79 ; The Headphone Guy

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

***

Original Story

Aku selalu bertemu dengan lelaki itu di stesen bus untuk menuju ke sekolah . Lelaki itu masih lagi muda sebaya dengan ku atau sekitar 18-20 tahun.

Dan setahu aku namanya Alan. Ini kerana ia amat popular dengan wajahnya yang kacak

Dengan rambut bewarna coklat , jawline yang perfect , mata birunya yang cerah di sebalik cermin matanya . Dia selalu memakai jaket panjang atau hoodie hitam dan berseluar jeans.

Pendek kata ia cukup menarik dan aku menyukai lelaki yang type macam tu . Dan tidak lupa.. ia selalu memakai headphone. Saat berjalan , ataupun duduk di dalam bus.

Nampaknya ia selalu suka musik tidak peduli walaupun cuaca panas atau bus sedang sesak penuh dengan penumpang , dia tetap terlihat santai.

Aku iri hati dengan ketenangannya . Tak banyak orang seperti dia di bandar ni.

Sekali-sekala kami duduk agak dekat , aku suka melihatnya dari jarak dekat , dia amat menarik!
Kadang-kadang kalau ada yang sapa atau menegurnya dia pasti tersenyum manis , ah..senyumannya.. aku terlalu ingin menegurnya tapi tidak berani.

Suatu hari , saat menunggu bus untuk pulang ke rumah , aku melihat dia duduk sendirian sambil membawa barang yang amat banyak . Di tangannya , ada satu beg plastik yang penuh dengan buku-buku yang nampaknya sudah tua.

Aku tak tahu adakah dia akan membaca buku-buku tu atau ingin menyumbang kepada perpustakaan . Tapi kali ni dia kelihatan kesusahan dengan buku dan barang yang banyak itu sehingga tidak memakai headphonenya.

'Patut ke aku tegur dia?' Soal ku dalam hati 'ini akan menjadi permulaan yang baik' kata ku lagi.

Tepat pada masa itu, sebuah bus berhenti dan dia berdiri lalu ada 3 atau 2 buah bukunya yang terjatuh, terjatuh di sebelahku.

'Peluang!' Kata ku dan lantas bangun untuk mengambil bukunya.

"Terima kasih" ucapnya sambil tersenyum dan memandang ku.

"Sama-sama" balas ku lalu memasukkan balik bukunya di dalam beg plastik itu.

Akhirnya dia bercakap dengan ku! Suaranya amat lembut dan dalam, tangan ku sedikit gementar apabila dia berjabat tangan denganku.

"Awak tak naik sekali?" Soalnya masih tersenyum.

"Um..ah um..tidak, saya naik bus seterusnya"

Alan mengangguk "kalau begitu terima kasih ya , ouh ya.. nama saya Alan, jumpa lagi nanti"

Aku hanya dapat mengangguk , lalu dia masuk ke dalam bus.

Akhirnya aku dapat bercakap dengannya
Ah...mungkin hari seterusnya aku dapat bercakap dengannya nanti , aku duduk kembali di agas bangku.

Eh?

Lamunan ku terputus apabila terlihat sebuah telefon bewarna hitam , nipis sangat dan kelihatan amat senang untuk aku patahkan.

Terlintas dalam fikiran ku bahawa Alan pernah mengeluarkan phone ni untuk memilih lagu.

Mungkin phonenya terjatuh dari poket seluarnya.

"Lagu apa ye yang dia selalu dengar?" Soal ku seorang diri , muncul idea untuk aku memeriksa playlist musiknya , aku ingin tahu lagu apa yang selalu dia dengar.

Omo..

Biar betul?

Aku melihat title playlistnya , amat aneh..

'1A_Dog'
'2Cat'
'3LittleSister'
'4Maria'

Dan

'5MechanicGuy'

Sejujurnya aku tak pernah kenal title lagu ni , kerana ingin tahu , aku menekan lagu pertama lalu di dekat kan dengan telinga ku 'play'

Aku tertanya-tanya apabila terdengar bunyi dengkingan anjing dari title '1A_Dog'
Apa ni? Adakah ni permulaan untuk lagu ni? Tapi setelah seminit.. lagu itu berhenti.

"Tu je?" Ujarku hairan

Namun lagu seterusnya bermain , aku sedikit tersentak '2Cat' di mulai raungan kucing yang sepertinya marah , namun setelah beberapa lama.. Bunyi kucing itu seperti mengiau kesedihan sebelum berhenti.

'3LittleSister' bermain , bermula dengan bunyi pintu ditolak perlahan. Lalu bunyi bayi yang ketawa dan bayi itu menangis kuat tapi tak lama. Suaranya berubah menjadi tersedak disusul dengan tangisan pendek dan akhirnya berhenti.

Bulu roma ku berdiri , apa ni?

Ketika lagu '4Maria' mula dimainkan , kedengaran seperti bunyi pintu ditolak lagi. Aku mula merasa ketakutan ketika terdengar suara tangisan seorang wanita di susul dengan suara 'jangan..saya merayu jangan..'

Aku menutup mulut apabila mendengar wanita itu menjerit kesakitan sangat kuat seperti wanita itu diseksa , mendadak seperti wanita itu tersedak dan bunyi benda berat yang jatuh lalu sunyi.

'5MechanisGuy' di mulai juga dengan pintu ditolak lalu suara seseorang lelaki merayu 'aku mohon lepaskan aku .. aku tidak akan lapor pada polis .. aku ada anak..'

Aku mula ingin mengalirkan air mata apabila lelaki itu menjerit dan terdengar bunyi hentaman yang kuat beberapa kali lalu 'krak krak' seperti tulang retak lalu hening.

Cepat-cepat aku menjauhkan phone itu dari telinga ku dan kutekan 'stop'. Nafas ku tidak teratur.

Aku merasakan dahi ku berpeluh dan perut ku mual. Aku memandang lagi playlistnya yang lain.

'6Mother_'
'7NeighbourkiD'
'8YoungGirlBusStasion'
'9Z-achary'

Hanya itu

"Maaf..?"

Aku terkejut apabila terdengar suara yang mengaya ku , aku menoleh dan aku melihat Alan.

Berdiri sangat dekat denganku , dengan satu tangan memeluk beg plastik dan tangannya satu lagi menghulur ke depan ku.

"Itu saya punya"

Ia memandang ku serius , dan tidak tersenyum.

Seperti di pukau aku memberi phonenya dan sama seperti aku berjabat tangan dengannya tanganku gementar.

Dia memeriksa phonenye beberapa saat lalu memandangku.

Dia bertanya perlahan lalu menyeringai.

"Kau suka musiknya?"

Tanpa berkata apa-apa aku berdiri dan berlari meninggalkan sendirian di stesen bus.

***the end

Haloo.. bagi peminat anime , saya akan bagitau tentang cerita anime seram yang berkaitan dengan Urban Legend
Ceritanya bukannya anime hidup yang selalu kita tengok , ia seperti wayang kertas

Ia bertajuk. ' Yami Shibai '

Tapi sumpah

Walaupun setiap cerita hanya berdurasi 04:30 minit , tapi cukup menyeramkan
Isi cerita anime itu berlainan tajuk

Dan ada satu charcter Ojiisan (ajusshi) yang memakai topeng bewarna kuning yang menceritakan kisah-kisah urban legend di Jepan

Ojiisan itu di dalam gambar di bawah


suara Ojiisan ni amat menakutkan 〒▽〒


Creepy (;o;)


Rambut dia perlukan rebonding

Tajuk: Yami Shibai
Episode: 1-13
Rating: 7.15
Genre: Horror , supernatural
Season 1 , 2 - ?

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro