03 : Hilang!?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cast :

Choi Hansol Vernon Chew
Seventeen

Title :
Babysitter (Vernon's Seventeen)

---

"Hyung boleh tak kita pergi arcade sana tu?" tanya Seungcheol, Vernon mengerutkan dahinya

"Macam mana Cheol tahu yang tu arcade?" tanya Vernon

"Hyung, ni abad ke-21 lah hyung.. Semua orang dah tahu yang tu arcade" balas Seungcheol

"Oh ye ker? Aku ingatkan budak² macam korang semua ni tak tahu" kata Vernon, Wonwoo hanya memutarkan anak matanya

"Nampak sangat yang hyung ketinggalan zaman" kata Wonwoo, Vernon mencebik

"Ehh budak ni!" marah Vernon, Seungcheol menarik tangan Vernon

"Jom lah hyung, abaikan si wonu tu.. Jom lah hyung! Nak main! Nak main!" kata Seungcheol sambil menghentakkan kakinya

"Tadi dah makan kan.. Kau tahu tak berapa banyak duit aku terbang hiks" kata Vernon sambil mengelap air mata palsu nya

"Tak tahu dan taknak tahu, jom lah hyung" kata Mingyu, Vernon mengeluh

"Yerlah²" balas Vernon, mereka berdua bersorak gembira lalu berlari ke arcade tersebut diikuti Vernon and the kids

Arcade :
"Hyung! Nak main tu!" kata Chan sambil menunjuk kearah game yang bernama 'Finding Hoshi'

"Pergi lah" kata Vernon, matanya tertumpu pada telefon

"Tapi.. Kita takmok sorang²" kata Chan dengan mulut muncungnya

"Ugghhh" dengus Vernon, dia menyimpan telefonnya di dalam poket lalu mendukung Chan

"Hyung nak bawak Chan pergi mana?" tanya Chan, Vernon memutarkan anak matanya

"Mana lagi? Pergi game yang Chan nak sangat main tu lah" kata Vernon, Chan memandang kearah Vernon dengan mata yang bersinar

"Jinjjayeyo?" tanya Chan, Vernon perlahan² mengangguk

Chan mencium pipi Vernon

"Woi apa kau buat ni haa!?" tanya Vernon dengan mata yang terbeliak

"Gomawo hyung hehe" kata Chan sambil tersenyum

Vernon memalingkan mukanya kearah yang bertentangan dengan Chan lalu dia tersenyum nipis

"Ehem! Dah sampai, turun" kata Vernon, Chan menggelengkan kepalanya

"Shireo! Nak duduk macam ni" kata Chan, Vernon mendengus

"Turunlah" pujuk Vernon, Chan masih menggeleng akhirnya Vernon fed up..

Dia biarkan sahaja Chan di pangkuannya, ramai mata yang memandang namun Vernon biarkan sahaja

"Hyung camne nak main ni? Kenapa Chan gerak ke kiri, dia gerak ke kanan" kata Chan dengan muka yang ingin menangis

"Ehh jangan kau nak menangis dekat sini" kata Vernon, Chan sedaya upaya menahan dirinya dari menangis

"Camne nak main ni hyung?" tanya Chan, dia mengelap air matanya yang keluar

Vernon memasukkan token kedalam peti permainan tersebut

"Masukkan token lepastu boleh main, haa main lah.. Tunggu apa lagi?" tanya Vernon, Chan menggerakkan pemegang tersebut ke kiri lalu ikan yang bernama 'Dino' pun bergerak ke kiri

Akhirnya Chan kembali tersenyum, dia pun bermain permainan tersebut dengan senyuman menghiasi mukanya

Vernon mengeluh

'Aduhhh lenguh kaki aku - desis hati Vernon'

"Hyung!!!" jerit Seungkwan, Vernon mengurut dadanya

"Jangan menjerit lah" tegur Vernon, Seungkwan tersengih

"Arraso mianhae hyung" kata Seungkwan sambil membuat muka comelnya

Vernon mengrollkan anak matanya

"Haa nak ape?" tanya Vernon, Seungkwan mengeluarkan tangannya

Vernon mengerutkan dahinya lalu Seungkwan pun berkata

"Nak token, token Kwan dah habis"

Vernon mendengus geram lalu memberi Seungkwan 1 token

"Alaaa nak main apa dengan 1 token ni hyung?" tanya Seungkwan dengan mulut muncungnya

"Main? Benda boleh simpan buat apa nak main" kata Vernon sambil tersenyum sinis

Seungkwan mencebik tak lama kemudian dia mendapat satu idea

Dia tersenyum sinis kearah Vernon, Vernon pula gelabah melihat budak tersebut

"Kau dah kenapa budak, senyum macam tu?" tanya Vernon

"Kalau hyung tak bagi Kwan 6 token, Kwan akan menangis dekat sini" ugut Seungkwan, Vernon ketawa bagaikan Setan

"Macam lah kau berani, nanti jatuh maruah kau sebagai Diva Boo.. Kau betul ker nak nangis sini?" tanya Vernon dengan kening yang diangkat sebelah bersertakan senyuman sinisnya yang menggoda

Auchhhhhh

Seungkwan mendengus

"Jangan fikir kita tak berani!" kata Seungkwan lalu duduk di lantai, dia mula menangis

"HIKS HUWARGHHHHH VERNON HYUNG JAHAT! JAHAT! JAHAT! HIKSSSSSS HUWARGHHHHHH" tangis Seungkwan, Vernon terkejut + gelabah

"Ehh budak jangan menangis, aduh budak ni kan" gumam Vernon, dia menunjukkan 6 token yang berada di tangannya

"Dah² berhenti menangis, ni 6 token kau" kata Vernon sambil menutup mukanya dari dipandang orang ramai

'Malu weyhh malu - desis hati Vernon'

Seungkwan yang mendengar kata² Vernon terus berhenti menangis, dia pun mengambil token tersebut lalu pergi ke mesin tarian dimana beradanya Seungcheol dan Seokmin

"Tak guna" gumam Vernon, matanya mengikuti Seungkwan yang berlari kearah Seungcheol dan Seokmin

"Hyung, jom main permainan lain" kata Chan, Vernon memandang kearah Chan

'Hampir lupa aku yang budak ni ada dengan aku - desis hati Vernon'

"Nak main apa?" tanya Vernon, Chan menunjuk kearah Jeonghan dan Jisoo yang sedang bermain permainan berlumba kereta

"Tak boleh, Chan masih bawah umur.. Tak boleh bawak kereta" kata Vernon, selamba.

"Alaaaa jeballyo hyung" kata Chan dengan puppy eyesnya

"Arraso" balas Vernon lalu berjalan kearah Jisoo dan Jeonghan, dengan Chan di pangkuannya

"Hyung!" teriak Chan apabila mereka berdua sudah sampai di Jeonghan dan Jisoo

"Ohh uri aegi" kata Jeonghan dengan mata yang memandang kearah skrin

"Annyeong Chan dan Vernon hyung" kata Jisoo sambil menundukkan kepalanya manakala tangannya masih memegang stereng

Vernon menundukkan kepalanya sedikit, dia sebenarnya agak kekok dengan Jisoo sebab Jisoo terlebih 'baik' tak macam budak² yang lain

Maklumlah scandal saya kan auchh🌚

"Kenapa hyung dengan Chan datang sini? Takde tempat lain ker?" tanya Jisoo, haa dah keluar dah perangai setan dia

"Eh salah ker mereka berdua datang sini? Lagipun Han rindu Chan, uwuu Chan meh duduk dekat peha Han" kata Jeonghan sambil menepuk² peha nya meminta Chan agar duduk di pehanya

Chan turun dari pangkuan Vernon lalu duduk di peha Jeonghan

"Nak main boleh tak hyung?" pinta Chan, Jeonghan mengangguk

Chan pun mula bermain, Jisoo mendengus geram

'Kacau aku nak berdate dengan Han jer! - desis hati Jisoo'

"Hyung tak nak main permainan ker?" tanya Jeonghan, Vernon menggeleng

"Tak.. Hurmm Han jagakan Chan tau, hyung nak pergi dekat Minghao dengan Jun" kata Vernon, Jeonghan mengangguk

"Arraso hyung" kata Jeonghan, Vernon pun pergi dari situ

Football arcade :
"Yah! Hao! Aishhh jinjja!" dengus Jun geram, dia menjeling tajam kearah Minghao yang sedang ketawa jahat

"Ohh hyung" ucap Jun lalu berlari kearah Vernon, Vernon dengan segera menjauhi dirinya dari Jun

"I'm not gay" kata Vernon, Jun mengerutkan dahinya

"Bahasa apa tu hyung?" tanya Jun, Vernon mendekati Minghao yang sedang asyik dengan permainan tersebut

"English" balas Vernon lalu mendukung Minghao, Jun mengangguk dengan mulut yang berkata 'Ohh'

"Omma! Ishh hyung ni, terkejut Hao tau!" marah Minghao dengan mulut muncungnya

"Amboi dah tak malu dah?" tanya Vernon, Minghao perlahan² mengangguk

"Baguslah tu" kata Vernon lalu membawa Minghao ke Ball Arcade

"Hyung! Tunggu!" jerit Jun, dia berlari terkedek² kearah Vernon

"Hyung kenapa kita pergi sini? Bukan ni tempat budak² kecik?" tanya Jun

"Heleh kau pun budak kecik lah ngok" kata Vernon lalu meletakkan Minghao didalam kolam yang penuh dengan bebola bulat didalamnya

"Hyuungggg" rengek Minghao, dia takmau dalam tu.. Takut lah tewww🌚

Vernon memasuki kedalam kolam tersebut, dia memegang Minghao

"Tak payah takutlah, bukannya kita tenggelam pun.. Ni bola² lah Hao" kata Vernon, Minghao memuncungkan mulutnya

"Tapi Hao takut" kata Minghao, Vernon ketawa

"Tak lucu lah hyung!" marah Minghao, Vernon mengelap air matanya yang terkeluar kerana ketawa berlebihan sehingga menangis

"Arraso²" kata Vernon, Minghao membaling bola kearah Vernon

Terbeliak mata pemuda berdarah inggris campuran korea itu dibuatnya

"Nak kena budak ni" kata Vernon lalu menyerang Minghao, Minghao apa lagi? Larilah jawabnya

Jun yang berada di luar kawasan kolam tersebut jatuh terduduk

"Hao curang..." gumam Jun, dia memandang kearah tangannya yang dipegang oleh Minghao semasa mereka bermain permainan football bersama² sebentar tadi

Jun kembali terkenang akan kisahnya dan Minghao

Lalu..

'Bukk!'

"Termenung apa tu?" tanya Soonyoung, Jun mengigit bibirnya

Kepalanya yang terkena bola yang dibaling oleh Soonyoung diusap

"Kacau lah Soon ni!" marah Jun lalu membaling bola tersebut kearah Soonyoung malangnya tidak kena

"Bwelrkkk tak kena HAHA" tawa Soonyoung, Jun mencebik

"Hyung dah kenapa? Sedih jer muka ni.. Nampak masam macam bau ketiak" kata Soonyoung, Jun memutarkan anak matanya

"Tak lucu Soon" kata Jun, Soonyoung terus berhenti ketawa..

Dia memandang kearah Minghao yang sedang bermain cinta bersama hyungnya Vernon

"Hyung jealous eh?" tanya Soonyoung, Jun menggeleng dengan muka yang merah bagaikan tomato

"Mana ada! Ish kau ni" nafi Jun, Soonyoung tersenyum sinis

"Nak sebarlah" kata Soonyoung, Jun mendengus geram

"Janganlah!'' marah Jun, Soonyoung menggeleng

"Nak jugak" kata Soonyoung, kini Jun pula yang tersenyum sinis

"Kau sebarlah, aku sebar dekat satu dunia yang kau tak dilayan oleh Jihoon dan kau bertepuk sebelah tangan" kata Jun, Soonyoung tergamam

"Jangan hyung!" jerit Soonyoung, Jun ketawa jahat

"Kita bersepakat, kau tak bagitau mereka pasal aku suka Minghao dan aku akan simpan rahsia kau" cadang Jun, Soonyoung mengangguk laju

"Okay hyung, okay" kata Soonyoung, Jun berdiri lalu meninggalkan Soonyoung yang masih membuat dramanya

Mesin Tarian :
"Woahhhh daebak woahhh jinjja daebak!" puji Seokmin sambil melompat², kembang hidung Seungcheol dibuatnya

Kaki Seungcheol lincah mengikut gerak yang diberi oleh skrin tersebut

"Heh tu baru sikit, aku pun boleh lah" kata Seungkwan, Seungcheol tertawa

"Macamlah kau boleh" kata Seungcheol, Seungkwan mendengus geram

"Aku bolehlah!" kata Seungkwan dengan nada suara yang tidak berpuas hati

"Okay, dipersilakan" kata Seungcheol lalu turun dari mesin tarian tersebut

Seungkwan memandang token yang diberi oleh Vernon

'Harap² token hyung membawa tuah - desis hati Seungkwan'

Dia memilih lagu 'Dance On The Floor - Jennifer Lopez Feat Pitbull'

Tidak sampai 3 saat, dia dah kalah

Seungkwan menumbuk² skrin tersebut apabila dia melihat skrin tersebut berkata

'KALAU TAK PANDAI MAIN JANGAN MAIN DASAR LOSER!!'

"Sape loser tak guna!" maki Seungkwan, Seokmin dan Seungcheol cuba menenangkan Seungkwan

The Walking Dead Arcade :
"Sekarang giliran Gyu ngan Wonu hyung hehe" kata Mingyu sambil tersengih, Wonwoo memandang kearah kawan²nya yang lain dengan pandangan 'Tolong-Aku'

Kawan²nya hanya boleh menggelengkan kepala 'Mian-Tak-Boleh-Enjoy-Your-Honeymoon'

"Tak guna punya member" gumam Wonwoo, Mingyu memandang kearah Wonwoo

"Hyung ada cakap sesuatu tak?" tanya Mingyu, Wonwoo menggeleng lalu masuk kedalam bilik tersebut

"Eh hyung! Tunggu!" kata Mingyu lalu masuk kedalam bilik tersebut

"Tepi sikit boleh tak?" pinta Wonwoo sebaik sahaja Mingyu masuk, bukan apa.. Punya lah ruang kerusi tu banyak tapi Si Mingyu ni boleh pula ambik ruang dia?

"Taknak, seram lah" kata Mingyu, Wonwoo mendengus geram

"Dasar penakut, kau tepi sebelum aku lempang kau" ugut Wonwoo, Mingyu mencebik lalu menjauhkan diri sebanyak 5 inci dari Wonwoo

"Boleh tolong jauh lagi!?" pinta Wonwoo dengan nada suara yang geram

Mingyu memuncungkan mulutnya lalu menjauhkan dirinya dari Wonwoo

"Fuhh aman" gumam Wonwoo lalu memasukkan token kedalam peti tersebut

10 minutes laters :
Wonwoo keluar dari bilik tersebut dengan muka yang merah padam, dia menjeling tajam kearah Mingyu

Mingyu pula melarikan diri dari memandang Wonwoo, Jihoon memandang kearah dua pasangan burung i mean dua pasangan yang mempunyq 'burung'

"Korang dua dah kenapa?" tanya Jihoon, Wonwoo menunjuk kearah Mingyu

"Si botol kicap ni pergi cium mulut orang! Huhu hilang first kiss kiter" kata Wonwoo sambil memegang bibirnya

'Aku dah tak suci :') - desis hati Wonwoo'

"Alaaaa kita bukannya sengaja pun" kata Mingyu sambil memuncungkan mulutnya

"Nampak macam sengaja jer ni Gyu" kata Jihoon, Mingyu menghentakkan kakinya

"Semua orang tak percaya cakap Gyu! Humph Gyu nak merajuk!" kata Mingyu lalu lari meninggalkan Wonwoo dan Jihoon

"Kau pujuk" kata Jihoon lalu menepuk bahu Wonwoo, dia pun berlalu pergi meninggalkan Wonwoo yang masih blur dengan keadaan

"Wae? Kenapa aku?" gumam Wonwoo, dia pergi kearah Jisoo and his family

Racing Car Arcade :
"Hyung" panggil Wonwoo lalu duduk di sebelah Jisoo

"Ape kau nak? Nak ganggu hubungan aku dengan Han?" tanya Jisoo dengan mata yang fokus memandang kearah skrin

"Tak hingin" balas Wonwoo, token dimasukkan ke dalam peti

"Han, jom main permainan lain.. Bosan lah asyik main kereta² jer dari tadi" rungut Jisoo dengan mulut itiknya

"Tahu lah kau banyak kalah.." kutuk Jeonghan, Jisoo mendengus geram lalu pergi meninggalkan Wonwoo, Jeonghan dan Chan

"Kenapa dengan Jisoo hyung?" tanya Chan, Jeonghan mengusap kepala Chan

"Dia malu tu sebab kena kutuk" balas Wonwoo, selamba

'Bukk!'

"Apa salah aku!?" tanya Wonwoo dengan nada suara tingginya

Fuhhh kalah makcik rumah sebelah

"Dia masih kecik, sian dia kena dengar sesuatu dari mulut puaka kau" kata Jeonghan lalu membawa Chan pergi dari situ

"Ehh jahanam :')" gumam Wonwoo

Ball Arcade :
"Hyung, jom lah main tempat lain.. Hao dah bosan asyik kena baling bola dengan hyung" kata Minghao dengan mulut muncungnya, Vernon tersengih

"Hehe takmau, sini nyaman takde banyak or-" kata² Vernon disampuk oleh sekumpulan budak² baru nak up

"SERANG!!!!!!" jerit Seokmin lalu melompat masuk ke dalam kolam tersebut diikuti oleh sebongie yang lain

"WOIIIII SIAPA PIJAK KAKI AKU!!??" jerit Jihoon, Soonyoung tersengih

"Mian Hoon, pijakkan kasih sayang~❤" kata Soonyoung sambil membuat peace✌

"Pala bana kau pijakkan kasih sayang! Sini kau, aku nak beri sebatan kasih sayang!" marah Jihoon lalu mengejar Soonyoung

Soonyoung apa lagi? Terkedek² dia lari dari Jihoon

"Hyung kata apa tadi?" tanya Minghao sambil memandang kearah kawan²nya yang macam jakun tak pernah main dengan bola²

"Haa apa eh?" tanya Vernon pula, Minghao memandang kearah Vernon dengan pandangan '😑'

"Mana Wonu hyung?" tanya Mingyu selepas 10 saat menyedari bahawa Wonwoo tiada dengan mereka

"Molla" balas Seungcheol lalu membaling bola kearah Mingyu

"Yah! Siap kau hyung!" jerit Mingyu, menyebabkan Seungkwan disebelahnya pekak selama 12 minit

Pada masa yang sama, Wonwoo datang kearah mereka

"Annyeong yeoro-"

'Bukk!'

"Upsss" ucap Seokmin, dia perlahan² menyelamkan dirinya didalam bebola tersebut

Wonwoo mengigit bibirnya, yang lain dah tutup telinga manakala Vernon masih terpinga²

"YAH! SIAPA YANG BALING TU! MEH SINI AKU BUNUH KAU!" jerit Wonwoo lalu mengambil hammer yang sepatutnya berada di permainan tersebut

"Pekak aku dibuatnya" gumam Vernon

"Seokmin hyung buat!" kata Chan dengan jujur, ini anak jujur sekali

"LEE SEOKMIN! BAIK KAU KELUAR SEBELUM AKU BUNUH KAU DENGAN HAMMER NI!!" jerit Wonwoo, Seokmin dengan pantas mengeluarkan dirinya di sebalik bebola tersebut

"Mianhae hyung" kata Seokmin sambil melutut

"Tiada maaf bagimu!" balas Wonwoo lalu..

'Bukk!'

Seokmin terbaring di lantai bagaikan seekor rusa mati (tengok dance pratice boom boom)

"Puas aku" kata Wonwoo lalu masuk kedalam kawasan yang penuh dengan bebola

Setelah 10 hours 10 minutes 10 second, mereka pun pulang setelah lelah bermain seharian

Home Home Home Home Cuz I'm your Home Home Home Home :
Panjang berbenor nama rumah mereka :')

"Hyung" panggil Chan lalu duduk disebelah Vernon yang sedang syok melayan tv

"Haa pe?" tanya Vernon sambil mengorek hidungnya, nak cari taik hidung katanya

Tak silap aku dari tadi dia korek hidung dia, tak akan tak jumpa² lagi kot?

"Nak tengok" kata Chan, Vernon menaikkan keningnya

"Serius kau nak tengok taik hidong aku?" tanya Vernon dengan muka terkejutnya, Chan mendengus

"Bukan tu lah maksud Chan!" marah Chan, Vernon menyengetkan kepalanya

"Habistu Chan nak tengok apa?" tanya Vernon, Chan menunjuk kearah Iphone Vernon

"Tak boleh, private stuff ada dalam ni" kata Vernon lalu menyorokkan Iphone nya kedalam kocek seluarnya

Chan memuncungkan mukanya

"Alaaa boleh lah hyung" pinta Chan sambil menggoyangkan tangamn Vernon

Vernon menggelengkan kepalanya

"Taknak, cukup² lah aku dah habiskan duit aku untuk mi jjangjamyeon ngan arcade tu" kata Vernon

"Tapi.. Iphone tu tak guna duit kan" jawab Chan, Vernon ketawa

"Guna lah, kau pikir aku beli Iphone ni guna daun kering ker? Macam cerita Pontianak tu?" balas Vernon sambil ketawa, Chan mencebik

"Ishh hyung ni, tak lawaklah" rungut Chan dengan mulut muncungnya

Vernon terus berhenti ketawa, dia mengeluarkan Iphonenya lalu diberi ke Chan

Chan menepuk tangan gembira

"Gomawo hyung" kata Chan lalu meng'on'kan Iphone Vernon

Vernon pula sudah melarikan diri

"ISHH HYUNG! CAMNE NAK BUKAK KALAU HYUNG LETAK PASSWORD!?" jerit Chan lalu menghentakkan Iphone Vernon di sofa

Vernon ketawa dalam diam

Jisoo memandang Vernon dengan pandangan pelik

'Dah kenapa dengan hyung sorang ni - desis hati Jisoo'

Supaya tidak dijangkiti penyakit 'sawan' Vernon, Jisoo terus naik ke tingkat atas

Dapur :
Jun membuka lampu dapur

"YAKWOH!" ucap Jun lalu memegang dadanya

Jun mengambil nafas

"Hyung buat apa dekat dapur ni? Dah lah ketawa macam hantu kak limah" kata Jun, Vernon berdehem

"Ehem! Takde apa² lah" balas Vernon lalu menuang air suam ke dalam gelasnya

"Ohh" ucap Jun, dia membuka peti ais

"Hyung" panggil Jun, Vernon memandang kearah Jun dengan pandangan 'Apa-dia?'

"Kenapa peti ais ni bersih sangat?" tanya Jun, Vernon tersengih apabila mengingat kenangan lama

"Hehe hyung dah makan semuanya" kata Vernon sambil tersengih seperti kambing

Jun memuncungkan mulutnya

"Huhu" kata Jun sambil mengusap perutnya

"Kau dah kenapa?" tanya Vernon lalu meneguk air suam tersebut

"Hyung, lapar" kata Jun lalu duduk di kerusi

"Hyung tak pandai masak lah" balas Vernon, Jun memuncungkan mulutnya

"Alaaa tapi hyung, perut Junnie lapar" kata Jun sambil memegang perutnya

"Kau nampak muka aku?" tanya Vernon secara tiba²

Jun mengerutkan dahinya

"Nampak.." balas Jun, Vernon kemudiannya menunjuk ke mukanya

"Ada aku kesah?" balas Vernon, baru selangkah kakinya mahu meninggalkan dapur terlebih dahulu suara Jun menghentikkan pergerakkannya

"Hyung nak Junnie call omma Jun?" ugut Jun seraya tersenyum sinis

"YERLAH² MAIN UGUT² LAK EEE GERAM HAKU" jerit Vernon, Jun tersengih sambil membuat peace

"Hehe"

Jun terus meninggalkan dapur

Vernon mendengus geram

"Sikit² mengadu dekat mak, dasar anak mak" gumam Vernon, dia mengambil 13 biji telur lalu dipecahkan, isi didalam telur tersebut jatuh ke dalam mangkuk

"Masak telur dadar jerlah" katanya lalu mengacau telur tersebut

Sementara mengacau telur, Vernon menghidupkan api gas lalu meletakan minyak kedalam frying pan

"Dah panas" gumam Vernon lalu menuang telur yang sudah dikacaunya kedalam frying pan yang panas itu

"Hai hyung" sapa Mingyu, Vernon membalas dengan anggukan

"Masak apa tu hyung?" tanya Mingyu, Vernon tidak membalas sebaliknya fokus memandang telur tersebut

"Hyung!" panggil Mingyu, Vernon memandang kearah Mingyu

"Haa apa?" tanya Vernon, Mingyu menggelengkan kepalanya

"Ishh hyung ni, orang tanya.. Hyung masak apa?" tanya Mingyu

"Ohh hyung masak telur dadar" balas Vernon, Mingyu sekadar meng'oh'kan sahaja

"Telur dadar jer?" tanya Mingyu

"Yerlah, kau pikir aku chef ker lahanat" balas Vernon, Mingyu mencebik

"Tak sedap kalau makan telur dadar jer hyung" komen Mingyu, Vernon menengkuk kepala Mingyu menggunakan senduk

"Boleh tak kau diam? Siapa yang masak sekarang ni, hyung ker engkau?" tanya Vernon, Mingyu tersengih lalu berkata

"Hyung lah"

Vernon mendengus, dia kembali fokus kepada telur dadarnya

"Hyung" panggil Mingyu, Vernon mendengus geram

"Apa lagi kau nak haa budak?" tanya Vernon dengan nada suara yang menahan geram

Mingyu menunjuk kearah telur dadar yang dimasak oleh Vernon

"Tu.. Telur dadar hyung dah hangus" kata Mingyu, dia terus meninggalkan Vernon

"Mwo!? Aishhh jinjja" gumam Vernon, dia menterbalikkan telur dadarnya lalu terpampanglah kehitaman yang serupa muka Mingyu

"Andwae telur dadar aku T^T" kata Vernon, dia jatuh terduduk lalu membuat drama 'Telur Dadar Ku Hangus Serupa Muka Mingyu'

19 : 47 p.m. :
"WOI BUDAK² JAHANAM KU SEKALIAN!! MAKANNNNNNNN!!!" jerit Vernon, hampir pecah cermin rumah sebelah dibuatnya

Kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke dapur

"AKHIRNYA SETELAH SETAHUN AKU MENUNGGU!!!" jerit Jun

'Bukk!'

"Jangan bisinglah" tegur Wonwoo, buku novel setebal kamus dwibahasa itu diletak di sebelah pinggannya

"Hiks appo" rengek Jun sambil mengusap kepalanya

"Dah makan²" kata Vernon

"Tapi kan hyung.. Camne nak makan kalau masakkan yang hyung masak ni hangus..." kata Seungcheol dan dibalas oleh anggukan sekumpulan budak² kecik yang polos

"Sepatutnya korang bersyukur yang aku dah masak untuk korang tau, lagi bagus korang makan dari korang berlapar" kata Vernon, mereka semua berdoa sebelum menjamah makanan tersebut

Soonyoung memotong telur dadar tersebut lalu mengambil telur dadar itu menggunakan sudu lalu

'Ngap!'

Semua mata memandang kearah Soonyoung yang masih mengunyah makanan tersebut

Soonyoung memandang kearah mereka dengan muka seperti cacing kepanasan

"Se-sedap duh.. Cuba korang rasa" kata Soonyoung, tergagap².

"Betul?" tanya Chan, Soonyoung mengangguk

Mereka semua terus menjamah telur dadar buatan Vernon

Tidak sampai 3 saat mereka terus berlari ke tandas

"TEPI! TEPI! AKU SAMPAI DULU!!!" jerit Jihoon, Jisoo menolak Jihoon ketepi

"JANGAN KACAU LALUAN AKU!!!" teriak Jisoo, Jihoon menolak Jisoo

"KALAU HYUNG TAKNAK MAKAN GITAR HOON BAIK HYUNG KETEPI!!!!" jerit Jihoon, Jisoo mendengus

"YAH! TEPI LAH!!" jerit Wonwoo dari bilik sebelah

Jihoon memandang kearah Jisoo manakala Jisoo memandang kearah Jihoon

'Bukk!'

"MIANHAE HYUNG!!" jerit Jihoon lalu masuk ke dalam tandas tersebut, Jisoo mendengus geram lalu menyepak pintu tandas tersebut

Ruang tamu :
"Annyeong guys" sapa Vernon dan Soonyoung serentak, mereka semua hanya membalas dengan jelingan

"Alaaaaaa marah ker? Alololo.. HAHAHAHAHAHA" tawa Vernon, sah dia dah gila sebab makan ubat

"Hyung ngan adik² ku marah dekat Soon ker? Mian.. Soon taknak Soon sorang jer yang merasa kepahitan" kata Soonyoung sambil membuat muka comel

"Kepahitan yang menyakitkan jiwa dan raga" balas Wonwoo lalu beredar dari ruang tamu tersebut, tersentap Si Soonyoung dibuatnya

"Yup betul kata Wonu tu" sokong Jun, dia mengikuti Wonwooo

"Sakit tau yini hati bila dipermainkan" kata Jeonghan lalu mengedong Chan ke bilik tidur

"Ha'ah, kalau nak kena kan orang pun janganlah pakai makanan.. Sian tau dah lah pahit" kata Seungcheol lalu menutup tv

"Yah! Aku nak kata tu tadi!" marah Jisoo, Seungcheol sekadar menjelirkan lidahnya

"Tak guna" gumam Jisoo lalu mengejar Jeonghan yang sudah berada di tangga

"Kenapa tutup" rengek Minghao, dia menekan butang 'On' lalu menonton rancangan kegemarannya

"Tidur jom Hao" ajak Mingyu, Minghao memuncungkan mulutnya

"Tapi cerita kegemaran Hao belum habis.." rungut Minghao, Mingyu menarik tangan Minghao

"Alaaa jom lah" ajak Mingyu, Minghao mengeluh

Dia menutup tv tersebut lalu mengikut Mingyu naik ke tingkat atas

"Hoon" panggil Soonyoung, Jihoon berdiri lalu naik ke tingkat atas

Soonyoung meng'pout'kan mulutnya

"Min, Kwan" panggil Soonyoung pula, namun Seokmin dan Seungkwan membuat bodoh

Mereka berdua bermain dengan stokin mereka

"Eh dah malam lah, jom tidur" kata Seokmin, Seungkwan mengangguk

"Boo Seungkwan, jangan lupa yang dikau masih tidur di bilik hyung eh.. Jangan cuba nak lari kan diri" kata Vernon, Seungkwan menelan air liur yang terasa pahit

"Minnie hyung.. Kwan ke-kena tidur dengan Vernon hy-hyung.. Hyung pergi lah dulu" kata Seungkwan tergagap²

Seokmin mengangguk lalu memberi pandangan 'Semoga-dikau-selamat'

"Kau pergi masuk bilik dulu, nanti hyung datang" kata Vernon, cepat² Seungkwan berlari ke tingkat atas

"Soon" panggil Vernon, Soonyoung memandang kearah Vernon

"Takpe hyung ada" kata Vernon, Soonyoung memeluk Vernon

"Gomawo hyung" ucap Soonyoung lalu tertidur didalam pelukkan seorang insan bernama Vernon

"Dah lah tu peluk hyung, kebas kaki hyung tau tak- eh dah tidur rupanya budak ni" gumam Vernon, dia mengedong Soonyoung lalu membawa Soonyoung ke biliknya

'Knock knock!'

'Kreakkk!'

Pintu terbuka, kelihatan Jun dengan muka masam nya

"Hyung datang sini nak apa?" tanya Jun dengan nada suara yang kasar

"Tolong hormat sikit, ingat hyung lagi tua dari Jun" tegur Vernon, Jun sekadar memutarkan anak matanya

"Tepi, aku nak letak Soonyoung dekat katil dia" kata Vernon, Jun menggeleng

"Tak boleh, dia diharamkan untuk masuk kedalam bilik kami!" kata Jun

"Ehem Junhui anak Wen, tolong sedar diri sikit.. Ini rumah hyung, peraturan rumah ni hanya hyung yang boleh buat bukan korang! Dah ketepi!" kata Vernon, Jun mencebik lalu memberikan laluan kepada Vernon

Keesokkan harinya~ :
"Huwoammmm morning" sapa Wonwoo pada Soonyoung

'Eh bukan semalam dia sakit hati dengan aku ker? - desis hati Soonyoung'

"Ermm morning too" balas Soonyoung, Wonwoo mengangguk lalu mengambil kotak susu yang berada didalam peti ais

16 : 17 p.m. :
Mereka semua sedang menonton drama 'Exta-Ordinary You' di ruang tamu

Tiba²

"Hyung" panggil Seokmin lalu duduk di sebelah Vernon

"Hurmmm ape?" tanya Vernon, dia mengambil tisu lalu mengelap air matanya

'Sedihh duhh sian Dan-Oh, Haru tak ingat dia hiks :') - desis hati Vernon'

"Hyung, bosanlah dekat rumah ni" kata Seokmin secara mengejut

'Tiberss jer budak ni - desis hati Vernon'

"Bosan? Boleh pindah keluar" balas Vernon, Seokmin mendengus geram

"Ishh hyung ni, jom pergi taman" ajak Seokmin

"Taknak" balas Vernon sambil menggelengkan kepalanya

"Allaaaaaa" rengek Seokmin

"Noo" balas Vernon, Seokmin memuncungkan mulutnya

"Jebalyo hyung, kali ni jer" pujuk Seokmin, Vernon mengeluh

"Kali ni jer, takde yang lain" kata Vernon, Seokmin tersenyum gembira lalu mengangguk

"Okay hyung, Min janji!" kata Seokmin sambil melompat², Vernon ketawa dalam diam melihat telatah Seokmin yang mencuit hati

"Hyng dah kenapa?" tanya Seungkwan, terkejut dia bila Seokmin datang sambil melompat² macam pocong

Nasib tak tersembur air yang diminumnya

"Nanti kita pergi taman!" kata Seokmin, teruja.

"Jinjja!? Wahhhhhh" jerit Seungkwan, dia pun men'join' Seokmin melompat seperti pocong

Taman :
"Orang yang kata nak pergi taman tadi tolong jangan pergi jauh sangat" pesan Vernon, Seokmin mengangguk

"Okay hyung! Jom pergi sana Chan" ajak Seokmin sambil menunjuk kearah buaian tersebut

"Ndae hyung" kata Chan lalu mengikuti Seokmin

"Hyung, nak makan aiskrim" kata Mingyu, Vernon menggeleng

"Beli guna duit sendiri ler" balas Vernon, dia kembali memandang kearah hp nya

Mingyu memuncungkan mulutnya

"Woi kicap, nah" kata Wonwoo lalu menghulurkan aiskrim berperisa coklat kepada Mingyu

"Eh macam mana hyung tahu yang Gyu minat coklat?" tanya Mingyu lalu mengambil aiskrim tersebut dari Wonwoo

"Sebab kau warna macam coklat" balas Wonwoo, selamba.

"Ohh.. Kenapa muka hyung merah?" tanya Mingyu sambil memandang kearah Wonwoo

"Bagi soalan yang baik punya boleh tak, soalan kau ni tak boleh pakai betul... Tak nampak ke cuaca sekarang ni panas?" balas Wonwoo sambil mendengus geram

"Ohh hehe, oh hyung dapat duit dari mana?" tanya Mingyu sambil menjilat aiskrimnya

"Banyak tanya lah kau ni" balas Wonwoo lalu pergi dari situ

"Eh hyung tunggu!" jerit Mingyu lalu mengejar Wonwoo

Gelongsor :
"Hoon, jom main ni" ajak Soonyoung, Jihoon mengangguk lalu mengikuti Soonyoung yang sudah berada jauh di hadapan

"Sweetnya pasangan kerdil tu.." komen Jeonghan sambil mengipas² dirinya

"Siapa?" tanya Seungcheol

"Jihoon dengan Soonyoung lah, siapa lagi" kata Jeonghan sambil memutarkan anak matanya

'Rimas pula bila dengan Cheol ni - desis hati Jeonghan'

"Kita lagi sweet hehe" kata Seungcheol sambil tersengih

'Dah mula dah - desis hati Jeonghan'

'Bukk!'

"Kan aku dah kata, Yoo Jeonghan milik Hong Jisoo" kata Jisoo, selipar pororo disarungkan ke kaki semula

"Yah! Bila masa haa!?" herdik Seungcheol

"Bila² masa" balas Jisoo, Jeonghan dengan senyap melarikan diri dari kawasan perebutan Yoo Jeonghan a.k.a dirnya sendiri

Tasik :
"Katak oh katak" nyanyi Minghao, dia memandang kearah tasik tersebut

"Mana pula katak ni?" gumam Minghao, Jun datang kearah Minghao

''Kalau nak kejutkan Hao, baik tak payah" kata Minghao, Jun tersengih

"Macam tau² jer Hao ni ishhh" rungut Jun, Minghao memutarkan anak matanya

'Siapa jer yang tak tahu kalau tapak kaki dia dari jauh boleh dengar - desis hati Minghao'

"Hyung nak apa datang sini?" tanya Minghao, Jun menunjuk kearah Minghao

Manakala Minghao mengerutkan dahinya

"Kenapa dengan Hao?" tanya Minghao

"Hyung nak teman Hao" balas Jun, Minghao sekadar meng'oh'kan sahaja

Kerusi batu :
Vernon berjalan kearah kerusi yang diperbuat daripada batu

"Uishh nyaman juga eh kerusi ni" komen Vernon sebaik sahaja dia mendaratkan punggungnya di kerusi batu tersebut

"Hiks hyung" tangis Chan, Vernon segera berdiri lalu mengedong Chan

"Kenapa ni, Chan?" tanya Vernon sambil menepuk² punggung Chan

Teknik yang paling terbaik punya kalau nak pujuk adik korang yang masih kecik supaya tak menangis

"Hyung.. Seokmin hy-hyung hilang" kata Chan, kepalanya tertunduk

"Mworago!? Macam mana boleh hilang?" tanya Vernon dengan suara yang marah + risau + gelisah

"Tak tahu.. Chan kata Chan nak pergi tandas lepastu bila Chan balik dia dah takde hyung hiks" kata Chan sambil menangis

"Arraso.. Dah jangan nangis" kata Vernon, Chan mengelap air matanya

"Ermmmm" balas Chan

'Macam mana aku nak cari budak tu? - desis hati Vernon'

Treaser Chapter 4 :

"LEE SEOKMIN! SEOKMIN!!"

"Seokmin hyung! Hyung!"

"Hyung huh kami huh tak huh jumpa"

"Cari lagi, mungkin dia ada dekat² kawasan ni"

"Tapi hyung.. Hari dah nak malam"

"Cari jer!"

"Ndae arraso hyung.."

---

"SEOKMIN PERGI MANA SAMPAI 4 JAM MENGHILANG!?"

"Hiks hyung huwarghhh mianhae, hyung jinjja mianhae"

"Seokmin cakap dulu, Seokmin pergi mana!?"

"Seok-Seokmin pergi dekat hutan tu.. Tapi bila Min patah balik.. Min sesat nasib baik ada kakak tu tolong Min balik"

"Kakak mana hyung maksudkan ni?"

"Tu kakak yang berdiri sebelah Wonu hyung"

"Ap-Apa dia?"

---

"Hyung, hyung nampak kan?"

"Nampak apa?"

"Nampak kakak tu lah.. Hyung nampak kan.."

"Hy-Hyung.. Hyung nampak lah"

"Habistu kalau hyung nampak kenapa mereka kata mereka tak nampak?"

"Sebab mereka nak kenakan Min"

"Ishh mereka tu kan!"

---

"Hyung.. Jangan pergi lagi tau"

"Ermmm mianhae Chan"

"Takpe hyung"

"Jom main"

"Main apa?"

"Kacau Jeonghan hyung"

"Taknak lah dia kan omma Chan"

"Kali ni jer"

"Hurmm okay"

---

"SIAPA TUTUP LAMPU NI HAA!? HIKS HUWARGHHHHHH BENON HYUNG!!! HAN TAKUT!!!"

"SIAPA BENON HAA!?"

---

"Hidup dengan 12 kanak² ialah.. MEMBEBANKAN "

Author :
@Thughao_97

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro