13 : Holi Holi Holiday Pt.2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi yang indah-

"OI! OI! NAK PERGI MANA TU HAA!?". Jeritan Vernon bergema di seluruh banglo besar itu. Dah tak indah pagi ni disebabkan oleh dia -,-

"NAK PERGI KEDAI MAMAK"

"NAK GI HOMETOWN HYUNG!"

"NAK GI RUMAH ANAK YATIM"

"Eh buat apa?" sampuk Vernon. Soonyoung memandang kearah Vernon dengan muka yang polos

"Amik anak angkat-"

'Pukk!'

"Itu kamu bincang dengan omma kamu" kata Vernon selepas memukul kepala Soonyoung. Soonyoung pula pout.

"NAK PERGI JUMPA SOFIA NOONA!"

"JANGAN WEYHHH NANTI SOFIA NOONA BANGGA LAK"

"OH OKOK"

"NAK GI KELAB MALAM"

'Krik krik..'

Semua mata memandang kearah Seungcheol. Vernon be like 'are-u-kidding-me-Cheol?'

"Kimbap kidding" ucap Seungkwan, tak jadi dia nak jerit 'NAK GI UMAH SAJAT'

"Cheol gurau jerlah hehe" kata Seungcheol sambil tersengih

"Gurau kau tu boleh buatkan gitar Joshua singgah muka kau tau tak" kata Vernon. Sekali lagi Seungcheol tersengih tetapi sengihan ketakutan.

"Ni hyung nak tanya, dah mandi atau belum? Barang dah packing atau belum? Kita dah nak gerak ni, nanti malam sampai baru tau" ujar Vernon. Semua mengangguk kecuali Jun, Jihoon, Jeonghan & Seokmin.

"Kami belum lagi hyung" kata Jeonghan. Vernon memandang kearah Jeonghan.

"So kamu nak hyung mandi kan kamu?" tanya Vernon. Jeonghan menggeleng lalu sekelip dia menghilang.

Jihoon, Jun & Seokmin turut mengikuti jejak Jeonghan. Vernon menggeleng.

"HUWARGHHHH HYUNG!" jerit Chan. Arghhh sudah, kalau budak itu menangis bermasuk..

Ddoong!

"YER² NANTI HYUNG DATANG!" jerit Vernon. Dia mengambil penutup mulut & sarung tangan getah lalu dipakainya.

Kita hendaklah bersedia sebelum terkena. Vernon menuju ke arah tandas dimana berada nya Chan, kelihatan Chan menangis diatas lantai dengan pampersnya yang kelihatan kembung.

Vernon mula terhidu bau ddoong milik Chan. Vernon mencarut dalam hati.

'Tagune punya penutup mulut kata tak serap bau. Memang tak serap bau aduhaii mati lah aku dekat sini - desis hati Vernon'

Vernon membawa Chan ke singki, dia meletakkan Chan ke atas singki. Dia kemudiannya membuka pampers milik Chan. Fuhhh menusuk bau nya!

"Chan-yah, tadi makan apa? Hyung ada kasi kamu makan benda basi ker?" tanya Vernon seraya membalut pampers tersebut menggunakan kertas lalu dimasukkan ke dalam plastik. Dia membaling plastik berisi pampers ke dalam tong sampah.

"Chan tak makan apa hyung bagi, Chan makan apa yang Jisoo hyung bagi" balas Chan, jujur. Contohi lah Chan. Vernon memandang kearah pintu tandas.

'Siaplah kamu Jisoo, tau² lah hyung kerja kan kamu - desis hati Vernon'

"Hyung" panggil Chan. Kini punggungnya sedang dicuci oleh Vernon. Vernon berdehem.

"Hmmm"

"Betul ker cakap Minghao hyung?"

Vernon berhenti membersihkan punggung Chan. Dia menyarungkan pampers ke tubuh Chan. Kemudiannya dia meletakkan minyak angin di atas perut Chan.

"Apa yang Hao cakap?" tanya Vernon. Dia meletakkan bedak ke perut Chan bagi mengelakkan angin masuk.

"Yang kita tak akan bersama.."

Vernon berhenti mengusap perut Chan. Vernon tersenyum hambar. Hambar baginya, manis bagi Chan.

"Chan pilih yang mana? Tinggal dengan hyung atau tinggal dengan ibu bapa Chan?"

Soalan maut dibagi. Chan mula berfikir. Dia memandang tepay kearah muka Vernon lalu menekup muka Vernon dengan kedua² tangan kecilnya.

"Mestilah Chan pilih omma appa Chan!"

Dah agak. Vernon dah agak, pasti itu pilihannya. Vernon tersenyum hambar sambil kepalanya menunduk. Benar kata orang, kita bagaikan rumah sementara hanya menjaga mereka buat sementara waktu dan pasti juga kita akan melepaskan mereka.

"Tapi Chan suka tinggal dengan hyung! Chan sayang hyung" kata Chan lalu memeluk leher Vernon. Vernon tersenyum. Tapi disebalik keperitan yang dialami pasti akan ada sedikit kemanisan, itu lah yang Vernon belajar sepanjang dia bersama dengan kanak² jagaannya.

"Hyung pun sayang Chan dengan yang lain²" kata Vernon, dia menyarungkan seluar milik Chan lalu mendukung Chan. Mereka berdua keluar dari tandas.

Daerah Yeonju
Vernon berhenti di R&R. Dia memandang kearah belakang, kelihatan Seventeen bersorak gembira sebab dapat makan lepas lama duduk di dalam kereta.

Vernon menutup enjin kereta, kunci diambil lalu dia pun keluar dari kereta. Pintu van dibuka, Seventeen bergegas keluar dari kereta. Vernon pula sibuk mengira ahli².

Mereka pun pergi memesan makanan. Vernon menuju ke tandas namun entah dari mana salahnya, dia ditahan sebelum sempat masuk tandas. Nak cakap kena bayar takde pun guard yang berjaga.

"Pandai menari?"

Hanya disebabkan soalan itu, dia ditahan? Waahhhh boleh masuk berita. Malas mahu melayan, Vernon sekadar mengiyakan sahaja.

"Tunjukkan lah dekat kami apa yang kau ada" kata seorang lelaki. Vernon memutarkan anak matanya lalu mula menari tarian gelek.

Membulat mata kumpulan itu melihatnya. Makin rancak lagu, makin menjadi² geleknya. Amboi.

Semua penonton bersorak kearah Vernon yang asyik bergelek tak sedar bahawa dia ada 12 kanak² yang perlu dijaga.

"Apa dia buat tu?" tanya Jisoo pada Wonwoo. Wonwoo menggeleng tanda tidak tahu.

"Entah lah hyung, dah gila agaknya bila memandu terlalu lama" balas Wonwoo. Jisoo memandang kearah Wonwoo, Wonwoo juga memandang kearah Jisoo.

Mereka sama² menggeleng. Rasanya akan ada seseorang menelefon hospital gila tak lama lagi.

"Hyung buat apa?" tanya Minghao, tangannya masih memegang kimbap yang belum habis dimakan. Vernon berhenti menggelek, baru dia sedar bahawa dia dah jadu perhatian orang ramai. Malu ker tu -,-

"Ni haa ada orang cabar hyung. Tanya pandai menari ker tidak" jawab Vernon. Minghao membalas 'oh'. Kimbap diserahkan kepada Vernon.

"Don't worry, hyung. Biar Hao gantikan" kata Minghao lalu mara ke hadapan sebelum sempat Vernon menghalang. Vernon facepalm.

Lagu mula dimainkan, Minghao menggerakan tubuhnya mengikut rentak lagu. Kemudiannya dia membuat b-boy. Ramai yang ternganga lagi² Vernon, sesungguhnya dia kalah dengan budak berumur 9 tahun.

Huwarghhhhh mama, Vernon malu! Minghao berhenti menari, Soonyoung tidak mahu kalah maka dia pun mula menari.

Ingat tak yang Hoshi cover dance Bad Boy maka itu lah tarian yang di menari kan oleh Soonyoung. Chan menepuk tangan melihat hyung² nya menari.

Jun pula sekadar memerhati sehinggalah.

"TAK GUNA PUNYA PEROGOL!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro