Part 6-Sahabat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kepala Andrina terasa berat, sakit-sakit terasa di seluruh tubuhnya seperti baru lepas berlari sepuluh kilometer. Dia cuba bangun dari pembaringannya. Walaupun terasa berat, tetap juga digagahinya.

Andrina melihat keadaan sekeliling, terasa janggal dan aneh. Dia tidak dapat melihat apa-apa langsung. Hanya kegelapan dan dia cuma berpijak pada permukaan gelap yang memantulkan refleksi dirinya yang sedang berdiri. Disisinya, ada sebuah katil tempat dia terbaring tadi.

Andrina menyentuh katil tersebut lalu objek itu tetus bertukar menjadi debu dan menghilang dibawa angin. Andrina tersentak, tetapi tidak begitu terkejut dengan kejadian itu. Baginya alam ini sangat aneh dan apa sahaja boleh berlaku.

Gadis itu menarik nafas dalam. Dia membersihkan mindanya dari segala perkara negatif.

Selepas itu, barulah dia mula berjalan sambil tangannya menggenggam erat berus peninggalan ibunya. Kepalanya menoleh sekeliling namun tiada apa yang berubah. Pandanglah ke kanan, kiri, depan, belakang, atas, bawah semuanya sama saja!

"Dunia apa ni? Bosannya.."

Andrina teruskan berjalan walau tidak tahu apa yang menanti di depannya. Dia sendiri tidak tahu dia berjalan kemana! Hatinya penuh perasaan ingin tahu. Dia teringat semula peristiwa yang membawanya ke alam aneh ini.

Tak logik.

'Mimpi? Mungkin...tapi,' monolog Andrina.

Kemudian dia teringat suara aneh yang berkata-kata dengannya.

"Apa makna semua ini? Misi apa yang harus ditempuhi? Perjalanan apa harus dilalui untuk pulang?" Serabut, penuh tanda tanya.

Namun tiada sesiapa yang ada untuk menjawab segala pertanyaannya.

Tetapi, benarkah begitu?

Kemudian gadis muda itu teringat semula kata-kata suara tersebut tentang 'kunci'.

"Ya, berus ini lah kuncinya!" ujar Andrina.

"Baiklah berus," Andrina memegang berus tersebut dan mengangkat tangannya tinggi gaya ultraman hendak bertukar. Mulutnya dibuka luas dan dia terus melaung.

"Berus, bawa aku keluar dari alam ini!"

Senyap.

Sunyi.

"Ke realiti!"

Masih senyap.

Masih sunyi.

"Apa aku merepek ni hah? Kepala aku ada terhantuk kat mana-mana ke? Mustahil ini betul!" rungut Andrina menyedari kebodohan diri sendiri.

Gadis itu menampar kedua-dua belah pipinya berharap yang dia akan tersedar. Namun, apabila matanya dibuka, tiada yang berubah. Seketika dia berfikir, cuba mencari idea.

"Hah, aku tahu!" katanya.

Andrina menyedut dalam udara ke dalam paru-parunya dan sedaya upaya menjerit.

"Suara aneh! Suara aneh! Bantulah aku! Apa aku kena buat ni sebenarnya!" Andrina melaung kuat.

Tiada yang menjawab. Sepi sahaja.

"Aduh, macam mana ni. Sebelum ni dia yang beria-ria muncul, kali ni orang dah panggil bukannya nak keluar," keluh Andrina. Bila diperlukan hilang, bila tak diperlukan muncul pula.

Tiba-tiba Andrina terdengar bunyi derapan tapak kaki. Makin lama, makin hampir. Andrina cuba mencari arah datangnya bunyi tapak kaki itu. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan.

Bunyi tapak kaki itu sangat hampir. Andrina dapat melihat dari jauh seorang lelaki berbadan tegap tetapi kurus berketinggian lebih tinggi daripada dirinya sedang menuju ke arahnya. Andrina tidak gentar, dia terus berjalan dengan langkah berhati-hati ke arah lelaki tersebut.

Walaupun jelas lelaki tersebut berpakaian serba hitam dan tampak agak menakutkan. Tetapi Andrina tidak menghiraukan semua itu. Apa yang difikirkan sekarang hanyalah balik, balik, balik!

Andrina dan lelaki tersebut kian menghampiri. Kini sudah jelas paras rupa jejaka tersebut. Mata lelaki itu berwarna merah dan kulitnya agak pucat. Andrina terkejut. Dia seperti mengenali gerangan jejaka itu. Kakinya terhenti dari meneruskan langkah.

'Ah, mustahil. Mana mungkin... lelaki ini Zender. Watak sahabat aku dalam imaginasi aku!' getus Andrina dalam hati. Dia menekup mulutnya, tanda tidak percaya. Andrina mula takut-takut.

Apabila Andrina dan Zender berhadapan, Andrina diam seribu bahasa. Tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Matanya membulat, meneliti rupa paras jejaka itu.

Zender cuma mengukir senyuman nipis di bibirnya. Lalu dia bersuara.

"Andrina, aku ni," tutur lelaki yang bergelar Zender itu. Andrina cuba memberanikan diri bertanya.

"Zender.. bagaimana engkau disini?" Zender tenang sahaja menjawab. "Kau yang menciptakan aku, mestilah aku kat sini. Teman kau hingga ke penghujung jalan nanti,"

"Ma.. maksudnya... kau boleh tolong aku keluar dari dunia ni?" Andrina nampak cahaya harapan.

Lelaki itu menganguk. "Tapi sebelum tu, kau tahu kan? Kau kena buat sesuatu dulu,"

" Zender.." Andrina terkedu.

"Apa yang patut aku lakukan.." Andrina tunduk, dia menangis. Air matanya menitik di atas lantai berkilat itu. Gadis itu tersedu-sedan.

"Kau disini untuk selesaikan misi kau. Jom, jangan menangis boleh?" pujuk Zender. Bahu Andrina dipegang menyalurkan semangat.

"Aku ni, dah la tak pandai memujuk..." sambungnya lagi, cuba bergurau.

"Tapi... dari mana patut...aku mula...?" Andrina tersedu-sedan. Dia mengelap matanya yang berair dengan tangan.

"Macam tu lah Andrina yang aku kenal. Hmmm.. kau pelukis yang hebat Andrina. Lukislah untuk ke destinasi yang seterusnya," cadang Zender.

"Hah? Maksud kau? Macam mana?" soal Andrina. Tercengang di buatnya dengan cadangan Zender itu. Hairan.

"Lukislah pada lantai yang kita pijak ini apa-apa yang kau terfikir," jawab Zender. Andrina menurut sahaja arahan Zender. Dia melutut di atas lantai dan tanpa membuang masa, Andrina mencoretkan sahaja berus pada lantai.

"..sebab apa yang kau datang dalam fikiran kau.. dipandu oleh naluri tentang kebenaran.." sambung Zender.

Dengan serta merta berus tersebut mengeluarkan warna. Disekeliling berus, bintang-bintang kecil bersinar. Dirinya agak terkejut dengan apa yang disaksikan. Segaris senyuman dilakar tanpa sedar.

Gadis itu tekun melukis. Walaupun sepatutnya masa yang diambil sepatutnya tiga hingga empat jam. Tetapi lukisan Andrina siap kira-kira 10 saat sahaja! Apa yang dilukis ialah sebuah gunung dengan tasik di hadapannya.

Andrina berasa seperti berada di ruang masa yang pelik. Tapi dia tidak personalkannya pada Zender. Dia terus berdiri semula.

"Disini apa-apa sahaja boleh berlaku," ujar Zender tiba-tiba seperti memahami isi hati Andrina. Gadis itu memandang Zender. 'Mamat ni boleh baca fikiran aku?'

"Tak pernah mengecewakan," puji Zender secara tersirat. Matanya memandang sekilas wajah Andrina. Dia melakar segaris senyuman.

Pasti korang tertanya, mengapa Andrina meng'imaginasi'kan watak sahabatnya ialah lelaki. Walhal dia sendiri pun pernah kata yang dia tidak selesa dengan jantina itu? Senang sahaja, dia sebenarnya manusia biasa. Tidak selesa pun, dia masih ada niat untuk berkawan dengan mereka.

Zender  lantas menyuruh Andrina melompat serentak dengannya dalam kiraan tiga. Andrina yup, pelik. Tapi, dah terlalu banyak benda pelik yang berlaku! So, ikutkan jelah.

Sejurus itu lukisan tersebut bercahaya. Kerana cahaya yang menyilaukan itu, Andrina menutup matanya menggunakan lengan kirinya. Terus, Zender memegang tangan Andrina dan mereka disedut masuk ke dalam lukisan tersebut.

'Sekali lagi,' getus Andrina dalam hati.

•••

Tell me....how? Good? No? Why? Please help me!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro