DA - 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maya memanaskan enjin kereta sementara menunggu rakan serumah dia bersiap-siap. Sesekali dia melihat penampilan diri dia di cermin kereta. Kemas dan sopan!

"Oii! Lambat lagi ke?"  Jerit Maya apabila dia merasakan begitu lama masa yang diambil oleh Elly Adelia untuk bersiap-siap.

"Kejap lah!" Laung Elly Adelia dari dalam rumah.

Dalam hati dia sudah mengetus rasa marah terhadap tudung dia itu. Makin di baiki makin teruk jadinya. Fedup dia rasa saat itu! Awning tudung pula tak menjadi!

"Eii! Stres tul aku! Tadi elok je. Masa aku nak cepat ni lah kau buat hal kan! Sakitnya hati aku!" Getus dia geram.

Dia mencabut tudung bawal itu dan dia mencapai shawl berwarna merah jambu itu. Shawl itu dililit begitu sahaja ke lehernya. Malas nak melawa.

Beg bagasi yang berada di tepi pintu dicapai dan ditarik. Sempat dia melihat tingkap-tingkap rumah. Bimbang jika tidak terkunci. Selesai saja, dia mengunci pintu rumah dan pintu grill. Kunci dimasukkan ke dalam beg silang dia.

Maya sudah menunggu di dalam kereta. Siap menepek mekap lagi. Elly Adelia menjuling mata ke atas. Kaki dia menyarung sandal dengan pantas.

"Payah orang lawa ni.." perli Elly Adelia sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.

Tali pinggang di pakai. Maya tergelak saja. Dia mengundurkan kereta ke belakang. Pintu pagar automatik tertutup apabila Maya mengundurkan kereta. Beg bagasi diletakkan di dalam bonet. Seat belakang penuh dengan buah tangan dari mereka berdua.

*****

Tepat pukul 3 petang mereka tiba di kampung Maya. Kelihatan orang-orang kampung mula memenuhi rumah kayu itu. Beberapa buah khemah putih sudah terdiri di halaman rumah yang luas itu.

Maya dengan muka teruja dia menjerit memanggil emak dia. Orang dah lama tak balik kampung, itulah jadinya. Elly Adelia tertunduk malu dengan perangai tak sopan Maya itu.

"Ya Allah Maya! Malu mak kamu jerit macam tarzan" itu dia Mak Peah keluar sambil bercekak pinggang.

Maya satu-satunya anak perempuan dia. Nak marah lebih-lebih dia tak sampai hati. Marah manja-manja bolehlah. Maya memeluk erat tubuh gempal Mak Peah itu. Rindu!

"Mak adik rindu mak lah! Sebab tu orang jerit kuat-kuat. Mana lah tahu kan mak tak dengar. Orang tu kan tak sabar nak dapat menantu!" Perli Maya lalu terkekeh dia ketawa.

Maya..Maya tak berubah langsung. Sikap dia yang lepas laku itu lah membuatkan Elly Adelia selesa berkawan dengan Maya. Bukan itu saja, Maya jugalah yang sudi berkawan dengan dia sejak di bangku sekolah lagi.

"Haa, Kamu Adel? Tak nak naik ke? Tak naik peluk mak?" Sindir Mak Peah.

Elly Adelia menyalami Mak Peah sopan. Kemudian Mak Peah dipelukkan. Agak janggal kerana dah lama mereka tidak pulang ke kampung ni.

"Mak, Along dengan Angah mana? Tak nampak pun? Ke hilang?" Maya melilaukan mata dia ke sekeliling rumah.

Ahmad Muiz dan Ahmad Mikael dicarinya. Dua-dua abang dia itu berwajah kacak dan tegap orangnya. Biasalah, seorang askar dan seorang lagi polis. Mana tak tegapnya.

"Ada je ha. Pergi pasar cari ayam dan daging buat makan orang kampung petang nanti. Kamu bawa barang-barang ke bilik. Rehatlah dulu. Nanti mak panggil" ujar Mak Peah.

Dia tak marah langsung kalau Maya dan Elly Adelia jarang pulang. Lagi pun dua-dua bekerja. Dia tak boleh memaksa. Duit setiap bulan masuk dalam akaun dia.

"Baik mak" sahut mereka berdua.

*****

"Kau tahu tak dua perempuan tu pergi mana? Dua minggu pula tu cuti!" Daniel Arfan menarik kerusi di hadapan meja Zul.

Zul yang asyik menyemak pelan bangunan itu terus mengangkat muka dia. Jarang bos seorang ini turun padang melawat tempat kerja dia.

Zul bukan saja orang kanan Daniel Arfan, dia juga merupakan jurutera yang menguruskan projek-projek besar dan mempunyai syarikat sendiri.

"Hari tu, Maya ada bagitahu aku yang dia balik kampung. Ada kenduri katanya. Sambil-sambil tu dia nak luangkan masa kat sana. Dah lama tak jenguk orang tua dia kat sana" ujar Zul.

Tangan dia lincah bergerak sana sini melakar pelam itu. Daniel Arfan mengangguk-angguk.

"Haa..dia ada jemput kita ke sana. Kenduri tu hari Ahad ni" Zul menghulukarkan satu kad jemputan kepada bos dia itu.

Daniel Arfan mengambil dan menilik. Dia tersenyum sendiri. Zul pula yang pelik.

"Kau kenapa?" Zul mula pelik. Senyuman bos dia itu lain macam.

"Dua hari lagi majlis berlangsung. Jom ke sana hari ni.." ajak Daniel Arfan dengan senyuman penuh makna.

Bukan dia tak tahu yang Zul sukakan Maya dalam dia. Dua-dua suka sama suka. Lainlah dia dan Elly Adelia. Suka dalam paksaan.

"Alang-alang jumpa bakal mentua kau sekali.."

Kata-kata Daniel Arfan membuatkan Zul tersilap menanda. Terkejut punya pasal. Daniel Arfan sudah tergelak. Belakang badan Zul ditepuk-tepuk perlahan.

"Dah suka tu jangalah tangguh lagi. Buatnya dikebas orang tak ke naya.."

Zul hilang kata. Lidah dia jadi kelu. Tak tahu nak balas apa. Sememangnya, bos dia itu sungguh pandai meneka hati dia. Payah betul!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro