BAB 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"APA yang kau dah buat ni, Azrin? Kenapa kau pilih budak Safea tu jadi wakil debat? Aku tak setujulah! Kau tau tak, lagi ramai ahli yang lagi baik dari dia! Dia pun cakap tergagap-gagap lagi!" getus Rina tidak berpuas hati. Apa keistimewaan Siti Safea itu sampaikan Azrin cepat membuat keputusan mengambilnya jadi wakil sekolah.

Azrin hanya mengeluh perlahan. Ya… ramai lagi yang membangkang rancangannya kerana mengambil Siti Safea, seorang gadis biasa yang tidak mempunyai keyakinan dan pemalu. Tapi, dia yakin Siti Safea boleh melakukannya. Dia patut diberi peluang.

"Aku yakin dia boleh buat. Dia perlukan masa untuk biasakan diri. Kau kena fahamlah."

Rina susah meraupkan mukanya. Dia cuba menahan sabar. Sudahlah Cikgu Akmar memang meletakkan harapan yang tinggi untuk pasukan debat pada tahun ini. Ini lagi merunsingkan ahli jawatankuasa tertinggi yang lain untuk melatih ahli-ahli kelab yang baru.

"Kalau kau tengok keadaan sekarang ni, ada ke masa kau nak latih dia betul-betul? Kau yakin ke budak tu boleh buat? Aku tak yakinlah. Kau faham tak, lagi dua bulan je. Dua bulan!" Perkataan 'dua bulan' itu ditekan betul-betul. Pelik! Kenapa Azrin beria hendak menolong Siti Safea itu?

"Dia boleh buat, Rin. Aku tak kira. Aku nak Siti Safea yang jadi wakil. Aku sendiri yang latih dia." Seusai berkata begitu, Azrin terus sahaja meninggalkan bilik kelab debat tersebut. Dia akan pastikan sangkaan orang salah sama sekali.

Rina pula hanya terkedu. Kenapa perangai Azrin boleh berubah sebegitu? Apa yang budak Safea itu hasut sampaikan Azrin berubah degil? Tanpa sedar, Rina mengepalkan penumbuknya. Tiba-tiba sahaja dia tidak suka dengan perempuan rabun itu.









_____________________________________
















SITI SAFEA meletakkan coklat dan lolipop dengan berhati-hati. Hari ini dia sempat melihat membeli lolipop dan coklat untuk diberikan kepada Haziq Arfan. Dia ada juga ternampak Haziq Arfan menikmati coklat dan lolipop tersebut.

Sempat lagi dia menoleh ke luar. Takut ada yang perasan melihat dirinya berada di meja Haziq Arfan. Seusai itu, dia pun mahu melangkah ke luar. Tidak betah mahu berlama-lama di situ. Takut ada yang perasan.

Tiba-tiba, bahunya dilanggar kuat oleh seseorang membuatkan Siti Safea terdorong ke belakang. Nasib baik dia mampu menahan kakinya agar tidak terjatuh. Kelihatan Hilman yang sedang meringis kesakitan sambil menggosok bahunya tadi.

Ketiga-tiga mereka memandang antara satu sama lain. Siti Safea sudah terkedu dan gemuruh. Kenapalah dia boleh berjumpa dengan orang-orang begini? Dia takut kalau rahsianya itu akan terbongkar. Sudahlah Haikal dan Hilman suka mengejeknya.

Siti Safea sudah buntu. Tidak tahu mahu buat apa lagi. Dia sungguh takut. Sekarang ini, Hilman dan Haikal sedang memandang tajam ke arah Siti Safea dan membuatkan Siti Safea semakin gelabah. Dia tidak tahu beri alasan apa lagi.

"Kau buat apa kat kelas kitorang? Aku rasa kelas kau bukan kat sini," kata Hilman sambil memandang Siti Safea dari atas sehingga ke bawah dengan penuh curiga.

"Sa… saya han… hantar buku tadi," jawab Siti Safea dengan suara yang terketar-ketar dan membuatkan Hilman dan Haikal bertambah sangsi. Kenapa suranya bergetar-getar kalau dia tidak melakukan kesalahan apa-apa pun? Seperti ada yang tidak kena.

Hilman terus sahaja menuju ke tempatnya lalu memeriksa begnya. Takut ada barang yang hilang tapi barang berharganya semua masih ada. Terus sahaja dia menghembuskan nafas kelegaan.

"Ada barang hilang ke, Man?" tanya Haikal tapi matanya masih lagi memandang Siti Safea seperti orang yang bersalah sahaja.

Hilman menggelengkan kepalanya lalu menutup begnya dan meletakkan di atas kerusi. Dia menghampiri Siti Safea semula. Rasa tidak puas hati pula kalau tidak jumpa kesalahan perempuan menggerutu itu.

"Aku tak percaya kau lagi. Aku was-was sekarang ni, kenapa kau masuk kelas ni. Hari ni kau nasib baik. Dahlah! Blahlah kau. Menyampah pulak tengok muka kau tu. Geli pulak!" halau Hilman.

Sedikit sebanyak kata-kata Hilman itu membuatkan Siti Safea tersentap. Kata-kata itu seperti pisau yang menghunus-hunus hatinya. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana sakitnya. Siti Safea hanya menahan air matanya. Tanpa membuang masa, dia segera keluar dari kelas itu.

Haikal pula hanya memandang Siti Safea dari jauh sahaja. Sebenarnya dia berasa kasihan pula apabila Hilman berkata begitu. Rasa bersalah semakin menebal. Lalu, dia terus menepuk bahu Hilman dengan kuat dan menyebabkan Hilman meringis kesakitan.

"Kau apahal pukul bahu aku?"

"Kenapa kau cakap macam tu kat dia?" tanya Haikal pula. Keras nada suaranya.

Hilman pula mengjongkitkan keningnya. Kenapa nak marah pula? Pelik pula Haikal seolah membela budak jerawat itu.

"Kau nak bela dia pulak?"

Haikal mendengus perlahan seraya berkata, "Bukan aku nak bela dia. Tapi cuba kau fikir, dia tak curi apa-apa kat dalam kelas ni. Kenapa kau macam nak cari salah dia je?"

"Kau pun dah sama macam Rasydan. Acah-acah alim. Aku mana percaya perempuan macam tu. Takut jugak muka buruk, perangai pun buruk jugak," selar Hilman dengan selambanya.

"Tapi, tak semestinya…"

Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, Hilman terus sahaja keluar meninggalkan Haikal. Haikal pula hanya mengeluh perlahan. Dia ada juga terfikir, kenapa dia mahu mengejek Siti Safea itu sedangkan gadis itu tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. Dia dapat rasakan dirinya terlalu kejam.



_____________________________________












AQILAH melangkah perlahan-lahan menuju ke perhentian bas yang berada di hadapan pintu pagar sekolah. Dia mahu menunggu Siti Safea di situ memandangkan kawan  baiknya itu ada perjumpaan ringkas untuk kelab pidato dan debat.

Dia melihat ada tiga orang belajar di perhentian bas tersebut. Akhirnya, dia melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk yang telah disediakan. Dia melihat jam tangannya. Sudah pukul empat petang. Lagi setengah jam sahaja sebelum bas sekolah sampai di situ.

Tiba-tiba, matanya tertancap kepada seorang pelajar perempuan yang sedang memeluk lengan seorang lelaki. Lelaki itu berpakaian jaket kulit yang agak mewah dan di hadapan mereka ada sebuah kereta BMW berwarna hitam yang tidak jauh dari perhentian bas tersebut. 

Aqilah terus sahaja berdiri dan mengecilkan matanya. Lalu, dia menekupkan mulutnya kerana terlalu terkejut. Dia pasti gadis itu adalah Hanna. Hanna sedang berpelukan dengan lelaki yang dia tidak kenal langsung.

"Beraninya minah ni buat macam tu kat depan sekolah. Dahlah Haziq ada kat sini." Aqilah sempat lagi mengutuk Hanna.

Dia melihat pasangan itu sudah masuk ke dalam kereta BMW tersebut. Apa yang Aqilah nampak sskarang memang satu peristiwa yang amat menggemparkan. Dia melihat dengan matanya sendiri bagaimana Hanna berkelakuan curang.

Aqilah melihat kereta BMW tersebut sudah bergerak dan meninggalkan kawasan sekolah. Dia pasti Hanna curang kerana setahunya Hanna tidak ada adik beradik lelaki. Patut ke dia memberitahu Rasydan tentang kejadian tadi?

Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Terjongket bahunya kerana terperanjat. Aqilah memusingkan badannya. Rupa-rupanya Siti Safea. Mukanya kelihatan mendung dam sembap seperti baru sahaja lepas menangis.

"Eh! Kau kenapa ni?" tanya Aqilah. Siti Safea hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku okey." Suaranya hampir sahaja tidak terkeluar.

"Ada orang ejek kau lagi?" tanya Aqilah lagi. Kali ini Siti Safea hanya diam sahaja membiarkan soalan Aqilah tergantung sepi.

Aqilah hanya mengeluh perlahan. Memang tak lain tak bukan itulah sebab Siti Safea menangis. Dia terus sahaja memeluk Siti Safea. Dengan cara itu, Siti Safea menjadi lebih tenang. Mengenai kejadian tadi, mungkin lain masa dia ceritakan kepada Safea apabila keadaan menjadi tenang semula.




ShaDhia

Bersambung…




• "Burung apa tu, Man?" "Burung puyoh" K… Hambar ✊😌😑






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro