dw | gps

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+

Kesemua mereka terdiam sambil memandang Taehyung tidak berkelip walau sesaat apabila dia memberikan satu cadangan yang sangat bernas. Suasana tidak lagi kedengaran sunyi apabila Jimin bersuara.

" gps?"

Laju Taehyung mengangguk dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

" kita dapat cari Jungkook dengan mudah kalau kita guna gps." terang Taehyung ringkas walaupun kawannya sudahpun tahu bagaimana gps itu berfungsi.

Jimin menguntum sebuah senyuman yang sangat ceria dan gembira begitu juga dengan yang lain.

" tapi.." Jimin terdiam sebentar.

Taehyung memandang Jimin dengan reaksi tertanya tanya. Tanpa membuang banyak masa, dia menyoal apa yang ingin dikatakan Jimin.

" tapi apa? " soal Taehyung.

Mereka semua menanti apa yang akan dikatakan oleh Jimin sebelum dia kembali bersuara menjawab soalan Taehyung.

" siapa yang pandai bab bab ni dalam kalangan kita? " akhirnya soalan itu terpacul dari mulutnya.

Taehyung lambat lambat mengukirkan senyumannya. Jimin mula memandangnya dengan pandangan yang pelik. Pandangan Taehyung kini beralih memandang rakan yang lain.

" siapa lagi kalau bukan.. " dia berhenti daripada bicara sebelum menyambung.

" Min Yoongi. "

Semua mula memandang Yoongi dengan pandangan tidak percaya. Mana mungkin dia yang dingin itu boleh belajar tentang gps.

" apa? " soal Yoongi ringkas.

Mereka menggeleng laju. Senyuman mula terukir dibibir mereka. Mereka tidak mahu membuatkan emosi Yoongi terganggu apabila melihat reaksi mereka yang seakan tidak mempercayai dirinya.

" baguslah. Ada juga dalam kalangan kita yang pandai. Aku bangga dengan kau. " puji Seokjin sambil menepuk nepuk dengan lembut bahu Yoongi.

Dia cuba untuk membuatkan Yoongi dapat merasa bagaimana dihargai.

" ah, well.. thanks then." Yoongi memberikan sebuah senyuman tipis yang sememangnya nampak manis dipandang.

Seokjin hanya membalas senyuman lelaki itu dan kembali diam apabila Taehyung menunjukkan reaksi seperti ingin meneruskan lagi bicaranya.

" baiklah. Sekarang juga kita cari Jungkook! " ditinggikan sedikit suaranya yang kedengaran semangat.

Nampaknya mereka akan temui keberadaan Jungkook. Misi mencari jejak lelaki itu bermula!

Anggukan dan senyuman yang lebar diberikan kepada Taehyung. Manakala Yoongi pula mengeluarkan telefonnya untuk melakukan kerja yang disuruh oleh Taehyung.

" susah ke nak pakai gps ni? " soal Namjoon yang memerhati jari lincah Yoongi pada skrin telefon.

Dengan mata yang masih tertumpu pada telefonnya, Yoongi sekadar menjawab ringkas.

" lebih kurang. "

Namjoon mendekati Yoongi untuk melihat bagaimana dia menggunakan gps yang sememangnya agak susah digunakan.

" macam mana kau nak kesan lokasi dia? " soal Namjoon yang sepertinya berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

" pakai nombor telefon. " balas Yoongi tenang.

Terus saja Hoseok mendekati Yoongi apabila mendengarkan jawapan itu.

" senang sangat. Masukkan nombor lepastu kesan je. Apa yang susah? " Hoseok memandang Yoongi yang masih lagi sedang menjalankan tugasnya itu.

Yoongi berhenti seketika untuk menjawab soalan Hoseok sebelum kembali menumpukan perhatian pada telefon.

" cakap senanglah. "

Tiada lagi persoalan yang terpacul dari mulut mereka. Tidak mahu mengganggu Yoongi dan juga takut takut nanti mereka akan membuatkan fokus lelaki itu hilang.

" ni yang susah.. " Yoongi menunjukkan skrin telefonnya yang menunjukkan satu perkataan berwarna merah iaitu error.

Berkerut kerut dahi mereka tidak faham. Maklumlah, mereka hanyalah pemerhati.

" apa yang error? " soal Jimin bingung.

Keluhan berat dilepaskan oleh Yoongi sebelum dia menjawab soalan Jimin.

" error yang dimaksudkan tu sebabnya telefon Jungkook sekarang mati atau dia off. " terang Yoongi dengan jelas.

Mereka mengangguk faham dengan penjelasan itu.

" maksudnya, kau tak boleh kesanlah lokasi dia? " soal Jimin resah dan diterima anggukan yang lain tanda menyokong soalan itu.

Yoongi menggeleng dengan perlahan.

" aku boleh. " balasnya.

" macam mana? " kini Taehyung pula menyoal.

Senyuman sinis diberikan oleh Yoongi sambil memandang mereka semua.

" selain bijak tentang ni, aku juga seorang hacker. "

Melopong mulut mereka semua apabila mendengarkan apa yang Yoongi beritahu.

" k-kau.. hacker? " Seokjin memandang Yoongi dengan pandangan sangat terkejut.

Siapa sangka dalam kalangan mereka ini ada juga yang pandai menghack. Senanglah nanti kalau kalau mereka ada masalah tentang benda macam ini.

" ya. " jawab Yoongi ringkas.

" dah lama sebenarnya. Dan, jangan ingat aku jadi hacker ni untuk tujuan yang salah. " sambungnya lagi.

Lambat lambat mereka mengangguk faham dengan pernyataan yang dikatakan Yoongi.

Yoongi kembali menyambung kerjanya untuk menggodam lokasi Ju gkook melalui nombor telefon. Tiada masalah bagi seorang penggodam jika situasi begini berlaku.

" done. "

" wow.. cepatnya kau buat kerja! " Namjoon seakan terpana.

Yoongi hanya diam tidak mahu menunjuk nunjuk kepakarannya dalam menggodam.

" jadi, mana kedudukan dia sekarang? " soal Taehyung kerana tidak mahu membuang masa.

Yoongi kembali menatap skrin telefonnya untuk melihat lokasi yang dipaparkan. Riak wajah Yoongi seakan terkejut sebelum dia menjawab.

" dia dekat.. kawasan larangan yang sememangnya ditutup. "

Seperti yang diagak Yoongi, mereka juga menunjukkan riak wajah yang terkejut sepertinya.

" a-apa? "

* * *

Seokjin memberhentikan kereta tidak jauh dari lokasi yang ditunjukkan gps tadi. Mereka tidak mahu ditangkap kerana memecah masuk kawasan larangan.

" aku harap Jungkook okay. " kata Hoseok dengan nada risau.

Mereka yang lain hanya diam dan berdoa didalam hati agar rakan mereka yang seorang itu dalam keadaan yang baik.

" dia memang tak tahu ke kawasan tu ditutup? " soal Namjoon lalu keluar dari perut kereta diikuti yang lain.

Yoongi selaku orang terakhir yang keluar dari kereta menjawab soalan Namjoon.

" tak mungkinlah. Kawasan tu siap ada papan tanda lagi. Takkan dia tak baca? " katanya sambil memegang telefon.

Yoongi berjalan ke hadapan manakala yang lain berada dibelakangnya. Mereka mengambil langkah yang berjaga jaga supaya tiada siapa nampak.

" tengok kiri kanan. Kalau ada orang bagitahu. " arah Yoongi sesekali dia juga memandang ke kiri dan ke kanan.

Mereka hanya akur dan mengikuti perintah Yoongi sambil berjalan dengan gerak langkah yang laju.

Mereka bernasib baik kerana tidak tertangkap. Keluhan lega dilepaskan apabila mereka sudah memasuki kawasan larangan itu.

" cuaca cerah pun dekat sini masih gelap. " Jimin memandang sekeliling tempat yang dikatakan gelap itu.

" dah nama pun kawasan larangan. Mesti ada sesuatu pasal tempat ni yang kita tak tahu. " kata Taehyung sambil mengeluarkan telefonnya dari dalam poket.

Dia membuka flash pada telefonnya untuk menggantikan torchlight yang mereka lupa bawa.

Taehyung berjalan beriringan dengan Yoongi untuk menyuluh jalan yang gelap itu supaya mereka tidak terlanggar atau terpijak apa apa.

Mereka berjalan dengan perlahan. Asal lambat tapi selamat kan?

Tit tit tit

Yoongi tiba tiba sahaja berhenti daripada terus berjalan dan mengangkat tangan kanannya menandakan " stop ".

Telefonnya yang mengeluarkan bunyi itu sudah semestinya menunjukkan bahawa mereka betul betul sudah berada di lokasi Jungkook.

" kita dah sampai. " ucap Yoongi dengan nada perlahan.

" tapi, mana Jungkook? " soalan yang diberikan oleh Taehyung membuatkan semua terdiam keliru.

Masing masing mengeluarkan telefon dan membuka flash lalu menyuluh setiap sudut tempat itu.

" dia memang tak ada. " terdengar keluhan berat dilepaskan oleh Seokjin.

" Yoongi hyung, kau pasti gps tu tunjukkan lokasi dia dekat sini? " soal Jimin tidak berpuas hati mengenangkan nasib mereka dan juga Jungkook.

Yoongi mengangguk laju dan menunjukkan mereka telefonnya yang sememangnya lokasi itu betul.

" jadi, kenapa dia tak ada? " soal Jimin lagi.

Yoongi agak kaku. Dia terdiam sebentar seperti memikirkan sesuatu.

" aku rasa.. " dia mula berjalan disekeliling tempat itu dan menyuluhkan lampu dari telefonnya itu ke atas jalan.

Suluhan dari lampu telefon itu membantu dia mencari sesuatu yang dia dapat agak. Yoongi berhenti membuatkan yang lain tertanya tanya.

" kenapa ni? " soal Namjoon hairan.

Yoongi membongkokkan badannya lalu mengutip sesuatu yang dicarinya itu. Dia kembali bangun dan memandang sekeliling sebelum pandangannya beralih memandang rakan rakannya yang setia menunggu jawapan dari mulutnya.

Sesuatu yang dikutip itu ditayangkan dihadapan mereka semua.

" t-telefon? "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro