BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AARIZ Nadwa mengesatkan peluh di dahinya. Penumbuknya dikepal dan dihanyunkan ke arah punching bag tersebut dengan kuat. Tidak lupa juga sepakan padu diberikan kepada punching bag tersebut dan menyebabkan objek itu terhayun tinggi.

Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Masih ada beberapa jam lagi untuk dia berangkat ke pejabat. Setiap pagi, Aariz akan membuat senaman ringan untuk memantapkan lagi momentum dia dalam mempertahankan diri. Itu yang diajar oleh papanya, Adrian Haris.

Tiba-tiba, telefonnya berdering tapi dia abaikan sahaja kerana pada waktu ini dia mahu untuk meluangkan masanya sendiri tanpa ada gangguan daripada sesiapa pun. Tapi, telefon pintarnya asyik sahaja berbunyi dan membuatkan Aariz Nadwa mendengus kasar.

Telefon pintarnya diambil dan dia menekan ikon berwarna hijau. Lalu telefon tersebut dilekapkan di telinga.

"Helo."

"Along pergi mana? Yaya call tak dapat-dapat!" jerit Adria Nadirah. Aariz Nadwa hanya menjulingkan matanya ke atas sahaja. Kenapa pula adiknya itu mengacau masanya di pagi hari?

"Yaya nak apa? Kan along dah cakap... pagi-pagi jangan kacau along," kata Aariz Nadwa sambil mendengus perlahan.

"Bukan nak kacau. Tapi along dah buat salah dengan mama. Mama suruh along balik rumah semalam. Along tak balik pun. Mama merajuk dengan along. Padan muka!" Sempat lagi Adria Nadirah mengejek abangnya.

Aariz Nadwa terus sahaja meraupkan mukanya. Dia memang benar-benar terlupa. Semalam memang sepatutnya dia balik ke rumah tapi ada beberapa hal mustahak dalam markas Black Rose yang perlu dia selesaikan juga. Lagipun dia sudah memaklumkan kepada papanya. Nampaknya, hari ini dia terpaksa bekerja separuh hari dan balik ke rumah.

"Cakap kat mama, petang ni along balik."

Selesai sahaja dia membuat panggilan, akhirnya Aariz Nadwa meletakkan telefonnya di atas meja. Tuala kecil diambil lalu mengelap peluhnya.

_____________________________________

ANNUR Hayat membetulkan uniform putihnya. Hari ini merupakan hari pertama Annur Hayat bekerja sebagai pengawal keselamatan di B.R Holding. Rambutnya pula dibetulkan sedikit agar kelihatan lebih kemas. Tidak lupa juga pelembab bibir dioleskan di bibir mungilnya supaya wajahnya kelihatan lebih berseri.

Gadis itu terus menuju ke arah pondok keselamatan. Kelihatan ada seseorang wanita berumur sudah berada di dalam pondok keselamatan. Terus sahaja dia tersenyum.

"Assalamualaikum..." sapa Annur.

"Waalaikumusalam."

Wanita itu menoleh lalu tersenyum. Annur terus sahaja duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Dia sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab yang pertama. Begnya diletakkan di dalam laci manakan botol airnya diletakkan di atas meja.

Wanita yang bernama Hajar itu terus mengeluarkan cotar kayu, set walkie talkie dan wisel tahan karat dari almari lalu menghulurkan barang-barang tersebut kepada Annur seraya berkata, "Akak lupa nak bagi barang ni kat Nur semalam. Sorry... lagipun semalam akak rushing sangat nak ambik anak kat sekolah."

Annur Hayat hanya tersenyum. Lalu dia menggeleng kepalanya perlahan.

"Tak apa, kak."

Keadaan menjadi senyap semula. Hajar sedang sibuk menulis rekod di dalam buku manakala Annur hanya diam sahaja. Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah sebuah kereta mewa yang sedang berhenti di depan palang.

Cermin tingkap kereta itu diturunkan. Kelihatan ada seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam sedang mengimbas kad pada alat pengimbas. Annur Hayat terus sahaja mengecilkan matanya. Wajah lelaki itu seperti dia pernah jumpa tapi dia tidak ingat di mana.

Annur Hayat hanya tersenyum mesra kepada lelaki itu tapi lelaki itu terus sahaja menutup tingkap keretanya semula. Palang di hadapan sudah dibuka lalu kereta tersebut berlalu dari situ. Annur hanya memandang kereta tersebut dengan pandangan yang agak jengkel. Sombong benar lelaki itu. Baru pekerja di syarikat besar, sudah sombong.

"Hish! Sombong!" dengus Annur Hayat.

Hajar terus memandang Annur Hayat dengan dahi berkerut. Tergendala sebentar kerjanya tadi.

"Siapa sombong?" tanya Hajar. Annur Hayat hanya memandang sambil mencemberutkan bibirnya. Baru hari pertama bekerja, sudah ada yang merosakkan moodnya.

"Tadi ada sorang mamat yang pakai kereta Honda tadi, saya senyum kat dia. Dia tak balas senyum saya. Dahlah kerek," adu Annur. Hajar pula hanya tersenyum. Dia sudah dapat mengagak gerangan orang tersebut.

"Dia pakai kereta Honda warna putih?" Hajar meminta kepastian. Anggukan Annur membuatkan Hajat semakin tersenyum panjang.

"Tu bukan pekerja tau. Tu bos besar B.R Holding ni. Nama dia Tuan Aariz Nadwa. Perangai dia memang macam tu, tak mesra sangat dengan orang."

Annur Hayat sudah menekup mulutnya kerana terlalu terkejut. Nasib baik lelaki itu tidak mendengar kutukan yang dilemparkan oleh Annur tadi. Kalau tidak, mesti dia sudah dibuang kerja. Tanpa sedar, Annur menghembuskan nafas kelegaan.

"Dia single lagi ke, kak? Ke dah kahwin?" tanya Annur lagi. Hajar pula sudah tersenyum mengusik. Lain macam pula soalan gadis ini.

"Kenapa? Nak try ke?" tanya Hajar sambil menjongketkan keningnya berulang-ulang kali. Annur terus sahaja menggoyangkan tangannya. Tidak terniat langsung dia mahu mendekati dengan lelaki itu.

"Bukanlah. Kak Hajar ni... saya tanya je."

"Akak pun tak taulah, Nur. Nampak macam tak ada girlfriend. Tapi tak tahulah pulak kalau dia sorokkan girlfriend dia ke..." ujar Hajar sambil menaikkan bahunya. Dia tidak ada pula mendengar cerita bahawa bosnya sedang menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun.

Annur pula hanya mengangguk perlahan-lahan. Mahu bergandingan dengan bosnya itu, dia tahu dirinya tidak layak. Buat malu sahaja. Lagipun, keluarga kaya seperti lelaki itu, mesti keluarganya mempunyai pilihan hati. Seperti drama-drama yang selalu disiarkan di televisyen. Ibu lelaki kaya yang memaksa anaknya berkahwin dengan wanita pilihan. Annur pasti tentang itu. Dia tidak mahu terlibat dengan drama kehidupan yang begitu.

"Tapi kan, Nur... akak rasa... boleh jugak kalau Nur mengurat bos tu. Dia single. Nur single. Akak tengok korang sesuai apa." Seusai itu, Hajar ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat perubahan riak wajah gadis itu.

"Tak naklah. Dia tu nampak sombong. Lagipun, bos tu bukan taste saya." Annur meraup rambutnya sambil menunjukkan muka riaknya. Hajar pula sudah menjulingkan matanya ke atas kerana menyampah dan akhirnya mereka ketawa bersama-sama.





_____________________________________







NUR Nadia melihat jam dinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Mana pula anak terunanya itu? Tengah hari tadi Aariz Nadwa menelefonnya bahawa dia akan pulang ke rumah dalam pukul empat petang. Tapi batang hidungnya pun tak nampak. Bertuah sungguh!

Sudah beberapa kali Nur Nadia membuat panggilan, tapi satu panggilan pun Aariz Nadwa tidak jawab. Hal itu membuatkan Nur Nadia menjadi semakin geram. Rasa nak piat sahaja telinga anaknya itu.

"Buat apa tu, sayang?" tanya seseorang. Nur Nadia menoleh. Kelihatan Adrian Haris yang lengkap memakai singlet berwarna hitam dan tracksuit bottom berwarna kelabu. Sudah tua pun masih lagi tampan seperti dahulu.

"Saya tengah tunggu anak teruna biy tu balik. Lambat sangat sampainya. Kata balik pukul empat lebih. Sekarang dah pukul lima... still tak sampai lagi, biy." Nur Nadia terus menghampiri Adrian Haris lalu memeluk pinggang suaminya.

"Kau ni pun... tak menyabar. Nanti sampai la Aariz tu." Adrian hanya mengusap rambut Nur Nadia perlahan-lahan. Nur Nadia mengangguk perlahan. Nak peluk ketat-ketat badan suami tercintanya ini!

"Sementara tunggu Aariz balik, jom temankan aku berendam dalam tub." Adrian terus sahaja mengangkat Nur Nadia. Terjerit kecil wanita itu. Adrian hanya tersenyum sinis. Nur Nadia pula menggelengkan kepala. Dia akui perangai Adrian Haris semakin meningkat usia semakin manja. Tapi, Nur Nadia suka sangat.

ShaDhia

Bersambung...







Ada yang rindu Nur Nadia dan Adrian Haris ke? 🌚🌝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro