14 : 2 Weeks 3 Day

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

↓↓↓

Rumah tumpangan

↓↓↓

"Guys!!" jerit Seungcheol. Disebabkan jeritannya yang boleh membuatkan rumah sebelah carut terus semua ahli sebong pandang Seungcheol.

"Haa gapo dia?" tanya Jeonghan yang sibuk berghei dengan Mingyu. Halah dia kesian tengok Mingyu selalu kena palau dengan Wonwoo lah teww.

Mingyu pula kau jangan tanya, satu dia happy sebab disayangi dan kedua dia sedih sebab dipalau oleh orang yang dia sayang. Hmmm bertuah punya budak.

"Aku tengok kan Vernonie hyung macam sedih jer, apa kata kita buat Vernonie hyung happy?" cadang Seungcheol. Wonwoo yang sibuk main rambut Chan terus berhenti lalu memandang kearah Seungcheol.

"Dia bukan sedih lah dia dah gila, aku suh call hospital gila tapi korang taknak kan dah kena" kata Wonwoo. Soonyoung yang mendengar terus mengetuk kepala Wonwoo menggunakan sapu tangan yang ia jumpa, dah lah tu sapu tangan Minghao nak kena agaknya budak tu.

'Bukk!'

"Arghh! Appo!" rintih Wonwoo. Sebong be like 'kau-biar-betul-wonu-sapu-tangan-jer-kot'

"Eee hyung ni! Jangan lah guna sapu tangan Hao!" marah Minghao lalu mengambil atau lebih tepat merampas sapu tangan tersebut daripada anaknya Kwon.

"Halah² sorry lah, sapu tangan jer kot itu pun nak marah" ujar Soonyoung. Minghao menjeling kearah Soonyoung.

"Mesti lah marah tu kan sapu tangan Hao!"  kata Minghao sambil memeluk sapu tangan kesayangannya. Soonyoung be like 'oh-iyer-ker?'

"Sudah lah jangan gaduh eee nak hyung lempang pakai kuali?" tanya Jeonghan sambil mengangkat kuali yang dia rembat dari dapur. Terus diam anaknya Xu dan anaknya Kwon.

"Haa pasal tadi anaknya Choi, macam mana eh kita nak gembira kan Vernon hyung?" tanya Joshua yang selamba sebut nama bapa Seungcheol dan Vernon. Seungcheol terus menjeling kearah Vernon.

"Tagune punya anak Hong" carut Seungcheol. Kuali yang berada di tangan Jeonghan diambil oleh Joshua. Joshua tersenyum manis sambil memandang kearah Seungcheol.

"Carut iyer? Nak kena ker Choi Seungcheol?" tanya Joshua. Seungcheol terus menelan air liur lalu perlahan² dia menggeleng.

"Hehe taknak²" balas Seungcheol. Joshua mendengus, kuali diserahkan kepada Jeonghan.

"Tahu takut" gumam Joshua. Seungcheol berdehem.

"Apa kata kalau kita bawa Vernonie hyung pergi pantai?" cadang Seungcheol dengan senyuman yang lebar. Sebenarnya niat dia ke pantai hanya lah nak mandi, bertuah betul anak Choi ni.

"Pantai? Masa Min dalam kereta, Min tak nampak pun" kata Seokmin yang dah lama mendiamkan diri walaupun realiti nya dia sibuk kacau kaki Seungkwan entah apa yang menarik tentang kaki Seungkwan.

"Memang lah kau tak nampak, kau kan tidur -_-" kata Jihoon. Seokmin tersengih apabila Jihoon berkata sedemikian.

"Oh yer eh? Hehe" sengih Seokmin. Jihoon terus facepalm.

"Haih Min ni" keluh Joshua. Seokmin sekali lagi tersengih.

"Hmm boleh tahan bernas juga idea hyung tu tapi kalau Vernon hyung tak suka macam mana?" tanya Jun. Seungcheol mula membuat muka yakin.

"Jangan risau lah, semalam sebelum kita kesini. Hyung ada nampak gambar family Vernonie hyung ke pantai" ujar Seungcheol. Jun mengangguk.

"So, bila nak mula kan misi menggembirakan Vernonie hyung ni?" tanya Jihoon. Seungcheol memintai bantuan Jeonghan halah dia tu tak tau nak pikir bila nanti dia pikir mesti terus hari ni ke pantai. Dah lah dah malam.

"Esok!" jerit Jeonghan. Mingyu yang berada di sebelahnya pula dah nak pekak entah lah dah pekak ataupun tidak.

"Bingit lah hyung" kata Wonwoo. Jeonghan tersengih.

"Sudah lah hari dah malam jadi jom lah tidur" kata Joshua. Mereka semua mengangguk lalu masuk ke dalam bilik masing² kecuali Vernon yang tengah menikmati pemandangan di waktu malam ewah.

↓↓↓

Vernon~

↓↓↓

Vernon mengambil kamera yang terletak diatas meja. Dia menghidupkan kamera lalu mengambil gambar langit yang berwarna biru tua dan dihiasi bintang² yang terang mencahayai waktu malam.

Tapi taklah terang sangat, tak pasal² orang fikir dah pagi :3

"Yeppo" gumam Vernon apabila melihat gambar yang diambilnya tadi. Vernon mengambil cawan yang berisi teh susu lalu dihirup.

"Esok!"

Maka seorang insan yang baik lagi kan suci pun tersedak.

"Uhuk! Uhuk!" batuk Vernon. Dia cepat² mengambil sapu tangan lalu mengelap air yang tertumpah di baju nya.

Vernon memandang kearah tingkap yang menjadi penghubung untuk dia masuk ke dalam bilik. Kalau korang nak tau dia dekat atas bumbung :3

"Belum tidur? Haih dah pukul 11 pun belum tidur, aku baling guna senduk baru tau erti nak tidur eeee diaorang ni" bebel Vernon. Selepas puas membebel, dia terus mengeluh.

"Haih tapi takpe lah Vernon, tak lama lagi kau dah tak perlu kisah pasal diaorang.." gumam Vernon, dia bersandar di kerusi lalu menutup matanya. Air mata mula keluar dari matanya (?)

"Aku akan rindu diaorang. . ."

↓↓↓

D-day

↓↓↓

2 Weeks 2 Day

↓↓↓

Rumah tumpangan

↓↓↓

10.00 a.m

↓↓↓

Vernon Room

↓↓↓

Vernon bangun selepas lama tidur. Dia duduk menegak lalu meregangkan badannya, sesekali dia menguap.

Vernon menggosok matanya, dia memandang ke kiri dan ke kanan. Sekali lagi dia meregangkan badan lalu bangun dari katil.

Dia memakai selipar yang memang digunakan di rumah. Vernon berjalan masuk ke dalam bilik mandi lalu bersiap maka kita pun skip bahagian yang membosankan ini :3

↓↓↓

Skip

↓↓↓

Vernon berjalan ke bilik yang terletak di hadapan biliknya. Bilik dia paling hujung :3

'Knock knock!'

Lima kali ketuk pun takde balasan. Vernon mengeluh, dia menggeleng kan kepala apabila teringatkan budak² yang belum tidur jam 11.

"Lambat tidur, tu lah padah nya" gumam Vernon. Dia memulas tombol pintu bilik di hadapannya.

"Nasib baik tak kunci" gumam Vernon lalu masuk ke dalam bilik tersebut. Dia menuju ke katil Queen yang berwarna kelabu.

Selimut yang melindungi dua muka manusia tersebut ditarik. Maka muka Joshua dan Seokmin pun terdedah.

"Lah dua orang budak ni rupa nya" gumam Vernon. Dia duduk di atas katil bersebelahan Seokmin.

"Seokmin irreona" kata Vernon sambil menepuk bahu Seokmin lembut. Seokmin mengerjapkan matanya berulang kali.

"Hyung?" sebut Seokmin. Vernon tersenyum lalu mengangguk. Seokmin menguap lalu duduk tegak.

"Pergi mandi" arah Vernon. Seokmin mengangguk malas lalu bangun dari katil, dia menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari katil mereka.

"Joshua irreona" kata Vernon. Joshua terus bangun dari katil, tanpa banyak cakap dia terus keluar dari bilik untuk mandi di tingkat bawah.

"Eh budak tu, nasib aku takde penyakit jantung" gumam Vernon yang terkejut dengan tindakan Joshua. Dia membangunkan ahli² sebong dan sekali lagi kita skip :3

↓↓↓

Skip

↓↓↓

12.05 p.m

↓↓↓

Ruang Tamu

↓↓↓

Seungcheol memandang kearah Jeonghan seperti memberi isyarat. Jeonghan menggulingkan anak matanya.

'Kacau betul anak Choi ni - desis hati Jeonghan'

Jeonghan mencucuk perut Chan. Chan berhenti tertawa lalu memandang kearah Jeonghan.

"Nafe hyung cucut tita?" tanya Chan. ( aku baru sedar yang Chan ni takdd banyak gigi astaga ). Jeonghan tertawa melihat gigi 4 milik Chan.

"Eeee nafe hyung tetawa ni?" tanya Chan. Sedar akan kelakuannya, Jeonghan segera berhenti ketawa.

"Mian, Chan tahu kan apa yang Chan kena buat?" tanya Jeonghan. Chan tersenyum sehingga menampakkan gigi 4 miliknya.

"Tahu hyung!" kata Chan. Jeonghan mengusap kepala Chan. Ketibaan Vernon yang ditunggu² oleh ahli sebong telah pun muncul di ruang tamu.

"Sekarang Chan!" bisik Jeonghan. Chan mengangguk lalu berjalan kearah Vernon.

"Vernonie hyung" panggil Chan. Vernon memandang kearah Chan lalu mendukung Chan.

"Waeyo?" tanya Vernon. Chan melentokkan kepalanya di dada Vernon.

"Hyung boleh tat tita fergi fantai?" tanya Chan. Vernon mula berfikir lalu mengangguk.

"Boleh jer. Chan nak pergi pantai yer?" tanya Vernon. Jeonghan yang dari tadi memerhati be like 'soalan-bodoh-apa-yang-hyung-tanya-ni?'

Chan mengangguk.

"Mesti lah Chan nat fergi!" kata Chan. Vernon tersenyum lalu mengangguk, dia kemudiannya terus mengusap kepala Chan.

"Arraso²"

↓↓↓

13.50 a.m

↓↓↓

Pantai

↓↓↓

"Ada sesiapa yang tertinggal tak?" tanya Vernon. Seungcheol menggeleng.

"Takde yang tertinggal hyung! Semua dah pecut pergi ke pantai!" jawab Seungcheol yang dah serupa ketua kelas. Vernon mengangguk lalu menutup bonet kereta.

Seungcheol dan Vernon berjalan kearah sebong yang setengah main pasir dan yang lain main air. Mereka berdua membentangkan tikar untuk mereka duduki sebentar nanti.

"Hyung macam mana dengan payung besar ni?" tanya Seungcheol. Vernon berhenti membersihkan tikar yang dipenuhi dengan pasir.

"Ohh yang tu nanti hyung aturkan" kata Vernon. Seungcheol mengangguk, payung besar itu diletakkan diatas pasir lalu dia pun menolong Vernon.

↓↓↓

Skip

↓↓↓

"Hyung! Vernon hyung!" jerit Mingyu. Vernon memandang kearah Mingyu yang sudah basah disebabkan bermain air.

"Wae?" tanya Vernon seraya berjalan kearah Mingyu yang berada di kawasan yang berair. Setelah sampai, Mingyu terus menarik Vernon ke kawasan berair.

"Yah! Hyung belum tukar seluar lagi! Yah!" jerit Vernon namun diendahkan oleh Mingyu. Maka seluar jean yang dipakai oleh Vernon pun basah. Vernon mendengus geram lalu mencubit hidung Mingyu.

"Eeeee tak boleh sabar betul budak sorang ni!" kata Vernon. Mingyu tersengih.

"Mianhae hyung" ucap Mingyu. Vernon mengeluh lalu menggeleng.

"Aniya, Gyu tak salah pun" kata Vernon lalu berjalan keluar dari kawasan yang berair. Mingyu mengeluh lalu berjalan kearah sebong yang tengah gembira bermain.

"Oh Mingyu, kenapa kau murung jer ni?" tanya Wonwoo. Mingyu tersenyum nipis lalu menggeleng.

"Takde apa² lah" balas Mingyu. Wonwoo mengatur rambutnya ke belakang. Uwuuu seksi :3

"Aku tahu ada sesuatu terjadi lah Kim Mingyu, apa kata kau cerita kan dekat aku?" cadang Wonwoo. Mingyu menghembuskan nafasnya lalu memandang kearah Wonwoo. Wonwoo dapat melihat air mata Mingyu yang bertakung.

"Hy-Hyung.. Vernon hyung benci Gyu ker?" tanya Mingyu, air mata yang bertakung terus jatuh membasahi pipi Mingyu. Wonwoo terdiam lalu mengeluh, tak lama kemudian dia mendekati Mingyu lalu memeluk Mingyu.

"Aniya, Vernon hyung tak benci Gyu" kata Wonwoo lalu tersenyum, dia mengusap belakang Mingyu. Mingyu menangis teresak².

"Hyung, apa yang diaorang buat tu?" tanya Seokmin. Jeonghan memandang kearah Seokmin.

"Tengah buat Meanie moments kot" jawab Jeonghan. Dahi Seokmin berkerut.

"Haa!?" tanya Seokmin, tidak faham. Jeonghan mengusap kepala Seokmin.

"Adalah urusan orang dewasa" kata Jeonghan lalu bermain kejar mengejar dengan Seungcheol. Seokmin mencebik lalu bermain dengan Chan.

"Chan-yah!" panggil Seokmin. Chan berhenti dari membuat istana pasir dengan Jihoon. Sebenarnya Jihoon cuma tidur :3

"Waeyo hyung?" tanya Chan lalu mengelap tangannya yang penuh dengan pasir. Seokmin memegang tangan Chan.

"Jom main air dengan hyung!" ajak Seokmin. Chan tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Ndae hyung!" jerit Chan. Mereka berdua berlari kearah pantai lalu bermain simbah² air.

Vernon mengambil gambar mereka sambil menikmati kopi yang dibawa nya dari rumah.

"Hyung?" panggil Jun. Vernon memandang kearah Jun.

"Wae?" tanya Vernon. Jun duduk disebelah Vernon.

"Hyung nak makan" kata Jun. Vernon tersenyum lalu mengeluarkan bekal makanan.

"Panggil yang lain ajak makan" arah Vernon. Jun mengangguk lalu memanggil yang lain.

↓↓↓

Skip

↓↓↓

Setelah semua berada di tikar, Vernon pun mengedarkan bekal makanan kepada mereka.

"Eh? Kenapa Jihoon penuh dengan pasir ni?" tanya Vernon. Jihoon tersengih mendengar pertanyaan Vernon.

"Hehe tadi Hoon tertidur hyung" kata Jihoon. Vernon menggelengkan kepala.

"Betuah betul" gumam Vernon. Mereka semua menjamah makanan mereka.

"Hyung!" panggil Minghao. Vernon memandang kearah Minghao, dia ternampak sisa makanan yang terletak diatas mulut Minghao lalu dia pun mengelap mulut Minghao.

"Ada apa, Hao?" tanya Vernon. Minghao memegang mulutnya.

"Ohh tadi... Hyung esok kita naj kemana?" tanya Minghao. Vernon mula berfikir.

"Nak pergi mana lagi, duk umah lah kan pkp" sampuk Soonyoung. Minghao menjeling kearah Soonyoung, ni mesti kes tak puas hati pasal sapu tangan semalam.

"Sibuk jer" gumam Minghao. Soonyoung menjelirkan lidahnya.

"Sudah lah jangan gaduh ermmm esok kita pergi jalan² nak tak? Hyung dengar dekat sini ada kampung" cadang Vernon. Seungkwan berhenti makan.

"Kampung? Nak! Nak!" jerit Seungkwan, aku baru sedar dia takde part :3 Vernon tersenyum lalu mengusap kepala Seungkwan.

"Arraso²" kata Vernon. Seungkwan tersengih suka.

"Boleh jer hyung, kami semua ikut keputusan hyung" kata Joshua. Vernon mengangguk.

"Kalau macam tu jom balik" kata Vernon. Mereka semua mengangguk.

↓↓↓

Skip

↓↓↓

Rumah tumpangan

↓↓↓

21 : 30 p.m

↓↓↓

Wonwoo duduk di sebelah Vernon yang sibuk dengan kerja separuh masa yang diberikan oleh omma nya iaitu Puan Chew/Choi.

"Hyung?" panggil Wonwoo. Vernon tersentak, dia memandang kearah Wonwoo.

"Waeyo Wonu?" tanya Vernon.  Wonwoo tanpa sedar termenung.

"Wonwoo?" panggil Vernon. Wonwoo tersedar dari lamunannya.

"Oh mianhae hyung" ucap Wonwoo. Vernon tersenyum nipis lalu menggeleng.

"Gwenchana... Ada apa ni?" tanya Vernon. Wonwoo menggaru belakang lehernya.

"Hyung.. Ming-Mingyu salah faham dengan hyung.. Hyung pujuklah dia, dia ada dekat bilik nombor 4" kata Wonwoo lalu berjalan ke tangga.

"Ohhh gomawo, Wonu" ucap Vernon. Wonwoo memandang kearah Vernon lalu mengangguk.

"Cheonma hyung" balas Wonwoo lalu menaiki tangga. Vernon menutup laptop nya, dia membuka spec yang dipakai nya.

"Aku kejam sangat ker dekat dia?" gumam Vernon. Dia mengeluh lalu menutup lampu ruang tamu, dia menaiki tangga yang menuju ke tingkat atas dimana bilik² mereka berada.

Dia berjalan ke bilik nombor 4 seperti yang diperkatakan oleh Wonwoo. Dia kemudiannya memulas tombol pintu.

"Mingyu?" sebut Vernon sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik Mingyu dan Jihoon. Vernon duduk diatas lantai bersebelahan Mingyu yang tidur ataupun tidak diatas katil.

Vernon mengusap pipi Mingyu. Lampu tidur yang mencerahi wajah Mingyu membuatkan Vernon boleh melihat wajah Mingyu.

"Mingyu-yah, mianhae.. Hyung tak berniat pun nak buat benda macam tu dekat kamu.. Hyung minta maaf" kata Vernon. Dia menghembuskan nafas yang panjang, dapat dilihat air mata yang bertakung di matanya.

"Hy-Hyung cuma tak tahu kenapa hyung buat macam tu.. Mungkin sebab korang tak lama pergi dari hyung? Haha! Hmmm hyung minta maaf Gyu.. Hyung betul² minta maaf, mianhae" ucap Vernon, air matanya mengalir membasahi pipi nya. Vernon segera keluar dari bilik Mingyu dan Jihoon.

Air mata Mingyu mengalir.

"Nado mianhae hyung.." gumam Mingyu lalu menangis dalam diam supaya tidak menganggu Jihoon yang sedang tidur.

↓↓↓

Jiwang? Haha sorry btw sorry again sebab tak update :')

↓↓↓

Btw cantik tak cover baru? Haha sebenarnya itu first time aku buat cover book hehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro