192; Jeff The Killer part1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

****

"PEMBUNUH BERMUKA RIANG MASIH BERKELIARAN"

Setelah beberapa minggu terjadi beberapa kes pembunuhan yang belum terungkap. Pembunuh ini masih lagi berkeliaran dan melakukan kegiatannya. Seorang lelaki yang selamat dari serangan pembunuh ini menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepadanya.

"Aku mengalami mimpi buruk dan tersedar dari tidur pada tengah malam" kata lelaki itu. "Aku melihat ke tingkap terbuka , padahal sebelumnya aku yakin aku sudah mengunci tingkap sebelum tidur. Aku bangun lalu menutupnya kembali dan kemudian aku berbaring di katil. Namun kemudian aku merasa ada sesuatu yang aneh , seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku.

Apa yang aku lihat kemudiannya membuatkan aku terkejut setengah mati. Dalam keadaan gelap dan malap , aku melihat sepasang mata , mata ini aneh, tidak seperti biasanya , gelap dan tampak riang. Mata tersebut dibatasi warna hitam...dan sungguh membuat ku ngeri menceritakannya. Saat itulah aku kemudian melihat bahagian mulutnya, bibirnya yang nampak selalu tersenyum , senyuman yang lebar , bahkan terlalu lebar. Kemudian dia mengatakan sesuatu , namun apa yang dikatakan olehnya hanya boleh dikatakan oleh orang gila. Dengan nada hanya orang gila sahaja.

Dia berkata 'go to sleep' , aku pun menjerit. Dia mengeluarkan pisau dan mencuba untu menusuk jantungku. Dia melompat ke atas katil , aku berusaha untuk melawannya. Saat itulah ayah aku masuk ke dalam bilikku. Lelaki yang menyerang ku itu melemparkan lidahnya dan terkena pada bahu ayah ku. Mungkin dia akan membunuh ayah ku juga pada malam itu kalau salah satu jiranku tidak menghubungi polis.

Lelaki gila itu terus lari apabila mendengar suara kecoh di depan rumahku. Aku mendengar bunyi kaca pecah. Ketika aku keluar dari bilik , aku melihat tingkap tingkap yang mengarah ke bahagian belakang rumah telah pecah. Aku melihatnya menghilang menjauh. Aku akan memberitahu mu satu hal , aku tidak akan dapat melupakan wajah itu. Wajah dingin itu, mata jahatnya dan senyuman gila itu. Semua itu tidak akan pernah pergi dari fikiranku."

Polis masih mencari lelaki ini, jika ada yang melihat orang dengan pernyataan di atas. Segera hubungi balai polis terdekat.

***

Jeff dan keluarganya baru sahaja berpindah ke sebuah bandar baharu. Jeff dan saudaranya Liu tidak dapat protes. Siapa yang tidak menyukai rumah baru dan mewah? Ketika mereka sedang mengangkat barang dimasukkan ke dalam rumah baru itu , salah satu jiran mereka datang.

"Hello" , sapanya. "Aku Barbara , aku tinggal di seberang jalan dari kawasan ni. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku dan anak aku yang lain" dia berbalik lalu memanggil anaknya. "Billy, mari sini. Mereka adalah jiran baru kamu" ujar Barbara.

Billy datang lalu menegur mereka. "Hi" , senyuman diukirkan.

"Namaku Margaret dan ini suamiku Peter. Dan dua anak lelaki kami Jeff dan Liu" , mereka saling berkenalan , kemudian Barbara mengajak mereka untuk datang ke majlis hari jadi anak mereka. Jeff dan Liu sebenarnya ingin menolak , namun kemudian ibunya mengatakan bahawa dengan senang hati mereka akan datang. Ketika Jeff dan keluarganya selesai mengangkat barang dan masuk ke dalam rumah. Jeff mendekati ibunya.

"Ibu, kenapa ibu menyuruh saya dan Liu untuk datang ke majlis hari jadi tu? Saya bukan budak-budak lagi" keluh Jeff.

"Jeff , kita baru saja pindah, kita harus tunjuk sikap yang baik. Niat baik untuk mengaul, kita akan pergi ke majlis tu. Tiada bantahan"

Jeff tidak berkata apa-apa lagi. Dia tidak dapat membantah kata ibunya lagi , jika ibunya telah memberi kata putus.

Jeff masuk ke dalam bilik lalu berbaring di katilnya. Dia berbaring di situ dan melihat atap biliknya. Tiba-tiba dia merasa perasaan aneh. Bukan rasa sakit tapi ... perasaan yang pelik.

Keesokan harinya , Jeff sedang menikmati sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sekali lagi dia merasakan perasaan aneh itu , namun kali ini lebih kuat.

Ketika Jeff dan Liu selesai sarapan , kemudian mereka menuju ke pemberhentian bas. Tiba-tiba beberapa lelaki bermain skateboard melompat ke arah mereka , hanya beberapa jarak sahaja dari tempat mereka berada.

"Woi hati-hati la!"

Lelaki-lelaki itu turun dari skateboard dan memandang ke arah Jeff dan Liu. Dia tampak sekitar setahun lebih muda dari Jeff.

"Well well well , nampaknya kita dapat mainan baru" tiba-tiba seorang lelaki dari mereka bertiga bersuara. Lelaki itu kelihatan sedikit hitam dari dua lagi.

"Disebabkan korang baru sahaja di kawasan ni , aku nak memperkenalkan diri. Itu adalah Keith" Jeff dan Liu melihat ke arah lelaki yang hitam itu. Dia berwajah agak menyebalkan , akan membuat sesiapa sahaja yang melihatnya merasa ingin memukulnya. "Dan ini adalah Troy" mereka menoleh ke arah lelaki yang agak tinggi dari mereka .

"Dan aku Randy, sekarang aku perlu memberitahu bahawa semua budak-budak kat sini mesti ada duit lebihan. Aku harap korang faham" kata Randy.

Jeff sudah berdiri hendak memukul lelaki yang berdiri di hadapannya ini, namun Randy terlebih dahulu mengeluarkan pisau.

"Tch , sepertinya korang lebih suka kekerasan?" Kata Randy. Lalu Keith berjalan ke arah Liu dan merampas dompet Liu.

Jeff kemudian merasakan lagi perasaan itu. Kali ini sangat kuat , terasa seperti membakar. Dia berganjak ke hadapan namun Liu memberi isyarat agar tetap mengundur.

Namun Jeff mengabaikan Liu. Dan memegang kolar baju Randy.

"Dengar sial, bagi balik dompet dia" arah Jeff. Namun Randy memasukkan dompet Liu ke dalam poketnya. Lalu Randy mengeluarkan pisaunya.

"Oh ? Sekarang apa yang kau akan buat?" Apabila Randy selesai bercakap. Jeff terus menumbuk hidung Randy. Apabila Randy ingin membalas , Jeff meraih pergelangan tangan Randy dan mematahkannya. Randy menjerit dan Jeff menyambar pisau dari tangan Randy . Troy dan Keith menyerang Jeff , namun Jeff lebih cepat. Dia melemparkan Randy dan melayangkan pukulannya.

Jeff menunduk lalu menikam tangan Keith. Keith menjatuhkan pisaunya dan menjerit. Troy kemudian maju. Namun Jeff tidak memerlukan pisau untuk menghajar lelaki itu , dia hanya menumbuk perut Troy dan terus jatuh ke tanah. Liu memandang Jeff dengan takjub.

"J-Jeff , macam m-mana kau?" Hanya itu yang dapat Liu katakan. Mereka melihat bas datang dan tahu akan mereka akan disalahkan. Lalu Jeff dan Liu lari dari situ. Lalu dari jauh Jeff melihat pemandu bas yang tergesa-gesa menuju ke arah Randy dan yang lain.

Jeff dan Liu tiba di sekolah , mereka tidak berani untuk mengatakan apa-apa. Liu berfikir , bagus juga Jeff dapat menghajar lelaki-lelaki itu. Namun Jeff lain , dia menyedari yang lebih dari Liu tahu.

Jeff tahu bahawa apa yang dia rasakan kini merupakan sesuatu yang menakutkan , ketika dia merasa sensasi itu , dia merasakan betapa dasyatnya hal tersebut. Sebuah dorongan untuk melukai orang lain. Memang terdengar jahat , namun Jeff tidak biasa menyangkal bahawa dia merasakan nikmat dan senang.

Ketika sampai di rumah , ibunya menanyakan harinya dan dia menjawab dengan gembira. "Hari ini adalah hari yang indah!"

Keesokan paginya , dia mendengar pintu rumahnya di ketuk. Dia turun dan mendapati dua anggota polis dan ibunya menatapnya marah.

"Jeff , polis cakap yang kau menyerang tiga orang lelaki. Dan itu bukan pergaduhan biasa , mereka ditikam , mereka ditikam Jeff! " jerit ibunya.

Jeff menunduk , seolah betul apa yang ibunya cakap.

"Mereka dulu yang mengacah pisau kepada saya dan Liu dulu ibu" kata Jeff.

"Jeff, dua ditikam dan satu lagi luka di perut. Dan ada saksi bahawa mereka melihat kamu dan Liu yang lari dari situ. Apa yang ingin kamu bantahkan lagi?"

Jeff tahu bahawa semua itu tidak berguna lagi untuk membantah. Jeff tidak berdaya untuk membela diri lagi.

"Panggil Liu" kata ibunya.

Jeff tidak dapat melakukan apa-apa. Kerana dialah yang memukul lelaki-lelaki itu.

"Encik, semua itu saya yang buat. Liu berusaha menghalang saya , namun dia tidak berjaya" ujar Jeff. Polis itu memandang satu sama lain lalu mengangguk.

"Baiklah. Sekarang ikut kami..."

"Tunggu!" Suara Liu kedengaran. Mereka melihat Liu yang baru datang memegang pisau di tangannya. Anggota polis itu mula menghalakan pistol ke arah Liu.

"Saya yang buat, saya yang pukul mereka. Saya punya bukti" , Liu menyinsing lengan bajunya dan menunjukkan lebam dan luka. Seperti Liu baru sahaja habis bergaduh.

"Tolong letakkan pisau itu" kata polis itu. Liu menjatuhkan pisau dan mengangkat tangan ke atas. Lalu dia berjalan mendekati polis itu.

"Tidak Liu, tu semua aku yang buat!" Jeff mula membentak.

"Cepat , bawa saya" arah Liu. Polis kemudian membawa Liu masuk ke dalam kereta polis.

"Liu , bagitau pada mereka aku yang buat! Liu!" Jeff memberontak , ibunya memegang bahu Jeff.

"Jeff, berhenti menipu. Kita tahu bahawa semua ni adalah Liu yang buat." Kata ibunya.

Jeff pasrah apabila melihat kereta polis telah membawa Liu ke balai. Beberapa minit kemudian, ayah Jeff pulang dan melihat air muka Jeff yang sedih. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa Jeff?" Soal ayahnya. Jeff tidak dapat bersuara lalu dia berlari keluar dari rumah. Setelah ibunya menceritakan semua hal kepada ayahnya , mereka terlihat kecewa.

Dua hari berlalu , tidak ada khabar dari JDC . Tidak ada rakan , tidak ada selain rasa bersalah dan sedih.

***

Ini adalah cerita original karakter terkenal nombor satu dalam creepypasta. JEFF THE KILLER !

Sebenarnya dah lama saya nak keluarkan cerita ni tapi malas nak terjemah sebab terlalu panjang :/

100% hasil terjemahan saya dan saya ada potong scene yang tidak terlalu penting.

So Yeah, ini adalah ceritanya setelah sekian lama ramai yang request! Agak panjang namun percayalah bahawa cerita ini memang best. Menceritakan macam mana Jeff dapat menjadi psychopath :)


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro