셋 》03 : bank.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adda berlari kearah Hyun yang menunggunya. Saera yang dari jauh juga sedang berlari ke arah Hyun.

" huh... huh... "

Kedengaran mereka tercungap cungap akibat berlari. Hyun hanya memandang mereka berdua dan menggelengkan kepala. Tangannya disilangkan.

" itulah kau, Adda. Buat kerja seorang, nasib baik aku jaga kau dari atas. " kata Hyun tidak berpuas hati.

Adda tersengih mendengarkan itu. Ditepuknya bahu Hyun berkali kali dengan perlahan supaya Hyun tidak beremosi teruk.

" alah. Aku okay kan sekarang? Hm.. ha kau pulak Saera, settle dah? " kini Adda menukar topik perbualan mereka.

Saera mengangguk perlahan. Air mineral yang berada di tangannya diteguk rakus sehingga tinggal separuh.

" dia dah mati. Mayat dia aku bagi dekat haiwan haiwan situ makan. " ujar Saera dengan senyuman nipisnya.

Hyun dan Adda tergelak jahat. Mereka menyokong apa yang dilakukan oleh Saera.

Begitulah layanan yang harus diberi jika kita bencikan seseorang. Dalam dunia ini, tiada istilah 'biar dia buat kita, jangan kita buat orang'.

Orang bodoh sahaja yang ikut kata kata itu. Ada otak tapi tiada akal. Hm... ataupun, tiada kedua duanya sekali?

Mereka bertiga berjalan meninggalkan kawasan itu dan naik ke atas motor masing-masing. Belum sempat mereka mengihidupkan enjin motor, ada satu bunyi letupan yang kuat tidak jauh dari mereka.

" ergh.. apa benda pula tu? " Saera meliar sekeliling cuba untuk mencari klu akibat bunyian tersebut.

Adda memandang Saera sekilas dan mengangkat bahu tan tidak tahu. Manakala Hyun pula memandang ke satu arah di sisinya. Mereka berdua perasan apa yang Hyun tengokkan.

" wah, nampak gayanya bank diletupkan. " Hyun melirikkan matanya ke arah mereka berdua dan tersenyum sinis.

Seakan faham apa yang dimaksudkan Hyun, mereka juga membalas senyuman yang penuh makna itu dan mengangguk perlahan. Enjin motor dihidupkan. Dengan penuh gaya, mereka pergi dari kawasan itu.

Dengan mengambil masa selama 2 minit, mereka sampai ke destinasi yang dianggap syurga dunia bagi mereka. Mereka berhenti di tepi lorong sebelah bank. Enjin motor dimatikan dan mereka semua turun dari motor masing masing.

" lembab juga ya polis buat kerja mereka. Bank terbakar pun lambat datang. " kata Adda sambil matanya fokus memandang mereka yang kelam kabut untuk memadamkan api api yang tidak terlalu marak itu.

" jadi, apakata kita yang ambil alih tugas mereka? Tak ke begitu? " Hyun tersenyum nakal sambil kening sebelahnya dijungkitkan.

Saera menunjukkan ibu jarinya yang membuat simbol 'bagus' kepada Hyun. Adda yang fokus tadi serta merta memandang Hyun dan berdecit.

" heh. Apa tunggu lagi? " Adda menggerakkan kepalanya memberi isyarat kepada mereka berdua.

Mereka mengangguk faham bahawa Adda sedang memberi isyarat supaya mereka berdua berada dihadapan manakala dia pula dibelakang. Ini disebabkan dia tiada sebarang senjata yang dibawa. Lagi lagi dia bukanlah seorang pengguna pistol.

Saera mengeluarkan pistolnya yang disimpan didalam beg pada pinggangnya. Dia menghalakan pistol itu kehadapan dan berjalan keluar daripada lorong yang gelap itu diikuti Hyun dan Adda.

Semua orang yang berada di kawasan itu melihat ke arah mereka bertiga lagi lagi apabila pistol yang dipegang Saera dihalakan ke arah mereka dengan muka yang ketat.

" tepi atau mati? " Saera tersenyum senget.

Mendengarkan kata kata itu, mereka semua terus berundur dan berlari meninggalkan kawasan itu. Ada yang menjerit sambil berlari.

" jom masuk dan hati hati. Bertindak cepat sebelum api ni makin marak. " kata Hyun mengingatkan mereka supaya kawan kawannya tidak tercedera.

Mereka hanya mengangguk faham dan tidak banyak bunyi. Mereka semua akhirnya terus menerjah masuk ke dalam bank.

Mereka menggunakan kepandaian dan kehandalan mereka dalam membuka bank ini supaya boleh mengambil semua duit didalam.

Setakat ini, sudah beratus ratus kali mereka melakukan kerja amal ini. Jadi, ianya tidak hairan kenapa mereka mampu membuat kerja ini dengan pantas.

Tidak lama apabila bunyi siren kereta polis kedengaran dan makin menghampiri bank tersebut. Dengan tindakan yang cepat, mereka bertiga mengambil duit sebanyak yang boleh dan diletakkan didalam beg masing masing.

Mereka terus keluar daripada bank sambil melihat kereta polis datang menghampiri mereka yang sedang berlari semula ke arah motor.

Saera dengan wajahnya yang nakal menghalakan pistol ke arah kaki salah seorang polis yang bertindak mengejar mereka dari belakang dan,

BANG!

Polis tersebut hilang imbangan dan terus terjatuh. Dengan kesempatan yang luas ini, mereka menaiki motor masing masing dan menghidupkan enjin. Mereka terus memecut laju pergi daripada kawasan itu dengan hasil curi mereka.



* * *

HSHSHSHS HELO APPLIERS! 😭❤️

LYA MINTAK MAAF SEBAB BARU NAK UPDATE. HM BIASALAH BUSY DGN GRAPHIC LAGI SEMUA, KELAS ONLINE BAGAI TAPI TAKPE SEBAB LYA AKAN UPDATE CERITA NI SETIAP HATI SEPANJANG PKP ATAUPUN SETIAP 2 HARI ADA 2 CHAPTER.

OKAYYY TAKKKKK?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro