BAB 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SITI SAFEA meletakkan ke semua buku Matematik dan bekas pensel di atas meja kopi dengan teratur. Sekarang ini dia berada di rumah Haziq Arfan. Rasa segan pula apabila dia keseorangan di situ. Puan Hani pula sedang sibuk mengemas di dapur.

Walaupun sudah beberapa kali dia datang ke rumah Haziq, dia masih lagi terasa segan. Haziq pula masih lagi melayannya dengan dingin. Tapi apa yang boleh dipuji ialah cara Haziq Arfan mengajar Matematik sangatlah mudah difahami. Topik-topik yang susah juga mudah untuk dikuasai.

Siti Safea membuka buku latihannya. Hari ini Haziq kata topik yang akan diajar ialah Ungkapan Algebra. Salah satu topik yang kurang dikuasai oleh siti Safea. Banyak kali juga dia buat latihan tentang topik itu, tapi masih juga ada yang salah. Sudah banyak kali Siti Safea bertanya soalan tetapi masih tidak faham juga tentang topik tersebut.

"Safea, jemput minum." Kelihatan Puan Hani sedang meletakkan dulang dengan berhati-hati di atas meja. Senyumannya masih lagi terbit di bibirnya.

"Terima kasih, mak cik."

Puan Hani hanya mengangguk lalu dia pun melabuhkan punggungnya di sofa yang  betul-betul berhadapan dengan Siti Safea. Siti Safea pula menyisip sedikit air teh yang telah dihidangkan.

"Macam mana belajar dengan anak mak cik? Okey?"

Siti Safea hanya mengangguk perlahan-lahan. Setakat ini, dia tidak ada masalah untuk belajar Matematik dengan Haziq Arfan. Semua berjalan dengan lancar. Lagipun, siapa yang tidak suka belajar dengan crush sendiri? Lagi cepat masuk ilmu.

Tanpa sedar, Siti Safea tersenyum keseorangan membuatkan Puan Hani memandang pelik ke arah gadis itu. Rasanya pertanyaaan yang diajukan tidak ada lawak atau gurauan. Apa yang lucu?

"Kenapa senyum-senyum?" tegur Puan Hani.

Senyuman di bibir Siti Safea terus sahaja hilang. Rasa malu pula apabila ditegur sebegitu. Terasa macam orang hilang akal saja.

"Tak… tak ada apa-apa, mak cik. Teringat benda lawak kat… kat rumah tadi." Terus sahaja Siti Safea tergagap-gagap memberikan alasan. Puan Hani pula hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Ada-ada sahaja.

"Haziq mana, mak cik?" tanya Siti Safea. Sudah setengah jam dia menunggu lelaki itu, tetapi masih tidak muncul juga.

"Ada kat dalam bilik tu. Tengah bergayut dengan girlfriend la tu," ujar Puan Hani.

Siti Safea hanya tersenyum kecil. Ya… mestilah Haziq akan mementingkan Hanna dari dirinya sendiri. Hanna kan merupakan kekasih dan pengarang jantung Haziq. Dirinya inu tidak bernilai langsung di mata lelaki itu. Cemburu? Sudah penat rasanya. Tanpa sedar, Siti Safea mengeluh perlahan.

Keadaan menjadi sedikit canggung. Puan Hani dapat menangkap perubahan muka gadis itu. Dia dapat merasakan dengan kuat bahawa gadis itu sangat menyukai anak sulungnya itu. Dia tidak kisah sebenarnya. Sejujurnya, Puan Hani rimas juga dengan perangai Hanna yang sedikit manja dan mengada-ngada. Muak pula jadinya.

Puan Hani membetulkan suaranya seraya bertanya, "Ehem! Mak cik nak tanya satu benda. Tapi Safea kena jawab dengan jujur."

Siti Safea semakin berdebar. Nada suara Puan Hani yang sudah bertukar serius menggetarkan hatinya. Macam dirinya seorang pesalah pula padahal dia tidak melakukan apa-apa kesalahan langsung.

"Mak… mak cik nak… nak tanya apa?" Kelihatan Puan Hani sedang menghelakan nafasnya perlahan.

"Kamu kenal Hanna Adillah? Girlfriend anak mak cik tu?" tanya Puan Hani. Siti Safea menggarukan kepalanya yang diliputi tudung perlahan-lahan. Adakah sekarang ini sudah bermula sesi soala siasat bersama Puan Hani? Rasa gemuruh pula!

"Erm… kenal macam tu je la. Siapa yang tak kenal Hanna. Lagipun dia 'ratu' kat sekolah tu. Untung Haziq. Secocok bergandingan dengan anak mak cik," kata Siti Safea dengan perlahan. Sejujurnya, dia tidak ikhlas untuk mengeluarkan ayat begitu tetapi demi keamanan sejagat, dia terpaksa juga.

Puan Hani mendengus perlahan. Ratu? Perangai budak itu sangatlah menjengkelkan. Kenapa dipanggil ratu? Sangat tidak sesuai.

"Ratu? Kenapa nak panggil budak tu ratu? Mak cik tak faham. Muka lawa tapi perangai… gedik macan ulat beluncas naik daun," selar Puan Hani. Siti Safea ketawa kecil. Tidak patut Puan Hani menggelar Hanna itu seekor ulat beluncas.

"Lagipun… mak cik nak minta tolong."

Siti Safea mengerutkan dahinya. Dalam hati dia sudah berdoa supaya janganlah Puan Hani meminta perkara-perkara yang dia tidak mampu. Naya nanti!

"To… tolong apa, mak cik?" tanya Siti Safea teragak-agak.

"Tolong perhatikan Hanna tu. Mak cik dapat rasakan dia tu ada niat tak baik dengan anak mak cik."

Siti Safea terkedu. Nak perhatikan macam mana pula? Sudahlah Hanna dan Haziq berlainan kelas. Takkanlah 24 jam mahu mengekori mereka? Kalau terbongkar nanti, habislah dia akan dimarahi dengan teruk oleh Haziq Arfan.

"Tapi, kenapa saya pula?"

Belum sempat Puan Hani meneruskan percakapannya, tiba-tiba sahaja ada suara yang menyampuk.

"Ibu."

Siti Safea sudah berdebar. Mukanya sudah pucat. Dia takut kalau orang itu mendengar perbualan mereka berdua. Dia tidak mahu mencari masalah. Mata Haziq Arfan tunak memandang Siti Safea. Siti Safea hanya menundukkan wajahnya sahaja.







______________________________________











HANNA mendengus kegeraman. Terus sahaja dia mencampakkan buku latihan Bahasa Melayu di atas lantai. Sekarang ini, dia benar tiada mood. Kertas merah jambu yang mengandungi kata cinta untuk Haziq Arfan menghantui fikirannya pada akhir-akhir ini.

"Ya Allah! Kau dah kenapa ni? Meroyan?" Sarah terus sahaja mengambil buku latihan itu semula dan diletakkan di atas meja. Sekarang ini mereka sedang membuat study group di rumah Hanna. Tapi kebanyakkannya Hanna asyik bermain dengan telefon pintarnya dari menghadap buku. Sarah hanya menggeleng sahaja melihat sikap buang masa kawan baiknya itu.

"Argh! Aku geram!" jerit Hanna sambil meramas rambutnya. Dia sangat stres.

"Tak. Sekarang ni… kau dah kenapa? Menjerit-jerit bagai. Kalau ada masalah, cerita kat aku," pujuk Sarah sambil menutup bukunya. Rasanya dia lebih tertarik mendengar masalah Hanna sekarang.

Akhirnya, Hanna menceritakan dari permulaan sehingga akhir. Tidak satu hal pun dia tertinggal. Baginya, perkara ini amatlah besar.

"Aku tak kira! By hook or by crook… aku nak cari orang yang bagi kertas tu sampai ke lubang cacing!" Tangannya dikepal kuat. Dia tidak sabar menampar perempuan gatal yang berani-beraninya mengurat teman lelakinya itu.

"Okey. Macam ni, Hanna... aku rasa kau tak payah nak risau pasal kertas pink tu. Dah terang-terang Haziq pandang kau sorang je. Kenapa nak risau sangat?" Sarah terus memeluk tubuhnya. Kadang-kadang dia berpendapat bahawa hal ini tidak perlu diperbesarkan. Tidak hairanlah kalau Haziq mendapat hadiah kerana di sekolah itu Haziq memang mempunyai ramai peminat.

"Tapi aku tak suka orang kacau hak aku, Sarah! Kau faham tak?" Suara Hanna sudah melengking tinggi. Sarah seperti tidak membelanya langsung. Geramnya!

"Hak apa, Hanna? Aku nak tanya kau, hak apa? Kau dengan Haziq baru bercinta je. Bukan berkahwin. Kau ni pun." Sarah sudah menggeleng kepala. Perkataan 'bercinta' itu ditekan dengan kuat supaya Hanna faham situasi dia dan Haziq sekarang ini.

"Kejap! Apa masalah kau? Kenapa nak sakitkan hati aku? Sepatutnya kau sebagai kawan, kena backup aku! Bukannya sakitkan hati aku, Sarah!" tengking Hanna. Sarah pula cuba menyabarkan diri. Dia tidak mahu hal itu merosakkan persahabatan mereka.

"Okey. Aku minta maaf. Tapi aku cakap ni benda yang betul. Aku nak tanya kau. Kenapa kau sakit hati kalau Haziq curang dengan kau? Padahal kau sekarang ni curang dengan dia juga. Aku sebagai kawan mampu nasihatkan kau je. Terpulang pada kau nak terima atau tak."

Belum sempat Hanna mahu berkata sesuatu, terus sahaja Sarah menahannya. Sekali ini sahaja dia mahu meluahkan rasa terbuku. Selepas ini, Sarah berjanji, dia tidak akan mencampuri urusan Hanna lagi.

"Kau diam dulu. Biar aku cakap. Kau dengar." Sarah menghelakan nafasnya dengan perlahan. Ini adalah sebaik-baiknya.

"Hanna, kau muka lawa, cantik, and flawless. Semua orang kat sekolah kita nak jadi macam kau. Tapi satu je kau tak ada sekarang. Iaitu hati kau. Perangai kau tak semenggah. Aku minta maaf kalau kata-kata aku ni sakitkan hati kau. Tapi… tolonglah, Hanna. Ubah perangai kau. Kalau kau tak ada hati dengan Haziq tu. At least, jangan permainkan perasaan orang. Kau bayangkan kalau kau ada kat tempat Haziq sekarang, mesti kau sakit hati, kan?"

Hanna hanya diam sahaja. Sarah terus sahaja meneruskan luahan hatinya semula.

"Hanna, kecantikan atau duit tak kekal. Memang duit tu penting dalam hidup, tapi cara kau buat ni salah. Memang salah. Tak sepatutnya kau goda lelaki dengan muka cantik kau hanya disebabkan duit. Maaf aku cakap… cara tu memang tak bermaruah langsung!"

Hanna membulatkan matanya. Sarah mengatakan dirinya tidak bermaruah. Salah ke apa dia lakukan selama ini?

"Lagi satu. Tolong ubah perangai kau. Kau sombong dengan semua orang. Kau pernah hina orang yang lagi buruk dari kau. Hanna, kita semua ni sama je. Esok mati pun kau dengan aku duduk kat kubur jugak. Jangan mendongak ke langit. Bila hati dah buruk, automatik semua kat kau akan nampak buruk. Tolong berubah! Aku tahu kau baik, Hanna. Tapi keadaan yang buat kau jadi macam ni. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Aku minta maaf sekali lagi kalau ayat aku banyak sakitkan hati kau. Demi kebaikan kau jugak."

Sarah terus sahaja mengemas barang-barangnya. Dia mahu keluar dari rumah itu. Biarlah Hanna bersendirian. Hanna pula hanya terdiam sahaja. Matanya mengekori tubuh Sarah yang sudah keluar dari biliknya. Lalu dia menjulingkan matanya ke atas.

"Whatever la, Sarah. Kau cakap berjela-jela tadi, kau ingat aku nak ikut. Memang taklah." Hanna menggumam sendirian. Nasihat Sarah tadi hanya tidak diendahkan langsung.

ShaDhia

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro