12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                          TERPISAT-PISAT Hana membuka mata. Kepalanya terasa berat. Lebih berat daripada semalam. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia terasa berdenyut di bahagian kepala. Jari-jemari halus memicit lembut dahinya. Kononnya dengan perbuatan itu, rasa peningnya bakal hilang. Tidak banyak, tetapi cukup untuk membuatkan dia membuka mata luas-luas dan...

Membuntang!

Hana memusing ke tepi, diterjah ingatan yang baru menerpa. Anak matanya melilau memandang bilik tidur yang bertukar lain. Rasanya ini bukan bilik tidur di kelab malam semalam. Bilik tidur semalam lebih kemas dan agak mewah tapi bilik ni agak suram. Nampak macam jarang digunakan. Hana mula tidak keruan. Dia pantas menunduk ke bawah selimut.

Fuh!

Hana lega. Mujur pakaiannya masih terlekat di tubuh. Tapi macam mana aku boleh sampai sini? Aku lupa apa yang jadi malam semalam. Ziat pula...

Hana tergamam sejenak. Dia baru teringat tentang Ziat. Entah-entah suami aku dah mengamuk di rumah? Lekas Hana turun daripada katil berlari ke arah pintu. Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu itu, ada seseorang lebih pantas membukanya terlebih dahulu. Hana tersentak. Kini dia berdiri dihadapan figura lelaki semalam. Dan-dan dahinya berkerut.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini? Semalam rasanya... "

"Intravena." cantas Rayden terlebih dahulu. Menjawabnya dengan riak wajah bersahaja. Kening Hana bertaut pelik. Intravena? Apa benda tu? Dia masih memandang Rayden. Menantikan lelaki itu untuk memberitahunya apa itu intravena. Rayden mengeluh kecil. Anak mata dijulingkan ke atas. Dia membongkok sedikit tubuhnya menyamakan ketinggian mereka berdua. Sebelah tangannya ditahan pada dedauan pintu.

"Intravena itu ubat tidur. Sempat aku suntik kau sebelum bawa kau ke sini."

"Ubat tidur? Tapi bukan ke... "

"Kan aku dah cakap. Aku takkan sentuh perempuan yang dah kotor. Jadi jangan perasan aku akan buat benda tu dengan kau. Faham?" cantasnya, dingin. Terus tubuh Hana ditolaknya ke tepi lantas dia melangkah masuk ke dalam bilik. Hana menggigit bibir geram. Kalau dah tahu kotor kenapa bawa aku ke sini? Apa sebenarnya niat mamat ni? Tiba-tiba muncul dan terus bawa aku lari daripada Ziat. Kalau dapat tahu dekat Ziat, teruk aku dikerjakan nanti!

"Then? Kenapa bawa saya ke sini? Sengaja nak rosakkan rumahtangga orang? Huh?" soal Hana, dingin. Dia memusing ke belakang memandang Rayden yang sedang membetulkan langsir yang sudah terkoyak rabak. Entah berapa tahun langsir tu tak ditukar. Macam berhabuk sangat aje. Lantas kain langsir itu ditarik Rayden. Sekali rentap sahaja tercabut semua.

Hana tersentak. Matanya berkedip memansang Rayden. Kuat betul mamat ni...

"Kau pernah ada rumahtangga ke sebelum ni?" soal Raydan kembali. Kali ini dengan nada menyindir. Dia mengangkat sebelah keningnya memandang Hana. Hana terdiam kaku. Dia pun tidak tahu selama ini dia membina rumahtangga ataupun rumah yang kosong tidak membawa maksud apa-apa. Tapi walau macam mana sekalipun, aku tetap isteri Ziat. Ziat pula akan tetap jadi suami aku.

"Litsen here perempuan... aku tak pernah terniat sedikit pun untuk rosakkan rumahtangga kau dengan suami. Aku pun bukan jenis suka rampas hak milik orang dan aku tak suka perempuan. Jadi kau tak perlu risau... aku takkan cuba untuk rampas kau daripada dia. Aku bawa kau ke sini pun sebab... aku rasa kau tak layak dekat tempat tu. Kau orang islam, tempat kau sepatutnya di masjid bukan kelab malam." ujar Rayden.

Kata-kata Rayden itu sungguh menyentapkan Hana. Dia tahu lelaki itu bukan beragama islam, tetapi lelaki itu lebih mengambil berat tentang isu agama daripada suaminya Ziat. Apa yang Ziat tahu cuma duit. Langsung tak kisah jika ia bercanggah dengan agama. Apa yang Tuhan sedang tunjukkan pada aku sebenarnya?

Dush!

Kain langsir itu dicampakkkan ke arah Hana. Hana tersentak. Terbatuk-batuk dia dibuatnya saat habuk itu termasuk ke dalam rongga hidung. Lelaki itu tersenyum sinis. Padan muka! Mengelamun lagi.

Rayden menggeleng kepala. Beg plastik berisi pakaian dicampakkan ke atas katil. "Itu baju kau. Aku tak tahu saiz kau berapa jadi aku main sebat sahaja. Bilik ni dah dua tahun aku tak guna. Jadi kau pandai-pandailah kemas. Dan lagi satu... tolong jangan keluar daripada rumah ni. Kau tak kenal aku siapa. Keluarga aku pasti akan bunuh kau kalau kau langkah setapak keluar daripada rumah ni. Kau sekarang dah berada dalam dunia aku. Jadi segala jiwa kau, kau kena korbankan." ujar Rayden lagi. Dia mencarik senyuman sinis dibibir.

Hana pula hanya mengangguk kepala. Dia berjalan menghampiri katil. Beg plastik berisi pakaian itu dicapainya. Dia mengeluarkan beberapa helai pakaian yang berada di dalam beg itu untuk dicuba. Terbeliak mata Hana saat mengeluarkan pakaian itu daripada beg plastik. Lekas dia menyumbat semula barang-barang itu. Hana menunduk malu. Wajahnya mula bertukar kemerah-merahan.

Aku ingatkan dia cuma beli baju. Tak sangka dia beli sekali dengan...

"Pakaian dalam kau tu kau pandai-pandailah ukur sendiri. Aku rembat adik aku punya. Airen nama dia. Kejap lagi dia balik. Tak adalah kau sunyi nanti."

"Awak rembat adik awak punya?" Hana sedikit terkejut. Slumber gila mamat ni curi barang adik sendiri. Rayden tersenyum kecil.

"Terpaksa. Kau tak payah nak risaulah. Adik aku pembersih. Dia tak ada penyakit berjangkit yang perlu kau takutkan. Tapi ikut kau lah. Kalau kau tak nak pakai pun tak apa. Kau nak pakai baju tapi dalam kosong pun aku tak kisah. Kau mungkin dah biasa dengan suami kau kan? Aku tak ada masalah. Cuma kau jangan peliklah kalau ada sehari tu aku tertukar jadi harimau sikit." selamba sahaja Rayden berbicara. Dia memandang Hana dengan pandangan atas dan bawah. Renungannya itu berbias curiga.

Hana pantas melekapkan beg plastik berisi pakaian itu ke dada. Seram juga mamat ni.

"Haih? Pelacur pun ada perasaan malu lagi ke?" soal Rayden. Pantas Hana menggeleng.

"Tak adalah. Mana ada saya malu. Just... cantik. Pandai encik pilih." ucap Hana, laju. Makin merah wajah Hana dibuatnya. Pertama kali dia berkata dengan tenang dan riak wajah bersahaja. Rayden tersenyum nipis. Dia mengangguk kepala.

"Baguslah. Kalau tak ada apa-apa lagi, aku pergi dulu." pinta Rayden.

"Kejap!" halang Hana. memberhentikan langkah Rayden ditengah-tengah pintu. Dia lantas mengatur beberapa tapak mendekati lelaki itu. Kepala didongakkan sedikit.
Rayden masih menunggu. Sebelah keningnya dijongket ke atas memandang Hana.

"Nama encik siapa?"

Rayden tersenyum sesaat, sebelum menaikkan anak mata.  Tepat menikam ke mata bening lagi kosong itu.

"Rayden. Kau boleh panggil aku Ray tak pun Rayden sahaja. Tak perlu berencik dengan aku. Aku tak suka."

Hana mengangguk faham.

"Nama kau?"

"huh?"

"Nama kau siapa?"

"Hana." jawab Hana sepatah memperkenalkan diri. Rayden mengangguk kepala. Tiada apa-apa yang dibalas. Dia hanya terus pergi meninggalkan bilik itu begitu sahaja. Kening Hana berkerut. Itu sahaja nak tahu? Selepas itu terus blah? Are you kidding me? Hana mengeluh. Dia kembali teringat tentang Ziat.

"Suami aku mesti marah gila sekarang ni. Tak berdosa ke kalau aku duduk serumah dengan mamat tu? Bukan Islam pula tu... "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro