43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       “PERGI tukar baju kau semula. Aku tunggu dekat sini." arah Rayden. Hana mengangguk kepala. Baju kemeja yang menutup bahagiaan bajunya yang terkoyak tadi diserahkan semula kepada Rayden. Risau pula kalau lelaki itu kesejukan. Lantas Rayden pun mencapainya, lalu disarung kembali ke tubuh. Satu persatu butang baju dicantumkan. Tanpa menunggu masa lagi Hana terus masuk ke dalam bilik persalinan untuk menukar baju.

Rayden menyandar tubuh belakangnya ke dinding sambil berpeluk tubuh. Sekilas dia menunduk memandang jam tangan mahalnya yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dia mengangguk perlahan. Belum lewat lagi untuk mereka tiba di hotel.

"Im sorry." rayu suara wanita itu. Sebotol air mineral dihulurkan pada Rayden. Perlahan-lahan Rayden mengangkat wajah memandang wanita itu. Rose. Dia menjeling. Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Kedua-dua belah tangannya dijatuhkan ke bawah. Tanpa sebarang kata-kata dia terus melangkah ingin pergi daripada situ. Namun, Rose lebih pantas menggapai lengan lelaki itu. Spontan langkah Rayden terhenti. Tangan Rose ditepisnya.

"Kau nak apa?" soal Rayden dingin. Dia berpaling ke belakang memandang Rose. Rose mencebik bibir. Dia buat-buat muka kasihan.

"I nak minta maaf. I betul-betul tak sengaja pijak kain dia. Tak tahu pula kualiti baju tu senang terkoyak." adu Rose.

Rayden berdecik. Dia menggeleng kepala. "Kau dengan Ziat memang tiada bezakan? Apa yang kau orang nak sebenarnya dalam rumahtangga aku?"

"Mana ada kita orang nak apa-apa. I cuma... kesiankan you. I tak sanggup kalau tengok orang yang handsome dan kaya seperti you dapat isteri yang murah. Malulah kalau orang dapat tahu yang isteri you tu pernah tidur dengan ramai lelaki. You pun tak tahu you lelaki ke berapa yang sentuh dia, kan? It's too disgusting, you tak malu ke?" soal Rose, mengejek. Dia mengangkat sebelah keningnya memandang Rayden. Malah Rayden tidak menjawab. Sekilas pandangan dialihkan ke arah bilik persalinan. Kelibat Hana masih lagi belum muncul. Dia mengeluh. Lambat pula Hana ni tukar baju. Aku dah tak sabar ingin berambus daripada tempat ini. Rimas!

Rose menarik senyuman sinis dibibirnya. Dia memandang kiri dan kanan kawasan koridor tersebut memastikan tiada orang sebelum mengatur beberapa tapak mendekati lelaki itu. Botol air mineral tadi diletakkan di atas bangku kayu yang berada di sebelah Rayden. Tanpa rasa sedikit pun malu, perlahan-lahan tangannya naik menjalar pada leher Rayden. Pantas kedua-dua belah tangan Rayden mencengkam lengan wanita itu. Serta-merta memberhentikan perbuatan Rose. Rose tersentak.

Anak mata tajam itu menikam tepat ke mata Rose dengan maksud amaran. "Don't touch me or i will kill you here." desis Rayden. Dia mengancing gigi. Terus tangan Rose dilepaskan. Lantas tubuh wanita itu ditolaknya sehingga Rose terenjak sedikit beberapa tapak ke belakang. Mujur dia sempat mengimbangkan diri daripada jatuh terjelepok ke atas lantai.

Rose buat-buat ketawa. Dia menggeleng kepala memandang Rayden. Tak sangka sayang betul suami perempuan tak guna tu pada isteri dia. Walhal, isteri dia tu pula dah macam duit lima sen. Langsung tak bernilai. Agaknya mata mamat ni dah rosak kot? Tak pun... dah kena guna-guna dengan isteri sendiri.

"So sweetlah Hana dapat suami macam you. I rasa cemburu pula sebab biarkan Ziat lepaskan Hana. Sepatutnya perempuan macam tu layak dijaga oleh orang yang rendah pangkatnya. Perempuan macam Hana tu tak layak langsung pegang gelaran isteri kepada you. Dia tu cuma pembawa penyakit. Dah ramai sangat lelaki sentuh dia, tak terkira lagi dengan penagih dadah tepi lorong sana tu... mesti dia ada HIV, kan? Selepas tu... nak kongsi dengan you pula penyakit tu. Sayanglah kalau lelaki macam you ni ada HIV. Better you ceraikan sahaja perempuan macam itu sebelum hidup you merana disebabkan Hana." protes Rose, selamba. Dia menayang muka bersahaja. Sedikit pun dia tidak ada rasa bersalah dengan kata-kata berbaur sindirian itu. Rayden menarik senyuman sinis dibibirnya membawa maksud tersirat. Sekilas dia berpaling ke arah bilik persalinan yang masih lagi tertutup. Hana masih lagi belum keluar. Dia memandang pula ke arah bilik stor yang berada di belakang wanita itu. Fikirannya mula mencerna sesuatu.

Sekali lagi dia tersenyum sinis. Dia kembali memandang wajah Rose. "Kau silap cari pasal dengan suami orang seperti aku. Aku tak pernah bagi muka pada perempuan, dan nampaknya kau dah mencabar aku."

"Huh?"









                         HANA membetulkan sedikit awning tudungnya yang  menggelebeh. Costume Hanfu yang dipakainya tadi disangkut pada tempat yang disediakan. Sekali lagi dia menatap cermin solek di hadapannya ingin memastikan semuanya masih lagi kelihatan baik sebelum melangkah keluar daripada bilik persalinan.

"Err... Cik Hana." sapa seorang wanita di situ. Langkah Hana spontan terhenti. Dia terus memusing ke belakang memandang wanita berkulit putih yang memakai baju tradisional cina. Kening Hana berkerut pelik. Dia melangkah beberapa tapak menghampiri Hana. Sekeping kad yang bertuliskan alamat butik Darren Shine dihulurkan kepada Hana. Teragak-agak Hana ingin mencapainya.

Dia menunduk sekilas memandang paparan yang tertulis di atas kad sebelum mengangkat kembali wajahnya memandang wanita itu. 

"Untuk apa ni?"

"Tuan Darren berminat nak jadikan awak model baru dia dan dia nak minta maaf tentang apa yang berlaku di atas pentas tadi. Kalau awak berminat datanglah ke butik tu ya? Awak memang sesuai jadi seorang model. Lagipun you memang model pun dulu, kan? Rugilah kalau you sia-siakan bakat yang ada." ujarnya.

Hana mengerut kening. "Saya... model dulu?"

Dia mengangguk. "Ya. Takkan dah lama berhenti kerja sampai lupa? You dulu bekerja dibawah butik bapa Tuan Darren, Xu Fang namanya. Tak ingat? You berhenti kerja pun sebab... you nak fokus layan suami you dan lagi satu sebab, you asyik kena kacau dengan lelaki gatal nama... Ziat kot tak silap? I pun dah lupa tapi pernahlah you punya husband gaduh besar dekat sini gara-gara dia." ujar wanita itu lagi. Hana terkelu. Dia kembali menunduk memandang kad itu. Macam tak percaya sahaja aku seorang model dahulu. Patutlah Tuan Darren kenal aku?

"Err... tak apalah kalau macam tu. Terima kasih ek. Suami saya dah tunggu saya dekat luar, saya minta diri dulu." pamit Hana. Wanita itu mengangguk kepala. Lantas kad itu dimasukkan ke dalam beg tangannya sebelum dia melangkah keluar daripada bilik persalinan. Senyuman kecil diukirnya saat melihat Rayden di hadapan bilik stor. Kelihatan lelaki itu sedang menyapu baju kemejanya yang agak sedikit berdebu.

"Awak? Awak buat apa tu?" soal Hana. Keningnya bertaut pelik memandang  baju kemeja Rayden yang menggelebeh dan berkedut. Wajah lelaki itu juga kelihatan penat sahaja. Tercungap-cungap nafas Rayden dibuatnya. Dia menghala tapak tangan pada Hana, meminta wanita itu memberinya sedikit masa untuk berehat mengambil nafas.

Dah kenapa suami aku ni? Tiba-tiba sahaja penat semacam? Buat senaman ke?

"Kau dah siap ke?" soal Rayden setelah beberapa minit dia mengambil nafas penat. Pandangan dialihkan memandang Hana. Wanita itu mengangguk kepala.

"Sudahlah. Awak pula kenapa tiba-tiba macam penat sahaja? Baju pun dah berkedut. Awak buat apa?"

"Tak ada apalah. Aku tolong mak cik cleaner angkat barang tadi. Dia suruh simpan dalam bilik stor ni. Katanya barang tu dah tak boleh pakai. Aku kesian tengok dia angkat sorang-sorang jadi aku tolonglah." ujar Rayden. Hana mengangguk faham. Dia tersenyum lebar.

"Baik juga awak ni kan? Tolong mak cik angkat barang?"puji Hana.

"Habis? Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Sudahlah. Jom kita pergi daripada sini. Nanti mak cik cleaner tu suruh aku angkat barang lagi pula." ajak Rayden. Terus tangan Hana ditarik memaksa wanita itu untuk mengekor langkahnya pergi daripada kawasan itu.

  

                               

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro