teaser 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CL S2 teaser

🌺🌺🌺🌺

“Capone!”
 
“Oh cicak tokek mampus!” Sergahan mengejut Hasrizal meletuskan latah spontan si Capone yang tengah menghadap kerjanya sekaligus terlepas sedas kentut.

      Hasrizal masih mantap berdiri di pintu masuk menahan rasa lucu dengan aksi terkejut si Capone. Dengan selamba dia menyoal, tanpa pedulikan keberangan wajah yang dipamerkan Capone.
  
      “Boleh aku masuk?”

     Capone merengus sambil membetulkan duduknya yang sudah terlucut tubuh ke bawah kerusi akibat kejutan yang diberikan Hasrizal. Kurang vitamin C punya lembu tua ni! Nasib baik aku tak kena serangan jantung! Seranah Capone.
    
      “Tak boleh tak boleh! Keluar je boleh. Masuk tak boleh! Kalau kau masuk, runtuh bilik ni dengan bilik pejabat ni sekali! Pintu tu diciptakan untuk keluar masuk. Bukan untuk hiasan mata. Ni pun satu hal mengada-ngada, lembu tua.” Leteran Capone tidak dihiraukan. Hasrizal masuk ke situ dengan selamba melabuh duduk di hadapan lelaki bermuka tenuk itu.

       “Makin tua makin cepat terperanjat kau ni, kan? Macam atuk atuk. Chill la bro. Rileks,” ujar Hasrizal, tenang.

        “Siapa tua? Kau yang tua, lembu tua! Aku muda lagi!” bangkang Capone, membunyikan nafas dari hujung bibirnya. Matanya kembali tumpu pada kerjanya. Malas melayan lembu tua di hadapannya ini.

        “Macam budak budaklah kau ni. Semua benda nak marah. Chill la,” kata Hasrizal, tersengih.

         “Budak budak hotak kau! Kau pekik nama aku, mahu tak luruh jantung aku. Hmph, kau nak apa datang jumpa aku ni?” jeling Capone.
    
        Hasrizal mengetuk-ngetuk jari di meja. Mulut terkumat-kamit seakan berkata sesuatu.

       Capone pandang Hasrizal yang masih berdiam diri. “Kau dah kenapa? Terkumat-kamit mulut tu? Mengutuk aku la tu!”

       Itu sahajalah yang ada dalam fikiran Capone. Hasrizal mendecit. Dia ingat aku macam dia agaknya. Mulut  jamban.

     “Hebat sangat ke kau tu sampai aku nak kutuk kau? Ni aku tengah fikirkan satu perkara ni.”

      “Apa dia?” Capone mula serius apabila terlihat air muka Hasrizal yang makin serius. Pasti ada yang tak kena jika lelaki itu serius sebegitu.

      “Ni pasal Jasmin. Dia dah tak de di kampung. Aku dapat tahu dia...” Apa yang diceritakan Hasrizal buat Capone angkat kening. Terbuka rahang.

     “Kau pergi cari dia ke? Kau nak mati ke kalau Mr. J tahu kau cari dia tanpa pengetahuan dia?”

     Hasrizal diam. Ketukan jari di meja turut berhenti. Tajam dia tenung Capone. Tenungan yang penuh dengan makna selirat. Capone cuba mencerna di sebalik tenungan Hasrizal. Apa yang cuba ingin disampaikan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro