DA - 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maya membelek dress yang tergantung di sebuah butik. Dress itu ditilik dari atas hingga bawah. Dia tiada niat pun bahu membelinya. Lihat saja lah dia mampu. Lagi pun satu dress itu saja mencecajh ribuan ringgit. Hangus duit gaji dia kalai beli dress itu.

"Cik tak nak beli ke? Tengok je?" Tegur seseorang. Dia perasaan dari tadi wanita itu membelek dress itu.

Maya mengeleng kepala dia. Dia tidak menyedari langsung lelaki itu memandang tingkah laku dia dari tadi lagi. Dress itu diambil dan tangan dia memgamit ke arah pekerja di butik itu.

"I want this" kata lelaki itu dingin. Pekerja itu mengangguk.

Maya terperanjat melihat dress itu sudah hilang dibawa pergi oleh pekerja butik itu. Punah harapan dia mahu membeli dress itu. Keluhan terlepas dari bibirnya.

"Jangan mengeluh.." tegur lelaki tadi. Dia mencuit bahu Maya. Wajah muram gadis itu dipandang dengan penuh perasaan.

Maya mengangkat kepalanya. Mata dia membulat besar apabila mengecam lelaki di hadapan dia itu. Zul tersengih melihat wajah terkejut Maya. Kepala dia yang ditutupi cap hitam di garu perlahan.

"Encik boleh ke kaunter bayaran" pekerja tadi mencuit lengan Zul.

Zul mengangguk. Tangan kanan Maya ditarik olehnya. Wajah terkejut Maya membuatkan dia menarik senyuman. Comel!

"Berapa?" Zul menyoal. Dia sudah mengeluarkan dompetnya dari poket belakang. Wajah serius Zul menakutkan pekerja disitu.

"RM 3000" kata pekerja itu gugup.

Zul tanpa teragak mengeluarkan kad kreditnya. Setelah pembayaran selesai, Zul memegang beg yang berisi dress itu. Maya mengikuti Zul dengan wajah terpinga-pinga.

"Nah.." Zul menghulurkan beg tadi kepada Maya.

"Awak bagi saya ke?" Soal Maya. Teragak-agak dia mahu mengambil pemberian Zul.

"Tak lah aku bagi makcik tu" kata Zul sarkastik. Senyuman sinis terukir di bibir dia.

Maya mengetap bibir. Lambat-lambat dia menyambut pemberian Zul. Lelaki itu kembali menarik tangan Maya.

"Mana kawan kau? Tak kan kau sorang je hari ni?" Zul menyoal. Pelik dia melihat Maya hanya bersendirian di mall itu.

Biasanya ada Elly Adelia menemani gadis itu. Tapi hari ini tidak. Sungguh pelik.

"Dia ada kat rumah" balas Maya tertunduk. Sungguh dia berasa malu mahu menentang mata tajam Zul.

Mereka bagaikan pasangan kekasih saja pada waktu itu. Zul segak pada hari ini. Jaket kulit hitam dan di dalam tersarung baju-t putih dikenakan dengan ripped jeans hitam.

Maya memandang curi kearah Zul. Tubuh tegak dan tangan yang berurat itu membuatkan Maya seakan-akan hanyut. Mata hitam yang tajam dan mampu membuatkan hati dia cair bila-bila masa saja.

"Dah puas pandang aku?" Zul bersuara perlahan. Mata fokus ke hadapan tapi dia sedar bahawa gadis di sebelah dia curi-curi pandang dia.

Maya tersentak. Cepat-cepat dia memalingkan muka dia ke arah lain. Malu! Panas saja wajah dia ketika itu. Kantoi tenung anak teruna orang!

Zul menyimpan senyuman. Selamba saja tangan dia dilingkarkan ke pinggang Maya. Sedikit pun dia tidak berasa malu atau segan. Maya pula sudah kaku.

"Jalan.." arah Zul tegas tapi terselih kelembutan. Dia menarik Maya rapat ke arahnya.

Mereka jalan keluar dari pusat membeli belah yang semakin sesak dengan orang ramai itu. Setibanya mereka di luar, sebuah kereta BMW warna merah sudah tersadai di hadapan pintu masuk.

Zul menekan alarm keretanya dan bunyi alarm itu telah menarik perhatian orang ramai. Rata-rata memandang ke arah mereka dan juga kereta mewah itu. Zul membukakan pintu untuk Maya. Teragak-agak gadis itu mahu masuk.

"Err..kereta saya macam mana?" Soal Maya. Tak akan dimahu tinggalkan kereta kesayangan dia begitu sahaja.

"Nanti aku suruh budak-budak aku hantar ke rumah kau. Masuklah" Zul menolak tubuh Maya ke dalam keretanya.

Maya hanya menurut. Zul berjalan ke pintu sebelah. Enjin berderum memenuhi pintu masuk mall itu. Sebaik saja pedal minyak ditekan kereta itu menderum laju meninggalkan mall itu.

"Kita nak ke mana?" Maya memandang Zul yang tenang memandu. Urat-urat timbul di lengan lelaki itu.

"Makan" ringkas saja Zul membalas.

Maya diam. Dia tidak tahu mahu bercakap apa dengan lelaki itu. Kemudian mata dia tertancap ke arah beg yang berisi dress itu. Dia menepuk dahinya perlahan. Dia belum meengucapkan terima kasih lagi kepada Zul.

"Kenapa? Nyamuk gigit kau ke sampai tepuk dahi?" Zul memandang Maya sekilas. Pelik saja gelagat Maya itu.

"Err..awak terima kasih untuk dress ni. Nanti saya bayar balik" kata Maya perlahan.

"Tak perlu. Aku ikhlas bagi kau. Ambil saja"

"Ta--tapi.." Maya kelihatan serba salah. Dia bukan jenis mengikis. Lagi pun dia tak nak terhutang budi dengan lelaki itu.

"I said once, no need to worry about it! Just take it as your present" tegas Zul.

Maya lambat-lambat mengangguk. Bibir dia digigit. Zul tersenyum melihat wajah serba salah Maya. Bagi dia Maya memang cantik tanpa sebarang mekap pada wajahnya. Natural beauty!

"Erm..balik lah"

Zul memandu keretanya membelah lebuh raya. Maya membuang pandangan keluar tingkap. Entah ke mana lelaki itu mahu membawa dia makan. Nak tanya terasa takut pula. Muka Zul yang sentiasa serius itu membuatkan dia berasa kecut mahu memandang lama-lama. Tapi hati dia sudah jatuh sayang pada lelaki itu.


________________

Holla guys! 🤗🤗

This part special for Maya and Zul 😍

Siapa yg ship mereka ni boleh lah berlakon jadi Maya haha 😂😂😂

Auch! Dorang dh fall in love lah 😍🙈🙊

Jgn jeles tau 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro