25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                      LAUNGAN azan dibacakan perlahan pada sebelah kanan telinga bayi lelaki yang digendong oleh Shark. Tersenyum lebar dia melihat wajah comel yang memiliki pipi merah yang tembam. Syukur, Tuhan telah mengurniakan aku satu cahaya mata yang cukup sempurna dan sihat tubuh badan. Terima kasih, Ya Allah. Omel Shark di dalam hati. Perlahan-lahan dia meletakkan bayi itu ke dalam dakapan Suraya. Suraya menarik senyuman bahagia. Dahi bayi itu dikucupnya lembut. Wangi sahaja bau budak yang baru dilahirkan. Bersih daripada segala kekotoran.

"Daddy, Daddy rasa nak letak nama apa ek yang sesuai?" soal Suraya. Dia mendongak memandang Shark. Hampir satu malam juga dia memikirkan nama yang sesuai dengan anak mereka tetapi satu pun tak kena. Biasalah perempuan... nak nama yang hot gitu! Muka comel-comel macam ini mestilah kena letak nama yang comel juga.

"Macam mana dengan... Jayden?" cadang Shark. Suraya mula berubah muka. Mata dikecilkan memandang Shark. Tak semena-mena satu tamparan hingga ke lengannya. Shark mengaduh sakit. Dia menggosok lengannya yang ditampar tadi. Cadang nama pun salah ke?

"Daddy ni sengajakan? Awak letak nama tu sempena nama siapa? Nama Rayden, kan?"

"Mana ada. Buat apa saya nak letak sempena nama Rayden? Tak ada kena mengena punlah dengan dia. Yang awak tak habis-habis nak benci dengan nama Rayden tu dah kenapa?"

"Bila masa saya benci? Saya tak suka aje! Dia tu... hampir rosakkan rumahtangga kita. Menyamar jadi maknyah semata-mata nak jauhkan awak daripada saya. Takda! Saya nak nama yang lain. Tak nak nama Jayden. Tak sedap!" protes Suraya. Dia mengetap bibir. Rambut bayi itu diusapnya perlahan. Susah payah aku lahirkan anak ini, nak letak nama Jayden pula? Jangan harap!

Shark menggeleng kepala. Entah apalah nak jadi pada isteri aku ni. Tadi dia yang beria suruh aku bagi cadangan. Shark mengeluh. Kerusi yang berada tidak jauh daripada situ menjadi tempat dia melabuh punggung. Telefon canggih dikeluarkan daripada kocek seluar. Berkerut keningnya memandang 17 panggilan yang terlepas daripada Rayden. Terlupa pula aku tertekan mod senyap tadi. Tak perasan ada panggilan. Dia beralih pula ke mesej. Takut-takut jika Rayden ada menghantar sebarang mesej di situ.

Eh, ada!

Lantas mesej itu dibaca dengan kuat. "Jumpa aku dekat mahkamah, jadi saksi aku masuk islam. Apa?!" Shark terkejut. Spontan dia terbangun daripada tempat duduk. Benarkah apa yang aku baca ni? Sekali lagi dia membaca mesej itu. Ya! Memang betul. Shark tersenyum gembira. Sebelah tangannya menekup mulut seolah-olah tidak percaya. Tak sangka akhirnya Rayden mengikut jejaknya untuk berubah. Dalam hatinya sudah mengucap syukur. Terima kasih sekali lagi Ya Allah!

"Alhamdulillah..."

"Apa yang alhamdulillah? Nama anak kita ke?" sampuk Suraya. Keningnya bertaut pelik memandang Shark. Pantas Shark menggeleng menafikannya. Mesej itu ditunjukkan pada Suraya. Satu demi satu ayat dibaca dengan perlahan. Anak mata Suraya membutang terkejut. Biar betik mamat cina ni?!

"Di... Dia nak masuk agama Islam? Bila? Kenapa dia tiba-tiba sahaja nak tukar agama? Sebab perempuan tu ke?"

"Tak kisahlah sebab apa janji dia ada niat untuk berubah. Hidayah tu bila-bila sahaja boleh datang. Lagipun, Rayden tu dulu pernah peluk agama Islam. Cuma dia tumbang kembali ke jalan sesat sebab tiada siapa yang nak bimbing dia. Insyaallah, kali ini saya akan cuba untuk bimbing dia ke jalan yang benar." ucap Shark bersungguh-sungguh. Memang ini yang dia nantikan selama ini. Apa gunanya erti 'kawan baik' kalau aku biarkan dia jatuh ke dalam lohong hitam yang bukan senang untuk mencari jalan keluar. Kali ini, aku takkan lepaskan peluang.









                               “TAHNIAH, encik Rayden. Selamat memeluk agama Islam. Kami sebagai saudara Islam turut menumpang gembira atas keputusan encik. Allah sayang umat dia, hidayah itu memang tak dijangka." ucapnya, bangga. Dia memeluk Rayden. Tubuh belakang lelaki itu ditepuk-tepuknya perlahan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Rayden hanya mengukir senyuman lebar. Pelukan akhirnya terlerai setelah beberapa minit.

"Terima kasih, Ustaz sebab ajar saya ucap kalimah syahadah tadi."

"Awak tak perlu berterima kasih pada saya tapi terima kasih pada Tuhan sebab bukakan hati awak untuk peluk agama Islam. Cuma ada benda sedikit saya nak pesan, kita sebagai seorang hamba yang biasa tak pernah lari daripada ujian Allah. Allah uji Sebab DIA sayangkan hambaNya. DIA tahu kita mampu untuk tempuhi ujian itu. Kalau awak rasa kesal atau lemah dengan segala ujian yang menimpa, berzikirlah semana yang mampu. Insyaallah, hati awak akan kembali kuat." pesannya, lagi. Bahu Rayden disapanya perlahan. Rayden hanya mengangguk kepala. Dia menarik senyuman lebar.

"Baik, Ustaz. Terima kasih."

"Alhamdulillah, tahniah sekali lagi. Saya minta diri dahulu ya." pinta orang tua itu terlebih dahulu. Lantas dia melangkah pergi daripada situ. Rayden hanya membalasnya dengan anggukan. Dia bergenjak sedikit ke tepi memberi laluan kepada orang tua itu. Hembusan nafas lega dihelanya perlahan saat kelibat orang tua itu sudah menjauh darinya. Sebelah tangannya mengurut dada. Dia tenang apabila semuanya selesai dengan lancar. Sekilas pandangannya teralih ke arah Hana yang berada di luar pagar. Gayanya seperti sedang menghubungi seseorang. Dia lantas mengatur langkah ke sana.

"Mana suami kau?" sampuk Rayden. Songkok ditarik ke bawah lalu dikibas pada lehernya yang sudah mengalirkan cecair peluh. Hana tersentak. Dia terus berpaling ke belakang memandang Rayden. Hana menggeleng kepala. Skrin telefon itu dihalakan pada Rayden. 5 panggilan tidak dijawab.

Rayden mengeluh. Anak mata dijulingkan ke atas. "Ziat ni pun satu hallah... "

"Awak. Saya rasa dia takkan ceraikan saya. Saya tahu kalau dia lepaskan saya dia akan rugi banyak benda. Apa kata kalau awak... "

"No!" cantas Rayden. Belum habis lagi dia sudah dapat meneka apa yang Hana ingin katakan. Nak suruh aku batalkan niat untuk berkahwin dengan dia? Memang tidaklah. Hana terdiam. Dia berjalan beberapa tapak mendekati Hana. Kepala digelengnya perlahan.

"Tolong jangan tambahkan benci aku pada kau. Kita pergi rumah Ziat sekarang. Kalau dia tak nak bercerai di mahkamah, aku nak dia ceraikan kau di rumah."

"Tapi..."

Rayden melekapkan songkok itu ke wajah Hana. Dia terus melangkah ke arah kereta BMW yang terparkir tidak jauh daripada situ. Malas dia nak dengar apa-apa alasan daripada mulut wanita itu sekarang. Hana terdiam. Dia menjatuhkan songkok itu ke bawah. Nasib baik songkok baru, adalah sikit bau wangi.

"Woi, masuk kereta cepat! Kau nak aku gendong kau masuk dalam ni ke huh? Kau ingat kau siapa? Anak raja?" jerit Rayden, kuat dan jelas. Cermin kereta diturunkan secara automatik. Hana mengeluh kecil. Nak tak nak, dia terpaksa menurut arahan lelaki itu.

"Nak datanglah ni!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro