dw | confused

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+

Mereka semua duduk berehat didalam bilik Jungkook setelah sejam berusaha mencari petunjuk yang kiranya ada. Tapi sia sia saja usaha mereka, tiada satu pun yang mereka jumpai.

 Keluhan satu persatu dilepaskan oleh mereka. Satu satu masalah datang menimpa mereka. Tak pernah lagi dalam hidup mereka ada masalah sebesar ini. Kehilangan sahabat baik mereka, Jeon Jungkook adalah satu masalah yang sangat besar untuk mereka pikul.

" aku kesal. Aku ni macam kawan yang tak berguna.. kan? " Jimin meraup mukanya kasar.

Jimin terlalu rapat dengan Jungkook. Disebabkan itulah dia paling beremosi apabila berita buruk tentang Jungkook itu diberitahu kepada mereka oleh Puan Jeon.

" dahlah. Ni bukan masanya untuk kau terus beremosi. Sekarang ni, fikir. Fikir! " Yoongi meninggikan suaranya disebabkan emosi Jimin terlalu melampau sehinggakan fikirannya juga bertambah kusut.

Jimin hanya diam tidak mahu membalas kata kata Yoongi yang amat pedas itu. Lebih baik dirinya diam daripada emosi yang mengawal. Takut takut Yoongi akan mengeluarkan kata kata pedasnya buat kedua kalinya. Lagipun salah dirinya juga terlalu beremosi, sepatutnya dia berfikir cara lain untuk menjejaki Jungkook.

" ada sesiapa yang boleh berfikir sekarang ni? Fikiran aku kosong. Otak aku tak berfungsi. " Namjoon memicit micit kepalanya.

Tiba tiba, Taehyung bangun daripada duduknya dan seperti tercari cari sesuatu. Sekejap dia tarik laci meja, sekejap pula dia cari sesuatu di atas katil. Yang lain dah mengerutkan dahi melihat Taehyung. 

" kau cari apa? " soal Hoseok menghampiri Taehyung.

Bahu Taehyung disentuh lembut. Sentuhan itu sedikit sebanyak mengejutkan Taehyung. Mungkin daripada tadi lagi dia terlalu leka mencari sesuatu sehinggakan Hoseok yang menyentuhnya pun boleh membuatkan dia terkejut.

" ah, Hoseok hyung. Terkejut aku. " Taehyung berhenti daripada terus mencari cari sesuatu itu dan memandang Hoseok.

Taehyung menarik tangan Hoseok menghampiri rakan yang lain.

" Jungkook bawa telefon, kan? Aku cari telefon dia tak ada. " Taehyung menyoal mereka dengan mukanya yang agak serius.

Mereka terdiam sebentar. Cuba menghadam sesuatu. Rupanya, apa yang Taehyung cari tadi adalah telefon milik Jungkook. Mereka semua meliarkan mata mencari cari telefon Jungkook juga, sama seperti Taehyung tadi.

" kan? " soal Taehyung sekali lagi.

Lambat lambat mereka angguk setelah memastikan yang telefon Jungkook betul betul tiada didalam bilik. Taehyung tersenyum nipis dan mengangguk. 

" bagus. Aku ada cara lain untuk cari dia. " semua memandang ke arah Taehyung dengan pandangan yang tertanya tanya.

Mereka saling berpandangan silih berganti. Masing masing  mengangkat bahu tanda tidak tahu apa maksud Taehyung.

" macam mana? " akhirnya persoalan yang bermain difikiran mereka semua dilontarkan oleh Seokjin.

Taehyung mengeluarkan telefon miliknya itu. Telefon itu ditatap lama sebelum pandangannya kembali beralih memandang rakan rakannya. Terpinga pinga mereka semua dengan Taehyung. Telefon miliknya itu ditayangkan dihadapan mereka. Lagi bertambah banyak pula persoalan yang bermain difikiran mereka.

" kita jejak dia guna gps. "


* * *

Lama aku menunggu kehadiran Jeon Juhyun. Aku terlupa yang sekarang aku dalam keadaan darurat. Dalam situasi yang merbahaya. Sepatutnya tadi bukanlah masa untuk aku dan dia bertekak. Aku patut risaukan diri aku, bukannya mempersoalkan hal hal tadi.

" hyung! " aku teriak memanggil Juhyun, abang aku.

Tapi, seperti yang aku agak. Panggilan aku sudah semestinya tidak disahut olehnya. Yang aku tahu buat sekarang cumalah mengeluh dan menunggu bantuan.

Bantuan?

Siapa saja yang akan hulurkan bantuan untuk aku? Disini semuanya orang jahat jahat belaka. Mustahil. Orang yang akan hulurkan aku bantuan tu cumalah diri aku sendiri. Aku kena bantu diri aku sendiri.

" Jeon Juhyun.. kau memang hyung yang tak guna. " gigi diketap, geram.

Aku memandang sekeliling bilik yang sedang aku berada sekarang. Cuma cari sesuatu yang mungkin boleh buatkan tali yang diikat pada tangan dan kaki aku terputus. 

" meja kayu.. ? " aku memandang meja kayu yang berada dihujung dinding.

Meja kayu itu ditatap lama oleh aku. Otak aku sedang berfungsi untuk memproses sesuatu. Mungkin aku patut geselkan tali yang diikat pada tangan aku pada kayu tersebut.

Perlahan lahan aku mengesot ke arah meja kayu tersebut. Menyusahkan juga bila kena ikat ni. Nasib baiklah bilik ini tak besar mana, tak adalah aku penat nak mengesot je semata mata nak pergi ke meja kayu.

" harap harap boleh. " aku halakan tangan aku ke tepi tepi meja kayu itu dan geselkan tali yang diikat pada tangan aku.

Biasanya macam inilah dalam cerita cerita yang aku tengok. Kalau kena ikat, mesti diorang akan geselkan tali ini pada kayu, Entah kenapa? Mungkin sebab ianya akan membuatkan tali ini panas dan lama kelamaan ianya akan terputus.

Macam tak percaya yang sekarang aku pula buat benda benda macamni. Masa tengok orang dalam cerita buat macamni, punyalah aku menganjing, maki hamun, ha sekarang ambil kau, jadi pada diri sendiri. 

Lepasni memang aku insaf.

" putus! " aku sedikit bersorak secara perlahan disebabkan tak mahu membuat bunyi.

Takut nanti tiba tiba mereka datang masuk sini tengok aku yang sudahpun terlepas daripada ikatan ini. Mahu mati jadi arwah aku dekat sini.

Aku mula cepat berdiri. Gembira jangan cakap, tak dapat dikata! Terlalu gembira. Baru bangun separuh, badan aku terjatuh kembali ke lantai. Kaki aku tak dapat imbangkan badan aku. Mungkin sebab ikatan pada kaki aku tadi buatkan aku lenguh.

Aku membuat sedikit senaman yang ringkas supaya badan aku tiada lenguh lenguh lagi ataupun sakit. Setelah seminit melakukan senaman, aku mula bangun perlahan lahan. Rasa lenguh tidak lagi terasa. Aku menghembuskan nafas lega.

Perlahan lahan aku aturkan langkah menuju ke pintu. Tombol pintu itu aku pegang. Sebelum aku memulasnya, aku lekapkan telinga aku pada pintu itu untuk mendengar suara suara dari luar bilik.

Agak bising juga dengan suara suara jeritan yang agak nyaring ditelinga aku. Ada yang menangis, ada yang meminta tolong. Banyak juga suara suara berlainan yang aku dengar. Mungkin mereka juga seperti aku? Diperangkap, diculik dan akhirnya dikurung.

Entah apa yang orang orang jahat itu mahu lakukan kepada kami.

Selepas aku memastikan bahawa tiada lagi kedengaran suara orang orang jahat, aku mula memulas tombol itu dengan berhati hati. Aku buka pintu dengan sepit. Aku curi curi lihat keadaan diluar. 

Kosong.

Aku sudah tersenyum puas. Aku buka pintu sedikit luas dan keluar. Aku kembali menarik pintu dan menutupnya. Mata aku tertancap pada nombor yang ada pada pintu. 

NO. 188

Aku tak pasti ini nombor apa. Tapi, lantaklah. Aku cuma nak lepaskan diri dari tempat jahanam ni. Cuma itu saja niat aku.

Aku terus mengalihkan pandangan aku daripada memandang pintu itu. Apabila aku pandang ke arah lain. Aku sedikit sebanyak terkejut. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. Jalan yang terlalu panjang macam kau tengok lorong yang gelap. 

Aku perlahan lahan mengorak langkah berjalan melalui jalan yang panjang ini. Aku pandang ke bawah, ianya karpet yang panjang. Wah, tempat jahanam ni pun agak mewah juga. Siap ada karpet. Rasa macam jalan atas karpet merah.

Sambil berjalan, aku tidak lagi memfokuskan pandangan memandang hanya ke hadapan. Aku lambat lambat memalingkan wajah aku memandang ke arah kiri. Membulat besar mata aku apabila yang aku lihat ialah pintu. Pintu bilik yang sama macam aku ditempatkan itu, mungkin? 

Aku terus memandang ke arah kanan pula. Ianya sama juga seperti tadi. Aku terus berlari anak sambil memandang kiri dan kanan. Semuanya terdapat pintu bilik yang sama semuanya! Ini memang gila. Disetiap pintu bilik pula terdapat nombor yang berlainan. 

NO. 189

NO. 190

NO. 191

NO. 192

NO. 193

Sampai ke pintu bilik nombor 200, tiada lagi bilik yang kelihatan. Nampaknya disini sampai 200 saja? Mungkin di tingkat ini cukup sampai bilik sebanyak ini. Aku hanya diam tanpa bersuara. Aku memandang kehadapan untuk meneruskan berjalan.

Tapi, didepan aku cuma ada dinding. Tak sedar pula yang aku dah sampai dipenghujung jalan. Aku pandang kiri dan kanan. Di sebelah kiri ada tangga dan disebelah kanan pula terdapat lif. Peluang yang sangat besar!

Aku ingin menuju ke lif tapi langkah aku terhenti apabila bermacam macam benda negatif yang bermain difikiran aku. Aku tak tahu setiap tingkat lif ini akan berhenti dimana. Jangan jangan dia akan berhenti di tingkat yang ada orang orang jahat? 

Tapi, kalau aku guna tangga pula, mungkin aku akan penat. Cuba kalau tingkatnya banyak? Mungkin belum sampai bawah, aku dah arwah. Bukan cuma itu, tapi kalau kalau aku terserempak dengan orang jahat tu pula? Sama je, habis aku dikerjakan.

Sekarang aku buntu, mana yang aku patut pilih? Sama ada lif atau tangga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro