DP 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas makan malam bersama, Tengku Manisha pulang ke rumahnya.

Manakala Bella dan Aryyan sudah naik ke bilik.

Tengku Aryyan masih menghadap kertas kerjanya manakala Bella menukar pakaian kepada yang lebih ringan iaitu short pants dan singlet.

Bella keluar dari walk in closet dengan telefon di tangan.

"Yan" panggil Bella.

"Hrmm" sahut Aryyan tanpa memandang Bella di atas katil.

"I nak kena pergi NY nanti. You nak ikut tak?" Soal Bella.

"Hrm..bila?"

"Next week for BPC. Ala Yan please I don't have manager with me" pujuk Bella.

"Ok on. Alang boleh holiday sekali" ujar Aryyan lalu mematikan MacBook lalu baring di sebelah Bella.

"Thank you" ucap Bella dengan senyuman. Tetapi dalam masa yang sama otaknya ligat berfikir mengenai sesuatu.

'Huh. Deserve it Qhas. Aku tak rugi apa-apa pun sekarang'

"Sayang" panggil Aryyan menyebabkan Bella tersedar.

"Yes...wait-wait. Sejak bila you panggil I sayang?" Soal Bella pelik. Tadi masa Aryyan mengejutnya pun Aryyan memanggilnya sayang.

"Saje. Kenapa tak boleh eh?" Soal Aryyan.

"Eh tak...cuma pelik tu je" balas Bella.

"Ok jom tidur" kata Aryyan lalu mencapai alat kawalan jauh di meja lampu sebelah Bella untuk mematikan lampu.

"I'm yours" bisik Bella.

8:30 A.M

Telefon Aryyan sudah berbunyi pada awal pagi bagi mengejut mereka.

Bella seperti terganggu mengubah posisi tidurnya memeluk Aryyan.

Manakala tangan sebelah kanan Aryyan cuba mencari gadgetnya yang telah menganggu ketenteraman tidurnya bersama sleeping beauty itu.

Matanya cuba dibuka seluas-luasnya.

Dia membaca nama pemanggil pada skrin.

"Hello...ye saya Tengku Aryyan"

"......."

"Hah apa dia dah Anna dah sedar?"

"....."

"Ouh nanti saya akan ke sana"

"......"

"Ok terima kasih"

Telefon dimatikan lalu diletakkan pada ruang belakang Bella.

Bella pula masih lagi lena dengan berbantalkan lengannya.

"Bell bangun"

Sememangnya semenjak dia berkahwin dengan Bella, memang perkara yang pertama dia buat akan kejut Bella bangun. Jadi ayat-ayat itu sahaja yang akan meluncur dari mulutnya.

Jika dahulu tidur bersama perempuan lain pun dia tak pernah kejut. Hanya ditinggalkan begitu sahaja.

"Sayang bangunla" bisik Aryyan.

"Hrmm"

'Haih susah betul la wife aku ni nak bangun. Dalam banyak perkara, kejut Tengku Bella Natasya Irdina paling susah. Nasib sayang. Sayang? Sayang la'

"Bangun la Bella. Nanti i risau ada yang knock down kali kedua je ni" ugut Aryyan sambil mencapai bathrobe.

Terus celik mata Bella.

"I mengantuk la" Bella cuba mencipta alasan.

Aryyan sudah berdiri di tepi katil sambil mengikat tali bathrobe.

"Kata nak melawat Anna. Lagi 2 hari dah nak pergi NY" kata Aryyan lalu ke sisi Bella.

"What..Anna dah sedar ke?" Soal Bella bersemangat. Aryyan menyarungkan bathrobe buatnya.

Health Care Hospital

"Cepat la Yan" gesa Bella.

"Sabar la Bell , I nak kunci kereta ni" kata Aryyan. Sambil itu dia melihat sekeliling. Takut-takut ada yang memerhati.

Mereka terus masuk ke dalam wad Anna.

Kanak-kanak itu sedang menjamu makanan tengah harinya.

"Anna kenalkan ni Tengku Aryyan dengan Tengku Bella" kata Husna.

"Tak payah Tengku la. Saya pun tak biasa orang panggil Tengku Bella. Bella je" ujar Bella. Sememangnya dia agak kekok orang memanggilnya dengan gelaran pangkat di hadapan kerana selama ini pangkatnya dirahsiakan jadi orang hanya memanggilnya Bella.

"Saya pun Kak. Panggil Aryyan je"

"Baiklah kalau macam tu. Hrmm akak keluar dulu" kata Husna.

Bella hanya mengangguk.

"Hai adik comel" tegur Bella.

Anna membalasnya dengan senyuman.

"Hai akak cantik" balas Anna sambil memintal rambut Bella mungkin geram dengan rambut panjang Bella.

"Adik ok tak? Sakit dekat mana-mana?" Soal Bella.

"Hrmm...titew sakit cikit je. Kitew dah besar la" jawab Anna. Bella tersenyum. Aryyan hanya memerhati gelagat mereka.

"Maafkan akak tau sebab terlanggar Anna. Akak tak nampak Anna masa tu. Mesti sakit kan"

Anna menggeleng.

"Salah Anna juga sebab tak tengok kiri kanan" tuturnya sungguh petah.

"Anna umur berapa?" Celah Aryyan.

Anna menunjukkan angka 4 menggunakan jarinya.

"Ouh"

Tiba-tiba telefon Aryyan berbunyi. Dia menjawab panggilan itu di penjuri bilik jauh dari Bella.

"Adik ni comel. Suka kakak tengok" puji Bella.

"Akk pun cantik. Tapi Anna macam pernah tengok la muka kakak ni dengan abang tu" ujarnya.

Bella berfikir. Kalau gambar Aryyan mungkin banyak di papan iklan tetapi dia? Dia baru sahaja masuk ke pasaran di sini kerana sebelum ini dia memang aktif di UK.

"Ouh"

"Bella" Aryyan menyentuh bahunya.

"Yes" Bella memandang Aryyan tepat ke anak matanya.

"I ada kerja sikit dekat office yang nak diselesaikan sebelum pergi New York. You nak ikut or duduk sini nanti I suruh Fad ambik?" Soal Aryyan.

"Ouh I ikut you je la" jawab Bella.

"Ermm Anna kakak dengan abang ada kerja sikit. Nanti kami melawat Anna lagi" kata Aryyan.

Anna hanya mengangguk.

Mereka berjalan meninggalkan wad itu.

Semasa dalam perjalanan...

"Comelkan dia. I rasa bersalah setiap kali tengok luka dekat kepala dia" ujar Bella.

"Alah you jangan fikir sangat la. Yang penting kita dah bertanggungjawab" Aryyan menggengam jari Bella.

"Siapa la yang sanggup buang anak yang secomel dia?" Soal Aryyan.

Anak? Bella tersentak.

"Ermmm"

"Why?" Soal Aryyan.

"Ermm nothing"

"Ermm...mummy you tak cakap apa-apa ke?" Soal Bella.

"Pasal apa?" Aryyan tidak mengerti.

"Pasal cucu" teka Aryyan.

Bella mengangguk lambat-lambat.

"Alah you jangan fikir sangat la. Kita ni muda lagi. Besides kita baru 6 bulan kahwin. Lagipun I tak nak paksa you. You pun dengan kerjaya u. Bila ada anak ni kena ada komitmen. I faham you. Kita berdua masing-masing sibuk. Tunggu la setahun lagi ke. Hrmm" pujuk Aryyan.

Dia juga masih belum merancang ingin mempunyai anak kerana dia juga dalam proses mengurangkan tabiatnya ke club.

Bella tersenyum tawar.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro