방탄 》bangtan's backstory.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BANGTAN BOYS

Kumpulan ini ditubuhkan secara tidak sengaja apabila mereka bertujuh bersetuju untuk bergabung kerana masing masing mempunyai kehebatan tersendiri. Dan, apabila mereka bergabung, itu akan membuatkan mereka lebih hebat dalam menjalankan kegiatan ini. Pada mulanya, mereka semua melakukan tugas yang diupah itu secara bersendirian.

Tidak ramai yang mengenali kumpulan hebat yang dianggotai oleh tujuh orang lelaki yang tampan ini. Mereka tidak berminat untuk dikenali oleh orang ramai. Cukuplah sekadar orang yang mahu meminta pertolongan mereka untuk melakukan kerja jahat atau sebaliknya saja yang mengenali mereka.

Mereka tidak baik dan juga tidak jahat. Ianya bergantung kepada kehendak pelanggan yang meminta mereka melakukan tugas. Jika tugas mereka membunuh, mereka hanya turuti asalkan wang menjadi yang pertama.

Jalan hidup seperti ini bukan mereka yang pinta. Tetapi takdir yang menentukan dan mengubah segalanya. Masing masing mempunyai jalan cerita tersendiri.

Tidak kesemua mereka bahagia dan tidak juga kesemua mereka derita.

Kim Seokjin

Kim Seokjin, 25 tahun. Dibesarkan dalam keluarga yang mewah, segala kemahuan yang dia mahu diturutkan. Tetapi, semuanya berubah 360° apabila ibu bapanya sering bermasalah dan bergaduh.

Tiada guna mewah jika tidak bahagia. Jadi, dia memutuskan untuk keluar daripada rumah sewaktu berumur 19. Dia tidak perlu memikirkan soal wang kerana dia lebih cekap. Sebelum keluar daripada rumah, dia sudah mengambil sebahagian harta ibu bapanya. Dia meneruskan hidup seorang diri selepas itu.

Dia mempunyai seorang adik lelaki tetapi sudah lama meninggal dunia sewaktu adiknya berumur 14 manakala dia berumur 17 tahun disebabkan mereka kemalangan motosikal.

Dia bersyukur kerana tragedi itu tidak membuatkan nyawanya melayang tetapi memori itu masih segar didalam ingatannya.

Dia mempunyai sikap penyayang dan ambil berat tetapi tidak ditunjukkan. Dia lebih suka apabila mereka yang mengenalinya saja yang nampak sikapnya itu.

Dia juga merupakan ahli yang paling tertua didalam kumpulan Bangtans. Oleh itu, dia perlu menunjukkan sikap yang boleh dicontohi oleh ahli yang lain.

Min Yoongi

Min Yoongi, 24 tahun. Merupakan bekas pelajar universiti sewaktu berumur 18 dan telah dibuang daripada universitinya disebabkan hal yang dilakukan olehnya.

Dia telah memukul dua orang pelajar lelaki sehingga membuatkan tulang mereka patah. Tanpa usul periksa, dia telah dituduh memulakan pergaduhan sehingga menjadi besar. Tetapi, pada hakitkatnya, situasi itu adalah sebaliknya.

Dua orang pelajar tersebut yang telah memulakan pergaduhan itu dari hari pertama Yoongi dimasukkan ke universiti sehinggalah dia ditendang keluar daripada universiti dan dipenjarakan selama seminggu.

Disebabkan hal itu, Yoongi telah dihalau oleh ibu bapanya kerana telah memalukan keluarga itu. Akhirnya, dia dipelawa tinggal oleh abang angkatnya.

Selepas setahun, dia mengambil keputusan untuk tinggal dengan rakan baiknya, Jung Hoseok yang dia kenal secara tidak sengaja. Dan, hanya beberapa bulan mereka menjadi rapat.

Dia mempunyai sikap yang membuatkan orang sedikit kurang selesa dengannya. Dia seorang yang tidak suka bercakap banyak dan tidak suka bercakap kosong. Tetapi, dia mempunyai hati yang baik dan seorang yang setia kawan.

Jung Hoseok

Jung Hoseok, 23 tahun. Merupakan anak angkat kepada pasangan jutawan yang paling terkaya pada abad ini. Hidupnya memang begitu sempurna tanpa sedikit pun kedukaan.

Tipulah jika semua orang tiada masalah. Meskipun dia hidup dalam keluarga yang kaya raya, dia tetap berasa kosong.

Ibu bapa angkatnya selalu sibuk dari hari pertama dia diambil menjadi anak sehinggalah ke hari ini. Secara perlahan lahan, dia mula mengenali dunia dan cuba untuk tidak memikirkan masalah itu.

Dia tidak ada seorang pun kawan walaupun dia sudah meningkat remaja kerana dia tidak selalu keluar rumah selalu seperti remaja lelaki yang lain.

Orang pertama yang dia rapat adalah Min Yoongi setelah saja dia cuba mengenali orang lain yang cuba hadir dalam hidupnya. Sikapnya yang periang itu membuatkan orang sekelilingnya berasa selesa dengannya termasuk Yoongi.

Disebabkan mereka begitu rapat, Hoseok bercadang dan berbincang dengan Yoongi supaya mereka tinggal bersama sama.

Kim Namjoon

Kim Namjoon, 23 tahun. Dia merupakan bekas ahli kongsi gelap kerana dipaksa oleh seorang gangster atas sebab harus melunaskan hutang ibunya yang suka meminjam dengan along.

Bapanya pula sudah lama pergi meninggalkan dia dan ibunya kerana ibunya telah melakukan curang diantara mereka sehinggakan pernah terlanjur dan mengandung.

Tetapi, ibunya telah menggugurkan anak itu dan tidak pernah menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Malah, dia masih lagi menjadi seperti perempuan pelacur yang berada di kelab malam.

Namjoon berjaya melarikan diri dan terlepas daripada gangster gangster itu. Dia mula mencari kerja untuk menampung hidupnya. Meskipun kerjanya itu tidak sebesar mana, tetapi dia tetap bersyukur kerana masih boleh menampung hidupnya yang tinggal bersendirian di tempat yang sunyi agar gangster itu tidak dapat menjejaknya.

Dia mempunyai sikap yang penyabar dan tabah walau dalam apa juga rintangan yang dihadapinya. Dia tidak terlalu minat untuk bergaul dengan sesiapapun tetapi dengan hadirnya rakan rakan Bangtans, dia akhirnya faham erti kehidupan bahawa rakan penting dalam hidupnya.

Park Jimin

Park Jimin, 22 tahun. Dia juga tinggal bersama ibu bapa angkatnya sejak umurnya 12 tahun. Ibu bapa angkatnya mengambil dia tinggal bersama sekaligus menjadi anak angkat kerana rasa bersalah mereka.

Kemalangan yang berlaku diantara kedua dua pasangan itu disebabkan oleh kecuaian ibu bapa angkat Jimin. Kedua dua pasangan iaitu ibu bapa kandungnya dan ibu bapa angkatnya cedera parah. Tetapi nasib lebih berpihak kepada pasangan ini, iaitu ibu bapa angkat Jimin kerana mereka masih diberikan nyawa yang panjang.

Jadi, pasangan ini bersetuju untuk mengambil Jimin menjadi anak angkatnya. Mereka juga mempunyai seorang anak kandung perempuan yang muda setahun dari Jimin.

Nasib Jimin tidak kekal indah apabila dia dituduh oleh adik angkatnya sendiri. Dia dituduh mencuba untuk merogol adik angkatnya padahal tuduhan itu adalah sebaliknya. Adik angkatnya itu yang sebenarnya cuba untuk menggoda Jimin.

Apabila ibunya masuk ke dalam bilik Jimin, segera adik angkatnya itu menuduhnya supaya dia terselamat manakala Jimin tidak. Jimin tidak dihalau keluar daripada rumah tetapi bapa angkatnya menyewa satu rumah untuk Jimin dan menyuruh dia duduk disitu kerana dia percaya bahawa Jimin tidak melakukan perkara terkutuk itu.

Park Jimin mempunyai sikap yang peramah dan baik hati. Tetapi, kejadian itu membuat sikapnya itu tidak akan selalu ada dalam dirinya. Dengan hadirnya Bangtans, sikapnya itu hanyalah untuk rakan rakannya.

Kim Taehyung

Kim Taehyung, 22 tahun. Berada didalam keluarga yang miskin. Setiap hari dia harus menolong ibunya menjual dipasar. Hidupnya yang sememangnya tidak mewah itu tidak menjadi masalah baginya.

Walaupun miskin, tetapi hidupnya lengkap dengan adanya seorang ibu yang penyayang dan tidak putus putus memberi kata kata semangat untuknya.

Dia telah berhenti sekolah sewaktu dia di tingkatan 4 kerana masalah kewangan. Bapanya sudah lama meninggal kerana dia merupakan seorang penagih dadah yang tegar.

Dia tidak kesah meskipun bapanya meninggal kerana baginya sama saja. Ada bapa atau tidak, hidupnya tetap sama. Tiada apa yang berubah.

Selepas beberapa bulan, ibunya jatuh sakit. Dia menghidap barah otak tahap empat. Wang yang mereka ada tidak cukup untuk menampung kos perawatan ibunya itu.

Tetapi, Taehyung tetap berusaha dengan keras. Dia tidak berhenti bekerja, tidak kira siang mahupun malam. Banyak kerja yang dilakukan supaya dia dapat duit semata mata untuk membayar kos perawatan ibunya.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahinya, ibunya telah pergi meninggalkan dirinya keseorangan tanpa sesiapa. Rela atau tidak, dia harus tetap meneruskan hidupnya.

Dia mempunyai sikap dan sifat comel yang tersendiri. Kadang kadang, dialah orang yang pandai membuat orang lain tertawa dengan karenahnya.

Jeon Jungkook

Jeon Jungkook, 21 tahun. Mempunyai keluarga yang terlibat dalam banyak kes. Hidup tidak mewah dan tidak juga miskin. Cukuplah sederhana buat dirinya.

Dia sering juga diajar benda yang tidak baik oleh ibu bapanya seperti mencuri. Dia telah diajar dari kecil sehinggalah umurnya meningkat remaja iaitu 16 tahun.

Perbuatan yang dilakukannya ini tidak sama sekali dia rela tetapi dia terpaksa. Jika tidak, dia akan dipukul dengan teruk oleh ibu bapa kandungnya sendiri.

Dia mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang lagi perempuan. Tetapi mereka telah dijual oleh ibu bapanya sendiri. Apa yang dilakukan oleh ibu bapanya itu membuatkan dia kesal dan marah.

Dia pula tidak dijual kerana umurnya yang sudah meninjak remaja. Jadi dengan kesempatan ini, dia dijadikan kuli untuk perbuatan jijik kedua orang tuanya. Itu tidak lama selepas dia berjumpa dengan Bangtans dan diambil menjadi adik angkat oleh keenam enam rakannya yang seperti abangnya sendiri.

Dia mempunyai sikap yang sukar ditafsirkan. Ada masa dia kelihatan garang, ada masa dia akan nampak lembut dan manja. Lagi lagi apabila dia bersama dengan bangtans.

Dia juga merupakan ahli yang paling muda dalam kumpulan Bangtans.

☸ ☸ ☸

Bak kata keikimon, kreatif itu cliche HAHA! 😂, backstory diorang pun agak cliche but nvm.

Well, kalau tak ramai join applyfic ni, lya nak join sekali dengan korang cerita ni HAHAHA 😂.

Btw, nak pesan, jangan lupa bila af ni dah mula, korang jangan sunyi sepi weh, sendulah aku buat tapi takde komen :'D

Dan, mungkin pemilihan ff ni pada 19 atau 20 haribulan 3.

So get ready!

MWAH ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro