07 : Bye Sophia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cast :
Choi Hansol Vernon Chwe

Title :
Babysitter (Vernon's Seventeen)

---

Home Home Home Home :
"Jom jalan²" cadang Sophia, Vernon yang asyik menguyah keropok mini berhenti

"Tiber jer kau ni, sakit?" tanya Vernon lalu meletakkan tapak tangannya di dahi Sophia

"Mana ada lah ishh Sol ni" dengus Sophia, Vernon mencebik

'Kira okaylah aku tanya kau sakit ker idok - desis hati Vernon'

"Nak jalan² pi mana?" tanya Jack dengan Jihoon di pangkuannya

"Entah" balas Sophia, Vernon dan Jack membuat muka '-_-!'

"Kalau tak tahu nak pi mana baik duduk dalam rumah, dah lah budak sampai 12 orang macamlah kita bertiga boleh jaga diaorang kalau kita pergi jalan² entah² bila kita balik rumah sorang hilang macam hari tu" bebel Vernon, Sophia membuat muka meluat

"Halah sekali sekala jalan²" kata Sophia seraya menggoyangkan tangan Vernon

"Tepi kacau betul lah kau ni" marah Vernon, Sophia masih dengan sikap degilnya

"Halah Sol kali ni jer" pujuk Sophia, Vernon mendengus

"Kau ni sama jer dengan Seokmin" rungut Vernon, Sophia tersengih

"Nama kita pula dia jual humph!" gumam Seokmin, Seungkwan yang berada disebelahnya berusaha menenangkan Si Seokmin

"Sol ikutkan jerlah Sophia tu, lagipun hyung pun nak jalan² dekat Korea ni" kata Jack, menyokong pendapat Sophia

"Hurmm yerlah" kata Vernon, malas mahu berbalah lagi

"Dah pi mandi" arah Jack, dia membawa Jihoon ke dapur

"HYUNG! SOL DAH MANDI LAH EEE!" jerit Vernon, tak puas hati

"Oh yer ker? Pi lah suh budak² yang lain mandi" arah Jack, Vernon mencebik

"Alorhhh malas" rungut Vernon, Kack yang berada di dapur membuat muka '-_-'

"Sol, kau ni dah kenapa? Tiber jer jadi manja.." tanya Sophia, pelik.

"Eleh orang manja sikit pun salah.. Dah lah tepi kau" kata Vernon lalu menolak Sophia

Dia naik ke tingkat atas, bilik Wonwoo, Seungcheol dan Mingyu dituju

'Knock knock!'

'Kreakk..'

"Hyung nak apa?" tanya Wonwoo sebaik sahaja pintu terbuka

"Buat apa?" tanya Vernon, soalan dibalas soalan

"Baca novel" balas Wonwoo, Vernon mengangguk faham

"Dah mandi?" tanya Vernon, Wonwoo membalas dengan anggukkan

"Mana Gyu ngan Cheol?" tanya Vernon

"Seungcheol hyung terbang gi bilik Jeonghan hyung, katanya nak ngorat Jeonghan hyung tapi tak pastilah kalau Seungcheol hyung masih hidup sebab kan Jisoo hyung ada dalam bilik Jeonghan hyung.. Yang budak kicap tu, dia tengah mandi" terang Wonwoo, Vernon mengangguk faham

"Ohh Seungcheol dah mandi?" tanya Vernon, Wonwoo mengangguk

"Baru tadi" balas Wonwoo, Vernon mengangguk lalu menuju ke bilik Jeonghan, Jihoon, Jisoo, dan Seokmin

'Knock-'

'Kreakk..'

"Yes hyung?" tanya Seokmin, Vernon mengurut dadanya

'Terkejut aku, nasib umur aku masih panjang - desis hati Vernon'

"Tepi hyung nak masuk" kata Vernon, Seokmin menghalang Vernon dari masuk ke dalam bilik mereka

"Kenapa halang?" tanya Vernon, Seokmin menggaru lehernya

"Err baik hyung jangan masuk.. Nanti ditimpa malapetaka" kata Seokmin, Vernon menolak lembut Seokmin lalu masuk kedalam bilik mereka

'Merepek jer budak ni - desis hati Vernon'

'Bukk!'

"Adoi sapa baling bantal ni haa!?" tanya Vernon dengan nada suara yang marah

"HONG JISOO" jerit Seungcheol lalu menyorok disebalik Vernon, Jisoo tergamam

"WOI ANAK CHOI KAU JANGAN MENIPU EH!" jerit Jisoo, Seungcheol sekadar menjelirkan lidahnya

"TAK GUNE-" Alhamdulillah kita tak dengar Jisoo mencarut disebabkan Vernon terlampau baik membaling bantal tepat² kena muka Jisoo

'Bukk!'

"Apa yang Vernonie hyung buat ni?" soal Jisoo dengan muka ikan Josh nya

"Aku? Aku membaling bantal" jawab Vernon, selamba.

"Eoh hyung buat apa dekat sini?" tanya Jeonghan sebaik sahaja keluar dari bilik mandi

"Nak suh korang mandi lerr" jawab Vernon, Jeonghan sekadar meng'oh'kan sahaja

"Soo pi mandi alang² kau bawak sekali lah si Min tu mandi" kata Jeonghan lalu melemparkan tuala kepada Jisoo

Jisoo menyambut tuala tersebut lalu membawa Seokmin ke bilik mandi..

P/s : mereka kan masih kecik🌚

"Seungcheol, kau buat apa lagi dekat sini?" tanya Jeonghan, Seungcheol tersengih lalu mendekati Jeonghan

"Nak dengan kau lerr hehe" jawab Seungcheol, Jeonghan buat muka meluat

"Hyung? Mingyu minta tolong hyung dia kata tandas tersumbat" kata Wonwoo, Vernon yang asyik melihat drama JeongCheol terus pergi ke bilik Mingyu, Wonwoo dan Seungcheol

"Tepi lah ishh kau ni nak aku lempang ker?" tanya Jeonghan lalu mengangkat tangannya yang ringan nak lempang muka Seungcheol

"Yerlah²" balas Seungcheol maka dia pun pergi dari situ dengan hati yang pilu

Ruang tamu :
"Sol-" panggil Sophia namun terhenti akibat Vernon yang suka menyampuk

"Dah aku dah suh mereka semua mandi" sampuk Vernon, Jack menggeleng melihat telatah Vernon

Skip :
~Pledis Mall~
"Hyung! Nak aiskrim!" pinta Jun seraya menarik² hujung baju Vernon, Vernon mendengus

"Tak boleh" balas Vernon, Jun memuncungkan mulutnya

"Hansol..." sebut Jack, Vernon memutarkan anak matanya lalu membawa Jun ke kedai aiskrim tersebut

"Jack hyung, Vernon hyung nak pi mana tu?" tanya Mingyu pada Jack, Jack tersenyum lalu mengusutkan rambut Mingyu

"Pi beli aiskrim" jawab Jack, mata Mingyu membulat

"Mwo!? VERNON HYUNG!! GYU PUN NAK AISKRIM!!!" jerit Mingyu membuatkan ramai orang memandang kearahnya sampaikan Vernon dan Jun juga mendengar jeritan Mingyu

'Budak ni buat aku malu jer - desis hati Vernon'

"Jun pi tanya budak tu dia nak aiskrim apa.." arah Vernon, Jun menggeleng

"Tak payah lah hyung.." balas Jun, Vernon mengerutkan dahinya

"Kenapa pula?" tanya Vernon, Jun terus menyuruh pakcik aiskrim tersebut agar membuat satu aiskrim berperisa chocholate

"Sebab Mingyu kan macam chocholate mesti dia suka aiskrim chocholate" balas Jun, selamba.

Vernon buat muka 'aku-respect-kau-budak'

Mereka kembali dengan Jun yang memegang dua kon aiskrim, satu aiskrim vanilla satu lagi aiskrim chocholate

Vernon juga membeli aiskrim iaitu aiskrim berperisa Seungkwan eh taikpo perisa vanilla campur chocholate

"Nah Gyu" kata Jun lalu menghulurkan aiskrim berperisa chocholate kepada Mingyu, Mingyu pula bersorak gembira

"Eh mana Sophia? Soonyoung? Jeonghan? Minghao?" tanya Vernon, Jack menunjuk kearah butik pakaian

"Mereka beli baju, Sophia ajak" balas Jack, Vernon mengangguk faham

"Jack hyung" panggil Chan, Jack memandang kearahnya dengan penuh tanda tanya

"Nak pergi kedai tu" kata Chan seraya menunjuk kearah kedai yang penuh dengan pelbagai mainan

"Nak pergi sana?" tanya Jack, Chan mengangguk

"Haha habislah duit hyung disebabkan dia" kata Vernon sambil menjilat aiskrimnya

'Takpe lah berjuang untuk budak² - desis hati Jack'

"Jom" kata Jack lalu mendukung Chan

"Eh hyung nak pi mana?" tanya Seungcheol, Seokmin dan Seungkwan juga memandang kearah Jack

"Pi kedai mainan tu.. Nak ikut?" tanya Jack, mereka betiga tersenyum lalu mengangguk

Sekarang tinggal Vernon, Jun, Mingyu, Wonwoo, Jihoon dan Jisoo

"Hyung jom pergi kedai buku" ajak Wonwoo

"Tak nak kedai buku membosankan" balas Vernon, Wonwoo membuat muka comel

"Kau pikir comel ker hanat?" balas Vernon

"Hyung patut bersyukur tau sebab bukan selalu Wonu hyung buat muka comel" kata Mingyu dengan mata yang penuh dengan love²

"Ha'ah ada juga faedahnya pi kedai buku" kata Jisoo, menyokong cadangan Wonwoo

"Yerlah²" kata Vernon, Jihoon yang sedang tidur dibangunkan namun tak bangun²

Terpaksa Vernon mengendong Jihoon sepanjang perjalanan ke kedai buku

Butik pakaian :
"Noona, Hao rasa baju ni sesuai dekat noona" kata Minghao lalu memberi baju yang berwarna hijau muda

"Sesuai ker? Ermm noona pergi cuba dulu, tunggu sini" kata Sophia lalu pergi ke bilik cubaan

Sementara menunggu Sophia, Minghao, Jeonghan dan Soonyoung membuat keputusan untuk bertanding pakaian mana yang sesuai dipakai oleh Sophia dan jurinya ialah Sophia

Minghao pergi kearah pakaian yang dipakai oleh perempuan muda zaman sekarang

Dia mengambil jaket hitam dan baju tshirt berwarna putih dengan corak bunga ros, seluar pendek berwarna hitam koyak rabak diambil

"Mesti noona akan suka pilihan Hao" gumam Minghao, dia dengan hati yang gembira kembali ke tempat yang dimana Sophia tengah mencuba baju yang dipilih oleh Minghao sebentar tadi

Jeonghan :
"Aduhh aku bukan tau bab² perempuan ni" gumam Jeonghan, dia melangkah kearah duniawi dimana baju impian semua wanita ketika masih kecil dan sudah tentu lah princess~

Mata Jeonghan terpaku apabila matamya secara tidak sengaja tertangkap baju gaun yang bersinar bak mutiara

Amboi ayat aku🌚

"Cantiknya" puji Jeonghan, dia mengambil keputusan untuk membawa gaun tersebut kepada Sophia

Soonyoung :
"Noona mesti suka dengan pilihan aku" gumam Soonyoung, kostum berupa harimau dibawa ke tempat dimana Minghao dan Jeonghan serta Sophia berada..

Soonyoung, Minghao, Jeonghan & Sophia :
"Noona rasa noona lagi suka warna pink lah, warna hijau tak sesuai dekat noona.. Sorry hao" kata Sophia, Minghao menggeleng

"Tak apalah noona" balas Minghao

"Ermmm arraso" kata Sophia, Minghao memberi pakaian yang dipilihnya tadi

"Noona kami bertanding tadi, noona cuba dulu semua baju ni lepastu noona kena pilih salah satu dari 3 baju yang kami pilih" terang Jeonghan, Sophia mengangguk faham

Sophia mengambil baju yang diberi oleh Minghao, Jeonghan dan Soonyoung

Dia masuk semula kedalam bilik cubaan

10 minutes later :
"Akhirnya noona keluar pun" kata Soonyoung sambil menguap

"Sorry noona lama sangat ker?" tanya Sophia, Soonyoung menggeleng

"Taklah noona" kata Soonyoung, Sophia tersenyum

"Noona dah pilih? Baju apa yang noona suka?" tanya Minghao bertubi²

"Ermm noona dah buat pilihan" kata Sophia, mereka bertiga mengangguk

"Jadi baju apa yang noona suka?" tanya Jeonghan

"Noona suka kostum harimau tu tapi noona pun suka kan baju trend perempuan tapi noona pun suka baju gaun yang Jeonghan bawak" terang Sophia

"Jadi?" tanya mereka bertiga serentak

"Noona nak beli ketiga² baju yang kamu tiga beri dekat noona" kata Sophia sambil tersenyum, mereka bertiga mengeluh

"Soon terpaksa berfikir keras tau sebab nak pilih baju apa noona suka.. Tapi noona beli ketiga² baju tu hurmm" kata Soonyoung dengan mulut muncungnya

"Betul ker kau berfikir keras? Aku rasa kostum tu memang ada dalam otak kau dari tadi kan?" tanya Jeonghan, Soonyoung tersengih

"Hehe macam tau² jer hyung ni" kata Soonyoung, Jeonghan buat muka meluat

"Noona dah bayar dah, jomlah kita pergi cari Jack ngan Vernon" kata Sophia lalu memimpin tangan Minghao

Tetiba jer aku jealous :')

"Jom!" sorak Soonyoung, mereka berempat pun keluar dari butik pakaian tersebut

Kedai mainan :
"Banyaknya mainan dekat sini" gumam Seokmin dengan mulut yang ternganga

"Tutup lah mulut tu Min" tegur Seungcheol, Seokmin tersengih lalu menutup mulutnya

"Chan nak mainan apa?" tanya Jack pada Chan yang digedongnya

"Nak dinosaur!" teriak Chan, kecil.

Mereka berdua pun melangkah kearah bahagian 'dinosaur'

"Seungkwan tengok apa yang aku jumpa ni!" jerit Seokmin, Seungkwan berlari terkedek² kearah Seokmin

"Apa²?" tanya Seungkwan, Seokmin memusingkan badannya menghadap Seungkwan

"Arghhhhh! Ishh hyung ni! Terkejut Kwan tau" marah Seungkwan sambil mengurut dadanya

'Nasib aku tak mati terkejut - desis hati Seungkwan'

"Hahahahaha mianhae" kata Seokmin sambil ketawa, Seungkwan memuncungkan mulutnya

"Alololo majuk ker? Haha" tawa Seokmin, akibat geram dengan Seungkwan dia pergi kearah Seungcheol yang masih di dunia awangan

"Hyung? Oi hyung!" tegur Seungkwan, Seungcheol memandang kearahnya

"Apa kau nak?" tanya Seungcheol, Seungkwan mencuri² tengok kearah benda yang berada dipegangan Seungcheol

"Apa yang hyung pegang tu?" tanya Seungkwan, Seungcheol berdehem

"Ehem! Takde apa² lah" kata Seungcheol, Seungkwan buat muka 'tak-baik-menipu-hyung'

"Ishh kau ni, aku pegang ni.. Puas hati?" tanya Seungcheol lalu menunjukkan bola berwarna biru putih

"Ohhh gitu" balas Seungkwan

"Korang dah pilih mainan apa yang korang nak?" tanya Jack, Chan yang berada dipangkuannya terlihat memegang dua ekor dinosaur yang agak besar

"Dah" jawab Seungcheol manakala Seungkwan menggeleng

"Belum? Pi cari" arah Jack, Seungkwan mengangguk lalu pergi mencari mainan yang ingin dibeli nya

"Eh mana Seokmin?" tanya Jack, Seokmin yang berada dibelakangnya tersengih dalam diam

"Hyung, Min ada dekat belakang hyung lah" kata Seokmin lalu muncul dihadapan Jack

"Ohh okay, dah pilih?" tanya Jack, Seokmin mengangguk lalu menunjukkan pistol mainan yang dijumpainya

Nak tembak hati Joshua haha :')

"Hyung, Kwan dah pilih dah" kata Seungkwan lalu menunjukkan bubble pop yang dijumpa nya di area yang berdekatan

Mereka semua pun pergi ke kaunter, selesai membayar.. Mereka pergi di tempat dimana semua orang (Seventeen, Jack & Sophia) berkumpul

"Jack pergi mana tadi?" tanya Sophia, Soonyoung yang asyik memakan keropok memandang kearah Jack

"Pergi kedai mainan" balas Jack lalu duduk disebelah Minghao

"Ohh" balas Sophia, mata Soonyoung membulat

"Kenapa tak ajak Soon?" tanya Soonyoung, Seungcheol menyampuk

"Dah kau ikut noona kan" kata Seungcheol, Soonyoung mendengus geram

"Dah² jangan gaduh" tegur Sophia, keropok yang masih ada saki baki diberi kepada Jack

"Nah masih ada lagi jangan risau, share dengan budak² tu sekali" kata Sophia, Jack mengangguk

Kedai buku :
Sebaik sahaja sampai, Jihoon yang berada dipangkuan Vernon minta dilepaskan

Dah sedar rupanya budak tu🌚

Vernon baru jer ingat nak berehat tapi Mingyu minta dukung

"Kicap aku penat lah" kata Vernon, Mingyu mendengus

"Alorhhh hyung nak kena dukung" kata Mingyu, Vernon mengeluh lalu mendukung Mingyu

"Hyung pi dekat Wonwoo" arah Mingyu, Vernon hanya mampu bersabar lalu pergi kearah Wonwoo yang masih memilih buku

Kecik² pun dah baca buku, jangan jadi macam aku.. Kecik² dah main hp haha

"Hyung? Mingyu? Buat apa datang sini?" tanya Wonwoo, Vernon menunjuk kearah Mingyu

Mingyu pula tersengih, Wonwoo buat muka meluat

"Kenapa kau datang sini?" tanya Wonwoo, Mingyu buat muka comel

"Nak dengan hyung lah" kata Mingyu

"Kalau nak dengan Wonwoo, jangan lah libatkan hyung" kata Vernon, Mingyu menggeleng

"Kena juga sebab hyung kan dukung Mingyu" kata Mingyu, tangan Vernon ringan jer nak tampar mulut Mingyu

"Dah kau yang mintak dukung" balas Vernon dengan nada suara yang geram, Mingyu tersengih

Jun & Joshua :
"Hyung tak tau pun yang Jun suka baca buku memasak" kata Jisoo, matanya memandang kearah buku masakan yang dipegang oleh Jun

"Buku ni ker?" tanya Jun, Jisoo mengangguk

"Ohh buku ni untuk Vernon hyung, dia selalu masak benda yang Jun taknak makan jadi Jun nak suh Vernon hyung belajar dari buku ni" kata Jun, Jisoo mengangguk faham

"Hyung, buku apa yang hyung pegang tu?" tanya Jun, Jisoo memandang kearah buku yang dipeganganya

"Ohh buku ni entahlah hyung main ambik" kata Jisoo, Jun sekadar meng'oh'kan sahaja

Nak jer aku buat macam ff Once Upon A Time In Joseon, author kesukaan aku iaitu Jaeho_Yoontae

P/s : Jemputlah baca ff dia, best tau

"Tajuk dia apa hyung?" tanya Jun, Jisoo memandang kearah tajuk buku yang dipegangnya

"Haneul Borie, I'm so sorry" kata Jisoo, Jun mengerutkan dahinya

"Asal nama tajuk tu pelik betul hyung?" tanya Jun, Jisoo sekadar mengangkat bahunya tanda tidak tahu

"Molla kan hyung dah kata hyung main ambik jer" kata Jisoo, Jun mengangguk

Mereka berdua berjalan mencari Vernon

Jihoon :
"Eh mana Vernon hyung ni? Tadi aku rasa macam aku tidur tak lama dekat sini.." gumam Jihoon, tadi dia minta dilepaskan lepastu dia lari pergi meja tempat orang selalu baca buku tu lepastu dia terlelap

Dan masa yang diambil untuk dia tidur tadi ialah 30 minit

"Vernon hyung" panggil Jihoon, akhirnya dia terpaksa merajinkan dirinya untuk berjalan mencari Vernon

Vernon & Mingyu feat Wonwoo :
"Hyung lepaskan jerlah Si Gyu tu" kata Wonwoo, dari tadi dia tengok muka Vernon yang memerah sebab penat

"Eh jangan! Gyu nak kena dukung!" bantah Mingyu, Vernon hanya mampu bersabar

"Kim Mingyu!" sebut Wonwoo, Mingyu memuncungkan mulutnya lalu turun dari pangkuan Vernon

Vernon pula mengeluh lega

'Thanks budak ais - desis hati Vernon'

"Dari tadi Hoon keliling kedai buku ni, rupa²nya hyung ada dekat sini rupanya" kata Jihoon, Vernon mengerutkan dahinya

"Asal cari hyung?" tanya Vernon

"Takut hyung pula hilang" jawab Jihoon, selamba.

'Sabor jerlah - desis hati Vernon'

"Vernon hyung!" jerit Jun lalu berlari terkedek² kearah Vernon, Vernon menampar lembut punggung Jun

"Ni kedai buku lah jangan jerit" tegur Vernon

"Baru kedai buku bukan perpustakaan" kata Jihoon

"Eh sama lah tu" balas Vernon, Jihoon menggeleng

"Tak sama" kata Jihoon, Vernon buat muka meluat

"Ikut suka hati kau lah budak pendek" gumam Vernon

"Vernonie hyung, Soo dah pilih buku" kata Jisoo sambil mengangkat buku yang dipilihnya iaitu 'Haneul Borie, I'm So Sorry'

"Jun pun dah pilih!" kata Jun lalu menunjukkan buku masakkan didepan muka Vernon

"Eh kau pandai ker memasak?" tanya Vernon, Jun menggeleng

"Buku ni untuk hyung lah" kata Jun, Vernon buat muka '-_-'

"Wonu pun dah pilih" kata Wonwoo, 5 buku novel dipegang

"Hilanglah duit aku disebabkan kau" gumam Vernon, dia memandang kearah Mingyu dan Jihoon

"Korang berdua tak pilih buku?" tanya Vernon, Jihoon menggeleng manakala Mingyu mengangguk kemudiannya menggeleng

Vernon be like : -_-

"Dah jom gi kaunter, bayar buku korang" kata Vernon, mereka semua bergerak menuju kearah kaunter

Jack & Sophia feat The kids :
"Vernon, kau pi mana tadi? Dah nak sejam aku tunggu kau" rungut Sophia, Vernon buat muka derk

"Jangan salahkan aku, salahkan budak² ni pilih buku lama sangat" jawab Vernon

"Dah jom balik" kata Jack, mereka semua mengangguk

Skip :
"Jisoo, kau beli buku apa?" tanya Jeonghan, sekarang waktu malam diaorang dalam bilik masing² tidur

"Buku 'Haneul Borie, I'm So Sorry' " jawab Jisoo, Jeonghan mengerutkan dahinya

"Asal nama buku yang Jisoo beli tu pelik betul?" tanya Jeonghan, Jisoo tersengih

"Jisoo beli buku ni sebab nama penulis dia 'Joshua Hong' " jawab Jisoo, Jeonghan tergamam

"Jangan cakap kau beli buku tu sebab nama penulis tu sama nama dengan kau?" tanya Jeonghan, sekali lagi Jisoo tersengih kemudiannya mengangguk

"Ishh kau ni Soo, aneh betul" gumam Jeonghan lalu masuk tidur, Jisoo juga turut berbuat sedemikian

Keesokan harinya :
"Morning" sapa Vernon pada semua orang yang berada di ruang tamu, namun suasana kelihatan sedih dan sepi

"Eh asal semua orang murung ni?" tanya Vernon, Soonyoung menunjuk kearah Sophia yang berada di muka pintu

"Sophia? Kau nak pergi mana? Jangan cakap kau nak lari dari rumah? Dah lah hutang aku kau tak bayar" kata Vernon, and everybody be like 'Seriously Vernon? -_-'

"Mana ada lah" kata Sophia

"Habistu kenapa kau bawak bagasi ni turun?" tanya Vernon, Sophia mengeluh

"Sophia nak pergi America" jawab Jack, mata Vernon membulat

"Eh? Sophia betul ker ni?" tanya Vernon, Sophia mengangguk

"Ermm yer Sol, Sophia cadang nak tinggal dengan papa dekat America lagipun.. Nana (Grandma) kan dah meninggal.. Sol patut balik America juga" kata Sophia, Vernon mengeluh dalam diam

"Tapi budak².." kata Vernon berhenti apabila Sophia menyampuk

"Hurmm takpe lah Sol jaga jer budak² tu kat rumah biar Sophia bagitau papa" kata Sophia sambil tersenyum

"Ermm thanks" kata Vernon, Sophia mengangguk

Akhirnya teksi yang ditunggu² datang jua, Sophia masuk kedalam teksi dengan hati yang pilu

"ANNYEONG NOONA HIKS MIN AKAN RINDU NOONA!!" jerit Seokmin, Vernon yang berada disebelah Seokmin hampir terpekak

"BETUL KATA SEOKMIN HYUNG! KAMI SEMUA AKAN RINDU NOONA!" jerit Seungkwan, ni lagi sorang nak suh orang pekak

Teksi yang dinaiki Sophia berlalu pergi, mereka semua masuk kedalam rumah dengan hati yang pilu

"Hurmm tetiba jer rumah ni sepi" kata Vernon secara tiba², Jack mengangguk setuju

"Aku kan ada" kata Jack, Vernon tersenyum nipis

"Gomawo hyung" kata Vernon, Jack mengangguk

Vernon berjalan menuju ke dapur, benda yang pertama dilakukan olehnya di dapur ialah membuat susu Chan

Budak tu memang, pagi² mesti susu yang menjadi pilihan pertamanya

Namun nasib Vernon sungguh malang, susu dah habis

"Aduhmak masa macam ni lah kau habis" gumam Vernon, dia menuju ke ruang tamu mencari Jack

Akhirnya Jack yang dicari² ditemui

"Jack hyung tolong jagakan Chan boleh tak hyung? Kalau budak² yang lain Sol tak kesah sangat" kata Vernon, Jack mengangguk

"Kau nak pi mana Sol?" tanya Jack, Vernon yang asyik memakai selupar berhenti

"Pi kedai nak beli susu untuk Chan" jawab Vernon, Jack mengangguk faham

"Oh okay" balas Jack, kelibat Vernon mula hilang

"Jack hyung, mana Vernon hyung?" tanya Seungcheol

"Pi kedai" balas Jack, Seungcheol mengangguk faham

10 minit kemudian :
"HUWARGHHH NAK SUSU! NAK SUSU!" jerit Chan sambil nangis teresak², Jack kelam kabut menepuk punggung Chan semata² nak suh Chan tido

"Alamak macam mana ni? Apa benda Sol buat kat luar lama² macam ni?" gumam Jack

Meanwhile :
"Aumsss sedap betul kek ikan ni.. Gomawo halmonie" kata Vernon, nenek tersebut mengangguk

Vernon duduk di kerusi lalu menikmati kek ikannya tanpa menghiraukan keadaan yang berlaku dirumahnya

Back to Jack :
"Hannie apa kata kau perah-"

'Bukk!'

"Tempah mati awal betul kau ni Cheol haha!" tawa Jisoo, Seungcheol mendengus geram

"Tunggu kau Soo" kata Seungcheol, Jisoo menjelirkan lidahnya

"Dah jangan mengarut" tegur Jeonghan

Skip :
"Annyeong, aku dah balik" kata Vernon, Jack yang kusut masai memandang kearahnya

"Kau buat apa sampai lama sangat kat luar tu?" tanya Jack, Vernon memandang kearah muka Jack lalu ketawa terbahak²

"Omg apa yang berlaku masa Sol takde?" tanya Vernon, Jack mengatur rambutnya

"Malapetaka" jawab Jack lalu menyusun bantal² yang berterbangan, Vernon menolongnya

Skip :
Seungkwan yang sedang asyik tido di sebelahnya dipandang

"Chubby betul Si Boo ni" gumam Vernon lalu mencubit pipi gebu Seungkwan

Auchh Verkwan moments~

"To-Tolong" kata Seungkwan secara tiba², lengan Vernon dicengkam

"Yah! Boo Seungkwan! Wake up!" kata Vernon sambil menampar lembut pipi Seungkwan, kang tampar kuat² majuk anak orang

"Arghhhh! Hyung tolong! Kwa-Kwan takleh bernafas!" kata Seungkwan lalu mencengkik diri sendiri

"Kau ni sebelum aku lempang.." gumam Vernon namun Seungkwan masih dengan mimpi indahnya

"Arghh hyung-"

'Pangg!'

"ARGHHHH APA YANG HYUNG BUAT NI? KENAPA TAMPAR² MUKA ORANG!?" jerit Seungkwan, Vernon hanya membuat muka derk

"Dah kau yang nak sangat aku tolong kau kan" jawab Vernon, Seungkwan mendengus geram

"Tu lah padahnya tido waktu petang² macam ni" kata Vernon, siaran di tv ditukar, Seungkwan buat tak endah

Tiba² Mingyu muncul dihadapan Vernon

"Kau dah kenapa kacau aku nak tengok tv?" tanya Vernon, Mingyu tersengih

"Cuba hyung tengok Gyu" kata Mingyu, mata Vernon memandang Mingyu dari atas hingga bawah

"Kacak² macam ni nak pergi mana?" tanya Vernon, Mingyu tersenyum

"Nak ngorat anak dara orang lah" jawab Mingyu, mata Vernon membulat

"Amboi kau kicap, sape ajar kau haa?" tanya Vernon, Mingyu menunjuk kearah Vernon

"Hyung lah teheee" balas Mingyu, Vernon hanya mampu bersabar

"Nak jer aku celup kau dalam botol kicap" gumam Vernon, Mingyu berlari menuju kearah Wonwoo

Vernon mengambil chipsmore yang terletak diatas meja

Tiba² ada suara yang menyapa dirinya

"Hyung bagi chipsmore" pinta Jun, Vernon tersenyum sinis

"Nope!" balas Vernon lalu menyembunyikan chipsmore tersebut dibelakangnya

"Halorhhh" keluh Jun, Vernon tersengih

"Beli sendiri" kata Vernon, Jun menggeleng

"Taknak! Taknak!" kata Jun, Vernon menjelirkan lidah apabila Junncuba mengambil chipsmore yang berada dibelakangnya

"Sol bagi lah-" kata Jack terhenti akibat sampukan Vernon

"Yerlah eee nak sangat menangkan budak² tu!" gumam Vernon lalu memberi chipsmore kepada Jun, Jun pula tersenyum kemenangan

---

Treaser Chapter 8 :

"Kau nak pi mana?"

"Pi rumah aunt aku"

"Ohhh"

---

"Hai aunt"

"Ermm hai.. Eh siapa budak² ni?"

"Ohh budak² bawah jagaan Sol"

"Ohhh 5 orang jer ker?"

"Ani, 12 orang"

---

"Sol tidur sini?"

"Tak lah aunt, tak bawak baju"

"Ohh okay lain kali bermalam lah kat rumah aunt"

"Okay"

---

"Hidup dengan 12 kanak² ialah.. MEMBEBANKAN"

Author :
@ThugHao_97

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro