DL - 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Asap rokok berkepul-kepul di ruang bilik itu. Dia memandang dengan tidak berminat ke arah seorang wanita di sisinya. Sudahlah berpakaian menjolok mata. Iman dia yang nipis itu semakin nipis. Tapi dia cuma tahan.

Bunyi kekecohan itu lebih menarik minat dia. Tangan perempuan itu yang bergayut di leher dia dilepaskan. Tanpa mempedulikan perempuan itu dia melangkah ke arah orang ramai berkumpul.

"Kau memang dah lama hidup ke hah? Aku dah kata jangan nak ganggu life aku tapi kau degil!" Sayup-sayup kedengaran suara seorang lelaki.

Dia menolak-nolak pelanggan yang mengelilingi tempat itu. Kini dia sudah berdiri di hadapan sekali. Rokok di tangan dia dikepit di jarinya. Kelihatan seorang lelaki sedang memarahi seorang perempuan. Tapi wajah dia tak beberapa jelas kerana terlindung dengan rambut panjangnya.

"Sudahlah. Kesian adik you..." perempuan di sebelah lelaki itu mengusap dada lelaki itu.

"Tak pernah nak kesian sangat. Kecil-kecil tak nak mati. Bila besar menyusahkan aku. Bodoh!" Marah sekali lelaki itu.

Akhirnya dia mengangkat wajah dia. Rambut panjang dia di kuak ke belakang. Terserlah lah wajah nya yang cantik itu. Tajam mata dia merenung lelaki di hadapan dia itu.

"Kau fikir aku suka ada abang macam kau ni? Nampak saja muka macam lelaki melayu terakhir tapi ke laut! Aku datang sini nak minta duit. Mana duit aku?" Marah dia tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.

"Habis..." jawab lelaki dengan riak selamba.

"Apa?" Jeritnya kuat.

"Kenapa bising-bising ni? Kau kenapa datang sini buat kecoh?" Pengawal club itu datang dan cengkam lengan gadis itu.

"Aku jumpa dia lah! Lepaslah!" Dia mula meronta-ronta untuk dilepaskan.

Ray tersenyum sinis apabila melihat gadis di hadapan dia itu. Rokok di tangan dia dihala ke mulutnya dan disedut dalam. Kemudian dia menghembus dengan wajah yang tak dapat digambarkan.

"Let her go..." celah Ray setelah lama mendiamkan diri.

Sebaik saja dia melihat Ray pengawal itu serta merta melepaskan pegangan mereka. Siapa tidak kenal Ray? Orang paling berpengaruh di club itu. Yang paling penting dia mempunyai pengaruh dia sendiri untuk mengulingkan syarikat itu.

"You follow me..." arah Ray tegas.

Tapi gadia itu mengeleng dan ingin pergi dari situ. Tapi malangnya Ray sempat menangkap dia. Pegang tangan dia pada gadis itu dikuatkan. Dia pandang pengawal di hadapan dia.

"I want a room. Private room" arah Ray dalam nada serius. Pengawal itu mengangguk.

Ray tersenyum sinis. Nampaknya gadis itu belum mengenali dia. Sayang sekali gadis itu tidak mengecam dia. Sedangkan dialah yang menjadi igauan para gadis di luar sana.

"Who are you?" Soal gadis itu kepada Ray. Geram kerana tangan dia tidak di lepaskan oleh lelaki di hadapan dia.

Ray hanya diam. Mereka tiba di sebuah bilik di tingkat dua. Pintu bilik itu dibuka dan tubuh gadis itu ditolak masuk. Sebaik saja dia masuk dia mengunci pintu. Bilik itu sangat luas. Ada mini bar, snooker dan satu katil king.

"Cepat betul kau lupa aku. Tapi aku kenal kau. Zalikha.." Ray menapak ke arah mini bar dan dia duduk di situ.

Zalikha tergamam. Siapa dia? Kenapa dia tahu nama aku? Dahi dia berkerut. Puas dia memikir. Tapi tidak dapat jawapan.

Ray memakai kaca mata yang tersangkut di poketnya. Sebaik saja dia memakai kaca mata Zalikha terus terpaku. Jadi betullah? Tapi kenapa?

"Aku tahu kau keliru. Tapi kau kena tahu sesuatu. Ni diri aku yang sebenar. Cermin mata itu hanyalah untuk penyamaran saja" dia pandang Zalikha. Gadis itu hanya diam saja.

"Tapi kenapa perlu menyamar?" Zalikha menyoal.

"Untuk kebaikan aku..." Ray tersenyum nipis.

Jika gadis itu tahu akan perihalnya dapat kah gadis itu terima? Dia ada sebab dia tersendiri. Tak mungkin dia akan berkata benar kepada Zalikha. Gadis itu baru dikenali olehnya.

••••••

Firash mengetap bibirnya. Telefonnya diletakkan ke atas meja kerjanya. Rambut hitamnya diraup kasar. Kata-kata Mike tadi membuatkan dia panas hati! Tak guna!

"Ada apa kau call aku?" Soalnya malas. Tangan lincah membelek fail kewangan syarikatnya.

"Its about Melinda" terus terhenti kerja apabila nama itu disebut.

"Tell me..." dia mendengar dengan penuh sabar. Dia terdengar Mike menghela nafas panjang.

"Melinda habiskan duit Tuan dalam 3 Milliom. All money she gave to her boy. I just check your account. Now, she transfer your money to her friend about 3K. Melinda juga dah habiskan duit tu dengan membelanjakan rakan-rakan dia. Dia juga--"

"Stop! Aku dah tak nak dengar! Just fax me the account now!" Terus saja dia mematikan panggilan.

Hatinya panas. Duitnya habis begitu saja. Tidak kah wanita itu tahu yang dia bersusah payah mendapatkan duit? Senang-senang saja dibelanjakan olehnya.

"Melinda kau nak sangatkan main dengan aku. Let's play the game!" Dia tersenyum sinis lalu membuat panggilan.

"Yes dear?" Terdengar suara ceria Melinda di hujung talian.

"You free tak malam ni? I nak bawa you ke satu tempat. If not tak apa I tangguhkan dulu..." dia bermain psikologi.

Satu cara dia membuatkan perempuan tunduk. Psikologi! Ayat-ayat dia membuatkan perempuan akan tertunduk padanya.

"I free..." ujar Melinda tanpa mengesyaki apa-apa.

"Good! I pick you at 8 p.m" terus dia matikan panggilan.

Firash tersenyum sinis. Melinda...kau akan tahu siapa aku yang sebenarnya nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro