DA - 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dear.."

Kisha Afina yang sedang menggosok pakaian suaminya terhenti apabila dipanggil oleh suaminya. Elfran Danish keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

"Kenapa?" Soalnya pelik. Dia menyambung kembali aktiviti dia. Kalau dilayan nanti jadi lain pula.

Otak Elfran Danish tak habis-habis kuning! Ada saja benda yang hendak disakat. Tapi Kisha Afina gembira , sekurang-kurang dia tidak perlu lagi menatap wajah dingin suaminya. Kalau tak memang dia duduk saja di kutub utara sana. Biar sama-sama dingin.

"Baju kemeja hitam aku mana? Aku nak pakai" Elfran Danish duduk di birai katil. Puas dia mencari baju kemeja dia itu.

Hari ini hari Isnin dan memang menjadi rutin dia memakai kemeja hitam pada hari itu. Hari lain baru dia memakai baju lain. Kisha Afina bergerak menuju ke almari pakaian milik suaminya. Dibelek-belek penuh teliti dan tak lama itu dia menepuk dahi kuat.

"Awak sorry.." dengan serba salah dia memandang suaminya. Aduh macam mana ni ! Desisnya.

"Baju aku mana?"

"Err..baju awak.. sa--saya ba--basuh se--semalam dan tak kering lagi" jelas Kisha Afina tergagap. Bimbang dimarahi lelaki itu lalu kepala ditundukkan ke bawah.

Elfran Danis menarik nafas panjang. Nak marah pun tak ada guna juga. Dia berbaring di atas katil dengan kedua tangan diletakkan di belakang kepala. Menjadi lapik di kepalanya.

"Ambil baju baru aku. Pastikan hitam" arahnya sambil memejam mata.

"Macamlah tak ada warna lain. Asyik hitam je.. macam nak berkabung" bebel Kisha Afina perlahan. Dia akur dengan arahan suaminya.

Laci di bawah sekali dibuka dan dia menarik sehelai kemeja hitam satin berwarna hitam. Dia kembali ke bilik menggosok pakaian yang hanya bersebelahan dengan wardrobe. Baru dia tahu yang suaminya sangat mementingkan kekemasan diri.

"Dah siap kejut aku" pesan Elfran Danish. Rasa mengantuk pula menunggu isterinya itu.

Wanita itu tidak menjawab, matanya fokus pada kemeja yang diseterikanya. Selesai saja dia menyangkut baju itu lalu dibawa kepada suaminya. Dia duduk disebelah Elfran Danish.

"Awak bangun.." kejut Kisha Afina perlahan. Jarinya mencucuk pinggang kanan suaminya. Liat betul nak bangun.

"Erm.." gumam Elfran Danish. Dia bangun lalu membetulkan rambutnya. Benda pertama yang selalu dia lakukan apabila bangun dari tidur. Tidak suka nampak selekeh!

"Nah baju. Pergi tukar sana nanti lewat pula awak pergi kerja"

Elfran Danish mengangguk. Sempat dia mengucup sekilas bibir isterinya sebelum ke wardrobe untuk menyalin pakaian. Kisha Afina mencebik bibir. Suka ambil kesempatan.

Setelah selesai, Elfran Danish keluar dari bilik kecil itu. Kacak sekali dia pada hari ini. Kemeja hitam itu sangat-sangat sesuai dengan tubuh tegap Elfran Danish. Kisha Afina sendiri terpana.

Indah sungguh ciptaan Tuhan di hadapan dia ini. Mereka solat subuh sama-sama dan doa dibaca oleh suaminya sangat meruntunkan hatinya. Lelaki itu cukup sempurna untuk dia walaupun beku.

"Dah puas teroka badan aku?" Sinis Elfran Danish. Tangan dia ligat memicit gel rambut lalu disapu pada rambutnya.

"Macam lah orang teringin badan dia" bidas Kisha Afina. Ada ke cakap macam tu! Tak tahu malu langsung.

"Betul ke tak teringin. Kenapa tiap-tiap malam kau asyik merayu nakkan aku?" Kening dijongket tinggi. Riak wajah dia penuh dengan kenakalan.

Kisha Afina mendengus perlahan. Tak ada benda lain kot nak difikirkan lelaki itu. Kisha Afina kini tidak lagi bekerja. Dia kini merupakan suri rumah sepanjang masa. Itu pun kerana arahan suami dia.

"Aku tak nak kau kerja lagi mulai dari hari ini. Aku mampu nak tanggung kau. Harta kau tak habis sampai tujuh keturunan sekalipun. Aku nak kau tolak semua kontrak lakonan kau. Kontrak modelling kau pun sama. Batalkan. Aku tak suka orang lain tengok hak aku. Diri kau aku punya".

Kalau dibangkang kira derhaka pada suami. Akhirnya, Kisha Afina redha. Mungkin tidak ada rezeki untuk dia meneruskan kerjaya dia. Kisha Afina tidak kisah.

"Jauh betul kau mengelamun. Ingatkan siapa?" Kini suaminya sudah berdiri di hadapan dia.

Badan Elfran Danish dibongkokkan bagi menyamai ketinggian isterinya. Kisha Afina yang duduk di birau katil mendongakkan kepala ke atas.

"Kekasih lama" balas dia dengan riak selamba.

Elfran Danish tersenyum sinis. Kedua tangan dia diselukkan ke dalam poket seluar. Tali leher warna hitam tergantung dilehernya. Masih tidak terikat.

"Pastikan dia kacak dari aku" kata Elfran Danish tanpa riak.

Kisha Afina mencebik. Kalau datang angin dingin lelaki itu pasti membuatkan dia berasa menyampah. Tapi kalau datang angin romantik dia habis semua menjadi mangsa dia.

"Ikatkan aku tie ni" tali leher dilehernya dihulurkan kepada isterinya.

Kisha Afina berdiri. Dia mendekatkan diri dengan suaminya. Tangan dia mula menyentuh dada Elfran Danish. Perlahan-lahan dia mengikat tali leher dia sambil diperhatikan oleh suaminya.

Kedua tangan Elfran Danish kini memeluk kemas pinggang Kisha Afina. Badan wanita itu ditarik agar merapati tubuhnya. Selesai mengikat tali leher, Kisha Afina menepuk lembut dada suami dia.

"Kau cantik.." puji Elfran Danish. Kisha Afina diam. Memang itu menjadi rutin suaminya. Memuji dia pada setiap masa.

Elfran Danish menundukkan sedikit kepalanya lalu dia mengucup leher isterinya dari tepi. Tangan dia mula naik mengusap belakang badan isterinya. Kisha Afina sudah tidak keruan dengan sentuhan hangat suaminya.

Dari leher bibir Elfran Danish mula naik ke atas. Sampai saja di bibir merah Kisha Afina, pantas bibir itu dikucup rakus. Automatik tangan Kisha Afina merangkul erat leher suaminya. Mereka berbalas kucupan itu.

Hampir dua minit, mereka melepaskan ciuman mereka. Lelah jelas terpamer di wajah mereka. Elfran Danish tersenyum nakal.

"Thanks for the kissing. You're such a good kisser" bisik Elfran Danish di telinga kiri gadis itu. Sempat dia menggigit lembut telinga isterinya.

"You're a sweet talker, mr husband" Kisha Afina menolak perlahan badan suaminya. Tak pasal-pasal nanti terjadi benda lain. Baik dielakkan cepat.

Elfran Danish tersenyum. Ya, kini dia bahagia bersama isteri tercintanya. Tak salah lagi, Kisha Afina memang diciptakan untuknya. Dalam doa, tidak pernah dia lupa mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa. Kisha Afina bukan lagi gadis dibencinya tapi gadis yang dicintainya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro