DA - 72

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau kenapa Lisa?"

Semua mata menghala ke arah Tengku Alisa yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah dia sembab dan pakaian dia jelas tidak terurus. Tengku Fazira yang perasan kelibat adiknya terus menegur. Pelik!

Tengku Alisa tidak membalas sebaliknya dia terus naik ke tingkat atas. Airmata dia laju menuruni pipi apabila teringatkab peristiwa tadi. Cukup mematahkan hati dia. Jijik mahu memegang badan dia sendiri. Pintu bilik dibuka lalu dia terus menerobos masuk ke dalam. Dikunci rapat pintu itu.

Badan disandarkan ke pintu dengan esakan makin kuat. Tangan di genggam kuat. Cuma mengusir peristiwa hitam tadi. Di mana maruah dia dirampas oleh lelaki yang selama ini dia anggap pelindung dirinya. Lelaki yang selama ini cukup baik di mata semua orang.

"Allah!" Sebutnya perlahan sebelum semuanya menjadi gelap. Mata dia terpejam rapat dan badan dia rebah di belakang pintu.

Di ruang tamu, Tengku Fazira memegang dada dia yang berdegup laju. Entah kenapa hati dia berasa tidak enak. Jantung dia berdegup pantas. Tengku Dahlan pula keluar. Katanya mahu berjumpa dengan seseorang.

Kini hanya Tengku Fazira, Hafiz dan Nur Marissa saja. Yang lain semua sudah bertolak pulang ke rumah masing-masing pagi tadi. Otak dia asyik memikirkan tentang si adik. Kelakuan Tengku Alisa sangat pelik pada hari ini.

"Assalamualaikum!" Salam diberi dan Tengku Faez Hakim muncul dengan riak wajah biasa. Hud diturunkan dari kepala dia.

"Hai Rissa sayang" tegurnya mesra. Pipi tembam Nur Marissa dicubit penuh sayang.

"Faez dari mana? Baru nampak batang hidung?" Tegur Hafiz. Dia bersantai di sofa sambil bermain game di telefon. Masa cuti dimanfaatkan sebetulnya.

"Dari rumah kawan. Ada kerja sikit" balas Tengku Faez Hakim. Dalam hati dia sudah resah. Kelibat Tengku Alisa tidak kelihatan langsung di rumah ini.

"Kerja? Sejak bila pula kau rajin?" Tengku Fazira pelik. Setahu dia, lelaki itu tersangat malas mahu melakukan kerja.

Tengku Faez Hakim tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum saja. Dia duduk di samping Tengku Fazira. Nur Marissa dipangkunya erat. Hati dia terasa puas.

'Kerja aku makan adik kau, Ira'

Tengku Fazira mahu bertanya lagi--tapi suara dia tersekat apabila Tengku Dahlan melangkah masuk bersama dua orang tetamu sebaya dengannya. Kemudian diikuti dua lelaki berwajah serius. Mereka terus berdiri untuk menyambut tetamu itu.

"Haa..masuk-masuk. Buatlah macam rumah sendiri ya" mesra Tengku Dahlan melayan tetamu dia. Tapi raut wajah dia yang gusar itu menimbulkan tanda tanya kepada mereka.

"Terima kasih Dahlan" ucap lelaki berjambang panjang itu. Serban di kepala dia menunjukkan dia seorang yang warak. Isterinya pula berpurdah.

"Ni anak aku. Tengku Faez Hakim. Dan yang perempuan tu--aku rasa kau kenal" ujar Tengku Dahlan lalu tersenyum nipis.

Lelaki itu memandang Tengku Fazira lama. Seakan-akan melihat pantulan wajah dia saja. Sebijik! Tengku Fazira sendiri tersentak. Hampir saja dia mahu rebah, tapi sempat disambut oleh Hafiz.

"Faez..Fazira papa kenalkan kamu semua, Tengku Fattah dan Tengku Aishah. Ini anak-anak mereka. Tengku Qalif dan Tengku Qayyum" .

Tengku Faez Hakim menyalami tangan dua lelaki itu. Riak wajah serius gila! Memang terketar lutut bagi sesiapa yang melihat.

"Papa bawa Tengku Fattah dan keluarga dia ke sini sebab ada perkara penting yang papa nak jelaskan. Dah lama papa pendam perasaan ni. Dah tiba masanya papa berterung-terang. Sebenarnya--" Tengku Dahlan memandang Tengku Fazira.

Anak yang dibesarkan dulu bersama bekas isterinya. Anak yang pertama kali memanggil dia papa. Anak yang sering menyambut kehadiran dia.

Tengku Fazira sudah gugup. Kuat tangan dia mengenggam tangan suaminya. Anaknya pula bermain di atas tilam bayi.

"--Tengku Fattah bapa kandung kamu Fazira. Alisa pun. Maaf sebab papa rahsiakan perkara ni dari kamu berdua" kata Tengku Dahlan lirih.

Rasa bersalah sudah lama menghantui dirinya. Tapi kerana janji pada Tengku Fattah dia rahsiakan tentang kehadiran bapa kandung dua anak perempuannya itu. Kini semuanya sudah berubah. Dia harus berkata perkara yang benar.

"Ta--tapi selama ni papa cakap ayah Ira dah mati" mengeletar dia bertanya. Satu kejutan baru buatnya. Tengku Fazira mengetap gigi kuat.

"Maafkan walid sayang. Walid buat semua ini kerana nenek kamu. Walid terpaksa serahkan kamu kepada Dahlan. Nenek tak suka kehadiran kamu dan Normah. Dengan bantuan Dahlan, walid menyuruh dia jaga kamu. Walid tak terlintas pun nak menindakkan kehadiran kamu. Walid tahu walid banyak buat salah pada kamu berdua" ujar Tengku Fattah sebak.

"Aku tak percaya! Ayah aku dah mati! Sama juga dengan mak aku! Aku bukan anak kau! Aku anak luar nikah! Kami sama-sama lahir dari kerja keji korang berdua! Aku dan Lisa yang kena tanggung! Dosa korang berdua terpalit pada aku dan Lisa!" Marah Tengku Fazira.

Suara dia bergema di rumah agam itu. Hafiz menenangkan isterinya. Dia tahu emosi Tengku Fazira tidak stabil. Tengku Fattah sudah menangis. Dia tahu dia salah. Salah dia kerana meninggalkan dua anaknya. Salah dia kerana tidak pandai menjaga nafsu. Dia dan bekas isterinya dulu sama-sama jahil. Terlampu mengikut kehidupan barat.

"Maafkan walid, nak. Maafkan walid. Walid tahu dulu walid jahil. Terlampu ikut dunia barat sampaikan kamu berdua lahir di dunia ini. Walid tahu walid telah buat satu dosa yang cukup besar. Tapi walid dah insaf nak. Walid dah bertaubat. Walid nak kamu maafkan segala kesalahan walid" rayu Tengku Fattah. Allah! Jika waktu dapat diundurkan pasti anak-anak dia tidak sebegini. Menderita kerana kehidupan dia yang sosial.

"Hahahaha" Tengku Fazira tergelak. Mencerlung mata dia memandang Tengku Fattah. Hilang sudah sifat lemah lembut dia.

"Baru sekarang nak insaf? Kau sedar tak aku dulu macam mana? Teruk macam kau! Jaja badan sana sini sebab aku tahu, aku bencikan orang yang dah lahirkan aku! Hidup aku rosak teruk! Zaman remaja aku punah! Kau tahu tak?! Tapi disebabkan dia--lelaki yang sekarang ni dah jadi suami aku! Sanggup terima aku yang dah kotor! Yang dah disentuh ramai orang! Kau tahu tak aku jijik dengan diri aku! Tapi sebabkan dia aku lupakan kisah hitam aku! Dia penguat aku! Dia segalanya bagi! Dan sekarang kau datang merayu pada aku? Heh? Kau jangan fikir begitu senang aku akan maafkan kau setelah apa yang berlaku" pekik Tengku Fazira.

Hafiz tergamam. Tidak menyangka kemarahan isterinya sampai ke tahap macam itu. Kemudian dia memandang Tengku Dahlan dan Tengku Fattah. Kedua mereka sudah menangis. Pilu hati dua melihat dua lelaki itu. Tapi--dia tidak boleh salahkan Tengku Fazira. Kerana itu bukan silap isterinya.

"Subhanallah! Ira! Bawa mengucap sayang. Tak baik, tengking macam tu. Tak baik nak" tegur Pak Leh yang baru masuk ke dalam rumah agam itu.

Tengku Fazira menahan sebak. Akhirnya tangisan dia pecah. Dia jatuh melutut di hadapan Tengku Fattah. Teresak-esak dia menangis. Pak Leh memandang mereka semua. Dia dengar semuanya.

"Ayah ni semua salah Ira ke? Salah ke Ira lahir dalam dunia ni? Lahir sebagai anak tak sah taraf? Hina sangat ke kami berdua? Allah! Allahu akhbar! Ya Allah!".

Pak Leh mengeleng kepalanya. Tidak sangka sampai begitu sekali penangan yang diterima oleh Tengku Fazira. Tengku Dahlan sendiri menceritakan segala-galanya kepadanya. Tidak menyangka Tengku Fattah akan kembali lagi.

Hafiz mendakap erat tubuh isterinya. Ubun-ubun Tengku Fazira dikucup lembut. Airmata dia juga jatuh. Bertapa lemah isterinya sekarang ini.

"Allah! Ya Allah! Berdosanya aku! Jahilnya aku dulu. Maafkan walid nak! Maafkan walid. Walid tak tahu kamu menderita! Allah" rintih Tengku Fattah.

Tengku Aishah menangis sama. Tidak menyangka begitu sekali penerimaan anak-anak suaminya. Sudah bertahun berlalu, suaminya tidak habis-habis menyalahkan dirinya kerana meninggalkan dua anaknya itu. Tengku Qalif dan Tengku Qayyum diam. Mereka juga bersimpati sama. Adik tiri mereka hidup menderita sedangkan mereka hidup mewah.

"Allah! Abang! Lisa bang!" Jerit Mak Peah. Dia terus saja naik ke tingkat atas. Tidak mahu masuk campur urusan keluarga itu.

Tapi sebaik saja dia membuka pintu bilik Tengku Alisa, tergamam dia melihat Tengku Alisa yang tidak sedarkan diri. Malah muka gadis itu pucat tidak berdarah.

"Allah" ucap Tengku Dahlan. Dia segera berlari naik ke tingkat atas. Suasana bertukar kecoh.

Di satu sudut, Tengku Faez Hakim mula berada gusar. Terkejut dengan kedatangan keluar Tengku Fazira dan Tengku Alisa. Hati dia mula tidak tenang. Teruk sangat ke? Hati dia mula berada tidak enak.

'Salah aku ke?'

_____________________________

Berbelit2 right ? 😂😂

Dua part ni aku nak cerita pasal kehidupan T.Fazira dan T.Alisa so aku buat this part special for them 😅 maaflah kalu merapu byk nk byk lari dari cite asal 😣

Ok explain here ..
Tahukan yg Fazira & Lisa ni anak tak sah taraf? So aku buat part this special utk dorang. Di mana dorang jumpa balik ayah dorang . Penerimaan dorang terhadap ayah kandung dorang. About Faez devil. Kita akan tahu semuanya. Just 3 part saja. Yg lain akan kembali kpd yg asal.

Semuanya dh terbongkar. Maaf atas kesulitan yg anda semua hadapi. Ini hanya penjelasan saja. Maaf sekali lagi. Adios 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro