DA - 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Re - Write [ edit ]
____________________

Syed Syakil hanya memandang saja isterinya yang termenung di tepi kolam. Keluhan berat terbir di mulutnya. Perrlahan-lahan dia mendekati Mawar yang bermain dengan air di kolam itu.

"Ehh abang?" Tegur Mawar Qaisara. Terkejut dia melihat suaminya berdiri di belakang dia.

"Tak sejuk ke malam-malam main air? Demam nanti padan muka" tegur Syed Syakil lembut.

Mawar Qaisara tersenyum nipis. Ada sebab dia duduk di sini. Kenangan dia antara Daniel Arfan.

"Arfan! Janganlah berenang jauh sangat!" Jerit Mawar Qaisara.

Tetapi anaknya yang berusia 4 tahun itu hanya tertawa mengekeh. Sedikit pun dia tak takut dengan jeritan mama dia.

"Catch me.. ma!" Jeritnya yang berada di hujung kolam.

Mawar Qaisara mencekak pinggang. Bengang dia kerana Daniel Arfan yang sengaja menguji kesabaran dia. Tapi bibirnya tetap tersenyum.

"Mama tak laratlah nak kejar Arfan..nasib Arfan sorang je. Kalau ada Danish lagi susah mama nak jaga" Mawar Qaisara duduk di pinggir kolam.

Perlahan-lahan Daniel Arfan menghampiri mama dia. Kaki mama dia dipeluk. Suasana malam yang sejuk itu sedikit sebanyak menyejukkan badan dia.

"Mama jagalah Arfan sorang je. Sebab nanti Arfan pergi mama dah tak boleh jaga Arfan lagi. Mesti mama rindukan Arfan kan?" Petah saja dia berkata. Tersengih dia memandang mama dia.

Mawar Qaisara sedikit tergamam dengan kata-kata anaknya itu. Tapi cepat-cepat dia tepis. Mungkin anaknya sengaja berkata begitu.

"Mama tetap jaga Arfan sebab Arfan kan anak mama.."

Mawar Qaisara tersentak apabila satu tangan yang sejuk menekap pipinya. Airmatanya laju membasahi pipi dia. Kenangan itu tidak pasti dilupakan olehnya. Tak sangka kata-kata Daniel Arfan telah menjadi kenyataan.

"Sayang? Kenapa menangis ni? Sejuk ke?" Syed Syakil memegang kedua pipi isterinya. Ibu jarinya mengelap airmata si isteri.

"Mawar rindukan Arfan, abang.." teresak-esak dia menangis.

Tubuh Mawar Qaisara dibawa ke dadanya. Syed Syakil terdiam. Bagaiman lagi dia harus memujuk isterinya. Dia juga kesal kerana menghalau anaknya tanpa mendengar penjelasan anak dia.

"Abang pun rindukan dia, tapi abang tak tahu Arfan kat mana sekarang ni" pujuk Syed Syakil.

Banyak cara dia lakukan, anak buahnya juga sama tapi hasilnya tiada satu. Maklumat mengenai anaknya dikawal rapi. Malah susah untuk dia masuk ke dalam.

"Abang janji abang akan bawa Arfan balik kepada sayang, tapi bila? Abang tak pasti"

Mawar Qaisara hanya diam. Tangisan dia sedikit bergema di sebalik dada suaminya. Jelas sekali dia berasa kehilangan anaknya.

*****

Daniel Arfan memasuki sebuah rumah. Dilihat anak buahnya sedang menjalankan kerjanya. Dia hanya mengenakan jaket kulit warna hitam dan ripped jeans. Rokok di bibirnya di kepit dengan jarinya.

"Bos.." tegur salah seorang daripada mereka.

Daniel Arfan menghampiri lelaki itu. Dia membelek beberapa pucuk pistol yang baru sampai. Dia bukan saja jutawan tetapi pemilik syarikat senjata berlesen.

"Aku nak kau buat laporan baru. Make sure kau set kan tarikh baru untul barang ni. Sediakan stok baru juga"

Lelaki itu hanya mengangguk. Daniel Arfan hanya membiarkan saja pekerja dia membuat kerja. Asap rokok dihembus olehnya perlahan.

"Christ kau dah ketatkan maklumat aku?" Dia menyoal orang kanan kepercayaan dia.

Christ yang ketika itu asyik mengodam terkejut. Tapi pantas saja dia mengangguk.

"Dia lagi ke?"

"Haah. Hari-hari kot. Penat aku nak hack dorang. Degil sangat. Kau kenal ke dorang ni?" Christ memandang Daniel Arfan.

Bos dia hanya tersenyum nipis saja. Faham sangat yang Daniel Arfan tidak mahu berkongsi dengan dia.

"Kau dapat maklumat pasal Adam Rizalman, Shahril Akmal dan Hafiz Rosli?"

Nama-nama itu teguh dalam ingatan dia. Nama yang telah banyak membuat onar kepadanya dan juga keluarganya.

"Buat masa ni belum. Tapi untuk Adam tu aku baru dapat sikit. Dia sekarang bekerja sebagai doktor di sebuah hospital"

Christ memandang bos dia. Daniel Arfan mengangguk lalu dia tersenyum sinis. Putung rokok di letakkan ke dalam bekas abu bersebelahan meja Christ.

"Aku nak maklumat dia dulu, Adam Rizalman.."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro