DP 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bella duduk di ruang tamu sambil tangannya bermain dengan iPhone.

Tiba-tiba Aryyan yang baru bangun dari tidur duduk di sebelahnya.

"Morning" ucap Aryyan sambil mencium pipi Bella.

"You too" balas Bella pendek.

"Hey what's wrong honey"

Tangan Aryyan mula melingkari pinggang Bella.

"You tak kerja ke harini?" Soal Bella.

"Tak. Kenapa tak suka i ada dekat rumah ke?" Soal Aryyan dengan nada yang sedikit kecewa.

"Eh mana ada. Ye la kot harini ada meeting ke apa ke" balas Bella.

"Keluar jom"

"Pergi mana?"

"PD"

Mata Bella membulat. Iphone miliknya diletakkan di atas meja.
"What? PD. Are you kidding me?" Soal Bella.

"Im serious Bella"balas Aryyan.

"Bila?"

"Now" jawab Aryyan selamba lalu berdiri.

"Siapa nak kemas baju?" Soal Bella serentak itu Aryyan ingin naik ke atas.

"Of course you la sayang" jerit Aryyan di tangga.

"What..go and pack yourself la" laung Bella lalu naik ke biliknya.

Manakala Aryyan hanya memekakkan telinganya. Suka dia melihat Bella memarahinya.

Bella mengeluarkan luggage dari dalam almari bajunya.

Beberapa pasang baju disumbat ke dalam. Alat soleknya disumbat ke dalam beg make up.

"Hrmm. Apa lagi?" Soalnya sendiri. Baju Aryyan masih belum dimasukkan.

"Dah siap pack baju ke belum?" Soal Aryyan sewaktu memasukki bilik pakaian itu sambil memakai jam tangannya.

"Entah you tengok la. I nak mandi sekejap" jawab Bella lalu mencapai tualanya.

Aryyan menggeleng kepalanya.

Bajunya dimasukkan ke dalam luggage selepas Bella selesai mengemas barangnya.

Sedang dia menyusun bajunya, dia terpandang ke arah sebuah kotak yang berada di dalam almari baju Bella.

Kotak itu kelihatan berlainan berbanding dengan kotak-kotak yang lain.

Aryyan mengambil kotak tersebut memandangkan pemilik tersebut masih di dalam bilik air kerana bunyi air masih kedengaran.

Tanpa membuang masa, dia terus membuka kotak tersebut.

Kelihatan banyak gambar polaroid dan beberapa pucuk surat serta kotak kecil.

Salah satu gambar polaroid itu diambil.

Gambar Bella bersama Qhasful ketika menyambut ulang tahun mereka mungkin kerana Qhasful memegang sebiji kek.

Gambar itu diterbalikkan.

Happy birthday sayang. Hoping our relationship will long lasting.

-Qhas-

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik air dibuka. Kelam kabut dibuatnya. Dia terus menutup kotak tersebut dan menyimpannya kembali.

Bella keluar lalu menuju ke meja soleknya.

"I tunggu dekat bawah" ujar Aryyan lalu membawa bagasi mereka turun bersama.

Bella hanya mengangguk lalu mengeringkan rambutnya.

Sedang asyik dia mengeringkan rambutnya, dia terlihat sesuatu melalui refleksi di cermin.

'Dia buka kotak tu ke?'

Bella terus meletakkan tuala kecil itu lalu berjalan ke arah almarinya yang masih terbuka manakala posisi kotak itu sedikit senget.

Bella mengambil kotak itu lalu membukanya. Sangkaannya benar sekali.

Skip

Bella turun ke bawah lalu mengunci pintu.

Aryyan pula sudah bersedia di dalam kereta.

Sebaik sahaja Bella menutup pintu kereta, Aryyan mula memandu ke destinasi mereka.

Di dalam kereta...

Sudah lebih sejam mereka memulakan perjalanan tetapi masing-masing dengan dunia sendiri dan keadaan ini terus berlarutan.

Bella menggigit bawah bibirnya.

"Aryyan" panggil Bella.

"Hrmm" hanya itu sahaja balasan dari Aryyan.

'Asal kau bodoh sangat Bella. Kau nak buang dah kan kotak tu masa pindah haritu. Aish'

"You..you ada buka kotak warna pink dekat dalam almari i kan?" Soal Bella.

Lama Aryyan mendiam sebelum dia mengangguk.

"Actually i don't mean to keep that box. I swear yang i nak buang dah haritu" terang Bella dengan perasaan rasa bersalah.

Aryyan diam tidak bersuara.

"Aryyan"

Masih tiada balasan.

Bella terus mengeluh.

Tiba-tiba Bella merasakan ada sentuhan hangat yang menggenggam jari jemarinya.

"I know it dear"

Bella tersenyum. Aryyan terus membawa tangan Bella mendekat bibirnya dan dikucup.

"I love you"

"I love you too"

Port Dickson

Pada petang itu selepas berehat dan membersihkan diri, kedua mereka bersiap-siap untuk ke restoran untuk makan petang.

Bella melihat pantulan dirinya di cermin.

"Cantik dah tu" ujar Aryyan sambil melintasi di hadapan Bella.

"Ish tepi la" marahnya. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itu dia akan berada di hadapan cermin.

"Cepat la Bell. Lambat I tinggal you nanti" ugut Aryyan yang sedang menunggu di hadapan pintu.

Bella mendengus.

'Macam tak boleh sabar pula'

Mereka terus berjalan kaki ke restoran yang dibina di resort tersebut.

Selepas makan, mereka terus ke pantai untuk melihat panorama matahari terbenam.

Aryyan menggenggam kemas jari jemari Bella.

"Bell"

"Hrmm"

Langkah mereka terhenti. Aryyan berdiri di hadapan Bella.

"Why don't we go on public?" Soal Aryyan. Bella hanya memandang Aryyan.

"Ermm...I don't know"

"I want to declare to everyone that you're mine. Only me can own you. You know right Bell. I never been like this. Loving someone that already be my wife"

"I....I..I don't mind it. It's up to you. I just follow the best for us"

"Thanks sayang. I love you"

Aryyan mengucup dahi Bella dengan berlatar belakangkan matahari terbenam.

"Me too"

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro