DA - 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Re - Write [ edit ]
____________________

Daniel Arfan memandu kereta dengan laju sekali. Sesekali mata dia mengerling gadis di sebelah dia. Sejak masuk kereta lagi gadis itu hanya mendiamkan diri.

"Kau kenapa? Diam je?" Tegur Daniel Arfan. Dia menghentikan keretanya apabila lampu isyarat berwarna merah.

Elly Adelia tersentak. Dia memandang Daniel Arfan dengan mata bulatnya.

"Ha..err..sa--saya tak tahu nak cakap apa.." perlahan saja Elly Adelia mengeluarkan suara.

Daniel Arfan tersenyum sinis. Faham sangat gadis itu pasti takut akan dirinya. Dia menekan pedal minyak apabila lampu bertukar hijau.

"Kau dah lama kerja kat hotel tu? Atau kau pekerja baru?"

"Dah lama. Hampir dua tahun setengah.." Elly Adelia memandang Daniel Arfan.

Lelaki itu nampak bergaya walaupun masih lagi berpakaian kerja. Malah haruman badan lelaki itu juga membuatkan dia sedikit hanyut.

"Kau tenung aku lama mana pun bukan dapat apa-apa"

Pantas saja Elly Adelia mengalihkan pandangan mata dia. Sungguh dia rasa segan dan malu. Dia memandang ke luar timgkap. Wajah dia terasa membahang saja waktu itu.

Daniel Arfan menghentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Jauh dari hotelnya. Dia keluar dari kereta dan menuju ke restoran itu.

Elly Adelia cepat-cepat keluar dari kereta itu. Takut dia ditinggalkan keseorangan. Sudahlah tempat ini dia tak kenal. Mahunya sesat nanti. Dia mengekori  Daniel Arfan dari belakang.

Daniel Arfan memilih tempat mereka di bahagian tingkap. Hanya disitu saja tempat yang kosong. Elly Adelia pula berasa kagum dengan dekorasi restoran itu.

"Order miss? Sir?" Pelayan itu tersenyum memandang mereka berdua.

Daniel Arfan pantas saja memesan makanan untuknya. Elly Adelia pula masih lagi menatap menu di tangan dia. Ternganga mulut dia melihat harga makanan.

"Err..bagi saya jus oren saja.." Elly Adelia tersenyum kepada pelayan itu.

Daniel Arfan berkerut memandang Elly Adelia. Air saja dipesan gadis itu. Dengan memesan makanan yang sama dengannya untuk gadis itu. Bukan dia tak tahu gadis itu menahan lapar sejak tadi.

"Encik ni kerja apa? Bos encik tak marah ke encik keluar masa ni?" Elly Adelia memandang Daniel Arfan.

"Tak. Tak ada siapa berani nak marah aku" ujarnya dengan sengihan sinis.

Elly Adelia mencebik. Dia sudah menolak perlawaan lelaki itu tapi lelaki itu tetap memaksa dia. Bimbang dia dimarahi oleh Liana kerana masuk lewat.

"Pasal kerja kau jangan risau. Zul akan uruskan" Daniel Arfan berkata.

Elly Adelia memandang Daniel Arfan pelik. Macam tahu-tahu saja lelaki itu. Tak lama itu makanan yang mereka pesan tiba.

Elly Adelia tertelan air liur melihat makanan itu. Sungguh menguji nafsu makan dia. Tanpa menunggu lama dia terus makan. Daniel Arfan hanya mengeleng saja melihat gelagat gadis itu.

*****

Elfran Danish memutarkan bola matanya apabila melihat kelibat gadis itu di dalam rumahnya. Wajah dia yang tadi penuh dengam senyuman terus mati.

"Hye Danny.." tegur gadis itu ceria. Lengan Elfran Danish dipeluk erat.

Mawar Qaisara hanya tersenyum saja. Melihat wajah kelat anak lelaki membuatkan dia faham.

"Ishh.. lepaslah! Rimas tahu tak!" Marah Elfran Danish.

Lengan Kisha Afina pada lengannya direntap kasar. Sungguh dia berasa meluat dengan gadis itu. Sudahlah pakai baju tak cukup kain.

"Mama kenapa perempuan ni ada dalam rumah kita, rimas tahu tak!"

Elfran Danish memandang mama dia dengan pandangan tak puas hati. Kisha Afina hanya tersenyum saja. Hatinya sudah lama terpaut dengan lelaki dingin itu.

"Papa yang jemput Kisha ke sini. Katanya rindu dengan mama kamu. Tak salahkan tunang nak melawat kamu?" Syed Syakil bersuara dari atas tangga.

Wajah Elfran Danish semakin masam. Tak suka dengan tindakan papa dia. Suka buat keputusan tanpa berbincang dengan dia.

"Cukuplah pa, Danish dah lama mengalah dengan papa. Papa buat keputusan tak bincang dengan Danish"

Elfran Danish mula meninggikan suaranya. Wajah dia yang putih sudah beruba kemerahan. Rahang dia mula mengeras.

"Papa tahu kamu akan membantah. Lagi pun Kisha dah lama tak jumpa dengan kamu" Syed Syakil mengambil tempat di meja makan.

Elfran Danish mendengus marah. Syed Syakil selalu membuatkan dia naik angin. Hanya mama dia yang memahami dia.

"Sudahlah pa. Sebab keputusan papa ni lah buat kami hilang Arfan. Sebab tindakan papa lah Danish hilang abang Danish. Papa tak pernah nak faham dia!" Bentak Elfran Danish.

Mawar Qaisara mengosok belakang anaknya. Dia tahu sekejap lagi ada perang antara dua beranak itu.

"Elfran Danish! Papa tak pernah ajar kamu tinggikan suara! Sebab budak tu lah kami jadi macam ni kan!" Tengking Syed Syakil.

Elfran Danish menahan rasa. Ego papa dia terlalu tinggi. Dengan wajah bengang dia keluar dari rumah itu. Mawar Qaisara mengeluh. Kisha Afina berasa kasihan pada tunangnya itu.

"Ermm..mama biar Fina pujuk Danny ya.." Kisha Afina segera berlari menuju ke pintu utama.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro