DA - 64

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Faez!"

Tengku Alisa menjerit kuat. Bergema suara dia di dalam rumah banglo dia. Muka dia tak payah cakap lah. Dah macam hulk dah! Cuma tak hijau je. Tengku Faez Hakim terkekeh ketawa kerana dapat mengenakan cinta hati dia.

"Aku dapat kau memang aku gulai kau hidup-hidup!" Dengan geramnya dia berlalu masuk ke ruangan dapur dengan wajah yang penuh dengan tepung dan telur.

"Haa Lisa, kenapa muka kamu tu? Berperang ke apa?" Tegur Mak Peah. Dia yang sedang menyediakan masakan terhenti apabila melihat wajah cemberut anaknya itu.

Hari ini Tengku Dahlan mahu membuat majlis akikah untuk cucu kesayangan dia. Siapa lagi kau bukan Nur Marissa. Nak bagitahu semua orang yang dia dah ada cucu. Comel pula tu. Satu lagi sebagai tanda kesyukuran kepada yang Maha Esa.

"Faez laa mak! Lisa baru je nak naik atas tiba-tiba ada benda jatuh atas kepala. Ingatkan apa, tapi rupa-rupanya firaun tu pun kerja! Eii panasnya hati! Mak kalau nampak dia! Mak bagitahu Lisa! Orang nak buat dia jadi makanan malam ni!" Katanya penuh dengan geraman. Gigi diketap kuat. Tangan dikepal-kepal kuat.

Mak Peah tersengih. Nak gelak pun ada nak kesian pun ada. Jadi dia tersengih je lah. Budak bertuah! Hari-hari ada saja perang antara mereka. Sorang suka mengusik sorang lagi macam komander. Garang nak mati!

Tengku Alisa berlalu menuju ke bilik air di dapur. Tak payah ambil baju sebab bilik bibik dah ada baju dia. Kekadang dia tidur di bilik bawah sebab malas naik ke tingkat atas. Pak Leh berada di bawah khemah bersama beberapa orang kampung. Selesai memasamg khemah mereka semua berkumpul di bawah khemah sambil berbual kosong.

Kaum perempuan pula sibuk di belakang dapur. Menyiapkan lauk-pauk untuk malam ini. Tengku Dahlan orang yang paling gembira pada hari ini. Bukan main meriah lagi dia buat majlis akikah. 8 ekor lembu ditumbang untuk diberikan kepada orang-orang ramai, fakir miskin dan orang berkorban. 4 ekor kambing turut disembelih.

Bunyi deruan enjin yang masuk ke perkarangan rumah ini membuatkan mereka semua memandang ke arah garaj kereta. Tengku Dahlan tersenyum lebar melihat anaknya keluar dari kereta sambil memangku si kecil yang terlena.

"Assalamualaikum, papa!" Salam diberikan dan dijawab oleh Tengku Dahlan. Dia memeluk anaknya erat. Rindu dia sudah terubat.

Hafiz tersenyum. Dia memunggah dua bagasi. Segala keperluan anaknya juga dikeluarkan. Penuh satu bonet kereta BMW i8 miliknya.

"Haa, Fiz nanti terus naik atas. Rehat-rehat malam nanti mesti penat sebab ramai yang datang" Tengku Dahlan menegur menantu dia.

"Takpe pa. Fiz bukan penat sangat pun. Tak adillah biar papa je uruskan semua ni sedangkan ni majlis untuk anak Fiz juga" kata Hafiz. Segan pula dia mahu merehatkan diri. Sedangkan yang lain berhempas pulas untuk majlis pada malam ini.

"Kalau kamu kata tu takpe laa. Papa risau kamu penat je" .

"Tak penat pun pa"

Hafiz sempat tersenyum kepada Pak Leh dan beberapa orang kampung. Bagasi-bagasi diangkat dengan kedua belah tangan.

"Faez! Tolong abang Hafiz kamu ni!"

Mak Peah bercekak pinggang di ruang tamu. Tengku Fazira tersengih saja melihat gelagat mak saudara dia itu. Macam mak tiri pun ada. Tengku Faez Hakim yang sedang bermain game di dalam bilik terus keluar. Takut pula menjadi mangsa bebelan kuasa tiga Mak Peah.

Hafiz duduk di sebelah isterinya melepaskan lelah. Penat kerana seharian memandu. Biarpun masa mereka dihabiskan di R&R kerana Nur Marissa membuat ragam. Nur Marissa sudah mencelik mata luas. Dah puas tidur agaknya budak tu.

"Haa turun pun kamu! Ingatkan sampai tahun depan bertapa dalam bilik tu. Ada anak jantan macam tak ada! Asyik terkurung dalam bilik. Macam anak dara! Terbalik pula dengan si Lisa tu! Sorang macam jantan sorang lagi macam anak dara! Kamu tertukar jantina ke masa lahir-lahir dulu?" Itu dia. Bom pertama dilepaskan.

Tengku Faez Hakim tersenyum kelat. Terpaksa dia tadahkan telinga mendengar bebelan Mak Peah. Hafiz dan Tengku Fazira tergelak melihat wajah cemberut si adik.

"Firaun!" Jeritan itu memeranjatkan mereka yang berada di ruang tamu. Nur Marissa yang mendengar jeritan itu terus menangis. Terkejut mungkin!

"Ooo kat sini kau rupanya! Kau jangan nak lari! Aku dapat kau memang aku cincang kau hidup-hidup!" Jerit Tengku Alisa yang berada di dapur.

Dengan kain batik, berbaju lengan pendek. Rambut yang masih basah membuatkan dia kelihatan seperti gadis pingitan. Tapi tidak bagi Tengku Faez Hakim. Tengku Alisa umpama komander askar! Maka bermulalah perang antara mereka. Tetamu lain semua bantai gelak. Dah masak dengan perangai si teruna dan si dara.

*****

"Haa ya..ya..kami datang. Waalaikumussalam"

Syed Syakil tersenyum lalu mengeleng kepalanya perlahan. Pusing saja dia ke belakang, hampir saja dia mahu terjatuh. Terkejut dia melihat dua anak lelakinya yang memandang dia dengan muka yang menakutkan. Dadanya diusap perlahan.

KUK !

KUK!

Masing-masing menyeringai kesakitan. Kepala mereka mendapat ketukan percuma daripada papa mereka. Dengan telefon pula tu! Keras sama keras boleh biul kepada mereka!

"Buat lagi macam tu! Papa harap muka kamu berdua pula yang lebam!" Perli Syed Syakil. Riak dia jelas selamba. Tidak bersalah langsung.

"At least pa, janganlah ketuk dengan phone! Boleh bergegar otak Danish!" Elfran Danish bersuara dengan muka jelas kerutan. Sakit tak hilang lagi!

"Suka hati papa lah! Tangan papa bukan tangan kamu" sinisnya.

Daniel Arfan mencebik bibir. Papa dia memang tak akan berlembut dengan mereka. Dari kecil sampai ke besar mereka dilayan kasar. Kalau tidak, mereka tak akan mewarisi sikap mafia papa mereka itu.

"Siapa call tadi?" Mawar Qaisara menyampuk. Dulang yang berisi teh panas diletakkan di atas meja kaca. Dia duduk di sebelah suaminya. Dari dapur lagi kedengaran riuh-rendah suaminya dan anak-anaknya.

"Dahlan. Dia jemput kita sekeluarga ke rumah mereka malam ni. Ada kenduri akikah. Sekali gus suruh jemput Zul dan Maya sekali" jelas Syed Syakil. Air yang sudah dituang ke dalam gelas diambil dan dihirup perlahan.

"Aulia! Dah laa jangan buat ibu macam ni! Sini..cepat! Ibu nak pakai baju ni" suara Elly Adelia memecahkan suasana sunyi itu.

Namun, Eliana Aulia tetap mengelak. Si kecil terkekeh ketawa melihat si ibu yang sudah bercekak pinggang. Sengaja dia mengeraskan tubuhnya, berguling sana-sini sebab tidak mahu memakai baju.

"Aha..ahaha..ahaa.." Eliana Aulia ketawa riang apabila tubuh montelnya didukung oleh Elly Adelia lalu digomol dengan geram.

Mereka semua tersenyum. Elfran Danish duduk di sebelah isterinya yang ralit makan mangga muda. Lepas satu,satu lagi dimakannya. Mata fokus pada tv yang menyiarkan sinetron.

"Amboi anak ayah! Sukanya dia.." Daniel Arfan turut join sama mengusik Eliana Aulia. Anak gadisnya nakal!

Eliana Aulia mendepakan tangan dia dengan nafas termengah-mengah. Penat kerana banyak gelak. Ini semua kerana si ibu. Geram dengan tubuh montel Eliana Aulia. Daniel Arfan terus mendukung erat tubuh montel anaknya. Makin lama makin membesar anaknya. Sihat!

"Sayang, nanti call Maya cakap malam ni Uncle Dahlan ajak pulang ke kampung" kata Daniel Arfan. Dia membaringkan badan dia. Kepala diletakkan di atas peha isterinya.

"Ok" Elly Adelia mengangguk. Dia segera mencapai telefonnya. Baik whatsapp sekarang sebelum dia lupa! Kalau tidak memang mengamuk mak buyung seorang itu!

Syed Syakil dan Mawar Qaisara tersenyum. Bahagia mereka melihat gelagat anak-anak mereka. Masing-masing dah besar dan ada keluarga sendiri. Teringat pula dia masa dua anak lelakinya kecil-kecil dulu. Macam-macam ragam. Kini hanya tinggal kenangan saja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro