62 ; Woman Of Bongcheon-Dong
***
Urban Legend
Urban legend ini berasal dari Korea, tepatnya di daerah Kompleks Apartmen di Bongcheon-Dong , Seoul
Suatu malam sekitar jam 11:20 malam , seorang perempuan bernama Chaeyeon menyusuri jalan yang gelap untuk balik ke rumahnya setelah mengikuti kelas malam dari sekolahnya
Tapi di jalan yang dia lalui itu betul-betul sepi, tidak ada orang sama sekali , Chaeyeon sedikit pelik kerana biasa nya ramai orang yang lalu jalan ni
Chaeyeon mula rasa takut sehingga dia berjalan sambil melihat ke bawah berharap agar cepat sampai ke rumahnya
Tiba-tiba ade satu bayangan yang tercermin(?) Di salah satu tingkap kereta ntah milik siapa menuju ke arahnya
Kerana hairan Chaeyeon memberanikan diri untuk melihat siapa orang yang tiba-tiba berada di depannya
Dan dia melihat seorang wanita berjalan ke arahnya tapi wanita itu terlihat pelik
Boleh dikatakan wanita itu cacat , dia berjalan senget dan pincang . Kerana wanita itu berjalan sangat perlahan, akhirnya jarak Chaeyeon dan wanita itu semakin dekat dan membuatkan dia teremoak dengan wanita itu tadi
Wanita itu memakai pijama bewarna pink lusuh dan rambutnya kusut tidak terurus
Itu terlihat sangat aneh dan amat menyeramkan bagi Chaeyeon sehingga Chaeyeon berhenti berjalan
Tiba-tiba sahaja kepala wanita itu berpusing ke arah Chaeyeon , wajahnya sangat menyeramkan , matanya merah dan kulitnya pucat
Hal ini membuatkan Chaeyeon terkejut dan takut
Chaeyeon seolah-olah membeku di situ
Tiba-tiba wanita itu bertanya "di mana bayi ku?" Dengan suara parau
Chaeyeon sangat ketakutan saat itu sehingga ia tidak dapat berfikir lalu tanpa berfikir panjang Chaeyeon menunjuk satu arah sejauh yang dia dapat lihat . Berharap agar wanita itu pergi
"Ouh di sana" kata wanita itu
Setelah itu wanita itu berjalan ke arah yang ditunjukkan Chaeyeon dan Chaeyeon tidak lagi melihat wanita itu . Takut dengan kejadian tadi lantas Chaeyeon lari dari jalan yang sunyi itu
Ia tidak lagi berfikir untuk ke mana , Chaeyeon hanya berfikir untuk segera lari dari situ
Dan tiba-tiba..
"BAYI KU TIDAK ADA DI SINI!!"
Chaeyeon terdengar wanita itu menjerit kuat dari kejauhan
Sedang Chaeyeon berlari ketakutan dia terdengar seperti bunyi beberapa tapak kaki mengejarnya
Lantas Chaeyeon berpaling ke belakang ternyata itu adalah wanita tadi , wanita itu bukan berlari dengan tapak kakinya tapi merangkak menggunakan kaki dan kedua tangannya dengan gerakan pantas
Setelah kejadian itu , Chaeyeon di temukan pengsan di depan sebuah rumah oleh penduduk di situ
***THE END
Vote [√]
Comment [√]
KsJin_Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro