DA - 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Elly Adelia menolak pintu bilik yang bakal dihuninya bersama dengan si suami. Buat pertama kali dalam hidupnya, tidur sebilik dengan lelaki. Berdebar rasanya. Dengan baju pengantin yang menyeret di atas lantai, dia masuk ke dalam kamar yang serba mewah itu. Namun, terselit keseraman kepada penghuni bilik. Dinding dicat dengan warna kelabu, cadar berwarna hitam dan hanya diterangi cahaya lampu yang malap.

Dia menekan suis utama dan bilik itu menyala terang. Terpempan Elly Adelia melihat satu foto besar di tengah-tengah kepala katil. Gambar dia yang entah bila masa diambil oleh Daniel Arfan. Dalam gambar itu kelihatan dia sedang tersenyum sambil memandang ke arah lain. Cukup cantik dengan tangan menongkat dagu.

"Cantik gak aku ni.." pujinya kepada diri sendiri. Dia agak kagum dengan kamar lelaki itu. Tidak pernah sekalipun dia masuk ke kamar ini.

Selama dia menghuni banglo serba mewah ini, dia hanya menghuni bilik kedua bersebelahan dengan bilik utama. Ini kali pertama baginya. Lagi-lagi gambar lukisan yang agak ke arah -- Elly Adelia sendiri gerun. Menakutkan!

Puan meneroka bilik itu dia membuka almari. Wardrobe saja sudah besar umpama bilik di rumah sewanya dahulu. Kain tuala berwana merah terang diambil kerana hanya warna itu saja yang ada. Dia tahu yang almari putih ini miliknya kerana kesemua pakaian kemas tersusun. Almari yang berwarna hitam itu pula pasti milik suaminya.

Tudung dikepala dibuka lalu diletakkan ke dalam bakul kotor. Begitu juga dengan baju yang tersarung di tubuhnya. Badan dia dibaluti dengan kain tuala. Rambut disanggul tinggi dilepaskan dan mengurai hingga paras pinggul. Nak potong terasa sayang sekali.

Sementara menunggu suaminya, lebih baik dia bersihkan diri. Daniel Arfan mempunyai satu urusan bersama dengan Ben. Jadi dia diminta naik dahulu kerana ada perkara yang ingin dibincangkan oleh suaminya. Dia akur.

Di ruang tamu, Ben menatap gambar-gambar yang dilemparkan oleh ketua dia. Kemudian tangan kiri dia mencapai pendrive berwarna hijau itu.

"Aku nak selidik semuanya. Ia ada kaitan dengan Adam dan Shahril" ujar Daniel Arfan serius.

"Maklumat bukan dah lengkap ke? Aku rasakan yang Shahril tidak lagi bekerjasam dengan Adam" Ben memandang ketua dia. Memang itu semua benar.

Tidak sanggup dia berbohong. Daniel Arfan seorang yang tidak dijangka. Disebalik ketenangan terselit keseraman dalam diri lelaki itu. Ben boleh mati begitu saja tanpa siapapun dapat mengesan mayat dia.

"Kau pasti?"

"Pasti sebab sekarang Shahril banyak bergerak sendiri. Dia sedang memerhatikan seseorang".

Daniel Arfan berpeluk tubuh. Jadi kini hanya Adam yang menjadi isu utama dia. Tidak bermakna Shahril terlepas. Tapi dia mahu menumpu lebih lagi kepada Adam Rizalman.

"Aku nak kau bagitahu aku lokasi markas dadah Adam" pinta Daniel Arfan. Hanya markas itu saja beroperasi hingga sekarang. Malah keuntungan Adam Rizalman berpunca dari hasil penjualan dadah.

"Kau nak buat apa?" Soal Ben. Dia tidak mempercayai Daniel Arfan. Lelaki itu pasti mahu bertindak ingin memusnahkan markas itu.

Daniel Arfan tidak membalas malah dia tersenyum sinis. Dia bersandar di kerusi sambil menyilangkan kedua kakinya. Wajah Ben dipandang dengan senyuman penuh makna.

"Jika markas itu adalah nyawa dia, maka aku harus hapuskan untuk dia" katanya penuh bermaksud.

Ben terdiam. Otak Daniel Arfan memang gila! Tiada siapa berani mengusik markas itu! Daniel Arfan memang menempah maut. Tapi Ben percaya, jika ketua dia yang buat pasti tiada bukti yang menyalahi dia.

"Kau memang gila!" Hanya itu saja dia mampu kata.

*****

Elly Adelia keluar dari bilik mandi sambil menggulung rambutnya dengan tuala putih. Tidak sangka tuala pun ada disediakan dalam bilik mandi. Dah macam hotel. Mandi saja dalam yakuzi yang memang besar dan bau yang menyegarkan. Terasa mahu saja dia berendam lama. Tapi memikirkan sudah lewat malam dia batalkan hasrat dia.

KLAK!

Pintu bilik terbuka dan tubuh suaminya melangkah masuk. Daniel Arfan menutup pintu dan dikunci dari dalam. Kot di badan ditanggalkan dan dicampak ke atas lantai. Begitu juga dengan kemeja dan seluar. Hanya tinggal boxer sahaja. Elly Adelia yang melihat sikap selamba suaminya mula merasa malu.

Kepalanya tidak ditundukkan malah menyoroti langkah si suami yang kini sudah berdiri di hadapan dia. Tangan dia berhenti dari mengerjakan rambut. Mata dia kaku di dada bidang Daniel Arfan. Bentuk badan sangat sempurna. Cukup membuatkan dia tergoda.

"Puas tenung badan aku?" Daniel Arfan menepuk kuat dahi isterinya. Muka dia yang hemsem tak nak pandang! Dada dia juga menjadi tatapan gadis itu.

"Sakitlah!" Rungut Elly Adelia. Hari pertama jadi isteri lelaki itu dah kena tepuk dahi. Nasib..nasib.

"Sediakan baju aku.." pesan Daniel Arfan lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Elly Adelia mencebik bibir. Tapi dia turuti saja. Tak pasal-pasal dapat dosa sebab ingkar arahan suami. Dia menyarungkan night dress warna merah jambu. Sememangnya itu pakaian dia pada tiap malam. Lebih selesa dan tak panas.

Dia menyediakan pakaian tidur suaminya dan diletakkan di birai katil. Seterusnya, dia menuju ke meja solek. Rambut panjang disisir rapi. Lembut dan tidak kusut! Asyik dia menyisir rambut secara tak sengaja dia melihat figura Daniel Arfan.

Wajah lelaki itu nampak kacak sekali. Lagi-lagi rambutnya yang masih basah. Air yang menuruni setiap lekuk badan suami dia dipandang. Aish! Sangat menggoda. Elly Adelia pantas mengelengkan kepalanya.

"Kau kenapa tergeleng-geleng? Sewel?" Dengan muka tak berperasaan dia mendekati isterinya.

Terus isterinya menarik muncung. Ada ke cakap sewel? Tak romantik langsung. Dia tidak mempedulikan suaminya dan terus merapikan diri di hadapan cermin.

"Atau kau dah tak sabar nak bersama dengan aku" bisik Daniel Arfan di telinga kanan isterinya. Tangan kiri pula mengelus lembut bahu isterinya.

Keluar saja dari bilik mandi, benda pertama yang dia lihat adalah isterinya. Setiap lekukan di tubuh isterinya diperhatikan dengan penuh minat. Dari rambut hingga kaki. Nafsu dia mula bangkit apabila menyedari isterinya kelihatan seksi. Cukup membuatkan dada dia berombak kencang.

Tapi dia harus tenang. Tidak mahu tergopoh-gapah. Dia harus memainkan peranan dia. Dia mahu gadis itu merayu pada dia. Tidak dia saja yang berminat.

"Baa--baaju aaa--awak kat sana" tergagap Elly Adelia mahu menutur. Kesan sentuhan sensual dari suaminya.

Meremang bulu roma dia apabila bibir Daniel Arfan mula singgah di lehernya. Tangan kiri lelaki itu pula melurut tali halus baju tidurnya. Tangan kanan pula mengelus peha gebu dia yang terdedah itu.

Hebat betul permainan seorang Daniel Arfan.

"Kenapa ni? Takut? Hm.." dengan penuh menggoda dia bersuara.

Sedar tak sedar tangan dia semakin liar. Elly Adelia makin tidak keruan. Nafas dia kencang sekali. Badan dipusingkan menghadap suaminya. Daniel Arfan tersenyum. Senyuman nakal!

"Pakailah baju sana!" Bentak Elly Adelia. Dia cuba menenangkan hati dia. Sentuhan biasa dari Daniel Arfan saja membuatkan dia ketagih.

Ketagih dengan belaian dari seorang lelaki bernama Syed Daniel Arfan.

"Kalau tak nak?" Daniel Arfan bermain tarik tali. Wajah ditundukkan dan menyamai isterinya.

"Ikut sukahati awaklah" pasrah dia dibuatnya. Orang cakap tak nak dengar.

Daniel Arfan mendekati isterinya, tak semena-menanya dia mengendong tubuh gadis itu. Elly Adelia terjerit kecil. Terkejut apabila merasai tubuhnya melayang.

Daniel Arfan menghempas tubuh kecil isterinya ke atas katil. Badan kekar dia menindih kuat tubuh kecil itu. Elly Adelia meringis kesakitan. Boleh tahan berat juga suaminya itu!

Daniel Arfan memulakan kembali permainan dia tanpa disedari oleh Elly Adelia. Bibir isterinya dikucup lembut. Mata dia redup memandang Elly Adelia yang jelas terkejut.

Elly Adelia mengeras. Tidak membalas ciuman dari suaminya. Apabila merasai tangan kiri Daniel Arfan berada di dadanya automatik dia membalas kucupan lelaki itu. Dia seakan-akan dikawal oleh suaminya. Tubuh badan dia mula bergerak mengikut rentak permainan Daniel Arfan.

"Arfan.." akhirnya Elly Adelia tewas. Tewas dalam permainan suaminya. Daniel Arfan tersenyum mendengar rayuan gadis itu. Cukup membuatkan dia berasa gembira.

Dan malam itu menjadi saksi untuk mereka. Malam itu juga Elly Adelia menyerahkan segalanya kepada seorang yang bergelar suami. Setiap sentuhan hangat Daniel Arfan tidak akan dia lupakan. Cukup membuatkan dirinya berada di awangan. Malam itu hanya mereka berdua sahaja.

________________________

Done for this part ! Phew.. 😧

Naik lenguh jari-jari menaip. Sweet tak? 😍😍

Hoho untung Adelia dpt Arfan 😪 jeles plak 😝

Well, aku dh fikir masak2 bahawa cite ni lbih dari 40 bab .. sbb mcm2 kejutan yg bakal terjadi nanti. Dan semestinya membuatkan para readers mahu membuat rusuhan 😏 nantikan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro