169 ; Okiku Doll

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

***
Suggest;

Sejarah: Nama Okiku diambil sempena nama seorang kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan anak patung dan berpakaian kimono dan mempunyai rambut yang lebat persis ciri-ciri yang ada pada anak patung tersebut.

Anak patung ini telah dibeli pada tahun 1918 oleh seorang pemuda, Eichiki Suzuki untuk adiknya yang baru berusia lingkungan 2 tahun. Malangnya, tidak lama kemudian kanak-kanak itu meninggal dunia setelah demam berpanjangan.

Pada mulanya, keluarga kanak-kanak ini hendak meletakkan anak patung ini bersama-sama dengannya di dalam keranda tetapi entah mengapa mereka terlupa untuk berbuat demikian semasa pengebumian dijalankan.

Keluarga kanak-kanak itu menempatkan anak patung itu di rumah untuk memperingati kanak-kanak tersebut. Apa yang aneh ialah apabila mereka mula mendapati bahawa rambut anak patung itu mulai tumbuh dan memanjang.

Walaupun dipotong, rambutnya akan tumbuh kembali seperti kanak-kanak normal. Berdasarkan kajian yang dijalankan , rambut tersebut merupakan rambut manusia.



***

Vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro