DA - 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hafiz memasuki rumahnya dengan wajah kepenatan. Beg bimbit diletakkan di meja lalu dia membaringkan dirinya di atas sofa. Penat setelah seharian bekerja di hospital. Pesakit pula makin bertambah ramai. Hari-hari dia akan menghabiskan masa di dalam bilik bedah. Tak pun merawat di bilik pesakit. Butang baju kemeja dibuka sehingga habis. Membiarkan dada dia terdedah terkena angin penghawa dingin. Panas kini berganti dingin.

"Fiz!" Panggilan seseorang membuatkan Hafiz berpaling. Tersenyum dia melihat sang isteri yang melangkah ke arah dia dengan perut memboyot ke depan.

Hanya menunggu masa untuk melahirkan. Tengku Fazira menghampiri suaminya dengan langkah penuh berhati-hati. Penat mula terasa. Sampai saja di sofa, dimana suaminya berbaring dia terus duduk di atas kaki suaminya. Lelah!

"Ira..kan Fiz dah cakap jangan banyak bergerak. Nanti letih. Kan dah tak cukup nafas. Kalau nak apa-apa panggil je" Hafiz bangun dari pembaringan. Tubuh isterinya dibetulkan duduk.

"Ira bosanlah duduk dalam bilik je sepanjang masa. Nak juga keluar jalan-jalan. Lagipun anak Fiz suruh Ira jalan. Bosan katanya duk terperap dalam bilik"

Hafiz mengeleng kepala. Alasan! Perut isterinya dipegang dam diusap lembut. 9 bulan sudah usia kandungan isterinya. Tak sabar mahu menengok kelahiran pertama anak mereka. Tengku Fazira pun sama. Tak sabar menunggu saat yang dinantikan oleh semua ibu.

"Ya..ya..Fiz faham keadaan Ira. Tapi kena ingat jangan banyak jalan sangat. Risau kalau jadi apa-apa pada buah hati Fiz ni" pipi Tengku Fazira dicubit manja.

Tengku Fazira tersenyum lebar. Bahagia apabila jodoh dia dan Hafiz kekal hingga kini. Tiada bala yang mendatang. Mereka bahagia membina mahligai cinta mereka. Hafiz pula seorang lelaki yang penyayang. Bukan seperti lelaki-lelaki sebelum ini. Penuh dengan kerakusan terhadap dirinya. Tengku Fazira cuba melupakan segala kenangan silam dia. Buku baru dibuka untuk terus bersama dengan Hafiz.

Hafiz tahu yang Tengku Fazira masih lagi berasa berasah terhadap dosa-dosa dia yang lalu. Hafiz sudah menerima wanita itu seadanya dalam hidup dia. Dia pun mempunyi kisah silam yang sukar dilupakan. Malah dia lebih teruk daripada Tengku Fazira. Mujur Allah membuka jalan yang lurus kepadanya. Untuk terus berada di landasan yang betul.

Jika dikira, Hafiz memang tidak layak untuk wanita seperti Tengku Fazira. Dia banyak melakukan dosa. Membunuh sana sini kerana terpengaruh dengan Adam dan Shahril. Minum arak. Tidur ramai wanita. Sungguh dosa dia tidak terhitung. Kini dia faham kenapa Allah menjodohkan dia dengan Tengku Fazira. Mereka sama-sama lakukan kesalahan. Sama-sama bersalah. Mereka memerlukan antara satu sama lain. Ini takdir mereka.

"Fiz..kenapa menangis ni?" Teguran Tengku Fazira menyentakkan Hafiz. Tak sedari bila masa airmata dia jatuh.

Tengku Fazira mengelap airmata suaminya. Lalu tubuh tegap Hafiz dipeluknya erat. Dia tahu Hafiz memikirkan kisah silam dia yang lalu. Dada suaminya diusap perlahan-lahan.

"Awak jangan risaulah. Saya selalu ada dengan awak. Awak suami saya hingga ke jannah. Kita sama-sama memerlukan. Awak pembimbing saya dan anak-anak kita. Lupakan semua itu. Kita fokus pada masa depan" pujuk Tengku Fazira lembut.

Hafiz tersenyum. Bahu Tengku Fazira ditarik rapat. Mereka berbalas pelukan sesama mereka. Dia harus lupakan sejarah silamnya. Masa depan lebih penting. Lagipun dia dah insaf. Kerjaya dia sekarang sudah memandai buat dia.

Tengku Fazira mengerutkan wajah dia. Terus dia menolak badan Hafiz kasar. Bawah perutnya dipeang dengan bibir diketap rapat.

"Kenapa ni?" Soal Hafiz pelik. Tapi seketika dia tersedar akan sesuatu. Tapak kaki dia terasa basah dan melekit. Serta merta matanya terbeliak luas.

"It's time!" Jeritnya lalu mencempung tubuh isterinya ke muka pintu.

"Awa--awak barang-barang saya" sempat Tengku Fazira mengingati barang-barang dia. Tudung juga dia belum pakai lagi.

Hafiz mengangguk. Dia meletakkan Tengku Fazira ke dalam kereta. Lalu berlari masuk ke dalam rumah. Rumah banglo hadiah daripada Tengku Dahlan kepada mereka berdua. Beg bayi diambil begitu juga dengan tudung isteri dia. Baju-t disarungkan ke tubuhnya dan baju kemeja dilemparkan ke dalam bakul kotor.

Pintu ditutup dan dikunci. Lalu dia berlari ke dalam kereta. Segala barang diletakkan di seat belakang kereta. Enjin dihidup dan dia mengundurkan kereta lalu memecut di atas jalan raya.

*****

"Macam mana dengan Fazira?" Tengku Dahlan berlari mendapatkan menantu dia.

Sebaik saja dia menerima panggilan daripada Hafiz terus dia bergegas ke hospital pantai. Tengku Alisa dan Tengku Faez Hakim turut hadir sama. Mereka risaukan Tengku Fazira dan bayi
tersebut.

"Masih kat dalam" sudah sejam lebih berlalu namun belum ada tanda-tanda lampu merah itu akan bertukar hijau. Mereka terpaksa lakukan pembedahan kerana Tengku Fazira tidak boleh bersalin normal.

Dalam hati, tidak putus-putus Hafiz berdoa. Risau sekiranya terjadi apa-apa terhadap anak dan isterinya. Dia rela mengantikan tempat isterinya tika itu. Dia tahu sangat perit untuk seorang wanita melahirkan anak.

KLAK!

Pintu terbuka, Hafiz segera menerpa ke arah doktor itu. Raut wajah dia jelas kerisauan.

"Macam mana dengan anak dan isteri aku?" Bahu doktor itu digoncang kuat.

"Rileks bro. Anak dan isteri kau baik-baik je. Tahniah Fiz! Kau dapat anak perempuan" bahu sahabatnya ditepuk dengan wajah gembira.

"Syukur, Ya Allah" dia memeluk doktor itu erat. Tidak tergambar rasanya apabila bergelar seorang bapa.

Doktor itu mengangguk. Hafiz segera melangkah masuk ke dalam bilik bedah itu. Tak pedulikan sesiapa lagi. Keluarga yang lain mengucap kata-kata syukur. Alhamdullilah semuanya baik-baik saja.

"Honey!" Hafiz memandang wajah Tengku Fazira yang jelas kepenatan ditambah dengan rasa sakit. Lantas dia mengucup dahi isterinya. Lama.

"Terima kasih sebab lahirkan anak saya" bisiknya lembut. Tangan Tengku Fazira digemggam erat.

"Doktor Hafiz" panggilan seorang nurse membantutkan niatnya mahu berlama-lama dengan isterinya.

"Doktor sila potong tali pusat anak doktor" kata doktor itu lalu menghulurkan gunting kepada Hafiz. Nyaring sekali tangisan bayi itu. Jatuh jua airmata dia apabila melihat wajah anaknya buat pertama kali.

Tali pusat dipotong dan bayi itu diserahkan kepadanya. Didakap anaknya dengan erat. Tak henti-henti dia mengucapkan kata syukur. Bayi perempuan itu merengek apabila berada dalam pelukan si ayah.

Setelat mengiqamat anaknya, Hafiz pergi ke arah Tengku Fazira. Anaknya diletakkan di atas dada isterinya. Tengku Fazira menangis teresak-esak. Kali pertama merasai kehadiran cahaya mata.

"Terima kasih" bisik Hafiz lalu dikucup lembut bibir isterinya. Pengorbanan isterinya tidak akan dilupakan.

"Apa nama anak kita?" Sol Tengku Fazira. Hilang segala rasa sakit dia apabila melihat wajah suci anaknya.

"Nur Marissa" sebut Hafiz perlahan. Nama itu secara tidak langsung terlintas dalam fikiran dia.

"Sedap. Saya suka" Tengku Fazira bersetuju dengan nama itu. "Anak ibu, Nur Marissa" pipi gebu anaknya diusap penuh sayang.

Hafiz tersenyum. Kini keluarga dia dah sempurna. Semoga kehadiran Nur Marissa lebih bermakna dalam hidup mereka berdua.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro