51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                         ZIAT melongo di balkoni kecil hotelnya. Pemandangan di sekitar kawasan ibu kota itu diperhatikan. Deruan angin yang menyapa lembut wajahnya langsung tidak dipedulikan. Dia termenung memikirkan sesuatu. Tak semena-mena terlakar difikirannya tentang memori yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.

Suasana warung itu agak riuh dengan jeritan sokongan daripada peminat setia bola sepak. Masing-masing menyokong pasukan bola sepak mengikut negeri yang diminati. Pelanggan yang berada di warung itu kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki muda. Puntung rokok yang hampir menipis dibuang ke dalam bekas abu rokok, lalu Ziat mengeluarkan lagi sebatang rokok untuk dihisapnya lagi. Pemetik api dinyalakan lantas dihala pada hujung rokok sehingga mengeluarkan asap.

BUK!

Tumbukan kuat dilepaskan ke wajah Ziat secara tiba-tiba. Terkejut pelanggan yang berada di warung itu apabila melihat tindakan Rayden yang agak kasar kepada Ziat. Mereka lantas bangun daripda tempat duduk masing-masing berenjak ke belakang. Puntung rokok yang dihisap Ziat tadi juga sudah terpelanting entah ke mana. Ziat mengetap bibir menahan rasa perit dibahagian rahangnya. Perlahan-lahan dia mendongak memandang Rayden yang mencerlung tajam ke arahnya dengan membawa maksud amaran.

Dia tersenyum sinis. Lihat wajah Rayden sahaja dia sudah dapat meneka punca kehadiran lelaki itu ke warung ini. Lantas Ziat bangun daripada kerusi, berdiri di hadapan Ziat. Ngam-ngam sahaja ketinggian mereka berdua. Kali ini Ziat dan Rayden saling bertentangan mata.

"Kau tak belajar ada ke bro? Baru masuk Islam, buat cara baru masuk Islam... "

"Hei, siapa yang tak ada adab sekarang ni huh? Kau ingat aku tak tahu yang kau ganggu isteri aku di tempat kerja? If you dare just find me not my wife!" bentak Rayden. Dia menolak tubuh Ziat sehingga lelaki itu terenjak sedikit beberapa tapak ke belakang. Ziat tersenyum sinis. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang Rayden. Dia buat-buat seperti menepuk-nepuk dada membersihkan bajunya yang disentuh Rayden tadi.

"Kau ni memang perasankan? Memanglah sekarang dia isteri kau, tapi tak lama lagi... dia akan jadi milik aku. Jadi kau tak payah nak protect dia sangat seperti kau itu suami yang mithali. Sudahlah... balik ke tempat kau sahajalah. Jangan menyemak di sini."

"Kau jangan perasanlah. Hana tu... sampai bila-bila akan jadi isteri aku. Aku takkan ceraikan dia melainkan ajal. Kau jangan jadi pemusnah rumahtangga aku. Banyak lagi perempuan lain dalam dunia ni yang kau boleh carilah!"

"Siapa kata?" soal Ziat. Dia mengangkat sebelah keningnya memandang Rayden.

"Kau ingat bila kau dah kahwin dengan Hana, Hana tu akan stay sampai bila-bila ke? Sedangkan orang lain yang dah pernah berkahwin sampai 5 tahun pun boleh bercerai apatah lagi yang baru berapa bulan..."

"Hei, jaga sikit mulut kau!" Rayden mengancing gigi. Makin berderau darahnya mendengar kata-kata lelaki itu. Rasa nak lepaskan sahaja penumbuk di wajah Ziat buat kali kedua. Tetapi dia sabar.

Ziat ketawa terkekek.

"Tengoklah si cina ni... dia tak tahu dugaan orang lepas kahwin ni macam mana? Agak-agaknya kalau terkena musibah dalam rumahtangga melalak kot jantan ni?" sinis Ziat. Pelanggan di situ ketawa besar mendengarnya. Malah Rayden sedikit pun tidak mengendahkan gelak tawa itu. Dia mengetap bibir menahan geram. Kedua-dua belah tangannya dikepal kuat membentuk buku lima.

"Dengar sini Rayden Lee Hwan a.k.a Hidayat... perkahwinan kau dengan Hana langsung tiada persetujuan daripada mak mertua kau sendiri. Dia terima pun... sebab terpaksa. Aku ni pula mak dia suka. Dia layan aku pun lebih daripad melayan menantu dia. Kau nak tahu sebab apa? Sebab engkau tu tak layak kahwin dengan perempuan macam Hana. Kau layak dengan betina sundal dekat lorong. Tapi kalau kau nak juga dengan Hana aku tak kisah. Kau biar aku jual dia dekat kelab malam, selepas dia dah kotor... baru aku bagi pada kau. Baru sesuai! Seorang bekas rosak anak dara orang, seorang lagi pula pemuas nafsu jantan... "

"Kurang ajar kau!" terus kolar Ziat ditariknya kasar. Lantas satu tumbukan kuat hinggap ke wajah Ziat buat kali kedua sehingga dia jatuh terbaring di atas tanah. Tak cukup dengan itu dia menyepak perut Ziat berkali-kali. Pelanggan di situ pula hanya menjadi penonton. Tak berani untuk masuk campur. Ziat mengerang sakit. Wajahnya juga sudah berkerut. Dia menyentuh bahagian perutnya yang terasa senak. Puas hati Rayden melihatnya.

Dia pun manusia yang ada limit kesabaran. Kalau dah dicabar sabarnya memang mengundang maut. Nasib baik dia sudah cuci tangan daripada kerja kongsi gelap, kalau tidak dah bersepai kepala mamat ni makan peluru!

"Kau dengar sini Ziat... Lu belum kenal wa siapa. Wa cucu Uncle Chong, kongsi gelap terbesar di sini. Kalau lu ganggu wa sama wa punya isteri, Dìyù shì nǐ dì dìfāng! (Neraka tempat kau)" desis Rayden memberi amaran. Dia meludah air liurnya ke tanah. Wajah-wajah pelanggan di situ diperhatikan seketika dengan riak wajah sang garuda yang menantikan mangsa, semuanya pantas menunduk kepala ke bawah. Tubuh mereka juga sudah menggigil ketakutan. Tanpa sebarang kata Rayden terus melangkah pergi daripada situ.

Perlahan-lahan Ziat bangun daripada tanah. Tubuhnya sedikit membongkok menahan senak di perut. Tak sampai beberapa langkah, Rayden berhenti. Dia menoleh ke belakang memandang Ziat yabg berkerut menahan perit.

"Lagi satu aku nak pesan dekat kau. Aku bukan pandang wanita daripada apa yang mereka ada. Aku kahwini Hana kerana aku percaya dia mampu jadi pembimbing aku ke jalan syurga Allah, sekalipun dia hina... atau kotor. Aku akan tetap cari dia dan tempatkan dia di ruang paling penting dalam hidup aku. Tiada apa yang boleh buatkan aku benci pada dia." ujar Rayden. Sekadar hanya memesan pada lelaki itu. Lantas dia kembali mengatur langkah pergi daripada situ.

"Sayang... " sapa suara wanita itu. Terasa seperti ada tangan yang melingkar ditubuhnya. Lamunan Ziat terus terhenti. Dia pantas mendongak memandang Rose yang berdiri di belakang.

"Kenapa you duduk luar? Jomlah masuk bilik... nanti you demam I juga yang susah." adu Rose manja. Dia mencebik bibir.

"Yalah...  Yalah..."  Ziat bangun daripada kerusinya. Rose tersenyum menang. Dia menarik tangan lelaki itu masuk ke dalam bilik. Kedua-dua pintu kaca ditutupnya daripada membiarkan angin luar masuk ke dalam. Cukup hanya satu bilik untuk mereka kongsi bersama. Hotel? Trivago.

K. Ayat last gurau je. Hahaha






https://www.youtube.com/watch?v=-ZAFtYnGyWQ

Lagunya kena betul dengan cerita dalam jagaan devil. Saya dapat sumber inspirasi daripada sinilah. Hahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro