8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                          PAKAIAN yang telah lama dijemur pada ampaian dikutip lalu dimasukkan ke dalam bakul. Puan Saleha mengalih pandangan ke arah Hamidah yang baru saja pulang dari sekolah. Gadis itu hanya berjalan seorang diri. Kelibat anak gadisnya tidak pula kelihatan. Kebiasaannya mereka akan pulang sama-sama. Kening Puan Saleha berkerut.

"Hamidah."

Hamidah menoleh ke arah rumah sebelah. Dia memandang Puan Saleha. "Ya, Mak cik?"

"Nur mana? Bukan ke dia selalu balik dengan kamu?" soalnya. Hamidah membalas dengan menceber bibir dan menjongket bahu.

"Entahlah, mak cik. Sekarang dia dah ada kawan baru. Dia dah tak nak kawan dengan saya lagi."Rungut Hamidah. Kening Puan Saleha sedikit terjongket mendengarnya. Haih? Bergaduhkah mereka berdua ni?

"Laaa... kenapa pula dengan kamu berdua ni? Semalam elok je keluar study sama-sama? Hari ni bergaduh pula?"

"Nak buat macam mana mak cik? Terpengaruh dengan kawan baru dia tu." ejek Hamidah dengan membuat jelingan meluat.

"Siapa kawan baru Nur?"

"Adam." ringkas dia membalas. Puan Saleha terkejut. Membeliak biji matanya saat ini. Sebelah tangannya pantas menekup mulut seolah-olah tidak percaya.

"Ad... Adam? Adam anak kepada Pak Cik Zainal tu ke?"

Hamidah mengangguk kepala tanda benar. "Astaghfirullah hal Azim..." mengucap Puan Saleha ketika mendengarnya. Ya Allah, macam mana anak aku boleh berkawan dengan budak lelaki jahat tu?

"Nur ni memang nak kenalah! Macam mana dia boleh rapat dengan Adam? Kamu tak pantau dia ke Hamidah?"

"Saya dah tegur dia mak cik. Saya dah kata yang Adam tu jahat. Tapi dia tak nak dengar. Siap bela lagi!"

"Ya Allah..." Puan Saleha meraut wajahnya. Jenuh di sabarkan hati yang kini mula tak tenteram apabila tahu anak gadisnya rapat dengan budak lelaki yang asalnya daripada keluarga jahat itu. Sudahlah bapak penagih dadah! Anak pun sama nak tunjuk samseng!

"Tak apalah Hamidah. Terima kasih sebab bagitahu perkara sebenar. Tahulah mak cik nak ajar Nur tu nanti."














                          PEMANDANGAN dari atas bangunan ini sungguh indah. Dapat Nur menghirup udara segar di sini. Penuh damai dan menenangkan jiwa. Malah, dia dapat melihat di bawah sana ada beberapa budak lelaki yang sedang bermain bola sepak di padang. Entah mengapa Adam membawanya ke sini. Semata-mata nak tengok orang bermain bola ke?

Lelaki itu tak tahu hilang ke mana? Katanya nak turun sekejap untuk membeli sesuatu.

"Nah." huluran air tin minuman berperisa jus epal diserahkan kepada Nur. Nur sedikit terkejut apabila disergah sebegitu rupa. Lambat-lambat air tin itu dicapai.

"Terima kasih." ringkas Nur membalas. Air tin ditangan dibelek-beleknya. Punyalah lama dia tunggu, rupa-rupanya beli air sahaja. Adam meletakkan punggung di sebelah gadis itu. Air tin berperisa anggur itu diteguknya seketika.

"Cantikkan view dekat sini?" soal Adam. Dia menoleh memandang gadis itu. Nur mengangguk kepala. Tak dinafikan pendapat lelaki itu, tempat ini memang cantik. Lebih-lebih lagi pada waktu senja. Pasti boleh lihat matahari terbenam.

"Kenapa awak bawa saya dekat sini? Ada apa-apa nak cakap ke?"

Adam menggeleng. Dia meletakkan air tin itu ke tepi. "Tak adalah. Saja aku bawa kau ke sini. Teman aku. Kenapa? Kau tak suka?"

"Bukannya tak suka, tapi..."

"Kau takut bapak kau marah? Dah tiga kali kau ulang benda yang sama." cantas Adam laju. Nur mengeluh kecil. Memang itu yang dia risaukan daripada tadi. Hati ini asyik rasa tak sedap sahaja. Takut pula nak menghadap orang tua di rumah nanti.

"It's okay, aku akan bertanggungjawab nanti. Don't worry."

Nur menjuih bibir. Perkataan akan bertanggungjawab jawab itu dah bernanah telinganya dengar. "Yalah tu..."

"Kau tak percayakan aku?"

"Saya tak kata pun saya tak percaya, cuma susah sikit nak percaya kali ni. Hamidah pun pernah cakap yang dia akan bertanggungjawab jaga saya. Tapi tak pun."

"Itu Hamidah... bukan aku. Kitakan kawan? Kawan takkan tinggalkan kawan. Remember that." ujar Adam. Nur hanya sekadar mengangguk kepala. Tiba-tiba suasana menjadi sepi buat seketika. Mereka sama-sama memerhati budak-budak lelaki yang sedang bermain bola di bawah.

"Kejap." Nur teringatkan sesuatu. Adam kembali memandangnya. Pandangan mereka bersatu. Dia menjongket sebelah kening ke atas seperti bertanya kenapa.

"What?"

"Tadi masa dekat sekolah, awak kata awak lebih kenal Mukhriz daripada orang lain kan?" soal Nur sedikit teruja. Adam menjuling anak mata ke atas dengan muka meluat. Nak tanya tentang Mukhriz rupanya. Menyampah betul! Air tin berperisa anggur itu kembali dicapai lalu diteguk.

"Awak bagitahulah dekat saya apa yang Mukhriz suka. Apa hobi dia? Saya nak masukkan dalam nota. Nanti bila saya dah dewasa boleh saya pikat dia."

"Aku takkan bagitahu kau. Tak faham bahasa ke?"

"Alaa... bolehlah. Saya betul-betul nak tahu tentang dia. Saya nak kenal siapa Mukhriz? Saya nak tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka."

"Dia tak suka kau. Itu je yang aku boleh bagitahu." balas Adam acuh tak acuh. Nur mengecilkan sedikit mata merenung ke arah lelaki itu.

"Awak sengajakan?"

"Betullah. Kau ingat dia pandang perempuan macam kau? Lelaki macam Mukhriz tu sukakan perempuan yang putih..."

Nur menundukkan memandang belakang tangannya yang berkulit sawo matang. Tak putih dan tak juga hitam.

"Kulit licin..."

Kedua belah tangannya melekap dimuka pula yang penuh jerawat.

"Badan solik..."

Nur menyentuh badannya pula. Tak adalah berisi sangat. Tapi chubby.

"Dan cantik macam Jelita." ujar Adam. Nur mengetap bibir ketika mendengar nama Jelita disebut. Ish, gadis itu memang musuh terbesar aku! Kenapalah dia tu terlalu cantik sampaikan cikgu pun pernah sukakan dia?

"Kau langsung tak tercatat dalam list ciri-ciri idaman Mukhriz. Jadi lupakan je lah.. " Ejeknya. Nur menjeling.

"Eleh, saya tahu awak cakap macam tu sebab awak pun tak dapat apa yang awak nak, kan?"

"Maksud kau?"

"Awak suka Jelita. Betul tak?" teka Nur, sambil menunding jari ke muka lelaki itu. Adam tersenyum menyenget. Daripada senyuman itu, aku dah dapat mengagak yang tekaan aku betul. Nur tersenyum menang.

"Saya dah agak dah! Semua lelaki sama je taste dia. Tak habis-habis cantik! Cantik! Cantik!"

"Samalah dengan perempuan, tak habis-habis handsome! Handsome! Handsome! Selepas itu nak yang tinggi lampai macam pokok galah sedangkan tak sedar diri yang dia tu pendek mengalahkan kerdil. Tak cukup dengan tu, nak lelaki yang suara serak-serak. Tangan berurat. Bibir seksi. Rambut macam cendawan! Kan?" berbakul-bakul bebelan di balasnya. Nur terus terdiam. Terkelip-terkelip mata bulat itu memandangnya.

Adam menjeling menyampah. "Aku dah cukup kenal perempuan."

"Maksud awak... Awak pernah couple? Ataupun... huh?!" Nur menekup mulut tak percaya. Kepala digeleng berkali-kali. Tak mungkin apa yang berlegar-legar dikepalanya sekarang adalah benar. Entah-entah lelaki ini bekas teman lelaki Jelita?

O M G!

"Awak..."

"Aku bukan ex-boyfriend dia, dan aku tak pernah couple. Kau jangan pandai-pandai nak fikir bukan-bukan. Karang ada juga yang aku tolak daripada tingkat atas." ugutnya, geram.

"Habis Jelita tu siapa? Crush awak huh?"

"Berapa kali aku nak kena bagitahu kau? Aku..."

"Shut up. Awak tak perlu bagitahu saya. Saya tahu lelaki macam awak ni mesti jenis pemalu nak bagitahu hal yang sebenar, kan?"

"Huh?" Kening Adam berkerut tidak faham. Malu? Untuk apa aku malu?

"Kalau macam tu saya takkan bagitahu sesiapa tentang awak crush dekat Jelita. I'm promise. Tapi, apa kata awak tolong saya pikat Mukhriz? Awak kan tahu segala-galanya tentang dia?"

"Boleh tak kau stop cakap pasal mamat tu? Aku takkan bagitahu apa-apa dekat kau."

"Oh please... saya janji selepas tu saya akan tolong awak pikat Jelita pula. Saya tahu apa yang perempuan tu suka. Kitakan kawan? Kawan kena tolong kawan. Betul tak?"

Adam mengeluh kecil. Cakap banyak pun tak guna! Minah ni takkan faham sampai bila-bila. Kalau aku kata tak nak sekalipun, dia tetap paksa juga untuk 'nak'. Jadi dia terpaksa untuk terima.

"Fine. Aku tolong kau."

"Yes!" Nur bersorak gembira. Akhirnya selepas ini aku boleh rapat dengan Mukhriz. Aku akan buat lelaki itu turut menyimpan rasa suka terhadap diri aku. Tunggu kau Mukhriz. You are mine!

Yang penting budak form 4 akan cemburu dengan aku. Muahaha!

"Tapi sebelum tu kita kena janji. Janji yang kita akan tolong sampailah crush akan jatuh cinta dekat kita. Yang paling penting, kita takkan jatuh cinta antara satu sama lain."

"Aku tak boleh berjanji."

Kening Nur berkerut pelik. "Kenapa pula? Bukannya susah pun perjanjian ni. Awak bukannya suka dekat saya. Saya pun tak suka dekat awak."

Entah mengapa riak wajah Adam berubah ketika mendengar pengakuan terakhir gadis itu. Bagaikan belati tajam, hatinya terhiris. Pedih! Tanpa sedar kedua belah tangannya sudah mengepal kuat.

Nur sudah mula resah. Dia ada salah cakapkah sehingga muka lelaki itu berubah? "Ke... Kenapa? Saya ada salah cakap ke awak?"

Adam berpaling semula ke hadapan dan menggeleng. Dia mendengus kecil. "Tak. Tak ada apa. Aku janji, aku akan buat Mukhriz cintakan kau sampai dia tak pandang perempuan lain." ujar Adam. Dia menoleh ke arah Nur dengan segaris senyuman lebar di bibir. Penuh kepalsuan.

"Betul ni?"

Adam mengangguk kepala. "Kau akan jadi perempuan paling istimewa dalam hati dia. I'm promise." ujar Adam penuh bersungguh-sungguh. Nur tersenyum senang mendengarnya. Makin tak sabar pula ingin meneruskan rancangan ini.

"Wah, terima kasih sangat-sangat Adam! Saya pun janji, akan buat Jelita sayang awak sampai bila-bila. Dan hanya awak seorang yang akan bertakhta dalam hati dia."

"Itu pun kalau mampu."

"Tentulah saya mampu buat. Sebab saya tahu apa yang awak suka."

Adam hanya mengukir senyuman.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro