang tidak kena. Semasa wanita itu menghulurkan bantuan untuk menyembuhkan Andrina, dia seperti cam wajah tenang wanita itu.

Wajah tenang yang penuh misteri. Wajah tenang yang bersarang di dalamnya seribu satu rahsia.

'Tapi dimana, ya?' bisiknya lagi. Dia menyambung sesi makannya sambil otak ligat berfikir mengingati wajah tersebut.

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏

"Terima kasih Miss Ldya atas segalanya." ujar Andrina penuh sopan.

Miss Ldya hanya menganguk sambil tersenyum.

"Terima kasih miss, bagi kitorang makan sedap-sedap." kata Daze pula. Muka serigalanya sudah tersenyum- senyum kambing.

Zender pula cuma menundukkan sedikit kepalanya. Miss Ldya yang memahaminya turut menghadiahkan senyuman.

Usai segala urusan, Andrina dan Zender mula menyarungkan fly shoe dan mereka bertiga terbang ke sempadan kota demi meneruskan perjalanan mereka menyelamatkan Raja Stafford.

Miss Ldya memerhatikan mereka sehingga kelibat tiga sekawan itu menghilang sepenuhnya.

Dengan pantas dan tenang, dia mengapai kerudung hitamnya dan segera menyarungkannya ke tubuh. Digalasnya pula beg silang yang sudah tersedia ditepi pintu. Ya, semuanya sudah tersedia.

Pintu rumah ditutup rapat dan dia menarik hudnya menutupi kepala. Tangannya berhenti dipermukaan pintu lalu, nafas disedut dalam. Dia tahu, hari ini pasti tiba.

'Tunggu aku, Sun.'

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏

Andrina, Daze dan Zender berhenti berehat di hujung sungai. Menurut Daze, inilah Sungai Eora. Sungai yang suci dari segala kekotoran. Entahlah, terlalu banyak 'fairytale' di alam imaginasi ini.

Jelasnya lagi, hanya orang yang berhati suci sahaja yang mampu menghilangkan haus apabila meminum air sungai ini. Walaupun orang itu hanya meminum setitik air sungai tersebut. Lain pula ceritanya bagi orang yang sebaliknya, walau dia meminum tiga tong air sungai ini sekalipun, rasa hausnya tidak akan hilang.

Mereka terus mendekati bahagian tepi sungai itu dan menghirup air disitu. Apabila kali pertama Andrina meminum air tersebut, dia terus berasa satu bentuk tenaga yang menyegarkan badannya. Dia seakan mampu berlari sepuluh kilometer.

Pohon yang rendang dan menghijau disekitar sungai itu memberi atmosfera yang amat menenangkan. Bunyi siulan burung dan gemersik aliran air jernih semuanya memainkan simfoni alam yang indah dan mengkhayalkan. Khayal dan tenggelam dibalik keindahan alam.

Disebabkan kesan air itu, mereka tidak berehat lama dan menyambung perjalanan yang tergendala.

Dari kejauhan, ada seorang wanita memerhatikan mereka. Dia cuba meminum air itu juga tetapi sebaik menyentuh permukaan air, tangannya menjadi panas seperti menyelupkan tangan ke dalam air panas.

Dia mengibas tangannya. Bibirnya diketap. "Huh, pergi mati!" makinya. Dengan hati yang panas dia beredar dari tebing sungai itu.

"Hmm.." tanpa disedari ada yang turut memerhatikan gelagat wanita tersebut. Riaknya kelihatan kecewa. Tetapi ditabahkan juga hati dan perjalanannya diteruskan.

✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏

"Ini pelik." Daze bersuara tiba-tiba.

"Apa yang peliknya?" tanya Zender.

"Sepatutnya selepas hutan tebal ini kita akan jumpa Gua Zeorna. Gua kristal lagenda tu." ujar Daze sambil maju ke hadapan sedikit. Di hadapan mereka tidak lain tidak bukan hanya pokok-pokok hutan. Tiada langsung petanda bahawa ada gua di situ.

"Yakin ke kat sini Daze?" Andrina pula bersuara.

"Yakin! Sangat yakin!" ujarnya dengan bersungguh.

Andrina tahu Daze tidak berbohong, dia percayakan Daze. Begitu juga Zender, tidak mungkin Daze berbohong dalam hal serius begini.

"Jangan-jangan kita sesat?" tembak Andrina.

"Tidak.. Tak langsung.. Daze tahu, inilah tempatnya." ujar Daze. Dia mengepak sayapnya, terbang tinggi melepasi kanopi hutan untuk melihat sekeling mencari gua yang dimaksudkan. Tapi malang, langsung tiada petanda yang mereka sesat atau tersalah jalan. Dia turun ke tanah semula.

"Ada apa-apa?" tanya Zender.

"Tak." Daze kecewa.

"Kalau macam tu, mana sebenarnya gua ni?" Lelaki bertubuh tinggi lampai itu sudah berasa risau.

Ting! Zender terfikir sesuatu. Dipanggilnya Andrina dan Daze.

"Apa?" kata Andrina dan Daze serentak.

"Mungkin ini taktik lelaki pengacau tu." terang Zender berhati-hati. Mukanya serius.

"Ah! Ingat tak perempuan yang pernah Miss Ldya ceritakan? Dia ialah konco lelaki tu!" Andrina sudah jelas dengan semuanya sekarang. Kecuali sebab lelaki itu menggangu perjalanan mereka.

"Wanita tu namanya.."

"Ilya.. Lady Ilya." belum sempat Daze menghabiskan kata-katanya terdengar suara yang lunak mencelah perbualan.

Serentak itu, mereka bertiga tercari-cari arah datangnya suara itu.

"Aku kat sinilah budak." Suara itu kini lebih jelas. Mata mereka bertiga tertacap pada suatu susuk tubuh wanita sedang duduk menjulur kaki di suatu dahan pokok yang tinggi.

"Hahahaha! Terkejut? Surprise." ujar wanita itu dengan seringai yang menakutkan.

Andrina sudah tergigit bibir.Tetapi masih cuba memberanikan dirinya.

"Kau lagi.. Apa kau nak, hah?!" jerit Andrina lantang. Riak wajah wanita itu masih tenang malah mampu tersenyum sinis.

"Aku tak mahu apa-apa dari kau.. orang macam kau bukannya ada apa-apa pun." balasnya selamba sambil bermain dengan jari-jemarinya. Matanya yang tadi tertacap pada jarinya dengan tak semena-mena menjeling Andrina dengan tajam.

Andrina baru teringat wanita itu mampu memukau orang, cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

"Heh," wanita itu ketawa mengejek.

"Zender, Daze. Jangan pandang matanya." kata Andrina.

Sejurus itu, Daze dan Zender mengelak daripada bertentang mata dengan perempuan tersebut.

"Apa? Kau ingat aku tak tahu kau ada kat sini ke hah, Ldya! Keluar kau!" jerit Ilya tiba-tiba mengejutkan semua yang ada di situ lagi-lagi Andrina.

Perlahan-lahan kedengaran telapak kaki seseorang berjalan merentas belukar di hutan. Dengan pada itu, seorang wanita berkerudung merah menutup kepala keluar dari dalam semak samun.

"Miss Ldya?" soal Andrina sendiri.

"Kau tahu tak?! Sebab kau, semua pelan aku tak menjadi! Kau cerita pada budak-budak ni tentang aku!" marah Ilya kepada kakak kembarnya.

Miss Ldya kekal tenang seperti selalu. Kepalanya menunduk menekur lantai hutan. Perlahan-lahan kerudung dikepalanya ditanggalkan dan terserlahlah rambut kelabu berkilat miliknya.

"Kenapa kau buat semua ni, Sun?" soalnya perlahan tetapi masih didengari Ilya.

"Jangan panggil aku Sun! Aku bukan lagi dia! Sun tu lemah!" bantah Ilya dengan lantang. Kini dia berdiri di atas dahan itu pula.

"Mana perginya Sun yang baik dahulu? Sun yang penyayang dan ceria?" kata Miss Ldya. Air mata yang sudah tidak dapat ditahan menitis jua dari tubir matanya.

"DIAM!" Ilya sudah mengamuk habis.
Air matanya juga sudah mengalir, tetapi dikesat kasar.

"Kau tak akan jumpa lagi Sun yang dulu. Sejak saat aku keluar dari rumah, aku bukan lagi orang yang kau kenal. Aku bukan lagi adik kau, mahupun keluarga kau! Aku sekarang Ilya! Panggil aku Ilya, Moon!" jerit Ilya lantang sehingga terlepas kata.

"Tapi hati kau masih ada Sun," kata Miss Ldya. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Tak langsung! Jangan ganggu aku. Atau aku sendiri yang bunuh kau! Ingat Ldya, kau bukanlah sesiapa bagi aku. Urusan aku, kau jangan masuk campur." matanya sudah membuntang luas.

Dengan sekelip mata badannya dilitupi asap hitam. Sebelum menghilang, Ilya menghadiahkan pendangan tajam yang membunuh pada Andrina. Perlahan-lahan asap mulai hilang bersama Lady Ilya.

Miss Ldya menundukkan kepalanya. Air matanya dikesat perlahan.

"Sun.."

Zender yang dari tadi terdiam tiba-tiba teringat akan sesuatu. Dia memandang Miss Ldya yang sedang memakai semula kerudungnya.

"Miss Ldya.. Demon Moon.." ujarnya perlahan. Matanya terbuka luas.
Miss Ldya yang mendengarinya menoleh ke arah Zender. Dia kemudiannya tersenyum segaris.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro