7 jalan zina

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zina merupakan dosa besar. Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumnya haram dan berdosa. Al-quran ni unik. Allah tak sebut "Janganlah kamu berzina". Tapi Allah sebut "Janganlah kamu dekati zina". Apa maknanya? Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang.

Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakana "mendekati zina"? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN. Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang di katakana jalan yang "mendekati zina" yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?

نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار

"Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!"

1)Pandang-pandang
✒️ Ini adalah jalan zina yang pertama. PANDANG. Kerana apa? Kerana dari pandanglah, kita akan rasa tertarik, terpikat, mula nak bercrush-crush, minat laki ni minat perempuan, terpikat dekat artis korea ni, artis jepun tu, penyanyi laki ni, penyanyi perempuan tu, dan lain-lain.

Ingat tak dosa ke?

Bahkan, ada ulama yang berkata bahawa, haram like gambar perempuan, kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka. Bayangkan kalau takde orang like, kan dia malu.

2)Senyum-senyum
✒️ Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumla jawabnya. Dah startle jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saje-saje senyum bajet macho, bajet cantik. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley.

3)Memberi salam
✒️ Selepas dah senyum-senyum, so, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam, hye, intro, dan yang sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila laki mesej perempuan dan perempuan balas, ataupun sebaliknya, maka, mulalah saat kehancuran.

Pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macamana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu, dia tudung labuh, bila tanya dia, dia jawab:

"Semuanya bermula dengan mesej di facebook. Semuanya bermula dengan "hye" yang pertama!"

Sebab tulah, Ulama menyuruh kita untuk menjaga IKHTILAT. Masih tak nampak permainan setan?

4)Bersembang
✒️ Dah bagi salam, dah intro, apa lagi, startla sembang-sembang... Sembang ni ialah bila kita start cakap lebih dari perkataan salam, hye dan lain-lain. Tanya khabar, luah perasaan dan lain-lain. Semuanya dosa.

Pergh. Halus je cara dia goda. Yang sama jantina berlambak orang yang kau boleh mintak bimbing. Buat apa mintak yang berlainan jantina?

"Erm...nak tanyalah. Awak tahu tak kerja rumah yang cikgu math bagi tu nak buat macamana?Hehe..Awak kan pandai:)"

5)Buat temu janji
✒️ Bila dah start sembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami(kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mulalah set untuk jumpa.

Belum masuk bab dating, nak makan kat restoran, atau buat temu janji nak jalan dan shopping sama-sama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sini sana. Pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah.

6)Berjumpa
✒️ Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoran mamak(tak romantik langsung), dah start shooping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dan makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai.

Ini semua setan punya permainan. Takkan tak Nampak lagi

Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah? Perempuan janganla keluar rumah sangat, melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengam boyfriend makan McDonald sampai tengah malam. Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah. Apa ini semua?

Taubatlah sebelum terlambat. Kalau ada laki ajak korang keluar, jangan tertipu. Kalau perempuan yang ajak laki keluar, ini memang paling teruk.

7)Berzina
✒️ Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina la!

Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dah tak betul dah. Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam apa.

So disebabkan jalan yang ke-7 nie lah kau boleh terlanjur dan mengandung anak luar nikah. Lepastu baru nak menyesal,nak bunuh dirilah and else.

cr; owner google

VOTE!
Terima kasih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro