DP 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Majlis akad nikah serta perkahwinan Hani dan Qhasful berlangsung dengan jayanya.

Dalam kesibukan orang rumahnya melayan tetamu hingga ke malam, Bella keluar secara senyap-senyap.

IV Club

"Yo beb kau demam apa turun club malam ni?" Soal Sandra pelik kerana sudah lama kawannya itu cuci tangan semenjak berbaik dengan Aryyan. Jejaka itu juga sudah lama tidak ke club.

Bella yang menyilangkan kakinya itu, menghantar pandangan maut kepada rakannya.

"Dah tak sayang mulut?" Soal Bella.

Segera Sandra mencapai gelas yang berisi minuman di atas meja.

Beberapa minit kemudian, Tyna juga tiba di club itu.

Seperti perjumpaan model terkemuka mereka menarik perhatian pengunjung di club itu.
"Sorry i don't drink" tolak Bella sebaik sahaja waiter yang datang ke meja mereka ingin menuangkan minuman.

"Kau drive ke?" Soal Tyna lalu mencapai gelasnya.

"Kau nak aku dengar ceramah papa aku ke. Aku ni pun keluar senyap-senyap since dia busy raikan hari bahagia anak dia tu" balas Bella.

Rasanya jika hari-hari dia ke sini mahu dia akan terjebak kembali dengan aktiviti lamanya.

"Yan macam mana?" Soal Sandra.

Bella menjongket bahunya.

"Aku tunggu masa je actually. Since dia dah story semua benda dekat aku. For what teruskan without any love?" Kata Bella.

"But aku boleh nampak la yang dia tu ikhlas cintakan kau. Can't you see that?" Soal Tyna.

"Like I care? I don't need someone yang dah tipu aku hidup-hidup" balas Bella.

Tyna dan Sandra sudah kehabisan kata-kata.

"Oh ya by the way Dior Paris cast us for their new product" kata Sandra.

"Bila?" Soal Bella lalu meneguk minumannya.

"A day after tomorrow dah kena fly pergi sana. Are you okay with that?" Kata Sandra.

"I'm in" balas Tyna.

Bella hanya mengangguk.

Jam tangannya dikerling.

"Balik dulu" kata Bella lalu mencapai pouch serta kunci keretanya.

2:00 A.M

Tepat jam dua pagi, kereta sport milik Bella masuk ke perkarangan rumah agam itu.

Pintu bilik tidurnya ditutup perlahan supaya tidak mengejutkan Aryyan.

"Where are you going, Bella? Pukul dua pagi baru nak balik?" Soal suara itu.

Serta-merta lampu menerangi bilik tidur itu. Terlihat Aryyan yang duduk di atas sofa.

"It's not your business" balas Bella lalu berjalan masuk ke walk-in-closet.

Aryyan yang tidak berpuas hati dengan jawapan Bella terus mengekori isterinya.

Bella menanggalkan perhiasannya.

Aryyan mengunci pergerakan Bella di meja solek.

"You smell- "

"I don't drink" potong Bella lalu menolak Aryyan ke tepi.

"So it's true yang you pergi club?" Soal Aryyan.

Bella berpaling.

"Then you hantar orang untuk follow i?"

"No i never do that. Adam bagitahu i dia nampak you with Sandra and Tyna. You nak jadi macam dulu ke?" Kata Aryyan.

"I takkan jadi macam dulu kalau you and others tak tipu i hidup-hidup. And after this you with your business and i with my business. Enough" kata Bella lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Aryyan menghentak meja. Rambutnya dikuak ke belakang.

'Apa lagi yang you tak puas hati Bell? Okay if that yang you nak. You jangan menyesal'

Bunyi pancuran menandakan bahawa Bella sedang mandi.

Aryyan terus baring di atas katil.

Sudah penat untuk dia memujuk hati Bella. Biarlah isterinya itu mencari ketenangan dahulu.

9:30 A.M

Pada pagi itu kebanyakan saudara-mara mula pulang ke rumah mereka termasuk Aryyan dan juga Bella.

Aryyan memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Disebabkan mereka datang dengan kereta masing-masing jadi pulang berasingan.

Bagasi Bella sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta isterinya.

Bella keluar lalu menyarungkan kasut tumit tinggi.

"Bell balik dulu" katanya lalu menyalami datuk dan neneknya sahaja.

Tengku Kamal dan isterinya hanya memerhati.

Bella mendekati Hani lalu membisikkan sesuatu.

"Jangan ingat kau dah menang. Kejahatan kau akan terbongkar tak lama lagi"

Aryyan menyalami Tengku Kamal lalu menunggu Bella masuk ke dalam kereta.

"Kitaorang balik dulu" pamit Aryyan.

Kereta Lamborghini Bella dan Ferrari Aryyan mula meninggalkan mansion itu.

2 days later

Paris

Kebetulan ketika Bella memberitahu Aryyan bahawa dia mempunyai urusan di Paris, jejaka itu sudah berada di sana untuk Paris Fashion Week.

Bella bermain dengan telefon pintarnya sementara menunggu stylist siap mendandan rambutnya.

"Kau dengan Yan macam mana?" Soal Sandra.

"Macam mana apa? Macam tu la" balas Bella acuh tak acuh.

"Then kau bagitahu dia tak kau datang sini?"

"Kau ingat aku jahat sangat ke sampai nak label isteri derhaka" balas Bella pedas.

"Stand by in 5 minutes"

Sandra, Bella dan Tyna bergegas ke belakang pentas.

11:45 P.M

Sedang Bella membasahkan dirinya di bawah pancuran air, tiba-tiba loceng biliknya ditekan berkali-kali.

Segera jarinya mematikan pancuran air tersebut lalu mencapai bathrobe.

'Siapa pula la?'

Bella segera melangkah lalu membuka pintu biliknya.

Matanya membulat.

TBC

I always drop the spoiler a day before on my ig xisya.kjyx or queenz_isya. But more active on my personal acc xisya.kjyx and i currently searched for an editor for my next story project. So do dm me if any of editor here interested.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro