DP 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malaysia

"Teruk betul demam kamu ni Yan" tegur Mummy yang sedang membantu Bella memapah Aryyan.

Aryyan hanya membisu.

Bella membawa masuk bagasi mereka ke dalam rumah.

"Ke pembawakan budak"

PAK

Serentak itu, Aryyan dan mummy memandang ke arah Bella.

Kenyataan yang dikeluarkan daripada ibu mentuanya itu membuatkan dia terkejut.

"Kamu okay Bella? Mummy tanya je" kata wanita itu.

"Oh- ok- okay" balas Bella.

'Haish mummy ni jangan macam-macam'

Kemudian, Aryyan bangun lalu berlari ke arah singki dapur.

Bella menepuk dahinya.

'Memang teruk betul demam dia ni'

Bella menghulurkan segelas air masak sementara mummy menyediakan bubur buat Aryyan.

Bella mendekatkan dirinya dengan Aryyan.

"Lain kali minum banyak-banyak. Dah tahu dah lama quit still nak minum" bisiknya seperti perlian.

"Dah you benci i. Terseksa tahu tak" protes Aryyan.

Bella menghulurkan tisu kepada Aryyan.

"Tak elok juga pergi hospital la Yan" cadang Mummy yang datang bersama semangkuk bubur.

"Tak nak" bangkang Aryyan.

"Macam-macam la kamu ni. Hah Bell, Mummy kena balik dulu ni ada meeting dengan persatuan" katanya.

"Hah mummy tu tak habis-habis dengan persatuan. Habis tu Yan?"

"Aik kamu ni kenapa Yan? Bella tu kan ada" balas mummy sambil menggeleng kepalanya.

"Mummy pergi dulu" kata wanita itu lalu hilang dari pandangan mereka.

Bella menepuk peha Aryyan.

"Mengada sangat dah kenapa?" Soal Bella.

"Bukannya selalu i demam" balas Aryyan lalu mencebik.

Bella memutarkan bola matanya.

"You maafkan I tak?" Soal Aryyan tiba-tiba.

"What do you mean?" Soal Bella kembali.

"About perkara yang I rahsiakan daripada you? I tak ada niat pun" balas Aryyan.

Bella yang sedang menyejukkan bubur Aryyan, meletakkan kembali mangkuk itu di atas dulang.

"If I don't forgive you I won't be here today and yesterday" tutur Bella.

"Love you sayang" ucap Aryyan.

"Wait. You demam" jerit Bella.

"Alang-alang sayang" Aryyan tersenyum nakal.

"NO WAY" jerit Bella lalu membuka seribu langkah. Tidak sanggup dia berkongsi virus dengan Aryyan.

10:30 P.M

Aryyan menilik segenap sudut pada muka Bella.

Rambut isterinya yang terjuntai itu diselitkan kembali pada belakang telinga.

Pelukan dikemaskan oleh Bella.

"Tidur la" ujarnya.

"It's already 10 la sayang. You tak nak bangun ke?" Soal Aryyan.

Bella menggosok matanya.

Aryyan menahan selimut supaya tidak jatuh ke bawah.

"I penat la" ujar sleeping beauty. Bukan senang dia ingin mendapat rehat yang secukupnya.

"So you want to continue it or what?" Soal Aryyan nakal.

PAK

Tepat tangan Bella menampar pada abdomen Aryyan.

"Aduh" adu Aryyan sambil mengusap abs-nya yang sudah kemerahan.

Sah tamparan Bella tiada gantinya.

Pedih.

"Nakal eh you ni. Okay la goodnight" kata Aryyan.

Bella kembali menutup matanya.

Office

Zack orang yang terakhir masuk ke dalam pejabat Aryyan segera menutup pintu.

"I heard orang tu mabuk teruk sampai demam" perli Adam.

Aryyan menjeling rakannya.

"Keep your mouth shut" ugut Aryyan.

Zack mengunci mulutnya agar tawanya tidak pecah.

"Haih untung la masing-masing ada partner sekarang" ujar Zack.

Aryyan segera memandang ke arah Adam.

"Oh God seriously? You with Sandra?" Soal Aryyan.

"Weyh bro dah lama dah diaorang ni. Kita je tak tahu" ujar Zack.

"How dare you man?" Kata Aryyan.

"Ahahah lek ah bukannya aku rahsiakan yang aku dah kahwin dengan dia pun" kata Adam.

Mereka bertiga terus tersenyum.

Masing-masing. Zack pula masih tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan hidupnya kerana dia juga ulang-alik dari Malaysia ke luar negara.

Two months later

Sebuah kereta Audi masuk ke perkarangan rumah. Dilihat ruang tamu penuh dengan saudara-mara mereka.

Bella dan Aryyan masuk ke dalam.

"Happy birthday Fisya" ucap Bella sebaik sahaja anak kecil itu berlari mendapatkannya.

Tetapi Aryyan lebih pantas mendukung anak kecil itu.

"You stole her from me" balas Bella lalu mencubit lengan Aryyan.

"Bella"

Bella berpaling.

Terlihat seorang perempuan bertudung di belakangnya.

"Sorry who?" Soal Bella kerana dia tidak dapat mengenal wanita itu.

"Hani" tuturnya.

Bella sedikit terkejut. Sudah bertudung rupanya adik tirinya.

Sudah 3 bulan Bella tidak menghubungi mana-mana ahli keluarganya kerana dia sibuk dengan kerjanya.

"I nak minta maaf dekat you" ucapnya.

Bella hanya membisu.

"I betul-betul minta maaf. I dah berubah lepas kahwin dengan Qhas. I rasa bersalah sangat bila i teringatkan dekat you masa i buat umrah. And papa teringin nak you ikut kitaorang sekali. Tapi Aryyan bagitahu you almost 2 weeks dekat New York. Masa tu I rasa berdosa sangat. I terkilan sangat-sangat" Hani terduduk sambil memegang kaki Bella.

Qhasful dan Aryyan menghampiri mereka.

"Sayang bangun" tutur Qhasful.

Yang lain juga sebak melihat mereka. Mereka tahu betapa kerasnya hati anak muda itu sehingga membuang semua orang dalam hidupnya.

"Aku bukan perempuan yang baik untuk kau minta maaf. Aku dah buat banyak benda jahat dalam hidup aku. And I blamed everyone for that. You destroyed everything. And please aku tak nak tambah kebencian aku dekat kau even kau dah berubah. Just stay away from me" tutur Bella.

Aryyan mengeluh.

"Korang rest la dulu" kata Aryyan.

Fisya diberikan kepada mamanya.

Keadaan menjadi agak tegang ketika itu.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro