DA - 53

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ben membuka balutan luka di kepalanya. Setelah itu dia membuang balutan itu ke dalam tong sampah berdekatan. Dia rimas memakai kain itu. Seakan-akan membalut kesemua kepalanya saja. Seminggu sudah berlalu , namun dia masih belum berjalan seperti biasa. Tongkat menjadi bantuan dia untuk bergerak ke mana-mana.

Ben merenung katil yang menempatkan Elly Adelia. Disitulah Ben  menghabiskan masanya. Menjadi teman setia di sisi wanita itu. Ben berasa bersalah. Kalau dia sedar dari awal pasti mereka tidak menjadi sebegini.

Ben membuka matanya apabila dia berjaya menahan kesakitan. Kepalanya yang berpinar tidak dihiraukan. Dia harus keluar dari kereta ini segera. Bersusah payah dia menendang pintu kereta dari dalam.

BAM!

Akhirnya pintu terbuka. Ben keluar dalam keadaan parah. Kaki kirinya tidak dapat digerakkan. Nafas dia tercungap-cungap. Bau minyak petrol semakin kuat. Ben mula risau. Dia beralih ke pintu penumpang belakang. Elly Adelia sudah pengsan tidak sedarkan diri.

"To--tolong.." bersusah payah Ben menjerit. Namun tiada sesiapa pun. Ben membuka pintu kereta dengan penuh tenaga.

Sebaik saja pintu terbuka, Ben menarik tubuh Elly Adelia. Wanita itu tidak berkutik. Kaku tidak bergerak. Ben mengengsot sambil menarik badan Elly Adelia menjauh kereta itu. Dia tahu bila-bila masa saja kereta itu akan meletup.

Baru saja beberapa langkah dia memgengsot bunyi letupan yang cukup kuat kedengaran. Sedar-sedar saja tubuhnya terpelanting jauh. Elly Adelia pun begitu. Ben memejam mata rapat apabila badan dia menghempas pokok. Cukup perit.

Tubuh Elly Adelia sempat disambut oleh seseorang. Dia menarik nafas lega. Mujur saja dia sempat. Mata dia mencari Ben, begitu juga anak-anak buah dia yang lain.

"Bos jumpa!" Dia menarik nafas lega. Tubuh Elly Adelia dicempung kemas. Airmata ditahan agar tidak tumpah.

"Maafkan papa kerana terlambat"

Ben tersenyum. Mujur saja Syed Syakil dan orang-orang dia sempat sampai. Jika tidak pasti dia sudah tidak ada lagi di dunia ini. Ben bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup.

Elly Adelia sama seperti bulan-bulan yang lepas. Masih tidur lena dan tidak menunjukkan dia akan terjaga. Ben sesekali akan membacakan surah Yasin disisi Elly Adelia. Berharap agar wanita itu terlepas dari fasa koma ini.

*****

"Arfan.." panggil Mawar Qaisara perlahan. Bahu anaknya ditepuk lembut.

Daniel Arfan terpisat-pisat bangun dari lenanya. Frame gambar dia bersama Elly Adelia diletakkan di tepinya. Wajah mama dia dipandang dengan senyuman nipis. Mawar Qaisara tersenyum kelat. Anaknya betul-betul berubah. Tidak memjaga penampilan diri lagi.

"Kenapa tidur sini? Bilik kan ada, tak sakit ke badan tidur atas sofa?" Soalnya lembut. Rambut Daniel Arfan diusap sayang.

"Tak ma, Arfan dah biasa. Lagi pun kalau tidur dalam bilik bukan ada yang temankan" Daniel Arfan berkata dingin. Sejak kehilangan insan tersayang dia mula dingin dengan semua orang termasuklah keluarganya sendiri.

"Mama tahu, tapi mama tak suka kamu terusan macam ni. Hidup tak terurus. Makan tak terjaga. Badan makin susut. Mama tak suka kamu jadi macam ni" menitis jua airmata Mawar Qaisara.

Tidak sanggup lagi dia melihat Daniel Arfan terusan meratap pemergian Elly Adelia. Lelaki itu seperti orang tidak siuman. Bercakap sendiri, kekadang ketawa sendiri. Mawar Qaisara risau sekiranya Daniel Arfan menjadi gila. Dia tak nak.

Daniel Arfan berubah wajah. Tidak sangka mama dia akan menangis macam ni sekali. Dia berasa bersalah. Airmata mama dia begitu mahal untuk dirinya. Pantas saja dia memeluk Mawar Qaisara. Sang ibu menangis di dada si anak.

"Maafkan Arfan ma. Arfan bukan nak buat mama risau sampai macam ni sekali. Maafkan Arfan" dia berasa berdosa kerana membuat sang ibu menangis. Hati dia mejadi sebak.

"Arfan janji Arfan akan berubah. Tapi mama tolong jangan nangis lagi. Arfan tak suka mama tumpahkan airmata kerana Arfan" pujuknya lembut. Pipi mama dia yang basah dengan airmata disapu lembut.

"Janji kamu akan berubah?"

Daniel Arfan mengangguk. Dia tersenyum. Tubuh mama dia kembali dipeluknya. Dia mengukir senyuman nipis. Bolehkah dia berubah? Tapi kehilangan isterinya begitu membuatkan dirinya menjadi tidak tentu arah. Hidup dia sudah tiada seri lagi.

*****

Adam tersenyum puas melihat musuhnya yang berjalan masuk ke dalam hotel ternama itu. Dari jauh dia memerhati Daniel Arfan. Dia begitu suka melihat lelaki itu sengsara.

"Aku nak kau hantarkan hadiah ni kepada lelaki tadi" ujarnya kepada orang suruhan dia. Lelaki itu akur lalu keluar dari kereta.

Adam kembali tersenyum. Asap rokok berkepul di dalam kereta itu. Puas kerana berjaya membuat musuh dia sengsara. Puas kerana lelaki itu kini lemah. Adam tahu kelemahan Daniel Arfan. Kelemahan lelaki itu adalah isterinya.

"Kau begitu bodoh Daneil! Seorang isteri pun kau tak dapat jaga! Kau hiduplah macam tu sepanjang hayat kau! Aku harap lepas ni kau mampus" gumam Adam lalu ketawa sinis.

BANG!

Adam tersentak. Belum sempat dia mahu menarik pistol, satu tembakan terkena tepat pada dada dia. Adam meringis kesakitan. Pintu kereta dibuka dan muncul seorang lelaki bertopeng.

"Kau ikut aku!" Tubuh Adam ditarik kasar. Sebuah van hitam sudah menunggu di sebelah kereta Adam. Tubuh Adam dihumban kasar masuk ke dalam van.

"Kau nak apa hah?!" Bentak Adam. Baru dia mahu membuka mulut sekali lagi, dia tergamam melihat figura seorang lelaki di sebelahnya. Mulutnya seakan terkunci.

"Adam Rizalman..akhirnya aku dapat juga kau" ujar lelaki itu dengan senyuman sinis.

Adam kaku. Kini dia tidak mampu melarikan diri lagi. Adam cukup gerun dengan lelaki di sebelah dia. Kerana lelaki itu sangat kejam.

"Jalan" arah lelaki itu dengan wajah yang tenang. Tak sangka begitu mudah dia menangkap Adam. Lelaki yang banyak membuat onar pada dirinya.

*****

"Bos, ada pesanan untuk bos" kedengaran suara Nelia di talian. Daniel Arfan yang sedang melakukan pekerjaan terus terhenti.

"Bawa masuk" arahnya dan badan disandarkan ke kerusi. Dia menjadi pelik. Pesanan? Setahu dia, dia tidak membuat apa-apa pesanan pun.

Nelia masuk membawa bungkusan hadian yang berbalut kemas. Dia meletakkan di atas meja bosnya. Dalam hati dia berdebar-debar.

"Siapa yang bagi? Setahu saya, saya tak buat apa-apa pesanan pun?" Tajam matanya merenung Nelia di hadapan. Jelas ketakutan di wajah gadis itu.

"Sa--saya tak tahu bos. Lelaki tadi berikan pada saya dan suruh saya kasi pada bos. Katanya hadiah untuk bos. Itu saja" terketar-ketar Nelia membalas.

Daniel Arfan semakin berkerut. Tanpa kata, dia menyuruh Nelia keluar dari biliknya. Kotak hadiah yang berbalut itu dibukanya tanpa rasa was-was. Buka saja kotak itu, dia tergamam melihat barang itu. Mata dia menjadi merah. Kad yang diselit ditepi dilihat dengan perasaan membuak-buak marah.

Dear friend,

Kau kenal kan aku siapa? Aku tahu kau tengah cari isteri kau sekarang ni. Tapi sayang dia dah tak ada. Aku simpati pada kau. Tapi aku suka, hidup kau sengsara memang menjadi impian aku sejak dulu lagi. Terimalah hadiah yang tak seberapa dari sahabat lama kau ni. Hadiah tak semahal yang kau sangka tapi sangat bermakna pada kau.

Ikhlas dari,
Adam

Daniel Arfan mengoyak kad itu menjadi cebisan yang kecil. Hati dia menjadi panas. Baju milik isterinya yang penuh dengan darah digenggam erat. Wajah Adam kini terbayang. Jika dia dapat lelaki itu pasti dia akan kerjakan Adam secukupnya.

"Tak guna! Aku pastikan kau mati Adam!" Tekadmua. Rahang dia mula mengeras. Dia pasti ini salah satu rancangam Adam untuk menjatuhkan dia.

Tak lama itu dia kembali tersenyum. Adam masih macam dulu. Tidak berani bersua muka dengannya.

"Kau pengecut Adam. Kau tak berani berhadapan dengan aku! Aku tak akan sengsara hanya kerana mainan bodoh kau ni! Aku yakin isteri aku masih hidup! Kau memang tempat maut, Adam!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro