27 ; Friends & Library
***
Short Stories ; Friends
Aku duduk serumah dengan seorang kawan ku , aku dan kawan ku amat rapat
Pada suatu hari kawan ku akan pergi ke kampung tinggal bersama keluarganya.
Di malam sebelum kawan ku pergi , aku sangat gelisah dan berasa sedih .. Aku tak nak dia pergi.
Aku melihat dia sedang tidur di sebelah ku , aku turut berbaring di sebelahnya lalu memeluknya erat , air mata ku menitik seperti esok hari kami tidak dapat berjumpa lagi
Keesokan paginya ternyata rakan ku tidak jadi pergi ke kampungnya , itu membuat kan ku gembira sangat walaupun kini rakan ku hanya diam dan sudah pon tidak bernafas.
*** E n d
#2 ; Library
"Perpustakaan sudah nak tutup" kata petugas yang menjaga perpustakaan itu "Kenape korang berdua belum balik lagi?" Soal petugas itu lagi
"Maaf , boleh tak kitaorang nak berada di perpustakaan sejak lagi? Kitaorang perlu siapkan tugas" kata Zayn
"Baiklah kalau macam tu , saya akan tunggu di sini sehinggalah korang siapkan tugasan tu" akur petugas perpustakaan itu lalu berjalan ke sana kemari sambil membawa buku untuk di susun kan di rak.
Zayn dan Jake berasa lega apabila mereka dibenarkan berada di situ sejam lagi , dapatlah mereka berdua membuat tugasan yang diberikan guru mereka.
Hingga mereka sedang mengemas kini tugasan terakhir , tiba'2 ...
Tok.
Zayn terjatuh kan pennya di lantai , Zayn menundukkan badannya untuk mengambil pen itu.
Lalu dia melihat sesuatu yang menakutkan.
Dalam keadaan ketakutan , Zayn mengambil pensil nya lalu segera memasukkan alat tulisnya dalam pencil case.
"Jom kita balik!" Ajak Zayn secara berbisik
"Kenapa ..? Aku belum siap lagi" tahan Jake
"Balik sekarang!" Kata Zayn lagi tapi kali ni agak tegas.
" Aish.. Aku nak selesaikan ni dulu!" Degil Jake
"Suka hati kau" keluh Zayn , mengambil begnya lalu dengan cepat keluar dari perpustakaan.
Jake berasa pelik lalu meneruskan urusannya .
***
Tit Tit
Handphone Jake berbunyi , ade satu pesanan masuk
Itu dari Zayn yang baru sahaja keluar tadi
Zayn ;
Jatuhkan pen kau , lalu lihat sekeliling .. kau akan faham.
Jake hairan , dan akhirnya membuat apa yang disuruh Zayn.
Jake dengan sengaja menjatuhkan pennya lalu menunduk untuk mengambil.
Sempat lagi Jake melihat sekeliling dari bawah.
Lalu Jake faham apa yang ingin Zayn sampaikan
Mata Jake menangkap tapak kaki petugas perpustakaan itu , tapak kakinya tidak memijak tanah .
Jake terkejut lalu lantas duduk di atas kerusi seperti biasa
Jake mencuba menenangkan perasaannya.
Jake mengemas semua barang'2 nya dengan cepat
"Dah nak balik? Bukannya tugasan tu belum selesai?" Suara berat petugas itu kedengaran , membuatkan Jake mula ketakutan.
"Y-ya..ta..tapi saya perlu pulang .. dah.. malam" kata Jake tergagap-gagap
Saat Jake hendak pergi , petugas itu membungkuk membelakangi Jake , dia berbisik dengan suara yang berat.
"Sudah malam .. atau sudah tau?"
*** The end
Creepypasta ni memang end sampai ni je , saya pon tak tahu apa jadi lepas tu(;∀;)
Macam mana sekolah? Mesti sibuk kan , sama la .. banyak homework kene buat
Saya buat double update
Check part seterusnya(✿´‿')
Vote [/]
Comment [/]
KsJin_Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro