DA - 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NOTE : All Stories yg baru je publish ptg tadi .. tidak akn di - update . Saja2 je nk publish sbb takut hilang 😂 . Cite tu smua akan menyusul kemudian lps tamat , Hadirnya Dia dan Gadis Budak Setan . Harap maklum.

Ni utk kebaikan aku jugak .. sbb dh nk pegi plkn terpaksa lah tinggal pakcik oren ni 😢 . Kena log out bagi so aku ambil jalan mudah 😹 publish je smua cite yg ada 😂😂 . Hilang kan terpaksa aku perah otak aku pikir jln cite baru 😣 so selesai masalah aku 😎 bye ! 🤗

______________________________________

"Sayang nak makan apa ? "  Daniel Arfan menundukkan sikit badan dia . Isterinya yang ralit menyusukan anaknya dipandang.

"Apa-apa je" balas Elly Adelia. Daniel Arfan mengangguk. Dia pergi ke arah meja buffet. Pelbagai lauk pauk dihidangkan pada malam ini.

Elly Adelia meletakkan botol susu yang sudah kosong di atas meja. Anaknya yang sudah kekenyangan ditepuk belakang dalam keadaan meniarap.

"Alhamdulillah, kenyang anak ibu" katanya apabila sendawa kedengaran dari anaknya. Eliana Aulia tersenyum suka. Tangan dia ligat mencapai alas meja. Direnyuk-renyuk kemudian ditarik-tarik dengan tangan kecilnya.

"Pelik betul aku tengok kau ni, muka tak adalah lawa mana pun. Tapi macam mana kau boleh pikat Daniel tu ye" satu suara menyapa dia dalam nada tidak puas hati.

Elly Adelia membuka muka. Kemudian dia tersenyum. Anaknya didudukkan di atas ribaan dia. Wajah anak Cik Zenab dipandang dengan perasaan bengang. Disabarkan saja hati dia.

"Dah jodoh nak buat macam mana kan? Kenapa? Tijah tak puas hati ke?" Sinis dia menyoal. Orang seperti Tijah dan adik-adiknya tak layak dilayan baik-baik.

"Memang aku tak puas hati. Kau tu dah lah hodoh! Anak pula cacat! Tak ada kaki! Kalau aku kahwin dengan Daniel mesti anak kami sempurna! Tak macam budak tu! Cacat!" Kutuk Tijah dengan muka jijik dia. Tidak suka dengan kehadiran Elly Adelia sejak dulu lagi.

Tanpa dia sedar, Daniel Arfan mendengar segala-galanya. Dia yang mahu melangkah ke arah meja yang diduduki oleh isterinya terbantut. Sebaliknya, dia berhenti tidak jauh dari mereka dan mendengar kata-kata dari seorang perempuan yang dia tidak kenali.

"Kau cakap baik-baik sikit ya! Ni anak aku! Kau tak berhak nak kata dia macam-macam. Selama ni aku dah cukup bersabar dengan kau! Makin lama makin melampau!" Tengking Elly Adelia. Kini semua orang menumpu ke arah mereka. Naik turun nafas Elly Adelia. Anaknya sudah menangis kerana tengkingan dia.

"Shh..sayang ibu bukan marah Aulia" anaknya dipujuk. Tapi mata dia tajam menikan wajah Tijah yang sudah kecut melihat kemarahan dia.

"Kau cakap baik-baik sikit! Kau pun kena sedar diri kau juga! Kalau bukan Pak Leh dan Mak Peah kutip kau, belum tentu kau hidup atas dunia ni! Dasar anak pungut! Anak luar nikah!" Tijah menghina Elly Adelia. Dia melemparkan senyuman mengejek.

"Kau!" Elly Adelia mendesing telinga. Sudah lama ayat itu tidak keluar. Kini kembali lagi. Airmata dia cuma ditahan sedaya upaya.

"Kau boleh kutuk aku! Hina aku! Tapi kau jangan sesekali hina mama dan papa aku! Aku tahu asal usul aku! Kau tak ada hak nak hina aku macam tu sekali!" Jerit Elly Adelia. Kini kesabaran dia semakin nipis. Eliana Aulia sudah beralih tangan. Si kecil didukung oleh Maya yang berada di meja belakang.

"Apa? Mak kau bukan ke pelacur? Ayah kau pula tokan dadah? Sama-sama sial! Keluarga korang memang bawa sial! Anak dan mak sama saja! Tahu nak jerat orang kaya! Sedarlah kau tu cuma perempuan murah! Sama dengan mak kau, pe.la.cur" Tijah makin berani. Tidak dihiraukan lagi pandangan berapi Cik Zenab.

Elly Adelia mengetap gigi kuat. Allah! Pilu hati dia apabila dihina sebegitu sekali. Lagi-lagi berkaitan dengan ayah dan mak dia. Yang telah lama meninggalkan dunia ini. Dia tahu--Tijah begitu membencikan dia. Kerana dia selalu lebih dari Tijah.

"Kau--kau..kau memang--" Elly Adelia hilang kata-kata. Tangisan dia pecah. Tidak dihiraukan lagi mata-mata yang memandang dia.

"Aku apa? Adelia kau memang dari dulu lagi malang. Tapi disebabkan Mak Peah aku diamkan diri. Kau tak layak hidup bahagia. Orang macam kau patutnya mampus! Sama macam mama dan papa kau!" Ejek Tijah lalu dia berlalu bersama adik-beradik dia yang lain. Cik Zenab tersenyum puas melihat Elly Adelia yang rapuh itu.

"Mama dan papa aku tak salah! Yang salah korang!" Raung Elly Adelia. Terduduk dia di atas tanah tanpa memikirkan sesiapa pun.

Otak dia seakan tepu saja. Daniel Arfan bergegas mendapatkan isterinya. Bahu Elly Adelia disentuh lembut. Baru saja dia mahu bertindak, papa dia menghilang. Hampir saja sisi gelap dia mahu keluar.

"Shh..dah-dah aku ada untuk kau" pujuk Daniel Arfan. Muka isterinya disembamkan ke dada dia. Perlahan-lahan dia mencempung isterinya yang berlinangan airmata.

"Maya kau boleh jagakan Aulia?" Daniel Arfan memandang Maya. Kesian pula anaknya yang masih teresak-esak dalam dakapan Maya.

"Ok. Kau pergilah naik atas dulu. Yang lain biar aku uruskan" Maya tersenyum nipis. Tidak sangka sejarah silam sahabat dia kembali diungkit setelah bertahun lamanya.

*****

Daniel Arfan berbaring di atas sofa. Sesekali mata dia beralih ke atas katil di mana isterinya tertidur dengan lena. Penat menangis tidurlah. Tudung isterinya diletakkan di atas sofa. Pilu hati dia melihat isterinya yang rapuh macam tu. Baru mereka nak bahagia, ada pula bala yang datang.

Telefon di atas meja dicapai. Dia tersenyum sinis. Wajah Tijah terbayang begitu juga dengan keluarga wanita itu. Nombor Christ didail lalu telefon ditekapkan ke telinga.

"Hello?" Suara serak menyahut. Tahulah bahawa Christ sedang tidur. Padanlah jam pun dah pukul 12.30 malam.

"Aku ada kerja nak kau buat" balasnya dalam nada dingin. Kotak rokok atas meja dicapai. Kedua tangan dia ditongkat ke atas lutut.

"Kerja apa?"

Daniel Arfan menyalakan api lalu dicucuh pada hujung rokok. Asap rokok berkepul-kepul keluar. Dia bersandar di sofa sambil menyilangkan kakinya.

"Aku nak kau bagi amaran pada dia. Kejap lagi aku hantarkan gambar perempuan tu. Aku nak kau usik dia sikit. Keluarga dia pun sama"

"Baiklah" terus dia matikan panggilan. Tak lama lagi, huru-haralah hidup keluarga Cik Zenab. Daniel Arfan meletakkan telefonnya di atas meja kayu itu. Badan dia diregangkan.

Bunyi ketukan pada pintu biliknya membuatkan dia terus berdiri. Tanpa memakai baju dia membuka pintu bilik. Terpampang wajah Tengku Alisa yang mendukung Eliana Aulia yang menangis itu.

"Sorry ganggu. Ni anak abang dah nangis. Bagi susu tak nak. Asyik merengek je" Tengku Alisa tersenyum lalu menyerahkan Eliana Aulia kepada Daniel Arfan.

Sempat juga dia mencuci mata melihat badan berketak milik Daniel Arfan. Asyik betul dia cuci mata sampaikan Daniel Arfan sendiri ingin tergelak. Macam-macam hal betullah budak Alisa ni. Desisnya.

"Thanks sebab jaga Aulia" kata Daniel Arfan dengan rokok yang dikepitkan di bibir dia. Terserlah ketampanan dia disitu.

"A...ahaa..ya..ya" tergagap Tengku Alisa. Dengan muka blushing dia pergi dari bilik itu. Tak sanggup lagi tengok muka Daniel Arfan. Kacak habis!

Daniel Arfan menutup pintu bilik lalu dikunci. Anaknya diam saja dalam dukungan dia. Rokok di bibir diambil dan ditenyeh ke dalam ashtray. Lalu dia dan Eliana Aulia merebahkan diri di atas katil bersebelahan dengan Elly Adelia.

Eliana Aulia sudah tersengguk-sengguk. Elok saja budak itu landing atas dada si ayah. Selesa betul dia tidur atas dada bidang Daniel Arfan.

"Anak ayah rindu ibu ya..kesian anak ayah" dahi Eliana Aulia dikucup lama. Rambut nipis anaknya diusap sayang. Sekejap saja si kecil itu sudah terlena.

Dia tak akan lupakan, hinaan Tijah tadi. Memang dia akan ingat sampai bila-bila. Lagi-lagi perempuan itu sudah usik keluarga dia.

"Tijah..Tijah..kau dah salah orang" gumam dia sendiri. Perlahan-lahan dia memejam mata sambil memeluk Eliana Aulia. Dia terlena sekali dengan insan tersayang.

#typobersebaran.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro