BAB 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Guys... Sebelum korang baca bab ni... Bab ni menceritakan selepas berlaku kejadian dalam awal-awal bab prolog. So saya harap korang tak terkeliru 🤗









______________________________________










RASYDAN terus memakai kasut sekolahnya. Pada waktu rehat, jika dia mempunyai masa yang lapang atau malas mahu membeli makanan, dia akan singgah di surau untuk membaca Al-Quran. Senakal-nakal Rasydan pun, dia masih lagi mengambil masa untuk mendekat diri dengan Tuhan.

Semasa dia mahu membeli minuman, tiba-tiba dia terdengar ada sekumpulan pelajar perempuan yang  sedang bergosip. Apa yang lebih mengejutkan nama Haziq Arfan, Siti Safea dan Hanna disebut berulang kali. Lalu Rasydan terus sahaja duduk di meja berhampiran dengan pelajar-pelajar perempuan tersebut.

"Aku kesian wei tengok Safea tu. Tak pasal-pasal kena marah dengan Haziq bedebah tu." Perempuan bertudung biru itu menompang dagunya. Masih ingat dengan jelas bagaiman gadis bercermin mata itu itu dihina dan diejek oleh Haziq Arfan di hadapan khalayak ramai.

"Aku memang minat giler kat Haziq tu. Tapi dululah… sekarang ni… aku menyampah pulak tengok mamat tu. Berlagak tak bertempat. Eloklah pun bercinta dengan Hanna gedik tu. Elok sangat!" ejek pelajar perempuan yang memakai tanda nama 'Alisya' itu.

"Tapi guys… betul ke apa yang budak Safea tu cakap? Yang Hanna tu memang kaki curang?" tanya kawannya yang memakai cermin mata.

"Entahlah… tapi aku ada jugak dengar cerita, ramai yang nampak Hanna tu keluar dengan jantan mana entah. Keluar tu tak apa lagi? Ni sampai berpeluk la apa la. Maybe betul la apa yang budak Safea tu cakap."

Rasydan yang dari tadi memasang telinga hanya menggeleng perlahan. Sejak dia dan Haziq bertengkar mengenai Hanna, mereka tidak bertegur sapa. Nombor telefon Rasydan pun ditendang keluar  dari grup Whatsapp mereka. Semua itu dia tidak kisah tapi berita yang baru ini membuatkan darahnya semakin menyirap. Perangai Haziq sangatlah melampau. Nampaknya, dia perlu memikirkan rancangan untuk menyedarkan kawan baiknya itu.







ENCIK Sharifudin terus sahaja masuk ke dalam bilik anaknya Siti Safea. Matanya melilau sekeliling. Dia mahu wang untuk membeli dadah dan gam. Jadi, inilah salah satunya cara untuk mendapatkan wang tersebut, dengan mencuri tabung anaknya.

Encik Sharifuddin terus menuju ke arah almari baju lalu dibukanya. Kelihatan ada beberapa pasang baju sekolah yang telah disangkut dengan rapi. Baju-baju dan seluar sudah dilipat dan disusun dengan kemas. Encik Sharifuddin terus menyelongkar baju-baju tersebut dengan berhati-hati. Tapi malangnya, tabung Siti Safea tidak dijumpai.

Terus sahaja Encik Sharifuddin meramas rambutnya. Mana pula budak itu menyorokkan duitnya. Duit itulah sahaja harapan untuk membeli barang terlarang tersebut untuk memuaskan hatinya. Akhirnya, Encik Sharifuddin menutup almari tersebut dengan kasar.

"Ayah buat apa kat bilik Saf ni?" tegur seseorang. Encik Sharifuddin tersentak. Dia menoleh dan kelihatan Siti Safea sedang memandang tajam ke arahnya. Encik Sharifuddin sudah berdebar. Dia buntu tidak tahu memberikan jawapan.

"A... ayah nampak tadi ada tikus masuk dalam almari Safea. Sebab tu ayah bukak almari ni. Nanti almari Safea jadi sarang pulak."

Siti Safea mengerutkan dahinya. Selama dia duduk di dalam rumah ini, tidak pernah pula tikus yang membuat sarang di dalam biliknya. Tapi dia malas untuk berfikir dengan lebih lanjut lagi kerana dia benar-benar tidak ada mood. Masih lagi kecewa dan sedih tentang kejadian yang berlaku di sekolah tadi.

"Mesti Saf penat, kan? Ayah keluar dulu," pamit Encik Sharifuddin. Siti Safea hanya mengangguk sahaja. Seusai pintu ditutup, Siti Safea terus menyandarkan badannya di belakang pintu. Sekali lagi air matanya menitis.












"Enough! Kau dengar sini! Kau bukak telinga kau tu luas-luas. Aku takkan sesekali suka atau cinta perempuan macam kau ni! Dahlah muka buruk! Hati busuk! Kau ingat aku tak tahu yang selama ni kaulah yang kirim surat-surat cinta kat aku!"






Terngiang-ngiang kata-kata nista dari Haziq Arfan. Dia dapat merasakan seperti hatinya hancur berkecai. Haziq Arfan sanggup mempermalukan dirinya di khalayak ramai. Seperti maruahnya dipijak-pijak sahaja oleh lelaki itu.

Siti Safea bangun perlahan-lahan lalu menuju ke arah meja soleknya. Wajah yang terbias di cermin diamati dengan sedalam-dalamnya. Siti Safea memegang pipinya yang ditumbuhi banyak jerawat-jerawat merah.

Ya… dia sedar dirinya tidak cantik. Kulit mukanya seperti kulit kodok yang menggerutu. Tapi mestikah dia dihina dan dicaci seperti itu? Siti Safea mengepalkan penumbuknya. Dia sudah nekad sekarang ini. Betul kata Aqilah, dia sepatutnya melupakan Haziq Arfan sejak dahulu lagi.

Telefon pintar dicapai lalu aplikasi dibuka. Dia sudah membuat keputusan untuk meng'unfollow' akaun Instagram Haziq Arfan. Dia menekan post terbaru lelaki itu. Kelihatan ada gambar katak yang sedang duduk di atas batu.





ziqarfan09  Katak ni comel. Tapi kulit dia menggerutu. Aku sanggup pilih batu tu. Lagi cantik and berkilau dari katak tu. Macam @queenhannadella. Love you ❤.







Siti Safea mengetap bibirnya. Dia tahu Haziq Arfan sedang memerlinya. Memang kurang ajar lelaki itu. Akhirnya Siti Safea membaca beberapa komen di post tersebut. Kebanyakannya ramai yang mengecam Haziq Arfan.














aqbdxkdrjh5 Hek eleh! Patutlah kau pilih @queenhannadella tu. Kau suka batu rupanya. Aku harap makwe kau pun kena jerawat batu. 😪

author_shadhia Apa benda ni? Dasar kanak2 rabena. Seluar dalam pun mak kau beli kan… ada hati nak bercinta… insaflah nak…

makkohijo1441 Betul la cakap mak aku. Laki2 hensem ni tak semestinya pandai.

jennielaukpauk Anda tahu bau GARAJ saya? 💞

dimana2 Percayalah saya ada dimana-mana

dak46army Argh! Menyampah aku tengok korang. Baik aku tengok slowmo Budak 46.

akubaik Sweetnya korang macam anjing jantan and and anjing betina. Gong! Gong!

ahmadmustaqim Harap korang #tilljannah.

kuch2hotakkau Menyampah aku. Memang cantik boleh bawak masuk kubur pun. #bodohamat

kerusijannah Tolong like gambar kerusi 🕴

sarasoleroberselera Harap kau minta maaf kau budak nerd tu. Kau memang budak kurang ajar!

bangsajat Euwwwww… nak campak je batu tu kat muka kau @ziqarfan09

king_arshad Aku nak tengok relay bodoh korang ni sampai mana… 😏

annetehtarik1 Makin lama aku tengok korang dah makin menyampah… dasar nak attention! #attentionseekers

omeykucingstan @ziqarfan09 ❤ @queenhannadella #tilljahanam😪

arifahsafwan Aku lagi suka tengok relay @nadiakazaruddin ❤ @adrianharis daripada korang 🙄. Halal pun halal.











Siti Safea tersenyum apabila melihat komen-komen mereka. Kebanyakkan komen-komen tersebut sedikit sebanyak membela dirinya. Terharu juga rasanya. Seusai itu, Siti Safea terus sahaja menekan butang 'unfollow'. Ya… mulai saat ini dia takkan meneruskan salah satu rutin hariannya iaitu melihat Instagram Haziq Arfan lagi. Biarkan sahaja mereka. Dia akan buktikan budak nerd yang dihina oleh Haziq Arfan bukan calang-calang orang.

Siti Safea berjanji pada diri bahawa dia akan fokus dalam pertandingan debatnya, fokus dalam matapelajaran dan fokus dalam kehidupannya tanpa memikirkan lelaki kurang ajar itu. Dia akan berusaha untuk melupakan Haziq Arfan. Itu tekadnya!









ShaDhia

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro