04 : Kakak?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cast :
Choi Hansol Vernon Chwe
Seventeen

Title :
Babysitter (Vernon Seventeen)

---

"Kita kena cari dia" kata Vernon dengan muka seriusnya, Chan mengelap air matanya yang asyik jatuh

"Ta-tapi macam mana, hyung?" tanya Chan sambil menggosok matanya

"Macam ni.."

"LEE SEOKMIN OII BUDAK SEWEL! KAU BALIK SEKARANG! AKU LEMPANG KAU KALAU AKU JUMPA! LEE SEOKMIN!!!!!!" jerit Vernon bagaikan seorang ibu tiri yang mencari anaknya yang hilang

Chan membuat muka '😕'

'Betul ker tu cara nak cari Seokmin hyung? - desis hati Chan'

Jeonghan dan Jisoo datang kearah Chan yang masih memandang kearah Vernon yang sedang syok melalak

"Chan" panggil Jisoo, Chan menoleh kearah Jeonghan dan Jisoo

"Oh Jisoo hyung! Jeonghan hyung!" panggil Chan lalu berlari kearah mereka berdua

"Kenapa Vernon hyung sebut nama Seokmin?" tanya Jeonghan sambil mengusap kepala Chan

"Seokmin hyung hilang.." kata Chan sambil menundukkan kepalanya

"Mwo!? Macam mana boleh hilang!?" tanya Jisoo dengan muka terkejutnya

"Bukannya Seokmin dengan Chan ker!?" soal Jeonghan pada Chan

Chan menguis tanah tersebut menggunakkan kakinya

"Se-sebenarnya Chan pergi tandas, bila Ch-Chan balik Seokmin hyung tak-takde" kata Chan sambil tergagap²

Jeonghan mengeluh, Jisoo pula menggelengkan kepalanya

"Jom tolong Vernon hyung cari Seokmin" ajak Jisoo, Jeonghan dan Chan mengangguk tanda setuju

"Seokmin hyung! Hyung!" jerit Chan, dia menaiki kerusi yang terdapat di taman lalu mengambil nafas

"SEOKMINNNNNN HYUNGGGGGG!!!" jerit Chan lalu semua burung berlari bertempiaran kerana terkejut mendengar suara DinoSaur

"Seokmin! Seokmin! Seokmin!" panggil Vernon, sampaikan tong sampah pun dicari..

Hengko pikir Seokmin tu bodoh sangat ker sampai nak masuk dalam tong sampah🌚

"Seokmin huh Seokmin ughh mana budak seekor ni?" gumam Jisoo, dia berlari kearah Seungcheol dan Seungkwan

"Korang ada nampak Seokmin?" tanya Jisoo, Seungkwan menggeleng

"Takde kenapa?" tanya Seungcheol

"Weyhh Seokmin hilang" kata Jisoo, Seungkwan ternganga

"Mwo!? Cam mana boleh hilang? Huhu bepriend aku hilang" tangis Seungkwan

"Jisoo-"

"Aku malas nak cerita, boleh tolong cari dia?" pinta Jisoo, Seungcheol mendengus geram

"Sudah tentu boleh" balas Seungcheol lalu melanggar bahu Jisoo

Jisoo menggigit bibirnya, mahu sahaja budak kecik itu mencarut

Tetapi ditahan demi penjagaan agama yang rapi

"Jisoo hyung bohooooo" tangis Seungkwan, Jisoo dengan segera berlari kearah Wonwoo dan Mingyu

"Yah hyung! Tungguuuuu" jerit Seungkwan

"Hao! Jun!" panggil Jeonghan, Minghao dengan segera berlari kearah Jeonghan

'Tsk pengacau - desis hati Jun'

Jun dengan malasnya berjalan kearah Jeonghan

"Hurmmm hyung nak apa?" tanya Jun, matanya memandang kearah Jeonghan dengan pandangan geram

"Ni haa korang tau tak yang Seokmin hilang?" tanya Jeonghan, Minghao dan Jun menggeleng

"Tu kan adik korang dua, kenapa korang dua macam tak kisah?" tanya Jeonghan

"Entah?" jawab Minghao dan Jun serentak

'Patutlah dua orang ni asyik berdating sampaikan Seokmin hilang pun tak tahu 😑 - desis hati Jeonghan'

"Dah lah, jom cari Seokmin" ajak Jeonghan lalu menghulurkan tangannya, Minghao pula menyambut padahal Jeonghan hulur tangan dekat Jun

"Jom hyung" kata Minghao, Jeonghan mengangguk maka bermula lah 'PENCARIAN LEE SEOKMIN A.K.A ANAK KUDA'

"Seokmin! Seokmin!" teriak Jeonghan, Minghao pula bertanya kepada orang yang berada di taman tersebut

Jun menyepak tin yang elok terbaring diatas tanah tersebut

"Hao tak suka Jun ker!?" tanya Jun pada seekor katak

'Bork!'

"Takde guna tanya kat kau wahai katak" gumam Jun, katak itu mula melompat kearah Jun

"Woi² kau dah kenapa nak dekat ngan aku?" tanya Jun, dia segera menjauhkan diri

Namun

'Bork!'

Katak itu mula melompat seperti arnab lalu melekat di tubuh Jun

"HUWARGHHHHHHHHHHHHHHH!! TOLONG! TOLONG! ADA KATAK NAK CABUL JUNNIE!! HAOHAO!!" jerit Jun, puas dia gelek ke kanan dan ke kiri tapi katak itu masih melekat di tubuhnya

Uishhh agaknya kalau aku dekat situ, hurmm dah rip dah kot🌚

"Dah kenapa dengan Jun tu?" tanya Jeonghan pada Minghao, Minghao pula hanya mengangkat bahunya

"Tak tahu lah hyung" balas Minghao

"Dah lah jom sambung cari Seokmin"

"Yer.."

"Seokmin! Seokmin!"

'Bukk!'

"Adoi! Mata tu lekat dekat mana haa- eoh Jeonghan? Minghao?"

"Vernon hyung!" panggil mereka berdua serentak

"Relax lah aku tahu aku famous" balas Vernon sambil mengatur rambutnya ke belakang

"Perasannya hyung" gumam Minghao, Vernon mencebik apabila telingannya berjaya menangkap apa yang diperkatakan oleh Minghao anak Xu

"Hyung ada jumpa Seokmin tak?" tanya Jeonghan, Vernon menggeleng lalu mengeluh

"Jom cari lagi mungkin dia ada dekat kawasan ni kot" kata Vernon, Jeonghan dan Minghao memandang sesama sendiri lalu mengangguk

Mereka pun mula mencari Seokmin

18.58 p.m.
"LEE SEOKMIN! SEOKMIN!!" teriak Vernon, dia mengelap peluhnya

"Seokmin hyung! Hyung!" jerit Seungkwan

"Hyung huh kami huh tak huh jumpa" kata Seungcheol, dia mengambil nafasnya

"Cari lagi, mungkin dia ada dekat² kawasan ni" kata Vernon, Seungcheol memandang kearah Jisoo

Jisoo pula membuat muka meluat

"Tapi hyung.. Hari dah nak malam" kata Jisoo dan diangguki oleh member sebongie yang lain

"Cari jer!" arah Vernon

"Ndae arraso hyung.." balas mereka semua

19.21 p.m. :
Vernon memandang kearah budak² yang dijaganya

"Jom lah balik" kata Vernon, kata² Vernon membuatkan kepala sebongie naik

"Jinjja hyung?" tanya mereka semua serentak, Vernon mengangguk lalu mengusutkan rambut Chan

"Kajja!" kata Vernon, mereka semua berlari mengikuti jejak Vernon kecuali Seungkwan

"Tak akan kita nak pergi macam tu jer hyung.." kats Seungkwan secara tiba², kepalanya ditundukkan

Vernon menghentikkan pergerakannya

"Macam ni lah kita balik" kata Vernon, dia mengerutkan dahinya

"Tak akan kita nak tinggalkan Seokmin hyung macam tu jer hyung?" tanya Seungkwan, air matanya yang ditahan² akhirnya jatuh jua

Vernon terdiam

"Kwan taknak balik! Taknak!" jerit Seungkwan, dia menangis sambil mencangkung

"Boo Seungkwan" sebut Vernon, Seungkwan masih tidak berhenti menangis

"Kalau kau taknak balik, aku tak teragak² nak telefon mak kau Boo" ugut Vernon, Seungkwan masih menangis

"Seungkwan, esok kita buat laporan polis kalau Seokmin tak balik" kata Vernon

"Betul ker hyung?" tanya Seungkwan, Vernon mengangguk mendukung Seungkwan

"Jom balik?" tanya Vernon pada Seungkwan, Seungkwan mengangguk

Home Sweet Home :
Vernon memandang kearah jam yang melekat di dinding tersebut, hatinya gelisah melihat hari makin menginjak ke tengah malam

11.54 p.m.

Hatinya tidak berhenti berdoa berharap bahawa Seokmin akan pulang

"Hyung huwaoomm Seokmin hyung dah balik?" tanya Mingyu, Vernon mengusap kepala Mingyu

"Belum" jawab Vernon, Mingyu menggosok matanya

"Sekarang dah pukul berapa hyung?" tanya Mingyu

"Pukul sebelas lima puluh lima malam" balas Vernon, Mingyu memeluk Vernon

"Bila Seokmin nak balik?" tanya Mingyu, terselit nada suara yang nak menangis

"Hyung tak tahu, Mingyu kenapa tiba² bangun?" tanya Vernon, dia mula menguap

"Gyu mimpi.." kata Mingyu, dia melentokkan kepalanya di dada Vernon

"Mimpi apa?" soal Vernon, dia menggosok matanya

"Gyu mimpi Wonu hyung tinggalkan Gyu huwarghhhh" tangis Mingyu

'Eh budak ni😑 - desis hati Vernon'

"Hyung"

"Eh? Wonwoo?"

Wonwoo mengangguk, dia memandang kearah Mingyu

"Kau tak tidur?" tanya Wonwoo pada Mingyu

Mingyu menggeleng

"Ohhh"

"Wonwoo kenapa tak tidur?" tanya Vernon, Wonwoo duduk di sofa

"Takleh tidur lah hyung" jawab Wonwoo, Vernon sekadar mengangguk

'Ding dong!'

Vernon memandang kearah pintu rumah lalu memandang kearah jam

12.13 a.m.

'Siapa pula yang datang tengah² malam ni, aduhmak takut lak nak buka pintu - desis hati Vernon'

"Hyung dah kenapa pandang jer pintu tu, buka lah" kata Wonwoo dan disokong oleh Mingyu

"Jauh sikit boleh tak?" pinta Wonwoo, Mingyu sengih kemudian menjauhi Wonwoo

Vernon memandang sekilas kearah Wonwoo dan Mingyu lalu kembali memandang pintu tersebut

Tangannya menggeletar apabila dia memegang tombol pintu tersebut

'Dah kenapa dengan tangan aku ni? - desis hati Vernon'

Dia membuka pintu tersebut

'Kreakk!'

Angin sejuk mula bertiup kearah Vernon

'Fuhhhhhh!'

(Anggap tu bunyi angin guys🌚)

"Hyung..."

Vernon memandang kearah bawahnya, bukan bawah tu guys🌚

"Seokmin?" sebut Vernon, budak tersebut perlahan² mengangguk

Vernon dengan pantas memeluk budak yang digelar Seokmin itu

Dia kemudiannya membawa Seokmin ke ruang tamu, pintu pula dibiarkan terbuka

Vernon mengambil nafas

"SEOKMIN PERGI MANA SAMPAI 4 JAM MENGHILANG!?" herdik Vernon, Seokmin mula menangis

"Hiks hyung huwarghhhh mianhae, hyung jinjja mianhae" tangis Seokmin

"Seokmin cakap dulu, Seokmin pergi mana!?" tanya Vernon dengan nada suara yang menahan geram

"Seok-Seokmin pergi dekat hutan tu.. Tapi bila Min patah balik.. Min sesat, nasib baik ada kakak tu tolong Min balik" kata Seokmin dengan kepala yang tertunduk, Vernon mengeluh lalu menggeleng

Manakala budak² yang lain turun apabila mendengar suara Vernon

"Kakak mana hyung maksudkan ni?" tanya Chan pada Seokmin

"Tu kakak yang berdiri sebelah Wonu hyung" jawab Seokmin seraya menunjuk kearah tepi Wonwoo

'Gulp!'

"Ap-Apa dia?" tanya Wonwoo yang sudah kaku

"Tu tepi hyung ada kakak" ujar Seokmin, makin kelu lidah Wonwoo nak bercakap

Vernon pula terdiam

"Eeee apa yang hyung merepek ni hahaha" tawa Seungkwan, dia mendekati Jun yang berada disebelahnya

Manakala yang lain sudah berpelukan

"Mana ada Min merepek!" jerit Seokmin, terkejut sebongie yang lain dibuatnya

"Da-dah lah, korang semua pergi tidur... Min mesti penat kan? Jom hyung hantar Min masuk bilik" kata Vernon, dia mendukung Seokmin

Pintu rumah tersebut ditutup oleh Seungcheol, apabila matanya menangkap Jeonghan yang ingin meninggalkan dirinya sendirian

Dengan pantas dia berlari kearah Jeonghan

"Yah! Jangan tinggalkan aku lah eeee Yoo Jeonghan pabo!" jerit Seungcheol, Jeonghan sudah pun ketawa

Jeonghan & kids room :
Vernon memasuki bilik tersebut bersama Seokmin yang sudah lena di pangkuannya

Dia memandang kearah budak² yang sudah lena tidur beralaskan bantal

Dia meletakkan Seokmin diatas katil tersebut kemudian dia menepuk lembut punggung Seokmin

Seokmin yang merasakkan dirinya seperti didodoi terus terbangun

"Hyung.. Min tak suka kena dodoi macam ni" kata Seokmin, terkejut Vernon dibuatnya

"Eee budak ni! Aku fikir dah tidur" gumam Vernon

"Ohh" balas Vernon, dia menarik semula tangannya

"Hyung, hyung nampak kan?" tanya Seokmin secara tiba²

"Nampak apa?" tanya Vernon, dia menutup tubuh Jihoon menggunakan selimut sehingga paras dada

"Nampak kakak tu lah.. Hyung nampak kan.."

"Hy-Hyung.. Hyung nampak lah" balas Vernon tergagap²

"Habistu kalau hyung nampak, kenapa mereka kata mereka tak nampak?" soal Seokmin, Vernon menggaru belakang lehernya

"Sebab mereka nak kenakan Min" kata Vernon, Seokmin memuncungkan mulutnya

"Ishhh mereka tu kan!" rungut Seokmin

"Dah tidur, esok lewat bangun baru tau" kata Vernon, Seokmin tersenyum

"Biarlah lewat, tak payah pergi sekolah!"

"Eh! Baik kau tidur sebelum aku teranjang kau!"

"Hehe yerlah hyung"

'Tupp!'

Lampu bilik Jeonghan & kids room mula menjadi gelap

Pintu perlahan² tertutup, Seokmin kembali membuka matanya

"Kalau hyung kata nampak, kenapa hyung tak nampak yang dia ada sebelah hyung?" gumam Seokmin, dia memandang kearah sebelah kirinya

Kelihatan seorang gadis sedang menyikat rambutnya

"Kakak" panggil Seokmin, gadis yang sedang asyik menyikat rambutnya memandang kearah Seokmin dengan senyuman manis di mukanya

Jisoo yang ketika itu masih belum tidur, menelan air liur pahitnya

'Tak guna punya mata, dah kenapa aku tak boleh tidur? - desis hati Jisoo'

Dia mendengar Seokmin seperti bercakap dengan seseorang membuatkan dia semakin takut ingin membuka matanya

Mulutnya terkumat kamit menyebut ayat² suci yang kemungkinan besar boleh melindungi dirinya

Akhirnya Jisoo kembali terlelap, gadis itu memandang tajam kearah Jisoo yang sudah tertidur

Gadis itu kembali memandang kearah Seokmin dengan senyuman di mukanya

8.17 a.m.

"Huwaommm" nguap Vernon, dia membangunkan Seungkwan yang tidur terkangkang disebelahnya

"Kwan bangun" ucap Vernon, Seungkwan mendengus

"Hurmm sibuk lah hyung ni" kata Seungkwan lalu menyepak Vernon menggunakan kaki kecilnya

Vernon memutarkan anak matanya, malas mahu melayan Seungkwan

Dia keluar dari biliknya lalu berjalan kearah bilik Seungcheol & kids room

Seungcheol & kids room :
'Knock knock!'

"Gyu buka pintu" arah Seungcheol dengan mata yang masih tertutup

"Hurmm malas lah" ucap Mingyu, Seungcheol mendengus

Baru sahaja dia ingin menyuruh Wonwoo, terbantut niatnya apabila Wonwoo dengan sengajanya membesarkan lagi bunyi dengkurannya

Seungcheol mendengus geram, dia berjalan kearah pintu lalu membuka pintu tersebut

"Morning Cheol" ucap Vernon, Seungcheol membalas dengan anggukan

"Pergi mandi lepastu bangunkan yang lain, pukul 9 hyung nak semua orang dah siap" kata Vernon berserta amaran

Seungcheol dengan malasnya mengangguk, Vernon menyambung perjalananya kearah bilik mandi di tingkat bawah

Seungcheol memusingkan badanya menghadap Wonwoo dan Mingyu yang masih lena diatas katil

Dia menolak Mingyu manakala kakinya menyepak Wonwoo

"Bangun!" teriaknya

Wonwoo mendengus geram manakala Mingyu meroyan

"Sibuklah hyung ni ish" rungut Wonwoo

"Senduk betul hyung sorang ni" gumam Mingyu

"Woi kau kicap, kau fikir aku tak dengar ker? Ni telinga aku ni boleh dengar semua benda tau!"

"Baguslah tu, telinga unta lah katakan" kata Wonwoo lalu pergi ke bilik mandi yang terletak di bilik mereka

"Jeon Wonwoo!" jerit Seungcheol, dia tumbuknya bantal yang tidak bersalah itu

"Betul ker hyung boleh dengar semuanya termasuk bunyi desahan?" tanya Mingyu sambil menayangkan muka pervertnya

Dasar miang, kecik² dah miang

"KIM MINGYU SI PERVERT!!" jerit Seungcheol lalu berlari ke bilik Jeonghan & kids room

Mingyu pula masih terpinga²

"Pervert? Apa tu?" soal Mingyu namun hampa, tiada yang menjawab

Jeonghan & kids room :
'Knock knock!'

'Knock knock!'

Seungcheol mendengus geram

'Mati ker apa orang yang tinggal dalam bilik ni? Dah masuk 10 kali aku ketuk tapi tak buka pintu pun, nak aku sepak pintu ni ker hape? - desis hati Seungcheol'

'Knock knock!'

"Yoo Jeonghan!"

'Knock knock!'

"Hong Jisoo! Lee Jihoon!"

'Knock kn-'

'Kreakk!'

"Baru sekarang nak buka pintu?" soal Seungcheol sambil menyilangkan tangannya didada

Jisoo memutarkan anak matanya kemudian dia tersenyum sinis apabila otaknya memberi idea jahat

Seungcheol yang melihat senyum sinis Jisoo menjadi gelabah

"Ha'ah sorry lah, tadi aku terlalu asyik melayan karenah Jeonghan yang nak aku layan dia.. Upss sorry, aku terlepas cakap" kata Jisoo lalu tertawa jahat

Seungcheol mengenggam buku limanya

"Sabar jerlah" gumam Seungcheol

"Eoh? Seungcheol hyung, dah kenapa ada dekat sini?" tanya Seokmin, dia berjalan kearah Seungcheol

"Bangunkan korang lah, pergi mandi" arah Seungcheol, Seokmin menggeleng

"Taknak" balas Seokmin, Seungcheol memelutkan matanya

"Apa dia!?" tanya Seungcheol dengan nada suara yang tinggi, Seokmin yang baru sedar akan kesilapannya mula tersengih

"Err sebenarnya Jihoon hyung tengah mandi err haa betul Jihoon hyung tengah mandi" kata Seokmin, matanya dari tadi mengelak dari bertembung mata dengan Seungcheol

"Betul ni?" tanya Seungcheol dengan mata untanya

"Betul hyung betul" ucap Seokmin, Seungcheol menangguk

"Okay kalau macam tu hyung pergi dulu, tata" kata Seungcheol lalu pergi ke bilik Soonyoung & kids room

"Fuhhh syelamat" ucap Seokmin lalu kembali berbaring diatas katilnya

Jeonghan yang baru keluar dari tandas memandang kearah Seokmin

"Min? Kenapa belum mandi?" tanya Jeonghan

"Nanti² lah Min mandi" kata Seokmin lalu kembali memandang kearah telefonnya

Baru tinggi sampai pasu dah ada telefon, ini namanya dunia makin maju

"Nanti², nanti kena marah dengan Vernon hyung baru tau" ujar Jeonghan lalu pergi ke almari baju

Seokmin sekadar mengajuk kata² Jeonghan

Soonyoung & kids room :
'Kn-'

Seungcheol mengurut dadanya, siapa aja yang tak terkejut bila kau baru nak buka pintu tapi pintu tu dah terlebih dahulu terbuka

"Oh! Morning hyung!" ucap Soonyoung berserta senyumannya yang comel

"Hurmm morning, mana yang lain?" tanya Seungcheol

"Hao tengah pakai baju, Jun dah siap tapi dia pergi intai Hao pakai baju ermm Chan masih mandi" terang Soonyoung, Seungcheol membalas dengan anggukan

"Nanti dah siap, turun" kata Seungcheol, Soonyoung membalas dengan anggukan

Ruang tamu :

9.02 a.m.

"Hyung, kalau tak sekolah boleh tak?" pinta Jihoon, muka comel diberi

"Hyungmu ini tidak akan mudah tergoda dengan kecomelan mung, taknak pergi sekolah yer, kalau macam tu.. Sapa² yang taknak sekolah kena cuci pinggan selama seminggu" kata Vernon sambil tersenyum sinis

"Mwo!? Takpe lah tak jadi, haa jom pergi sekolah" kata Jihoon, terbatal niatnya yang ingin membakar beg sekolah

Vernon menggeleng melihat karenah Jihoon

Dia menghantar budak² tersebut ke sekolah dan pada jam 12.15 p.m, dia kembali ke sekolah lalu mengambil semula budak² tersebut

Home Sweet Home :
"Huwarghhh panasnya" kata Mingyu sebaik sahaja tiba di rumah, sofa menjadi sasaran pertamanya apabila dirinya sudah sampai di rumah

"Bukan kau suka berjemur ker?" tanya Wonwoo, Mingyu mencebik

"Mana ada lah!" nafi Mingyu, Wonwoo hanya mengiyakan sahaja

Malas mahu bertekak dengan Mingyu, dia mengambil keputusan untuk membaca buku yang dipinjamnya dari perpustakaan

Chan berjalan kearah Seokmin yang sedang asyik bermain dengan permainan yang baru didownloadnya di gedung play

"Chan!" sebut Seokmin, telefon ditutup

"Hai hyung" kata Chan, Seokmin mengangguk

Senyuman Chan perlahan² luntur

"Kenapa ni, Chan?" tanya Seokmin, dia mula risau akan Chan

"Hyung.. Jangan pergi lagi tau" kata Chan

"Ermm mianhae Chan" ucap Seokmin, Chan menggeleng

"Takpe hyung" balas Chan

"Jom main"

"Main apa?" tanya Chan

"Kacau Jeonghan hyung" jawab Seokmin seraya tersengih

"Taknak lah dia kan omma Chan" bantah Chan

"Kali ni jer" kata Seokmin dengan aegyonya

"Hurmm okay" balas Chan, Seokmin high five dengan Chan a.k.a sekutu barunya

Bilik mandi :
"Don't call me up~" nyanyi Jeonghan di bilik mandi, Seokmin menahan tawanya

Manakala Chan membuat muka '😑'

"Hyung, kita belum mula lagi pun.." ujar Chan

'Pakk!'

"Shuhh nanti dia tahu kita ada dekat sini" tegur Seokmin, Chan mencebik

Seokmin menekan suis yang mempunyai simbol 'OFF'

"Cepat² lari" teriak Seokmin kecil, mereka berdua berlari ke ruang tamu

"SIAPA TUTUP LAMPU NI HAA!? HIKS HUWARGHHHHHH BENON HYUNG!!!  HAN TAKUT!!!" jerit Jeonghan, Vernon segera menuju ke bilik mandi lalu memasang semula lampu bilik mandi tersebut

Buat seketika Vernon baru tersedar akan panggilan yang diberi oleh Jeonghan

"SIAPA BENON HAA!?" jerit Vernon

Treaser Chapter 5 :

"Siapa nak aiskrim?"

"Tibers jer hyung ni"

"Bersyukur lah sikit aku ni nak jadi baik"

"-_-!"

---

"Weyhh siapa kata yang aku tak boleh siapkan hw ni?"

"Jihoon"

"Penipu"

"Nak buat macam mana, dah Jihoon yang kata kan"

"Masalahnya kau sebut nama kau sendiri Lee Jihoon"

"Oh yer eh?"

"Aku nak carut tapi ada anak Hong"

---

"Kaki aku arghh kaki aku"

"-_-!"

"Hyung dah kenapa pandang jer? Tolong lah!"

"Boleh jadi pelakon kau ni budak"

"Nyeac Nyeac"

---

"HAI ABANGKU YANG GEDIKSS ADIKMU KEMBALI!!! RINDU TAK!?"

"Err makcik ni sesat ker?"

"SIAPA MAKCIK KAU HAA!?"

"Nice adik dan abang sama jer, dua² boleh buat aku pekak"

"Btw Sol, kau tak kata pun yang bini kau boleh buat anak sampai 12 orang"

'Bukk!'

"Rasakan"

---

"Hyung"

"Pe"

"Cantik-"

"Jangan cuba nak ngorat adik hyung okay"

"Alaaa apa salahnya, lagipun mereka comel apa"

"Pi mati dengan comel kau"

---

"Hidup dengan 12 kanak² ialah.. MEMBEBANKAN "

Author :
@Thughao_97

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro